Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

:: Tak Sangka .. ::


Assalamualaikum wbt...

Akhirnya kat sini juga la tempat yg aku terpaksa luahkan...

Sangat tak disangka-sangka...Pada mula aku menceburi bidang pendidikan ni sbg cikgu a.k.a ustaz aku masih lagi dalam proses mengenal sistem pendidikan ni..Selang tahun depannya, dasar sistem pendidikan negara diubah sesuai dengan peredaran zaman katanya...

Jadi, seperti biasa dasar pendidikan dirombak..dulu dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) and now dah diubah secara berperingkat iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) .. tak perlu la aku ceritakan apa yg berubah..kang panjang plk kang..

Tapi kat sini apabila adanya sistem baru..maka adalah pakar dalam bidang tersebut...maka, dari tahun ke tahun lahirlah beberapa orang Jurulatih Utama dlm bidang atau subjek tertentu..mereka ni dilatih supaya dapat menguasai sistem tersebut dan menjadi rujukan kepada cikgu-cikgu yg lain..

Ya...! Dulu aku adalah menyimpan impian untuk menjadi Jurulatih Utama (JU) KSSR dalam subjek Bahasa Arab memandangkan itu adalah opsyen aku..tp kau ingat baru dua tahun jadi cikgu boleh terus jadi JU??..jangan harap..banyak lagi senior aku yg lebih layak...

Pada mulanya, nama aku dah disebut utk dicalonkan pada tahun depan (2011) apabila geng-geng JU ni buat penilaian terhadap presentation cikgu-cikgu yang menghadiri kursus persediaan mengajar dlm KSSR..so, diaorg tgh presentation aku mcm mantap..siap buat lagu bagai..(padahal masa tu terpaksa..)

Impian utk menjadi JU masih ada..memandangkan aku tahu bahawa atas JU ada satu lagi tittle yang lebih pakar iaitu Jurulatih Utama Eksekutif (JUE)..ni JU utk peringkat Kebangsaan...kira mmg sape yg jadi JUE ni mmg super pakar la dlm bidang/subjek tu...Kalau JU ni shj setakat peringkat negeri je...nampakkan??

Jadi, minggu lepas aku dapat surat utk menghadiri Kursus 1Murid 1Sukan di Johor Bahru..

Rupanya, kursus ini untuk melantik cikgu-cikgu yang hadir dan dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing untuk menjadi Jurulatih Utama Modul Sukan 1Murid 1Sukan...dan kursus ini adalah untuk modul sukan ragbi..

Hadooooi...aku harap jadi JU lain...dapat JU lain...dan ini adalah Jurulatih Utama Negeri Sembilan..dan aku dipertanggungjawabkan untuk Daerah Port Dickson...

Aku tak tahu nk cakap mcmana bila sampai rumah lepas abis kursus aku baca balik sijil yg diaorg bagi ...ayat last sekali tu berbunyi;

" ..... dan dilantik sebagai Jurulatih Utama Modul Sukan Ragbi"



Sunday, September 16, 2012

:: Tak Sampai Sebulan Daah ::


Assalamualaikum wbt..

Adoi hai...busy memanjang je aku ni sampai dah lupa nk update blog..bnyak sungguh entry yang aku skip kan..dengan hari raya, open house semua bagai laa..ckp pasal open house..rasanya start sekolah aritu smpai la Khamis yg lepas...aku asyik mencekik kt rumah org...hahaha..al maklum cecikgu kt sekolah aku ada 104 orang...so, kalau sehari sebuah rumah...mcmana??..padahal raya sebulan jer...aku dgn member aku yg bebujang dan yg ada husband tapi PJJ ni...plan la hari ni ke rumah siapa...esok rumah siapa..lusa ke rumah siapa..smpai ada yg menjemput siap ckp "nnti kitaorg check jadual kitaorg dulu..." gituh!

Tapi yang paling aku nk share adalah persiapan aku menjelang 5 Oktober ni...arghh..

Tak sampai sebulan je lagi...barang hantaran dah hampir setel..tggl sesikit je lagi...bertambah ssh nk jumpa plk minggu depan ada sekolah ganti...next week lagi satu tu plk sekolah aku plk jadi tuan rumah perkhemahan peringkat daerah...aku siap sound awal-awal dekat Ketua Panatia aku..."Kak, saya dah dekat ni kalau minta bekerja setakat hari Jumaat je lah..Sabtu Ahad..saya nk uruskan perkahwinan saya.." cewahh..mengalahkan Guru Besar aku ni..

