Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

:: Ramadhan di Rumah Baru ::

Assalamualaikum..

Wah, tahun ni aku berpuasa di rumah baru...tercapai gak hajat nk berpindah kat rumah baru sebelum start puasa..cuma ada sikit2 lagi barang yg belum diangkat..semuanya kecik2 je..mcm buku-buku lama..bnyak jgk buku2 kt rumah tuh..(baca belum tentu lagi..huhu)..

Ok dulu aku janji nk update gmbar rumah kan??..minta maaf la..skrg ada kt kampung, camera tinggal kt rumah PD...nnti2 aku update..minta maaf lagi sekali..

Tahun lepas puasa ada teman..teman serumah dgn cikgu praktikum. Naif Mustakim dan Ah Hong..tahun ni nmpaknya keseorangan la aku sbb takde cikgu praktikum kt sekolah aku...apa pun tak boleh...nasib baik la rumah baru ni, atas bawah n tepi rumah aku ni berpenghuni...cikgu yg dah berkeluarga, so takde lah sunyi sebab kadang2 bila diaorg mengetuk2, menggoreng2 kt dapur, sampai kt rumah aku...

Tahun ni jugak caterer sekolah aku tu tak buka kedai...so, mmg aku kene keluar lah nmpaknya kalau nk berbuka...kalau tak mcm tahun lepas, dia masak kt kantin sekolah sebelum bawa ke bazaar..so, sempat la aku menapow lauk...tahun ni, katanya nk rehat...mmg tak buka kedai...nasib lah badaaaan..

Tahun ni jugak first time aku berpuasa sambil mengajar pagi dan petang....adooooi tabahlah...Isnin, Selasa dan Rabu mcm biasa aku akan start mengajar 7.30 pagi sampai la 5.30 petang...cuma hari Khamis masuk sekolah jam 12 tengahari dan Jumaat jam 2.30 petang..tengah berdebar ni...esok mcmana la...larat ke tidak..hish..berdebar aku...

Ok laaah..banyak plk nk diceritakan...terima kasih la pada kak Zila yg telah memberi cadangan utk update blog selepas Subuh nih...

Selamat berpuasa bagi semua umat Islam di atas muka bumi ini...Ramadhan Kareem.~


Saturday, May 26, 2012

:: Cuti Dipendekkan ::


Assalamualaikum wbt..

Eh, dashboard blogspot aku dah baru laaa...punya la lama tak masukkan entry baru..baru tahu..hehehe..

Berkenaan dengan cuti aku dipendekkan...ye, memang betul..sepatutnya semua murid dan guru diberikan cuti selama 2 minggu bermula 26hb yang lepas sehingga 10 Jun akan datang..

Tetapi, aku telah dipilih utk menjadi salah seorang pegawai teknikal utk Kejohanan Ragbi MSSM 2012..kebetulan peringkat kebangsaan ni buat kt Negeri Sembilan..so, mmg ramailah guru-guru yang terpaksa memendekkan cuti mereka..hehehe

Spt yang Pengarah Jbtn Pelajaran Negeri sebut..kalau boleh dia nk acara yang berlangsung tu spt Olimpik di Beijing..maksudnya takde kesalahan dan kecacatan yang berlaku..semua smooth je kalau tgk kat tv tu..acara perasmian penutup tu ok jer..bendera, muzik, nyanyian..semua ok..mcm tu lah diibaratkannya..

Tetapi aku masih lagi beruntung sebab aku akan mendaftar sbg pegawai scra rasminya pada 1 Jun nnti..kira ada la masa dlm kurang dr 5 hari bercuti..tp disebabkan aku juga salah seorang guru pengiring kpd sorang student aku yg terpilih ke kebangsaan, aku kene la jgak jenguk menjenguk budak2 yg dalam latihan pusat tu..kene g amik, hantar dia balik nanti..

Bagi cikgu yg terlibat dalam dlm kontinjen negeri dan juga pelajar yg akan mewakili negeri, mereka hanya bercuti selama  sehari setengah iaitu pada 1 Jun sehingga 3 Jun iaitu selesai tamat latihan pusat sebelum mendaftar masuk ke kejohanan sebenar..kesian kan mereka...tapi tak per..bekorban utk negeri tercinta..

Sebenarnya ini adalah kali pertama aku dilantik menjadi pegawai teknikal...sebelum ni langsung tak pernah..mungkin ini kuota aku sbg Pengerusi Teknik Sukan Ragbi Daerah PD..hmmm..aku ok jer..hehehe..semasa taklimat pegawai teknikal haritu di sekolah sukan negeri..diaorang bgtahu apa tugas PT..aku pun ada jgk la isitilah 2 tak faham..hahaha..

Asalnya aku rasa mcm boleh ke aku buat..sbb aku bukan opsyen PJ dan minor aku pun bukan PJ..tetapi memandangkan coach ragbi under 18 tu adalah seorang ustaz di Sek Dato' Abd Razak...so, aku rasa kalau dia boleh buat sesuai yg diluar bidang tugas dia..kenapa aku tak boleh kan..

Lagipun aku bukan budak sukan...tapi bila diberi peluang mcmni rasa mcm teruja dan ada feel a little bit excited..hehehehe...terima kasih..

So, utk tempoh 5 hari sebelum masuk semula ke training camp 1 Jun ni...nilah tempoh utk aku setelkan beberapa hal berkaitan dengan urusan perkahwinan aku..berkaitan kad (tinggal nk confirmkan design n cetak), tempah baju nikah, confirmkan baju bersanding, pelamin utk bergambar, khemah catering..dan mcm2 hal lagi..so, kene planning yg terbaik utk cuti sekolah kali ni...

btw, tunang aku dah start perli...asyik2 ragbi..ragbi..ragbi...hehehe..nk buat mcmana..dah terjebak dengan sukan nih...sabar je lah.. :)

p.s : Selamat bercuti kepada semua guru di luar sana yang sedang menikmati 2 minggu cuti mereka.. :)


Monday, March 26, 2012

:: Bapak ::

Assalamualaikum wbt..

