Saturday, July 30, 2011

:: Perbarisan ATM-PDRM dan Hujan Ribut ::

Assalamualaikum wbt..

(Entry ni mungkin panjang berjela...bagi yg tak minat membaca boleh klik pangkah kat atas sana)

Tempat : Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA)
Tarikh : 30 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi - 2.00 ptg
Pelatih Konstabel Polis : 984 orang
Pelatih Parajurit Muda : 2107 orang

Bayangkan kalau sorang pelatih bawa datang paling kurang 3 org ahli keluarga..jadi berapa penonton semuanya?..tp aku nmpk mcm lebih 3 je..yg dtg penuh satu van pun ada..belum tambah yg datang saje2 mcm aku nih...

Sebenarnya mcm 2 entry aku sebelum ni aku ada ceritakan betapa aku excited dpt tgk tentera ni buat rehearsal perbarisan tamat latihan..semalam adalah yg betul2 punya..kebetulan seorang rakan cikgu dekat sekolah aku tuh suami dia Kapten dan dduk di dalam kawasan kuaters kem tentera..so, dia pelawa aku pergi tgk sbb dia pun agak excited nak pergi..

Kelebihan aku nih...aku parking kereta dekat Hotel Selasa Beach Resort dan dia datang ambil..sbb kereta dia ada sticker kem..so, mmg ada priority utk masuk kawasan kem bawa kete..aku kluar rumah pukul 7 pagi..punya excited nak tgk yg betul2..PM, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Besar, KPN, Panglima Tentera turun..so, paham2 la keadaan jalan mcmana..ya Rabbanaa...jem teruk!

Nak dijadikan cerita, pagi tu agak dah mcm nk mendung...aku ingtkan aku dtg pkul 7 ada lagi seat tmpt duduk..rupanya...berpuluh ribu org dah datang dulu dari aku...so, kene la berdiri..sejak jam 7pagi..VIP pertama yg smpai lebih kurang jam 8 lebih..sampai la VIP yg terakhir iaitu PM dtg naik helikopter jam 9pagi..harem jadah penat aku 2 jam berdiri..(itu aku, parajurit muda dgn konstabel polis pelatih yg dr tadi berdiri tegak kt tgh2 dataran tu mcmana la plk)...

PM datang, terus naik Jeep PDRM buat pemeriksaan barisan...masa tuh dah start mendung yg nmpak dgn jelas..masing2 risau kalau tetiba hujan lebat..nasib baik PM berucap kejap jer..lepas dia abis semua dan tentera dan polis buat kawad keluar baris..terus hujan rintik2 dulu..

Pada asalnya aku mcm nak balik terus..tapi diaorg wat pameran plk...pameran tu nmpak mcm gah plk tuh..terus melencong kt bahagian pameran...ada kenderaan pertahanan terbaru PDRM, ATM dan Bomba..baru smpai booth yang pertama booth PDRM (saper nak bayar sama boleh la masa tu)..dah start hujan...nasib baik aku ada bawa surat kabar lama. asalnya nk buat alas tmpt dduk td...itu la aku jadikan payung..tp aku gerak jugak dari booth ke booth walaupun hujan lebat...

Tidak dijangka, sampai je booth ke-3 last hujan punya lebat, selebat lebatnya...angin kuat, sekuat kuatnya..aku pun stay je la kat bhgn khemah Kor Armor Jurutera Diraja (lebih kurang mcm tu la bunyinya..) dari situ boleh tgk keadaan td ok berubah ttba angin kuat giler..aku risau khemah tu melayang jer..kasut aku jangan ckp la..habis basah lencun...air plk dah start bertakung..

Satu perkara yg merisaukan aku lg, kipas berpusing...hahaha..bukan apa aku risau nnti kipas tu tercabut lepas tuh ada plk 'bnda lain' yg tercabut kang..nasib baik la ada sorang askar ni perasan dia suh swtich off lampu dengan kipas..barang2 pameran diaorg terpaksa kemas masuk beg, sbb angin kuat lepas tu air bertakung..org ramai dah start bergerak sbb diarahkan kalau boleh pergi cari tempat berlindung yang lagi selamat...aku plk "haaaa..." mulut dah ternganga..nk pergi mana?