Goodies utk tetamu...ermm..dah serahkan pada pengilang..tempah dah..tinggal nak ambil je lagi...tapi goodies utk si kecil tu yg tabah tu...memandangkan masa aku beli kad kahwin tu ada free kotak goodies...so, aku guna tu jer..tapi nk memasang tu kotak tu sgt leceh..nasib baik la anak jiran aku tu sudi menolong..hehe

Khemah dah tempah..baju pengantin n pelamin dah tempah..cuma tak buat fitting lagi...aritu org tu call dia kata nnti dia akan bgtahu balik..pelamin pun tak decide nk guna mana..pelamin tu utk bergambar sahaja..hehe..

Perarakan masuk pengantin nnti aku gunakan khidmat pelajar2 tahfiz dkt tempat aku ni utk memukul gendang sambil berselawat...aritu aku tgk ada jiran aku buat mcm tu...sejuk pulak mata memandang..lagipun Uwan aku tak berapa prefer sgt kompang2 bagai ni since ayah aku meninggal..aku pun tak tahu kenapa..malas nk tanya..

Deejay...?! dah..! aku amik kawan aku masa sekolah menengah dulu...melihat kepakaran dia mengendalikan majlis..agak happening...cuma aku ada la demand beberapa syarat..no karaoke n no lagu2 yg tak kene dgn selera aku..aku lg prefer nasyid kot...sbb biar la org yg nak makan tu berselera ckit..muahahaha..

Cakap pasal karaoke...Sabtu lepas aku pergi kenduri kawen kawan aku yg deejay ni...kt kenduri dia ni ada karaoke..ada la sorang Mak Cik ni...dia nyanyi..super 'sedap' ... aku pun tak tahu la samada mak cik ni perasan ke tak...masalahnya org2 yg tgh makan tu ramai yg dok mengata..aku tersenyum smbil sepak2 kaki kawan aku yg dduk sebelah..hehehe..

Oh ya...last week pergi Matta Fair kat PWTC...kononnya nk survey tempat honeymoon..tp hmmm..bawa balik flyers jer...banyak sgt pilihan sampai tak tahu nk pilih mana satu...org ramai tanya.. "adik nak ke mana??" kitaorg jawab "Ntah...tak tahu nk g mana.."

Last! .... minggu lepas masa aku bertugas jaga exam UPSR...pejabat call aku..kerani tanya..."Ust nnti cuti kahwin sampai bila...?" "Ermm...saya rasa mcm nk ambil Khamis, Jumaat dan Isnin..." "Ooo..elok la tuh sebab ada surat sampai pasal kursus pendedahan KSSR B.Arab tahun 3..hari Selasa sampai Jumaat..lps Ustaz masuk sekolah balik..nnti masuk sekolah amik surat atas meja yer." "Ok..." dalam hati menyesal plk tak ambil cuti sampai Selasa...silibus tak abis lagi..dah kene pergi kursus...boring!

Ok...jadi utk rakan2 bloggers ni...saya dengan penuh rasa rendah diri dan berbangga utk menjemput kalian hadir ke Majlis Perkahwinan saya nanti pada 7 Oktober 2012 (Ahad)..pm sy utk dapatkan kad..nnti saya pos..k?!


Jemput datang semua...!!

Thursday, October 27, 2011

:: Tadaaaaa!!...Tukar Opsyen ::

(Entry ni panjang...tapi best utk dibaca..aku mengambil masa 3 hari utk menaip..tak caya..baca lah!)

Assalamualaikum wbt...

Semalam masa aku ke pejabat sekolah..untuk sign kedatangan, ada note yg kerani aku selitkan kat situ..bermakna ada surat utk perhatian cikgu2 nih..kat situ aku tengok ada 2 nama aku..selalu tak pernah lak ada smpai 2..kadang2 takde langsung.

Ada 2 surat utk perhatian aku...satu aku kene jadi guru pengiring utk Majlis Khatam al Quran Perdana peringkat negeri kt Seremban..Katanya nk buat yg terbesar..dianggarkan mencecah 12,000 orang..tak tahu la angka rasmi berapa..

Tapi setakat yg aku pergi aritu boleh tahan gak ramainya...

Surat kedua utk perhatian dan tindakan selanjutnya oleh aku ni agak menakutkan aku..iaitu aku dipanggil utk menghadiri kursus..aku rasa sebelum ni aku dah citer kot. iaitu Kursus Kejurulatihan Ragbi Peringkat MSSMNS..