Saje je nk kongsi cerita ni...berlaku dalam kelas tadi..kebetulan budak tak ramai td sbb harini meeting PIBG, so parent ramai tak hantar anak2 dia dtg sekolah..ok tak pelah..tapi antara yg dtg tadi ialah salah sorang anak murid aku..Ieman..

Kebetulan, aku tgk budak ramai dah siap latihan yg aku bagi..so, aku pun rasa mcm sempat je nk tanda buku latihan diaorang..aku panggil nama Ieman..budak dia tembam, berisi sikit, cute..bila sengih sebiji mcm kakak dia sengih..kira sejuk la muka memandang..perangai pulak baik2 jer..

Aku selak..selak...selak lagi muka surat yg belum bertanda...mak aihh..rupanya sejak awal tahun dia nih tak pernah hantar buku latihan (yg cikgu dia plk tak check) ... dia pun mcm terperanjat la sbb takde satu helai muka surat pun yg dah bertanda..

Korang perasan tak skrg ni budak2 zaman la nih..suka ckp "Bapakk lak aii..." "Bapak besar badan dia.." "Bapaakk busuk lah bau sampah nih.." perasan tak?? kira kalimah BAPAK nih merujuk kepada sesuatu yg mcm 'waaahhhhh' gitu lah..terkejut sikit la..

Secara spontan kalimah tersebut kluar dr mulut si Ieman nih dgn tak sengaja depan aku..tp tak abis lagi dia ckp..

"Bap...." tak habis nk dia nk ckp..

"Bapak!..bapak sape?..sape??.." aku plk menyoal..

Eiman td yg da mcm takut..tersengih2 dan berkata.."Bapak saya.."

Hahahahaha...ok fine aku gelak..sbb mcm spontaneous sgt kejadian tu...

(carik gambar Eiman ni dlm laptop..kot2 ada la tertangkap gmbr dia..malangnya tiada..)

Thursday, January 5, 2012

:: Awal Sesi Persekolahan 2012 ::

Assalamualaikum wbt..

Minta maaf la kepada semua reader tegar blog ni (ada ke??..haha) sebab dah lama tak update blog nih...

Ok..sempena awal tahun ni mcm biasalah, kesibukan sedikit disebabkan oleh awal sesi persekolahan..masa pendaftaran murid hujung tahun lepas, aku diminta menggantikan sorang cikgu ni yg bersalin..so, aku kene la kutip duit buku dan menguruskan kelas..aku dah biasa buat kerja nih..

Tapi yang tak disangka, aku diminta menggantikan cikgu ni sebagai guru kelas sampai la dia masuk sekolah setelah dia abis cuti bersalin 90 hari...itu aku tak biasa...hehehe..

1st sekolah...

Seperti biasa, aku diserang oleh ibu bapa yang datang nk membayar duit buku lagi..mungkin hari tu tak sempat nk bayar, so, byr masa hari persekolahan..ada juga yg datang menyerahkan borang maklumat murid..sumpah aku kelam kabut masa nih..! Aku tak pernah jadi guru kelas..

So far masa tuh..semua parent ok...no demanding..kalau ada pun tanya bab2 yg tak berat...except sorang bapak budak nih datang dgn muka garang bdget best..nk tunjuk bagus la kononnya dia lah bapak terhebat di alaf ini dekat parent2 yg lain..nada dan intonasi serta lagak soalan dia tanya kt aku buat aku saket hati..aku respect segala soalan2 dia..tp biarlah bertanya secara bersopan dan beradab dan menghormati aku sbg cikgu mcmana aku aku hormat dia bapak kpd anak murid aku..

Ada ke dia tanya kenapa kelas anak dia kt tingkat atas sekali..tanya la pentadbir knp letak situ..abis takkan la nk bagi budak year one dduk kelas kt atas sekali..kalau semua nk kelas dekat tingkat 1 dan 2..mana la semuat bangunan nih...last2 aku suh dia tanya masa meeting PIBG nnti...kalau aku jadi GB, nak je aku jawab tanya arkitek JKR atau KPM...sabar je la aku masa tuh..

Macam biasa, hari pertama dan kedua ni setelkan buku teks n buku aktiviti budak2 nih..agih2 dulu serta dapatkan jadual waktu diaorg,amik attendance, amik perlatan belajar dr pejabat dan itu dan ini...semua aku kene buat..baru la aku tahu azab jadi guru kelas nih..hahaha..

Yang buat keadaan jadi kelam kabut adalah aku tak mengajar langsung kelas nih...ditambah pulak aku langsung takde mengajar dekat kelas yg bersamaan dengan blok tersebut (Blok D) .. membuatkan aku agak kepenatan kelas ni tingkat 4 .. dan aku terpaksa naik tingkat 4 Blok B dan pergi pulak tingkat 4 Blok D semata2 nk amik kedatangan serta uruskan borang maklumat murid...

Harini..kelas aku semua dekat tingkat atas sekali..tingkat 3 Blok B, tingkat 4 Blok C dan tingkat 4 Blok D...aku rasa tak turun gak berat badan aku tak tahu lah..

Ada lagi seminggu je lagi sebelum guru kelas yg sebenar masuk mengakar seperti biasa...lepas tu aku akan serahkan seratus peratus kt dia..maka tamatlah amanah dan tanggunjawab aku kat kelas tersebut..

Biasalah aku cikgu citer pasal sekolah la awal2 musim persekolahan nih...terima kasih la kerana sudi membaca luahan hati aku nih...hehehe...sekian wassalam.

Thursday, October 27, 2011

:: Tadaaaaa!!...Tukar Opsyen ::

(Entry ni panjang...tapi best utk dibaca..aku mengambil masa 3 hari utk menaip..tak caya..baca lah!)

Assalamualaikum wbt...