Sampai klimaks aku rasa mcm dah nk tercabut dah khemah tuh..angin super kuat, habis tercabut papan pameran askar tuh..aku plk dok tolong pegang papan yg lagi satu..nasib baik ada sorang askar yg aku rasa mcm senior gak kt situ arahkan anak2 buah dia pegang tiang khemah..

Yang aku tak smpai hati tengok ada budak nih nyenyak je tido bapak dia pegang..nasib baik ada sorang askar nih bagi baju hujan tentera selimutkan..n then dia suh hantar ke tempat yg lagi selamat..masa tu aku terbayang satu kejadian kat Melaka yg mana ribut melanda kawasan peniaga Bazaar Ramadhan..khemah ditiup angin setinggi lampu jalan, paling sedih ada yg terkorban..

Lebih sejam lepas tuh bila dah start hujan dan angin dah reda masing terus keluar khemah..mcm semut!berpusu2 cari jalan keluar..rupanya kat kawasan dlm Pusasda tu je hampir sepuluh pokok besar yang tumbang..melintang jalan..aku pun mcm tak percaya..tp bnda dah berlaku..

Balik rumah..aku tnya housemate aku, kt area Batu 8 Telok Kemang aman damai jer..hujan renyai2 jer..rupanya hujan ribut tu berlaku area Batu 4 n Bagan Pinang shj..ramalan aku la..Semuanya Allah yang tentukan..

Sampai je aku kt kampung, aku tgk berita rupanya kat luar Pusasda lagi hebat teruknya, pokok tumbang atas kenderaan, ada yg terbunuh, bumbung tempat dduk org kenamaan plk melayang..kubah menara masjid melayang, pokok2 tumbang melintang jalan, jalan bertambah sesak, khemah di padang runtuh dan beterbangan (itu yg khemah besar, bayangkan khemah peniaga2 nih plk mcmana kesannya...)

Istighfar banyak2..semua ni Allah yang tentukan, mungkin memberi makna sesuatu..jadi ambillah pengajaran kepada sesiapa yang berkenaan..

Nak tengok gambar??...Jom! Tapi tak banyak (aku terfikir mcmana la diorg sempat merakam video lagi)

Dah macam semut dah...super duper ramai manusia kat sini...mesti parent masing2 bangga anak jadi wira dan wirawati negara..

PM melambai pada hadirin yang hadir..

Sebahagian Parajurit Muda...

Sebahagian Konstabel Muda...

Sebahagian Parajurit Wanita Muda...

Tuan ni adalah ayah kepada salah sorang student aku kt sekolah...

Upacara membaca ikrar taat setia..

Band Pancaragam gabungan ATM dan PDRM..mantap!

Kawasan Pameran..sangat menarik..pameran dia mmg best!..cuma rezeki je takde nk tengok lama2..

Kawasan dataran asrama pelatih yang dah mula ditakungi air..selepas hujan ribut.

Ingatkan satu je yg tumbang...rupanya banyak lagi pokok besar yang tumbang melintang jalan..

>>>

Ada lagi gambar pasal kejadian ribut nih...korang boleh seacrh dekat google atau yahoo dengan keyword 'Hujan Ribut di Port Dickson'...

Semua kuasa di tangan Allah...sama-sama ambil pengajaran dan iktibar..Alhamdulillah kereta aku selamat~

Sunday, July 24, 2011

:: Tak Puas Hati..Dengarlah Rintihan Hati Ini ::

Assalamualaikum wbt..

Khamis yang sudah, baru je selesai Majlis Semaian Wahyu peringkat daerah Port Dickson..mcm yang aku perkatakan pada entry yg lepas apa yang ada kt dlm majlis ni adalah salah satunya pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab..

Secara konklusinya sekolah aku menang 3 acara dari 8 acara dipertandingkan..antaranya;

1. Johan Kalam Jamaie (Chorus Speaking B.Arab)
2. Naib Johan Kuiz Tahap 2
3. Tempat Ketiga Dikir Barat Bahasa Arab

Kat sini aku nk menyatakan ketidakpuasan hati aku pada jemaah hakim..mungkin ada orang kata aku tak puas hati sbb sekolah aku tak menang..BUKAN sama sekali.aku cuma hendak memperjuangkan hak budak2 yang selayaknya menang walaupun bukan dari sekolah aku.