Hadoii...korang tahukan aku ni pegang ragbi pun jarang..amat jarang..haha..sejarahnya bermula begini..

Nama aku tercicir dalam senarai guru pembimbing aktiviti Sukan dan Permainan sekolah..so, aku diberi pilihan nk masuk mana..aku minta la Tenpin Bowling..dah itu je sukan aku minat (dan agak teror jgk laaa..)haha..selang beberapa lps tuh..aku diberitahu aku ditukarkan ke sukan Ragbi..tension gak aku masa tuh..yelah, aku mana reti main ragbi..aku masa tu aku ni cikgu baru..mana la berani nk lawan..taat je la..terima.

Tak lama lepas tu, aku diminta utk jadi guru pengiring merangkap pengurus pasukan (sebenarnya takde la hundred percent aku mengurus) utk MSSMNS 2010..masa tulah aku agak excited sbb benda ni tak pernah aku buat..

Dalam tahun yang sama, sekolah bgtahu Pjbt Pelajaran Daerah mewajibkan budak year 3 pun masuk Ko-Ku..so, nk tak nak aku kene la ajar bdk2 year 3 ni teori utk bermain ragbi..budak2 ni nmpak mcm aku ni pro..padahal sebelum tu puas la aku buat research kt internet n library..siap pinjam buku Ragbi kt library UIA..hahaha..dari situ la timbul minat..sebab dah tahu sikit kan..

Boleh kata aku ni jadi pemerhati utk sukan ragbi selama 2 tahun..dan 3 kali perlawanan MSSMNS..masa tu aku tengok jer...kadang2 ada gak tanya budak2 nih..apa maksud istilah itu..istilah ini..kenapa mcm tu..kenapa mcm ni...walaupun masa tanya aku buat macho dan ego ckit..hahaha...

So, jurulatih sebenar utk team sekolah aku tu..seorang cikgu pra sekolah..cikgu Hairul..dalam masa yg sama dia dah banyak kali ckp kt aku yg dia tgh apply utk pindah sekolah..rasa nya dah dpt dah..tinggal sekolah tu belum buka secara rasmi je lagi..sekolah baru..dia jgk banyak kali bg hint kt aku kalau dia pindah aku la kene jd coach utk buat satu lagi team lepas nih..hmmm..GPK Ko-Ku aku pun ada ckp bnda yg sama...Tahun ni aku dah diberitahu awal..pasal kursus tuh..mula2 aku suka giler..sebab aku mmg minat try benda pelik aku tak pernah buat..

Zaman sekolah rendah dulu mana la minat bersukan nih..aku still ingat masa zaman aku Prasekolah cikgu suh buat terbang mcm burung terbang..aku je yg agak segan nak buat..dah la taknak buat..siap kutuk budak lain "apa la..tak malu ke diaorang ni..ntah apa2 la diaorg buat.." bolehhh???..hahaha...ada je aku masuk utk selection bola baling...tp tak terpilih.

Zaman sekolah menengah..sekolah aku mana ada PJ!..sekolah agama la katakan..5 tahun tu aku tak bersenam..dok berpeluh sbb berjalan (dan kadang2 berlari) nk ke kelas...waktu petang time riadah aku bersidai kat tembok asrama skodeng orang mahupun bergossip..atau menggangu junior yg sedang bersiap utk ke dewan selera..mungkin juga aktiviti ni aku lakukan bersama Khairil~

Zaman univ plk..ada je sukan...tp bola je la memanjang nyer...aku bukan pandai sgt main bola..ada gak aku masuk pertandingan bola..dan team aku ni team underdog je la..kalau tak silap aku jadi goal keeper...bolos??..jangan cerita!..at least aku berani..haha


yer..goal keeper itu adalah aku!..jgn tak percaya..ada gaya kan??

Goaaaaalllll......No comment..aku tak sengaja..ada orang cbuk tngkap gambar aku..haha

Sejak dah masuk alam perguruan ni..macam2 sukan aku buat..dari melontar peluru hinggalah lompat jauh..bukan buat apa..nk suh budak buat cikgu kene la bg teori dulu..pastu buat contoh..biasanya masa nk dekat sukan sekolah..

Ok..berbalik kepada ragbi tadi..sebenarnya aku suka je dipilih utk pergi kursus tuh..tapi yg membuatkan aku risau n agak cuak banyak bila aku bc isi kandungan surat tu yg berbunyi..

