Assalamualaikum wbt..
Minta maaf la kepada semua reader tegar blog ni (ada ke??..haha) sebab dah lama tak update blog nih...
Ok..sempena awal tahun ni mcm biasalah, kesibukan sedikit disebabkan oleh awal sesi persekolahan..masa pendaftaran murid hujung tahun lepas, aku diminta menggantikan sorang cikgu ni yg bersalin..so, aku kene la kutip duit buku dan menguruskan kelas..aku dah biasa buat kerja nih..
Tapi yang tak disangka, aku diminta menggantikan cikgu ni sebagai guru kelas sampai la dia masuk sekolah setelah dia abis cuti bersalin 90 hari...itu aku tak biasa...hehehe..
1st sekolah...
Seperti biasa, aku diserang oleh ibu bapa yang datang nk membayar duit buku lagi..mungkin hari tu tak sempat nk bayar, so, byr masa hari persekolahan..ada juga yg datang menyerahkan borang maklumat murid..sumpah aku kelam kabut masa nih..! Aku tak pernah jadi guru kelas..
So far masa tuh..semua parent ok...no demanding..kalau ada pun tanya bab2 yg tak berat...except sorang bapak budak nih datang dgn muka garang bdget best..nk tunjuk bagus la kononnya dia lah bapak terhebat di alaf ini dekat parent2 yg lain..nada dan intonasi serta lagak soalan dia tanya kt aku buat aku saket hati..aku respect segala soalan2 dia..tp biarlah bertanya secara bersopan dan beradab dan menghormati aku sbg cikgu mcmana aku aku hormat dia bapak kpd anak murid aku..
Ada ke dia tanya kenapa kelas anak dia kt tingkat atas sekali..tanya la pentadbir knp letak situ..abis takkan la nk bagi budak year one dduk kelas kt atas sekali..kalau semua nk kelas dekat tingkat 1 dan 2..mana la semuat bangunan nih...last2 aku suh dia tanya masa meeting PIBG nnti...kalau aku jadi GB, nak je aku jawab tanya arkitek JKR atau KPM...sabar je la aku masa tuh..
Macam biasa, hari pertama dan kedua ni setelkan buku teks n buku aktiviti budak2 nih..agih2 dulu serta dapatkan jadual waktu diaorg,amik attendance, amik perlatan belajar dr pejabat dan itu dan ini...semua aku kene buat..baru la aku tahu azab jadi guru kelas nih..hahaha..
Yang buat keadaan jadi kelam kabut adalah aku tak mengajar langsung kelas nih...ditambah pulak aku langsung takde mengajar dekat kelas yg bersamaan dengan blok tersebut (Blok D) .. membuatkan aku agak kepenatan kelas ni tingkat 4 .. dan aku terpaksa naik tingkat 4 Blok B dan pergi pulak tingkat 4 Blok D semata2 nk amik kedatangan serta uruskan borang maklumat murid...
Harini..kelas aku semua dekat tingkat atas sekali..tingkat 3 Blok B, tingkat 4 Blok C dan tingkat 4 Blok D...aku rasa tak turun gak berat badan aku tak tahu lah..
Ada lagi seminggu je lagi sebelum guru kelas yg sebenar masuk mengakar seperti biasa...lepas tu aku akan serahkan seratus peratus kt dia..maka tamatlah amanah dan tanggunjawab aku kat kelas tersebut..
Biasalah aku cikgu citer pasal sekolah la awal2 musim persekolahan nih...terima kasih la kerana sudi membaca luahan hati aku nih...hehehe...sekian wassalam.
5 comments:
salam,
silibus yg dicari tu dah jumpa?
penat seh jadi cikgu... hehehhehe...
apa-apa pun, I know U can do it bebeh!
Lepasni dah tegap naik turun tangga,boleh la jadi mpdel sambilan :p
happy new year bro.
Sekarang ni kan, ko kerja apa pun, customer service layanan terbaik kena ada.
senyum je la....walaupun hati tu dah nak mengamuk dah haha.
Sis Aznil,
belum jumpa..rasa KPM tak kluarkan lg kot.tp takkan lah sbb dah start sekolah kot..yelah penat jd cikgu even keje 6jam sehari..nsb baik tak ikut office hour..hehe
---
Sis Saloma,
haha..btw sis...semalam ada cikgu ni dia pnggil sy..then dia ckp "apsal sjak cuti ni akk tgk adam tegap jer.." tak tahu la dia perli sy ke puji sy..haha..mentang2 aku bdn berisi..huhu
---
Bro Deaf Angel,
happ new year too.
ye lah kan..nnti kang tak pasal2 dia complain dkt org atasan..senyum je lah..hihi
bertabahlahhh...heeheh
Post a Comment