Sehari selepas pertandingan rupanya kawan2 aku dari sekolah lain juga masih bercakap pasal keputusan jemaah hakim..banyak kelemahan yang perlu penganjur dan jemaah hakim ni perbaiki..ya, mereka juga manusia tak lari dari membuat kesalahan tapi mereka boleh mengelak dan berusaha utk tidak membuat kesalahan dan berlaku adil.

Aku nak menyentuh pasal acara Dikir Barat B. Arab sebab aku yang melatih budak2 nih..secara jujur, aku ckp nak buat lirik dia aku ambil masa dekat 2 bulan..kalau ada latihan petang tu atau esoknya dah tentu pkul 1-2 pagi baru aku tdo sbb risau dgn latihan budak2 nih..sampai hari pertandingan, aku tawakkal jer..aku tak dapat join diaorg sbb aku hakim acara lain.

Yer, kalau diaorang Johan tahun lepas..mmg aku akui sebab persembahan mereka mantap, tukang karut pun ok..berbeza dgn sekolah aku dan tmpt ke-2..tapi bukan tahun nih.

Kenapa aku mempertikaikan sekolah yg Johan tu tahun ni??sebabnya..

1. Diaorang guna lirik yang lama..tak berubah langsung..aku siap dah hafal bentuk persembahan dia.gaya persembahan pun sama cuma berubah pergerakan diaorg tak serata, tak sama mcm yg thun 2009.(sedangkan aku gunakan lirik baru)

2. Tukang karut diaorng membosankan!..malah ada lagi tukang karut dari sekolah lain yg lebih baik..sekadar menggoyangkan tangan mcm 'Usop Wilcha' (tukang karut sekolah aku lagi happening)

3. Masa persembahan Juara, tukang karut lupa lirik, percussion leka lupa masuk muzik.berkali2 tukang bunyi gong pukul gong tu.nk bgtahu kt si pemukul gendang..itulah persembahan JOHAN!

Kesimpulan yg aku dapat buat, salah satu sebab kenapa daerah Port Dickson tak boleh menyerlah masa peringkat negeri adalah sebab keputusan jemaah hakim yang dah muktamad.

Malah masih ada acara dimana Ketua Hakim semasa menjemput peserta tampil dengan menyebut nama sekolah..ini boleh menimbulkan 'bias' a.k.a berat sebelah sbb terdapat hakim di kalangan sekolah tersebut...

Aku juga perhatikan kebanyakan peserta yang mengambil hadiah tempat pertama semuanya memakai baju sekolah yang mempunyai logo sekolah melambangkan sekolah masing2..aku ada pengalaman tahun lepas yang mana peserta lelaki bercerita sekolah aku pakai uniform sekolah masa pertandingan..hakim ulas, dia boleh dapat no.1 tapi disebabkan dia pakai baju sekolah so, markah banyak kene tolak kt situ..itu aku redha sbb itulah sebetulnya.

Dulu masa meeting dikatanya aku ni mcm first time jadi hakim...tp sekarang aku rasa mcm diaorg pulak yg first time jadi hakim!..masa acara nk bermula takde taklimat ringkas oleh ketua hakim.i mean, berapa minit loceng akan dibunyikan, peraturan lain dsb..aku pun layankan aje..malas dah!

Cadangan aku utk tahun depan.

1. Hakim utk acara yg berbentuk format seperti chorus speaking dan dikir barat seeloknya terdapat hakim yang pakar dalam bidang muzik dan bukannya hakim yang buat2 pandai..biarlah hakim tu seeloknya dari guru sekolah menengah atau daerah lain atau guru sekolah rendah yang betul2 opsyen mereka..

2. Segala peraturan dan perubahan peraturan yg dibincangkan oleh hakim mestilah ada hitam putih dan diedarkan kepada sekolah yang bertanding acara tersebut. supaya jelas, takde kekeliruan dan tiada timbul ketidakpuasan hati selepas itu.