Semalam masa aku ke pejabat sekolah..untuk sign kedatangan, ada note yg kerani aku selitkan kat situ..bermakna ada surat utk perhatian cikgu2 nih..kat situ aku tengok ada 2 nama aku..selalu tak pernah lak ada smpai 2..kadang2 takde langsung.

Ada 2 surat utk perhatian aku...satu aku kene jadi guru pengiring utk Majlis Khatam al Quran Perdana peringkat negeri kt Seremban..Katanya nk buat yg terbesar..dianggarkan mencecah 12,000 orang..tak tahu la angka rasmi berapa..

Tapi setakat yg aku pergi aritu boleh tahan gak ramainya...

Surat kedua utk perhatian dan tindakan selanjutnya oleh aku ni agak menakutkan aku..iaitu aku dipanggil utk menghadiri kursus..aku rasa sebelum ni aku dah citer kot. iaitu Kursus Kejurulatihan Ragbi Peringkat MSSMNS..

Hadoii...korang tahukan aku ni pegang ragbi pun jarang..amat jarang..haha..sejarahnya bermula begini..

Nama aku tercicir dalam senarai guru pembimbing aktiviti Sukan dan Permainan sekolah..so, aku diberi pilihan nk masuk mana..aku minta la Tenpin Bowling..dah itu je sukan aku minat (dan agak teror jgk laaa..)haha..selang beberapa lps tuh..aku diberitahu aku ditukarkan ke sukan Ragbi..tension gak aku masa tuh..yelah, aku mana reti main ragbi..aku masa tu aku ni cikgu baru..mana la berani nk lawan..taat je la..terima.

Tak lama lepas tu, aku diminta utk jadi guru pengiring merangkap pengurus pasukan (sebenarnya takde la hundred percent aku mengurus) utk MSSMNS 2010..masa tulah aku agak excited sbb benda ni tak pernah aku buat..

Dalam tahun yang sama, sekolah bgtahu Pjbt Pelajaran Daerah mewajibkan budak year 3 pun masuk Ko-Ku..so, nk tak nak aku kene la ajar bdk2 year 3 ni teori utk bermain ragbi..budak2 ni nmpak mcm aku ni pro..padahal sebelum tu puas la aku buat research kt internet n library..siap pinjam buku Ragbi kt library UIA..hahaha..dari situ la timbul minat..sebab dah tahu sikit kan..

Boleh kata aku ni jadi pemerhati utk sukan ragbi selama 2 tahun..dan 3 kali perlawanan MSSMNS..masa tu aku tengok jer...kadang2 ada gak tanya budak2 nih..apa maksud istilah itu..istilah ini..kenapa mcm tu..kenapa mcm ni...walaupun masa tanya aku buat macho dan ego ckit..hahaha...

So, jurulatih sebenar utk team sekolah aku tu..seorang cikgu pra sekolah..cikgu Hairul..dalam masa yg sama dia dah banyak kali ckp kt aku yg dia tgh apply utk pindah sekolah..rasa nya dah dpt dah..tinggal sekolah tu belum buka secara rasmi je lagi..sekolah baru..dia jgk banyak kali bg hint kt aku kalau dia pindah aku la kene jd coach utk buat satu lagi team lepas nih..hmmm..GPK Ko-Ku aku pun ada ckp bnda yg sama...Tahun ni aku dah diberitahu awal..pasal kursus tuh..mula2 aku suka giler..sebab aku mmg minat try benda pelik aku tak pernah buat..

Zaman sekolah rendah dulu mana la minat bersukan nih..aku still ingat masa zaman aku Prasekolah cikgu suh buat terbang mcm burung terbang..aku je yg agak segan nak buat..dah la taknak buat..siap kutuk budak lain "apa la..tak malu ke diaorang ni..ntah apa2 la diaorg buat.." bolehhh???..hahaha...ada je aku masuk utk selection bola baling...tp tak terpilih.

Zaman sekolah menengah..sekolah aku mana ada PJ!..sekolah agama la katakan..5 tahun tu aku tak bersenam..dok berpeluh sbb berjalan (dan kadang2 berlari) nk ke kelas...waktu petang time riadah aku bersidai kat tembok asrama skodeng orang mahupun bergossip..atau menggangu junior yg sedang bersiap utk ke dewan selera..mungkin juga aktiviti ni aku lakukan bersama Khairil~

Zaman univ plk..ada je sukan...tp bola je la memanjang nyer...aku bukan pandai sgt main bola..ada gak aku masuk pertandingan bola..dan team aku ni team underdog je la..kalau tak silap aku jadi goal keeper...bolos??..jangan cerita!..at least aku berani..haha


yer..goal keeper itu adalah aku!..jgn tak percaya..ada gaya kan??

Goaaaaalllll......No comment..aku tak sengaja..ada orang cbuk tngkap gambar aku..haha

Sejak dah masuk alam perguruan ni..macam2 sukan aku buat..dari melontar peluru hinggalah lompat jauh..bukan buat apa..nk suh budak buat cikgu kene la bg teori dulu..pastu buat contoh..biasanya masa nk dekat sukan sekolah..

Ok..berbalik kepada ragbi tadi..sebenarnya aku suka je dipilih utk pergi kursus tuh..tapi yg membuatkan aku risau n agak cuak banyak bila aku bc isi kandungan surat tu yg berbunyi..

"Guru yang dicalonkan ini adalah guru yang bakal menjadi jurulatih di peringkat sekolah, peringkat MSS Daerah, dan juga peringkat negeri (MSSNS)"

Tak ke aku risau!..aku harap kursus ni aku dpt la menimba ilmu sebanyak yang mungkin..eeeaiii..cuak lak aku.

Aritu diaorang (coach2 ragbi yg dah lama ni la) ckp "eh, bagus la..kito pun dah lamo takdo ustaz yg jd jurulatih ragbi ni kan.." yer lah tuh...lps ni boleh la aku tukar opsyen minor aku...PJK!

