Thursday, September 22, 2011

:: Hati Yang Panas ::

Assalamualaikum wbt...

Pagi Rabu yang lepas aku tak ke sekolah mengajar..sebabnya aku diarahkan ke Jelebu utk menghadiri Kursus Pemantapan Sahsiah dan Integriti Guru Pend. Islam JPNS...sesat barat aku carik tempat kursus tu sbb aku mmg dah lama sangat2 tak pergi Jelebu..bertempat di Pusat Pemantapan Aqidah JAKIM. Kursus selama 2 hari..memang meletihkan..

Baliknya aku singgah kampung.kononnya dah dekat, padahal jauh gak sebenarnya..sbb dah lama tak balik kampung..dlm perjalanan tu aku nk singgah kt pekan K.Pilah sbb nk beli tikar getah utk melengkapkan tikar getah kt rumah PD tu..aku mmg dah aim satu kedai tuh sbb agak murah jgk la..harga paling murah RM6.80 pastu dia bg diskaun lagi RM6.00 dan masa aku bayar dia bagi RM5.80..kira ok la kan..tapi itu dulu!

Semalam masa aku pegi yg jaga kedai tu org lain..aku pun masuk dan terus ckp nk beli tilar getah..staff kedai tuh dgn tak senyum, tak pandang muka aku..tunjuk kat dalam..aku pun terus pegi kt corak tikar getah yg aku beli dulu..aku tnya dia, berapa harga ni..

"RM6.00.."
"tak dpt RM5.80 ke kak?"
"tak..itu last tuh.."
"oh..bukan apa dulu sy beli boleh dpt RM5.80.."
"tak..mmg harga last dia RM6.00" sikit pun tak senyum..dia sambung lagi "dulu beli 3 meter kan?"
"itu masa yg raya..lepas tuh sy beli lagi sekali corak yg sama nih 15meter.."
minah tu diam.nmpkanya dia ingt lagi kali pertama aku dtg kedai tuh..kuat gak ingatan dia.aku pun on je la harga 6 ringgit tu..

Kali ni aku beli lagi 10meter..dipendekkan cerita, masa bayar tuh aku terus bayar RM60..ngam2..lepas tuh dia kata

"Dulu beli dengan siapa dpt RM5.80"
"ermm..mana sy tahu tapi akk tuh dia pakai gaun.." (dlm hati aku tambah, lagi cantik lagi sopan, lagi mesra dari kau)
sekali lagi tak senyum,dah la tak senyum tak pandang muka plk tuh, dia pulangkan aku RM2.maknanya aku berjaya la dpt harga semeter RM5.80..

aku pun senyum la..terima kasih. pastu aku tanya..

"eh, boleh ke ni?.."
"ikutkan tak boleh..tapi tak pe lah..amik je lah.." terus dia blah tanpa menoleh dgn tak ckp terima kasih ke belakang sbb ada sorang lg customer..

aku pun nk beredar..pastu aku teringat ceramah2 masa kursus yg aku pergi tuh..andainya RM2 baki tu bukan hak aku, dan dia tak redha...mati aku!..terus aku patah balik masuk kedai tuh aku ckp agak jerit ckit sbb minah tu kt belakang (sbnrnya aku emo gak masa tuh)..

"Kak, kalau tak boleh amik la balik RM2 nih..sy tak kisah pun.." setakat RM2 pun nk berkira dgn customer..

Kelam kabut dia kata "eh, tak payah..amik lah.."

"Tak per...sy tak nak..sy letak duit ni atas meja.." aku letak duit tu dan terus blah..saket gak hati aku masa tuh..tapi aku sabar jer..

Sebenarnya..

1. Aku sikit pun tak kisah dia letak harga RM6.00 tuh..setakat 20 sen je pun bezanya..malah, masa dia kata tak boleh tuh aku senyap je tanda aku on je dgn harga tuh..

2. Dia yg patut jaga hati customer...bukan aku yg kene jaga perasaan dia..mcm la kt situ ada 1 je kedai mcm tuh..

3. Kalau RM2 tu sebenarnya hak aku mcmana??...

Hati aku agak panas jugak dpt beli kt kedai mcm tuh...sebelum ni staff yg lain ok jer..saket dowh hati aku...pastu smpai rumah aku bawa tido..baru lega..hehehe..lepas ni lengkap la rumah aku yg cantik tuh..hehe


P.S : lepas sehari kursus ni berakhir, aku dpt tahu aku kene pergi satu lagi kursus pemantapan jati diri di Langkawi selama 5 hari..tabah~


5 comments:

s a L o m a said...

sure dia sentappp..ahaahhahaah

deaf-angel said...

nasib baik ko tak panggil dia makcik. haha.

langkawi? wahhhh enjoy sey

Ren said...

ohhh gigih jugak ko patah balik pulangkan duit tu eh...bagus2 kasi ajar ket kakak tu...ingat org terhegeh2 sangat ke nak...*hahah tetibe aku emo.

Ko banyak kursus eh? patutla sonyap jo...

::alifdalmim:: said...

Sis Saloma,

memang sy gembira dpt buat dia sentap!..hahaha..

-----------

Bro.Deaf,

bdget panggil akak dpt la diskaun lebih..tp haremm..

yeah, tp aku baru tgk jadual dia..sgat packed!..aku tak kira nk jalan2 gak!

--------

Janggel,

sbnarnya takde lah jauh sgt beredarnya..baru smpai kt pintu kedai tuh je..hehe..

lepas kursus kt Lngkawi, aku bawa budak lawatan g Melaka plk..bestnya dpt jalan2..haha

Ren said...

Best2!!!! Nanti post kat sini eh.