"Guru yang dicalonkan ini adalah guru yang bakal menjadi jurulatih di peringkat sekolah, peringkat MSS Daerah, dan juga peringkat negeri (MSSNS)"

Tak ke aku risau!..aku harap kursus ni aku dpt la menimba ilmu sebanyak yang mungkin..eeeaiii..cuak lak aku.

Aritu diaorang (coach2 ragbi yg dah lama ni la) ckp "eh, bagus la..kito pun dah lamo takdo ustaz yg jd jurulatih ragbi ni kan.." yer lah tuh...lps ni boleh la aku tukar opsyen minor aku...PJK!

Terima kasih kerana membaca...salam hormat dari Coach Adam~ hehehe


Tuesday, October 4, 2011

:: Dari Langkawi ke Melaka Part 1::

Assalamualaikum...

Sekarang ni aku tgh dlm kelas...tapi memandangkan budak tengah rehat, aku online la kejap..muahahaha...ok la dari buang masa termenung kan..

Seperti yang aku bagitahu entry yang lepas, aku mmg skrg nih tgh busy..al maklum..cecikgu ni masa2 busy tahap klimaks adalah awal tahun dan akhir tahun...awal nk buka buku, akhir sibuk nk tutup segala buku...

Minggu lepas aku berkursus selama 5 hari di Langkawi..kursus pemantapan jati diri...entahlah agaknya aku ni kurang nationalisme kot..hahaha..apa pun kem ni lebih kepada kursus kewarganegaraan..paham2 sendiri..

Malas nk ulas lebih lanjut lagi...cuma aku nk share ada satu aktiviti yang sangat2 menarik (selain dari jalan2 pergi shopping) oh ya, ckp pasal jalan2 kt Langkawi ni..tak sah kalau g sana tak keluar shopping..dlm jadual siapa ada aktiviti Kajian Lapangan..ingatkan apa..rupanya jalan2 di Pekan Kuah..hehehe

Satu aktiviti ni..diaorang suh masak sendiri..aku mmg tak suka tgh2 kursus dia suh masak sendiri..kau bayangkan da la mknan dia sediakan sedap2 belaka..tup2..dia bg bekalan, suh masak sendiri..

Paling sadis, diaorang bg kuiz sebelum aktiviti memasak tuh...diaorang bgtahu "Kuiz ni menentukan anda makan atau tidak.." haaaaaa...masing2 gelabah la..dan kumpulan aku masa tu dpt tempat ke-8 dari 10 buah kumpulan..akibatnya, kumpulan aku hanya dpt setin sardin, 3 bijik telur, sedikit sayur, sedikit minyak dan garam dan 2 genggam beras..makan utk seramai 10 org ahli..aduhhh!..kumpulan yg dpt tempat terawal lagi banyak la bekalan diaorg dpt sardin smpai 3 tin, telur sepuluh kuantiti beras yg bnyk..

Selesai masak, aku da terpikir..ish mcmana la nk mkn ni..nyesal tak bawa roti dr rumah..confirm lapar!...mmg agak sedikit la makanan kitaorg masa tuh utk makan seramai 10 org..aku sgt frust...org bnyk mkn mcm aku kan..agak frust la jgk..hahaha..

Selesai semua dah settle masak..diaorg panggil 2 kumpulan.."kumpulan 1 dan 10...bngun.." "ok..tukar tempat dduk.." haaaaaaaaaaa..ternganga mulut aku..bermakna kita masak tu bukan utk kita..utk team lain...dan aku bertukar tmpt dengan kumpulan yg menu dia lagi banyak..suka sangat2 aku masa tuh...kesian org yg dpt menu kumpulan aku..dah la sikit, nasi mantah plk tuh..hahaha...tp kitaorg bg la jgk diaorg nasi n sardin lebih dr apa yg diaorg masak td..sbb bnyak sgt..so adil la kann..hehehe..

kat Langkawi sejak kitaorg smpai sehingga la nk balik hujan turun lebat..tak jumpa matahari pun..tp aktiviti shopping ttap berjalan seperti yg dirancang...

next entry aku akan share pengalaman menjadi bapa kepada 3 orang anak yg dah bersekolah di Pra Sekola..serta membawa mereka berjalan2 di Melaka..ini aktiviti sekolah...kira hari tuh ibarat mcm program "Daddy Day Care" la..ok jumpa lagi...nk masuk kelas dah nih!

semua program makan memakan..di sponser oleg GB tersayang..hehe..

Botol Minyak Gamat Super Besar...

Mesti!!