Terima kasih kerana membaca...salam hormat dari Coach Adam~ hehehe


Tuesday, April 26, 2011

:: Macam-Macam Hal ::

Assalamualaikum wbt..

Ini adalah work list aku dalam masa terdekat ni sehingga penghujung bulan Mei..

1. Lawatan PSS ke PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa - 25 April (dah selesai!)

2. Mesyurat Perlaksanaan Semaian Wahyu peringkat sekolah - 26 April

3. Majlis Perpisahan GPK 1, peringkat sekolah - 28 April

4. Majlis Perpisahan GPK 1, anjuran KKS, Bayu Beach Resort - 29 April

5. Kenduri Kahwin Staf sekolah - 30 April

6. Program 'Jom Terjah Seberang Tambak' - 31 April dan 1 Mei

7. Latihan pasukan Dikir Barat B.Arab sekolah - bermula 3 Mei

8. Temujanji dengan Wanija Honda, service kereta - 7 Mei

9. Ujian Lisan Bahasa Arab - 9 hingga 20 Mei

10. Peperiksaan Pertengahan Tahun (B.Arab) - 12 Mei

11. Peperiksaan Pertengahan Tahun (Jawi) - 13 Mei

12. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah - TBA

13. Kejohanan Ragbi MSSMNS - TBA

14. Peperiksaan Pertengahan Tahun (Subjek lain) - 23 hingga 26 Mei

15. Mark kertas peperiksaan budak2

16. Majlis Semaian Wahyu Peringkat Daerah - TBA



Urghhhh....~ boleh tak lepas tu nk g holiday..? :)


Monday, February 21, 2011

:: Ilmu Hisab ::

Assalamualaikum wbt..

Korang tahu tak, adakalanya matematik dipanggil ilmu hisab..kenapa??..aku pun tak tahu apa yg dihisapnya..mungkin ilmu hisab ni diambil dari Bahasa Arab..iaitu ilmu kira-kira..sebab 'Hisab' jika diterjemahan ke bahasa Melayu adalah kira-kira atau hitung...jadi aku rasa ya, dari situ diambilnya perkataan Ilmu Hisab..

Sekarang, zaman dah berubah..ditukarnya plk kepada Subjek Matematik..dan lepas tuh pulak, sekarang dah tak panggil lagi subjek atau madah atau matapelajaran..sekarang dah ditukar iaitu Disiplin Ilmu...<-memetik kata-kata Guru Besar aku semasa mesyuarat yg lepas..

Aku sangat suka belajar matematik..sangat suka.mungkin sebab iainya menyelesaikan masalah..hehe..jangan tak percaya, dari UPSR, PMR dan SPM..Math aku 'A' ok...hahaha..astagfirullah..

Ada sebab kenapa aku agak terer ckit dlm Math..banyak sebab sebenarnya..tapi yang nak dikongsi kat sini satu jer..pengalaman kannn..

Dulu masa aku sekolah rendah, kebetulan pak busu aku masa tu cikgu praktikum..dan dia plk boleh dapat mengajar dan berpraktikum kt sekolah aku..dia ajar aku PS (sekarang PSV) n PJK..tapi kt rumah dia guru math aku...semalam mesti menghafal satu sifir n sebelum tidur tasmi' kt dia..atau pergi baca depan dia..tak hafal, hukuman dia dia akan tarik sideburn aku..sakit dowh~..melalak pun tak guna, mak aku wat pekak je masa tuh..mak mesti la nak aku jd pandai kan..

Lepas tu, setiap malam juga dia akan bekalkan aku dengan soalan2 Math..sangat banyak..kene buat tiap2 malam..kalau dia check salah..mampos aku kene....

Pernah sekali tuh..dia ni selalunya tiap2 petang akan kluar main tenis...aku pergi senyap2 menyelinap masuk bilik dia..dan carik soalan Math yang akan dia bagi kt aku malam nanti..puas aku carik..last2 jumpa gak..2 helai siot penuh dgn soalan Math..

Aku amik dan aku sorokkan..kalau tak silap aku buang rasanya...hahaha..malamnya aku dengan senang hati la study kt meja belajar aku...tup2..dia bagi jugak soalan Math kt aku...dia buat balik!!..aku pun rasa mcm sia2 je keje aku petang tadi..

Korang nak tahu, sejak aku masuk form 4..aku tak pernah lulus subjek Math..entah kenapa bengap sangat aku masa tuh..hatta ke form 5 sekali pun...tapi kalau dah suka, aku akan buat apa shj..so, b4 trial aku study sungguh..dan masa result trial aku dpt la B4..n masa exam betul2..aku sgt yakin..masa tu terdetik..kenapa la aku tak study betul2 dulu..menyesal kemudian tiada gunanya..hehehe

Mungkin itu salah satu sebab dari banyak lagi sebab2...smpai skrg aku masih lagi minat dgn subjek Math..hatta kalau budak dtg study kt rumah aku, aku ajar diaorg Math dulu dr subjek2 yg lain..

Al Kisahhh...~ sekian...


Wednesday, February 2, 2011

:: Nak Buat Itu, Nak Buat Ini ::

Assalamualaikum wbt..

Bagi yang menyambut perayaan tahun baru cina, sy ucapkan Selamat Tahun Baru!..

Malam ni saya rasa bersemangat plk nak buat kerja..ntah la, da masuk cuti baru sibuk nak buat kerja..bukan apa, kt sekolah pun ada gak kerja..smpai nk buat kerja lain tu pun susah ckit..lagi2 plk awal tahun ni sangat dan super busy..

Dengan latihan sukan, sambutan program maulidur Rasul, meeting panatia dsb..

Cakap pasal sekolah nih, selain aku ditugaskan untuk membantu melatih budak Ragbi, aku jugak kene latih team Dikir Barat Arab sekolah..masalah skrg lirik tak siap lagi, budak pun takde lagi..padahal budak2 ni super excited dok tnya aku bila nak buat dikir barat..

