Tuesday, March 27, 2012

:: Pantun Cecikgu ::

Assalamualaikum wbt..

Saje je nk releasekan tension ni..td ada training rugbi..Khamis ni ada friendly match...saket jiwa aku dgn bebudak ni..

Ni aku nk bgtahu...aritu aku ada la tengok ada sampul surat dari seorang cikgu ni kepada seorang lagi cikgu...dkt sampul tu ada la sekerat pantun yg berbunyi..


"Pecah Kaca Pecah Gelas,
Sudah Baca Sila Masuk ke Kelas!"


hahaha...nampak sangat pantun cecikgu kan??!


Monday, March 26, 2012

:: Bapak ::

Assalamualaikum wbt..

Saje je nk kongsi cerita ni...berlaku dalam kelas tadi..kebetulan budak tak ramai td sbb harini meeting PIBG, so parent ramai tak hantar anak2 dia dtg sekolah..ok tak pelah..tapi antara yg dtg tadi ialah salah sorang anak murid aku..Ieman..

Kebetulan, aku tgk budak ramai dah siap latihan yg aku bagi..so, aku pun rasa mcm sempat je nk tanda buku latihan diaorang..aku panggil nama Ieman..budak dia tembam, berisi sikit, cute..bila sengih sebiji mcm kakak dia sengih..kira sejuk la muka memandang..perangai pulak baik2 jer..

Aku selak..selak...selak lagi muka surat yg belum bertanda...mak aihh..rupanya sejak awal tahun dia nih tak pernah hantar buku latihan (yg cikgu dia plk tak check) ... dia pun mcm terperanjat la sbb takde satu helai muka surat pun yg dah bertanda..

Korang perasan tak skrg ni budak2 zaman la nih..suka ckp "Bapakk lak aii..." "Bapak besar badan dia.." "Bapaakk busuk lah bau sampah nih.." perasan tak?? kira kalimah BAPAK nih merujuk kepada sesuatu yg mcm 'waaahhhhh' gitu lah..terkejut sikit la..

Secara spontan kalimah tersebut kluar dr mulut si Ieman nih dgn tak sengaja depan aku..tp tak abis lagi dia ckp..

"Bap...." tak habis nk dia nk ckp..

"Bapak!..bapak sape?..sape??.." aku plk menyoal..

Eiman td yg da mcm takut..tersengih2 dan berkata.."Bapak saya.."

Hahahahaha...ok fine aku gelak..sbb mcm spontaneous sgt kejadian tu...

(carik gambar Eiman ni dlm laptop..kot2 ada la tertangkap gmbr dia..malangnya tiada..)

Sunday, March 25, 2012

:: Sedihnya..semoga berjumpa lagi Z610i ::

Assalamualaikum wbt..

Handset saya hilang. sedihnya...dah banyak jasa handset tuh..walaupun ada rasa nk tukar tp berat hati lagi sbb handset tu orang yang bagi..hadiah katanya.

Apa yg istimewa handset tu bg sy??

1. Orang yg hadiahkan.
2. Banyak phone number kengkawan n sedara mara dlm tuh
3. Banyak mklumat yg sangat2 penting dlm tu
4. Phone tu dibeli di Jordan. Dah tentu la kt keypad dia ada tulisan arab.
5. Saya dah pakai dr tahun 2007-2012

Lagi2 pulak lepas ni nk contact orang susahhhhh~

Entah lah sedih plk bila dikenang. Password utk buka phone tu di'create' oleh si pemberi telefon..selepas phone hilang, sy cuba call tp nombor da tak aktive..laju betul dia buka simkad sy.

Kalau dia masukkan balik simkad sy atau simkad org yg mengambil phone tu..phone tu still tak boleh di 'on' kan kerana dilindungi dengan password (tak tahu la kot org yg mengambil tuh boleh godam password tu..sbb biasa yg mencuri ni org yg bangang.) so..tak guna dia amik..sbb phone tu tak boleh dibuka selepas di'shutdown'kan...

Walaupun casing hp tuh dah calar balar...itulah uniknya handset sy..huwaaaaaa..

Kepada si pengambil..terima kasih dan semoga anda diberi hidayah olehNya suatu hari nanti dan kita jumpa di akhirat kelak..ameen.