Thursday, September 22, 2011

:: Hati Yang Panas ::

Assalamualaikum wbt...

Pagi Rabu yang lepas aku tak ke sekolah mengajar..sebabnya aku diarahkan ke Jelebu utk menghadiri Kursus Pemantapan Sahsiah dan Integriti Guru Pend. Islam JPNS...sesat barat aku carik tempat kursus tu sbb aku mmg dah lama sangat2 tak pergi Jelebu..bertempat di Pusat Pemantapan Aqidah JAKIM. Kursus selama 2 hari..memang meletihkan..

Baliknya aku singgah kampung.kononnya dah dekat, padahal jauh gak sebenarnya..sbb dah lama tak balik kampung..dlm perjalanan tu aku nk singgah kt pekan K.Pilah sbb nk beli tikar getah utk melengkapkan tikar getah kt rumah PD tu..aku mmg dah aim satu kedai tuh sbb agak murah jgk la..harga paling murah RM6.80 pastu dia bg diskaun lagi RM6.00 dan masa aku bayar dia bagi RM5.80..kira ok la kan..tapi itu dulu!

Semalam masa aku pegi yg jaga kedai tu org lain..aku pun masuk dan terus ckp nk beli tilar getah..staff kedai tuh dgn tak senyum, tak pandang muka aku..tunjuk kat dalam..aku pun terus pegi kt corak tikar getah yg aku beli dulu..aku tnya dia, berapa harga ni..

"RM6.00.."
"tak dpt RM5.80 ke kak?"
"tak..itu last tuh.."
"oh..bukan apa dulu sy beli boleh dpt RM5.80.."
"tak..mmg harga last dia RM6.00" sikit pun tak senyum..dia sambung lagi "dulu beli 3 meter kan?"
"itu masa yg raya..lepas tuh sy beli lagi sekali corak yg sama nih 15meter.."
minah tu diam.nmpkanya dia ingt lagi kali pertama aku dtg kedai tuh..kuat gak ingatan dia.aku pun on je la harga 6 ringgit tu..

Kali ni aku beli lagi 10meter..dipendekkan cerita, masa bayar tuh aku terus bayar RM60..ngam2..lepas tuh dia kata

"Dulu beli dengan siapa dpt RM5.80"
"ermm..mana sy tahu tapi akk tuh dia pakai gaun.." (dlm hati aku tambah, lagi cantik lagi sopan, lagi mesra dari kau)
sekali lagi tak senyum,dah la tak senyum tak pandang muka plk tuh, dia pulangkan aku RM2.maknanya aku berjaya la dpt harga semeter RM5.80..

aku pun senyum la..terima kasih. pastu aku tanya..

"eh, boleh ke ni?.."
"ikutkan tak boleh..tapi tak pe lah..amik je lah.." terus dia blah tanpa menoleh dgn tak ckp terima kasih ke belakang sbb ada sorang lg customer..

aku pun nk beredar..pastu aku teringat ceramah2 masa kursus yg aku pergi tuh..andainya RM2 baki tu bukan hak aku, dan dia tak redha...mati aku!..terus aku patah balik masuk kedai tuh aku ckp agak jerit ckit sbb minah tu kt belakang (sbnrnya aku emo gak masa tuh)..

"Kak, kalau tak boleh amik la balik RM2 nih..sy tak kisah pun.." setakat RM2 pun nk berkira dgn customer..

Kelam kabut dia kata "eh, tak payah..amik lah.."

"Tak per...sy tak nak..sy letak duit ni atas meja.." aku letak duit tu dan terus blah..saket gak hati aku masa tuh..tapi aku sabar jer..

Sebenarnya..

1. Aku sikit pun tak kisah dia letak harga RM6.00 tuh..setakat 20 sen je pun bezanya..malah, masa dia kata tak boleh tuh aku senyap je tanda aku on je dgn harga tuh..

2. Dia yg patut jaga hati customer...bukan aku yg kene jaga perasaan dia..mcm la kt situ ada 1 je kedai mcm tuh..

3. Kalau RM2 tu sebenarnya hak aku mcmana??...

Hati aku agak panas jugak dpt beli kt kedai mcm tuh...sebelum ni staff yg lain ok jer..saket dowh hati aku...pastu smpai rumah aku bawa tido..baru lega..hehehe..lepas ni lengkap la rumah aku yg cantik tuh..hehe


P.S : lepas sehari kursus ni berakhir, aku dpt tahu aku kene pergi satu lagi kursus pemantapan jati diri di Langkawi selama 5 hari..tabah~