Skrg plk aku tgh excited nak tubuhkan team nasyid sekolah...tp kali ni nak cuba buat perubahan dgn melatih team nasyid versi English...dah dpt respond baik dr guru English sekolah..skrg nk tggu green light dr Ketua Panatia plk..hehehe..

Tak cukup dgn tuh, aku tgh bersemangat nk buat kertas kerja utk buat penjenamaan semula surau sekolah..memandangkan sekolah aku ada 2 surau, satu surau baru dan satu lagi surau lama yang baru direnovate..so, bnyak kelengkapan tak de..so, CC sekolah dah bg green light suh buat kertas kerja utk mohon peruntukan, tinggal jari aku ni je nk buat ke tak..

Kalau ikutkan aku ni mcm dah merampas kuasa s/u panatia plk..tp aku bkn mcm tuh..sekadar membantu jer...bak kata GPK KoKu aku, guru agama ni bukan shj kene jd aktif, malah proakftif...hehehe..

Aku takde masalah utk membantu selagi mana aku mampu~

Oh yer, baru2 ni aku jgk mula berazam utk menghidupkan balik perpustakaan tu atau dgn kata lebih tepat, lebih menggalakkan murid membaca..so, now aku da mula buat kelas dalam library..lebih kurang 10-15 minit diperuntukan untuk membaca...alah lagipun bukan setiap kelas aku kene buat mcm tu..kene bijak lah, kalau aku rasa kelas tu dah abis silibus diaorg, so no need nk kejar2...kene la jgk bg diaorg rileks b4 masuk new topik kan..

Lagipun budak2 ni masuk library tu mcm masuk taman tema plk happynya..al maklum, jarang masuk~

hah, betapa banyak kerja nk buat...tu lah, bila semangat dtg sumer nak buat..hahaha..yg penting kene pandai uruskan diri sendiri..

Prof. Dr Izi Hj Ali kata (aku dgr dlm radio) sbnarnya bukan tugas kita menguruskan masa, sbb masa tu Allah yg uruskan..kita kene pandai uruskan diri kita dengan masa..hehehe..lebih kurang mcm tu la maksud dia..

Selamat Beramallll...


Saturday, November 13, 2010

:: House For Rent ::

Assalamualaikum wbt..

Penat sangat arini carik rumah sewa kat area Taman Intan Perdana..da la kereta manual..dgn bonggol la..sakit kaki aku..dapat la 3 buah rumah yg akan dipertimbangkan...tp mcm tak best jer..

Al Kisah, aku skrg dalam proses nk pindah rumah..sebelum ni dduk kuaters guru..tapi sejak elaun aku kene potong sbb dduk rumah kerajaan ni..rasa mcm tak berbaloi la plk..so, kalau dduk rumah sewa at least dpat gak elaun..ada org kata, sama je ..tapi bila calculate balik semula. dapat gak save dalam RM100..

Minggu lepas ada la aku tnya sorang anak murid aku..si Haiqal..

"dekat2 rumah kamu ada rumah kosong utk disewa tak?"

"ermm..jiran sebelah ada lagi..tapi yang lagi sebelah tu mungkin nk pindah bulan 12 nih.."

"hah..tanya la emak kamu, kalau ustaz nk sewa boleh tak?"

"ustaz nk dduk sebelah rumah saya ke?...yeay yeay.."

"tanya la dulu emak kamu.."

sambil nk balik tu..dia boleh plk lompat2 smbil ckp "yeay..yeay..ustaz nk dduk sebelah rumah kita"

puas la aku jerit kt dia balik "tak tahu lagi la...tanya la dulu...haishh~"

aku dlm procedure nk carik rumah ni agak cerewet ckit..antara kriteria yg aku nak adalah:

1. bila petang, cahaya matahari kt belakang rumah
2. kalau ada awning lagi bagus
3. da siap pasang grel
4. kalau boleh depan rumah taknak ada rumah lagi..ada ruang nk parking kete..
5. tak nak dduk sebelah rumah org bujang..haha
6. tidak terkebelakang
7. tidak terkehadapan
8. tak ramai anak murid aku dduk area tuh..huhu
9. jiran yg bersopan dan friendly
10. rumah tu kalau boleh tak lama ditinggalkan..huhu


hah, kalau ada anak murid aku yg baca ni...tolong usahakan yer..hahaha


Sunday, September 5, 2010

:: Dapat Sudah Akhirnya ::

Assalamualaikum wbt..

Akhirnya, surat yang ditunggu2 telah sampai..

Kini saya ditawarkan terus untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41

Saya agak busy dengan urusan penerimaan tawaran ini.harap maklum.

Terima kasih.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI maaf zahir dan batin~


Sunday, August 1, 2010

:: New Day in New School ::

Assalamualaikum wbt..

Esok aku mula mengajar kat sekolah baru..di sekolah menengah.
Macam-macam la perasaan yg ada dlm jiwa dan badan aku nih.
Aku mcm tak boleh percaya je aku akan mengajar bdk sekolah menengah.
Kau bayangkan, bdk darjah enam kt SKTK tu pun da mcm bdk sek men besarnya, ini kan plk yg da sedia ada kt sek men tu nnti..

Beralih angin kejap, dari sekolah rendah ke sekolah menengah. rasa teruja pun yer gak. al maklum la nk cari pengalaman..takutnya...Adam!..tabah!

Doakan saya yer..

5hb ni result interview SPP utk perlantikan ke jawatan DG41 kluar..harapnya saya lulus..

Result Final Exam arituh pun da kluar..dgr citer ada sorang budak lelaki tak lulus..harapnya bukan aku la tuh...aku nk cemerlang!..taknak mengulang dgn budak Jun intake lps..hehe

((tiada gambar yg berkaitan..harap maklum)) :D

Friday, July 9, 2010

:: Inilah Masanya ::

Assalamualaikum wbt..