3. Hakim mesti adil!..aku rasa terdapat hakim yang membocorkan soalan kepada sekolah mereka..aku perhatikan ada peserta yang dah siap2 tandakan muka surat pada al Quran..sebab senang nk mencari dan dah tahu soalan mana satu..semasa menggubal soalan, hanya hakim sahaja yang tahu..sedangkan masa mesyuarat mereka dah tanda tangan aku janji hakim.

Kadang2 aku agak malu sebab kebanyak orang yang berperangai mcm ni kebnyak ustaz dan ustazah yang belajar agama dengan mendalam..tidak dinafikan, bukan semua mcm tuh, tapi kerana nila setitik habis susu sebelanga..

Kalau PPD Port Dickson terbaca ni...saya berharap satu perubahan bakal dilaksanakan pada tahun depan..jika, tidak sia2 sahaja program tersebut dijalankan..

Sekian, wassalam.

Monday, July 18, 2011

:: Tembak Menembak ::

Assalamualaikum wbt..

Hah!..cerita pasa tembak menembak nih...ni pun salah satu hobi aku gak..seronok!..sesetengah orang menyifatkan istilah tembak menembak ni berfotografi...tapi yg aku maksudkan ni..betul2 tembak menembak..pakai senjata..

Hujung minggu lepas, kt depan rumah aku dekat dataran (nak ckp kat sini, umah aku depan laut dan berdekatan dengan kawasan pelancongan) ada la buat program 'Karnival Santai' ... biasa la da mcm2 program kt situ..yg tak tahan, bising sbb orang berkaraoke dari pagi smpai malam..

Petang tu aku decide, nak pergi la ziarah kt depan tuh...satu kelemahan aku kalau turun ke dataran pantai tu adalah anak murid aku ramai kt sana...jalan2 sikit.."Ust Adam!!"...jalan2 lagi.."Ust Adam!!" ..aku menyengih je..sbb org dah pandang2..

Masa dah balik, aku tengok ada booth paintball..mula2 mcm malas je..tp tengok mcm best je..dapat tembak 5x botol kecil yg amat kecil..diaorang bg main sekali lg free...aku pun terpengaruh dgn iklan tuh..terus la mencuba..dia terangkan dulu mcmana nk pegang sumer dulu baru la boleh aku shoot..

Kali pertama aku aim betul2..pastu kene!! (Pn Noraini Mohd Nor..tlg jgn jeles..) budak tu ckp..wah sharpshooter!...aku pun sempat la mengembang kejap..lepas tuh terus tak kene!..cisss! pshyco sungguh!

Nak cerita kt sini..aku suka tembak menembak nih..seronok sangat...dulu masa kt sekolah aku masuk Kadet Polis secara paksa..mungkin kawan aku si Khairil pun mengalami perasaan sama..kitaorg tak de choice langsung masuk n pilih badan beruniform lain..semua atch aku KENE masuk Kadet Polis..tapi yang bestnya bagi aku dapat belajar n tgk kawad..lagi2 formasi kawad..n sepanjang dlm badan beruniform ni..dua tahun berturut2 aku dapat pergi latihan menembak kt lapang sasar...fuuhh~ best giler!

Lepas tu lepas SPM masa aku dlm program persediaan utk smbung blaja ke overseas kt Jordan..kitaorg dibawa aktiviti luar dkt Bukit Tinggi..masa tu kami diberi pasukan utk main Paintball yg betul2..hanya tutup muka jer..masa tu, aku rasa aku takde lah menembak sangat..sbb sakit jugak bile kene tembak tuh..tp aku tunggu diaorg leka dok menembak2 aku sikit2 pergi amik bendera pihak lawan...menang la kumpulan aku..tp sedar tak sedar peluru aku habis..tak tak bila masa aku tembak..hahaha..


Ok lah..td rasa mcm nk cerita kisah student aku buka seluar dalam kelas...lepas tu tersasar plk...sekian, wassalam~ daaaa..


Friday, July 8, 2011

:: Passing Out ::

Assalamualaikum wbt..