Aritu da seronok2 da abis exam la, da selesai semua assignments la, da lepas interview la..boleh la melepaskan nafas lega..dlm fikiran tak sabar nk ke sekolah, mengajar semula..mmg bersemangat gak la..mana taknya..hampir sebulan tak masuk kelas mengajar..

tapi lain plk kisahnya..

selepas abis exam aritu sepatutnya ada taklimat dr wakil JPNS utk penyerahan surat lantikan dan penempatan semula..kitaorg punya la excited smpaikan tak nk kluar dewan, even da tahu da pegawai tuh lmbat sampai sbb baru abis meeting..feel excited tu bergantung pada diri masing2 la kan..

tp sejam lps tuh dapat info katanya surat akan dipos ke alamat masing2..n tak perlu hadir ke sekolah sehingga surat lapor diri dan tarikh perlantikan diberitahu...ada 2 feel masa tuh..happy sbb dpt hilangkan penat dgn bercuti n sedih sbb tak dpt masuk sekolah n tarikh perlantikan yg kabur..

2 jam lepas tuh dpt sms kata perlu hadir ke sekolah seperti biasa n gaji jalan mulai esok...happy la aku...so, esoknya dgn bersemangat aku ke sekolah..mengajar mcm biasa dan terpaksa mengejar silibus yg terlepas..

malamnya another sms received..tak perlu hadir ke sekolah until surat perlantikan sampai..baru nk gosok baju..hampa n kecewa sangat..

n this issue tersebar dgn luasnya kat sekolah..kau bayangkan, dekat sbulan kau tak dtg sekolah..pastu datang sehari n lps tuh tak dtg balik..tak ke bnda ni menimbulkan tanda tanya kt org ramai..almost cikgu kt sekolah bersimpati...thanks alot...

semalam aku tetap turun ke sekolah..tapi bkn utk mengajar..akau g kantin sekolah makan tghari..kebtulan GB nak jmpa ada pesanan katanya..bila da bersoal siasat dgn GB, beliau pun simpati n thanks to him sbb sudi amik peduli pasal aku n yg lg 2 org tuh..so, GB kata kalau nk datang sekolah (mengajar) pun apa salahnya..yeay!..da dpt green light dr GB..

2 hari dtg melangok kt sekolah tp tak mengajar..dtg hanya mkn..skrg sekolah ibarat The Forbidden City bagi aku..hahaha..tmpat yg mana aku nk sgt pergi n masuk tp hnya boleh sekadar melawat..ibaratnya takde permit utk mengajar lagi..sehingga surat dari kementerian sampai..

tapi since GB da bg green light..rasa mcm next week nk masuk sekolah n mengajar..tak perlah..biarlah tak dapat gaji..asalkan masa terluang aku terisi n dpt catch up balik silibus subjek bdk2 ni..kesian diaorg..kalau jmpa asyik tnya knp aku tak masuk kelas..

Btw, anak2 murid aku bnyak bagi aku semangat utk masuk ke sekolah semula..biarlah tak bergaji tp selagi diaorg ada semangat nk belajar..then, diaorg bg aku semangat juga utk mengajar..Adam, ganbate kudasait!

Akhir kata, bila lagi nk buat pahala n amal jariah..kalau bukan sekarang, bila lagi..INILAH MASANYA!

Dari kelas 1 Arif..


Amirul, Fawwaz, aku n Faiz the Botakboy..


Saturday, May 22, 2010

:: Murah Rezeki ::


Assalamualaikum wbt..

Tahukah anda bahawa 18 Mei yg lepas birthday aku??..jika baru tahu..sila wish cepat!..lagi molek disertakan dengan hadiah..hahaha

Da lama [lama ke??] tak update blog..baru aku tahu..dengan kesibukan tugas kat sekolah lagi, buku2 yg kene baca dsb..ni bukan merungut yer..kang timbul plk kontrversi kang..huhuhu..actually, minggu ni baru je lps mid term exam..so, kertas yg kene mark tuh berlambak..dgn analisa markah lagi..so, sesekali je menjenguk blog ni dan melawat blog kawan2..

Minggu birthday aku arituh..Alhamdulillah, murah rezeki aku..arituh jiran tingkat bawah [Abg Hasnin n Kak Lin] hadiahkan kain pelekat..dan malam semalam plk jiran tingkat 2 [Family Shahir n Adibah] tu plk masak Nasi Ayam Hainan..kalau ada 5 bintang..aku bg taraf masakan tuh 5 bintang..sedap giler..siap ada kerabu mangga..marvelous! .. tak lupa pada teacher aween yg hadiahkan coklat dan kupon KFC..haha

Dan kebetulan plk birthday aku dekat dgn Hari Guru..so, ramai plk anak murid kesayangan aku bg hadiah..happy sangat..masa dekat pejabat..bantainya Kak Ayu n Kak Jun nyanyi lagu Happy Birthday kt aku...maunnya tak shy2 cat aku masa tuh..n ada plk anak2 murid aku wish Happy Birthday..lagi2 plk si Haiqal Luqfi pg ckp kuat2 masa dia nk balik..so sweet...hahaha

Naik atas nk ke kuaters..students kesayangan [cewahhh..time ni sayang la..] plk g nyanyi reramai kt bawah blok tuh..walaupun hujan tgh turun dgn lebat..hujan rahmat..hahaha..

Ok lah..saje je nk tulis yg happy2 ni...sambil menanda kertas exam bdak2 ni...

sekian utk kali ni...bubbye!

Kem Bestari Solat - Tahun 2

Inilah dia Nasi Ayam Hainan tuh..super sedap!



Monday, April 26, 2010

:: Superpenat ::

Assalamualaikum wbt..

Al kisah..semalam dpt tugasan hantar budak sekolah ke pertandingan MTAQ peringkat negeri..bertempat di SMK Bukit Jalor..perjalan dari Port Dickson lebih kurang 90km...majlis bermula pkul 8.30 dan pendaftaran peserta pkul 7.30 pagi..dan kami bertolak dari PD pukul 5.30 pagi..huarrghhh..ngantok!..aku kluar rumah nk amik budak kat kompleks penginapan KPM pkul 4.30 pagi..

Kontinjen PD (guru pengiring dan peserta) dan ready da..asalnya aku tak drive kereta aku sbb mcm terlebih kereta jer..tgk2 ada satu kereta ustaz tu tayar pancit plk..so, kene la bawa kete aku...aku ok saje..

Result : Kontinjen PD sorang wakil negeri ke kebangsaan dan 2 orang lagi tempat ke-2...itu sek rendah..sek men nampaknya pulang tgn kosong..eh, ada dpt sijil...

Sampai kt rumah semalam pukul 5.45 petang...terus tido...smpai la maghrib..lps mark paper ujian budak...tak setel2 lagi..

-------------

Pagi ni buka email...dpt email dr sorang peg. HEP...dia bagi dateline hantar maklumat yg dia nak a.s.a.p seblum khamis...yg aku hangen...budak2 lain sorang pun tak bagi maklumat diaorg kt aku lagi...so, aku la kene sms diaorg sorang2...yg berbalas hanya la 3 org..yg lain harammm..

Bukan apa...pegawai tu kata..kalau tak de maklumat tu..maka tiadalah interview oleh SPP utk DG41..ikutkan hati nk je hntar mana mklumat yg da lengkap..yg tak lengkap tuh mereka pepandai sendiri la..tp tu la..hati ni bukan la sekejam itu...haha

Luahan perasaan : aku bukan ketua unit...tp aku pun tak taw mcmana pegawai tu boleh minta tlg aku carikan maklumat bdk lain..aku tak kisah..aku boleh buat..mslhnya..budak lain sungguh payah nak bg kerjasama..diaorg ni mcm pahat...sekali ketuk..sekali berbunyi...kalau tak berketuk..hermm..haram nak berbunyi...tp ada je yg tak ketuk pun berbunyi...hahaha..sape ketuk??aku pun tak tahu...


Friday, April 23, 2010

:: Kerja Kosong ::

Assalamualaikum wbt..

Aku bukan la pemalas..tp hampir menjadi pemalas..hahaha..minggu ni da berakhirnya minggu ujian utk bebudak nih..dan mula cecikgu ni sibuk dan lagi menyibukkan diri mereka dengan kertas test budak utk ditanda..(wah..amat panjang ayat aku)

Seperti biasa..aku (dan cikgu subjek B.Arab yg lain) kene la menanda kertas ujian budak2 ni lebih dr sepuluh kelas...kali ni aku akan tanda 12 buah kelas..tabahhh!

Bila masuk bilik guru td..tgk atas meja buku aktiviti budak pun tak abis mark lagi..ditambah lagi dengan kertas ujian budak ni..lps tu buat analisa markah..cikgu kelas pulak kene buat headcount..

Budak2 lagi la kesian..asyik exam jer..tp kalau tak exam..takkan berusik buku-buku diaorg tu..esok ada sekolah ganti..minggu ni cuti sehari jer..nasib badan...hahaha

Point aku kat sini...bukan kerja kosong atau tawaran kerja utk menanda kertas ujian budak2 aku..tp aku nk ckp..Sape kata keje cikgu ni senang???


P.S : aku geram giler td kat Haiqal Luqfi...sebabnya sifir dua pun tak hafal lagi..


Tuesday, April 20, 2010

:: Aku Tak Kira.. ::


Assalamualaikum wbt..

Aku tak kira...aku nk cakap jugak..

arini aku berjaya basuh baju aku sendiri....unbelievable!! ;D

tu je aku nk cakap..


Thursday, April 8, 2010

:: Macam Da Lepas SPM ::

Assalamualaikum wbt..

skrg ni aku rasa baru lps exam SPM..dia punya free tu..rasa mcm nk menjerit..segala penat lelah da tamat..pastu rasa mcm nk wat topik headline kt paper esok..

Balik sekolah td..Kak Jun tegur aku... "aik Adam..jalan mcm tak larat jer.." "ye kak..arini da abis praktikum..." aku rasa mcm soalan aku tu tak kene je ngan soalan..hahahaha..tapi ye..aku mmg penat gila arini..dari pagi tadi seawal jam 9 pagi aku da siap2 wat proses terakhir utk lecturer aku dtg ptg ni..lps tu plk..dapat plk releif lagi..last2 lps klas yg sptutnya terakhir aku..dpt call dari Pemangku Penyelia Petang..

"Adam..minta maaf yer..td Cikgu H***** dia balik sebab sakit perut..jadi boleh tak adam relief kelas dia kt 2I...pkul 5.50-6.20 ni??"

"ok..boleh" takkan aku nak kata "ahh..tade de..suh la org lain.."..gila??aku ni cikgu biasa..Kak yam tu da boleh jadi GB da..hehehehe..terima je lah..lagipun da last period da masa tuh..aku bawa la diaorg ke surau..boleh la aku solat Asar..

Arini sbnarnya aku rasa mcm nk jumpa seseorang..tapi tak terjumpa..ntah sbb apa..

Aku betul2 happy harini sbb da abis praktikum..super happy..tp aku baru teringat yg last assignment aku kene submit hari Sabtu ni...dan aku masih ada final exam Jun ni..tak jadi happy..hahaha..

ok aku nak tido...

Thursday, March 11, 2010

:: Kejohanan Olahraga SKTK 2010 ::

Assalamualaikum wbt..


Berbekalan semangat kesukanan yang tinggi....meredah kesjukan dipagi hari..walaupun keaddan bdana masih demam dan suara hampir tiada..aku meredash gak naik kereta ke Kompleks Rakan Sukan PD yg terletak kt sebelah sekolah je..sbb arini ada sukan sekolah..

ye..aku pengurus pasukan Rumah Kuning..utk sesi petang..nak tak nak..demam ke..apa ke..kene gak datang..sbb yg atur bdk2 ni aku..harap cikgu Jai sorang je..kesian dia..

so, kt atas ni antara gambar2 yg sempat dicapture masa hari kejohanan..

apa yang penting..