Semalam aku ada mesyuarat Jemaah Hakim untuk Majlis Semaian Wahyu Peringkat Daerah..majlis ni menghimpunan pertandingan mcm Tilawah al Quran, Kuiz, Kalam Jamaie (Chorus Speaking B.Arab) dengan Dikir Barat Bahasa Arab..

Oh ya!..kitaorg sesat nk ke meeting tu sebab asyik leka pandang eksiden tepi jalan...rupanya simpang masuk sekolah tuh betul2 berhadapan dengan tempat eksiden tuh...huahuahua..

Aku hakim Tilawah al Quran Tahap Satu Lelaki..dalam team hakim aku tuh..overall semuanya ok..tetiba masa bengkel menggubal item soalan, team hakim digabungkan!..masalahnya ada la sorang hakim tuh yg semua nk senang jer..aku pun nk senang tapi bukan keje yg senang tapi takde kualiti..pastu dia budget aku ni mcm first time jadi hakim..yer! aku mengaku aku first time jadi hakim tilawah!..sebelum ni PPD bnyk bg aku jd hakim bhgn Hafazan...dia plk sibuk nk balik awal...saket jiwa aku dpt team mcm tuh...pastu semua benda nk emo dan berkira2..menyampah la aku..aku rasa nk tarik diri je aritu..last2, aku senyap sepatah haram tak bercakap..senyum pun tak..tanda protes!

Lepas habis semua tuh aku ke Pekan Port Dickson...makan KFC dan kluarkan duit..kebetulan ada sorang lagi cikgu tu tumpang kereta aku..lepas habis semua tuh aku balik rumah..memandangkan masa banyak lagi..aku amik keputusan utk ke Pejabat Pos..sebab nak bayar bil elektrik yg tertunggak sebulan dgn poskan barang..

Selesai buat kerja tu semua, aku ingat nk balik ikut highway sebab jalan biasa tuh mcm harem!..tak rata!..masa otw nk ke highway tuh, lalu la depan Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA)..kebetulan masa tuh askar2 pelatih ni tgh buat rehearsal kawad passing out..mcm tamat latihan la gitu..giler ar!..teruja aku..mmg dari dulu lagi aku nk tengok askar ni berkawad..terus aku buat u turn n berhenti kt tepi tu tgk diaorg latihan...

Respect ar..tengah panas, pakai uniform lagi...pastu kene marah2 bagai sbb salah step, tak sama la..itu la..ini la...aku tgk jer...hehehe...dengan live music band diaorg..pergh!!..berbaloi sangat..sempat gak la aku solat Zohor kt masjid ATM tepi tuh..

Lepas habis diaorg wat latihan, aku pun beredar...lalu pulak dkt Muzium Tentera Darat...berhenti lagi..dengan baju batik berselipar jepun..aku redah je masuk muzium tuh..mana taknya selama aku dduk PD ni..itu la first time aku pergi sana...hahaha..satu lagi muzium tu masuk percuma!..

Lama gak aku kt muzium tuh...belek sana..belek sini...cikgu yg tumpang kete aku tu pun mengekor je aku berjalan...dia tanya kenapa aku minat tgk2 macam nih...aku kata..aku nk tahu mcmana dgn life diaorg..yelah diaorg ada protokol, life diaorg yg tersendiri..tak mcm org biasa2 nih..tu yg aku suka n nak tahu tuh...

Selepas bergambar bagai...aku pun cabut pulang..sempat la membeli keropok lekor n pisang goreng...smpai rumah solat asar terus aku tido...sedar2 housemate aku baru balik mengajar..hehe

Ni sebahagian je nih...ada lagi kt tepi nun..pakai kamera henset je..

tu diaaa...sekali dia serentak hentak kaki...pergh!..meremang bulu roma..

Kapsul Masa di dalam muzium yang mengandungi aspirasi Aangkatan Tentera Darat yang akan dibuka pada tahun 2033


Muzium dari arah luar..ni sebahagian bangunan dia..kalau nk merasa masuk terowong bawag tanah semasa pemerintahan Jepun..boleh la datang ke muzium nih...aku dah cuba, anda bila lagi??

hehehehe...