RUMAH KUNING JUARA KESELURUAHAN..

;D



Kumpulan Pancaragam Angkatan Tentera Malaysia..tak main da pakai music tape2 nih..live pnya..hahah


Team 4x100m Rumah Kuning..2-2 Johan..ngeh3..Olahragwan pun dapat kat si bdk laki rumah kuning tuh..Aswad..


Cayalah..bersemangat budak2 ni masuk perbarisan..


Maskot Rumah Kuning.. "Kuning Menyengat!"


Maskot Rumah Merah..Ayam Hutan..hahaha


p.s :
Kak Aween...tahun ni olahragawan dapat kat si Aswad..sian Anip..tak dapat..hehehe..td sy salam si Anip..sy ckp "Tahniah, dpt no.2" ..dia gelak jer..



Wednesday, February 17, 2010

:: Wednesday Blues ::

Assalamualaikum wbt..


Arini masuk sekolah semula lps cuti beberapa hari tak smpai seminggu even ada je banyak sekolah yg amik cuti seminggu..


Arini mood mengajar mcm cuaca arini.mendung panas dan hujan kejap..mcmna tu ea??..kiranya ada feel ke'malas'an ckit..ckit je..tapi aku taw cikgu tak leh malas..Alhamdulillah arini kelas aku satu jer.. 1 Elit..hehehe..selebihnya rileks buat assignment utk dihantar Sabtu ni..

Arini pkul 12 tgh ada meeting LINUS..haaa..LINUS ni singkatan kpd Literasi dan Numerasi utk bdk year 1...mengganti program KIA 3M..ni sumer utk mengenal pasti murid mana yang lemah dan seterusnya akan dibimbing dlm kls khas..

apa yg aku tertarik nk kata kt cni adalah..dlm bnyak2 program under KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) hanya program j-QAF je yang berjalan lancar..dlu program PPSMI dilancarkan utk mendedahkan pljr dengan bljar Math n Sains dlm English...selepas beberapa tahun akhirnya KPM mengambil keputusan utk memansuhkan program tersebut secara berperingkat..isu itu kira da selesai dan tak nak komen lebih2..

seterusnya program KIA 3M (Kelas Intervensi Awal, Membaca Menulis dan Mengira) pulak utk murid Year 1 ni...ni sumer utk mengenal pelajar mana yg dah boleh membaca , menulis dan mengira..slps tu bimbingan utk mereka yg lemah..akhirnya tahun ni dimansuhkan dan digantikan dgn program LINUS ni..

LINUS ni konsep dia sama je dgn KIA 3M tuh..cuma aku tgk mungkin lebih teratur ckit..dan buat pertama kali aku terlibat dlm program LINUS ni walaupun aku tak mengajar subjek B. Melayu dan Math..it's ok..dapat tambahan ilmu..dan meeting tghari td dan membincangkan proses utk ujian bdk2 ni esok..

j-QAF pulak satu program yang ditubuhkan pada 2005 hingga kini dan telah mencapai sehingga generasi ke-6 iaitu genarasi pertama kini da berada di tahun 6. Alhamdulillah program ni setidak-tidaknya membantu murid seawal tahun 1 da mula mengenal al Quran dan juga Bahasa Arab..nnti da besar semoga diaorg tak lupa utk membaca al Quran..

bila pkir2 balik..seronok juga tgk anak2 murid ni da besar diaorg ingt jasa cikgu2 ni mengajar diaorg suatu ketika dahulu..yang penting tak lupa pada ilmu yang diajar..ameen..


p.s: Cuti Raya Cina aritu satu family besar bercuti di Port Dickson (PD??..tak de tmpt lain ke??)..kami menginap kt Glory Beach Resort..aku tak suggest korang ke sana..sbb tak best! service n facilities tak sehebat mana..ada ke satu blok apartment seploh tingkat 1 je lif dia??...tak masuk akal betul..


Tuesday, January 19, 2010

:: Keterujaan dengan 5 Cerdik ::

Assalamualaikum wbt..

Letih, penat, ta’ban, tired sumer ada la arini..arini kalo ikutkan dlm jadual waktu persendirian rasa mcm banyak je free..tapi rupanya kelas penuh selepas rehat..dari rehat smpai la balik. Pulak tu arini kelas start awal..dari jam 11pagi smpai la 6.30 ptg..

Sbrnyer aku masih rasa teruja lagi bila dpt mengajar 5 cerdik..bukan sbb apa..walaupun bega dan nakal bdk2 tahun 5 ni tak sama mcm bdk tahun 1..tp masih rasa rileks lagi mengajar tahun 5..kelas tu aku yg minta dr USt Syukri utk tempoh praktikum ni. Ari Selasa mmg rasa senang n best je ke sekolah sbb 1st period kls 5 cerdik..

Masih belum lagi dpt menghafal semua nama bdk2 kelas tuh..lain la mcm si Luqman, Awi n Izyan..Luqman sbb aku kenal parent dia..dan lagi 2 org tu anak cikgu..tp dlm kls sumer sama jer..anak cikgu ke, anak lawyer ke..sumer kene tanya…latihan tak siap kene!

Aku masih tak rasa mcm dlm tempoh praktikum lagi..mana taknya buku Lesson Plan pun masih tak tulis lagi..ntah la mcm tak praktikum jer.riso pun yer gak..td jumpa Kak Yan..dia ni la yg banyak membantu aku dlm praktikum ni..dia kata dia nk tgk ada sorang cikgu yg dpt kptsan kes cemerlang tahun nih..teruja gak dgr td..tp tak nak org menaruh harapan sgt kt aku..buat yg termampu jer..ni nk setelkan buku lesson plan utk praktikum..

Kerja keras!..yosh…


p/s : minggu ni penuh dengan meeting..boleh kata tetiap arini meeting..