Wednesday, February 17, 2010

:: Wednesday Blues ::

Assalamualaikum wbt..


Arini masuk sekolah semula lps cuti beberapa hari tak smpai seminggu even ada je banyak sekolah yg amik cuti seminggu..


Arini mood mengajar mcm cuaca arini.mendung panas dan hujan kejap..mcmna tu ea??..kiranya ada feel ke'malas'an ckit..ckit je..tapi aku taw cikgu tak leh malas..Alhamdulillah arini kelas aku satu jer.. 1 Elit..hehehe..selebihnya rileks buat assignment utk dihantar Sabtu ni..

Arini pkul 12 tgh ada meeting LINUS..haaa..LINUS ni singkatan kpd Literasi dan Numerasi utk bdk year 1...mengganti program KIA 3M..ni sumer utk mengenal pasti murid mana yang lemah dan seterusnya akan dibimbing dlm kls khas..

apa yg aku tertarik nk kata kt cni adalah..dlm bnyak2 program under KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) hanya program j-QAF je yang berjalan lancar..dlu program PPSMI dilancarkan utk mendedahkan pljr dengan bljar Math n Sains dlm English...selepas beberapa tahun akhirnya KPM mengambil keputusan utk memansuhkan program tersebut secara berperingkat..isu itu kira da selesai dan tak nak komen lebih2..

seterusnya program KIA 3M (Kelas Intervensi Awal, Membaca Menulis dan Mengira) pulak utk murid Year 1 ni...ni sumer utk mengenal pelajar mana yg dah boleh membaca , menulis dan mengira..slps tu bimbingan utk mereka yg lemah..akhirnya tahun ni dimansuhkan dan digantikan dgn program LINUS ni..

LINUS ni konsep dia sama je dgn KIA 3M tuh..cuma aku tgk mungkin lebih teratur ckit..dan buat pertama kali aku terlibat dlm program LINUS ni walaupun aku tak mengajar subjek B. Melayu dan Math..it's ok..dapat tambahan ilmu..dan meeting tghari td dan membincangkan proses utk ujian bdk2 ni esok..

j-QAF pulak satu program yang ditubuhkan pada 2005 hingga kini dan telah mencapai sehingga generasi ke-6 iaitu genarasi pertama kini da berada di tahun 6. Alhamdulillah program ni setidak-tidaknya membantu murid seawal tahun 1 da mula mengenal al Quran dan juga Bahasa Arab..nnti da besar semoga diaorg tak lupa utk membaca al Quran..

bila pkir2 balik..seronok juga tgk anak2 murid ni da besar diaorg ingt jasa cikgu2 ni mengajar diaorg suatu ketika dahulu..yang penting tak lupa pada ilmu yang diajar..ameen..


p.s: Cuti Raya Cina aritu satu family besar bercuti di Port Dickson (PD??..tak de tmpt lain ke??)..kami menginap kt Glory Beach Resort..aku tak suggest korang ke sana..sbb tak best! service n facilities tak sehebat mana..ada ke satu blok apartment seploh tingkat 1 je lif dia??...tak masuk akal betul..


5 comments:

silversarina said...

Semoga JQAF akan terus kekal dan anak2 juga dapat kenal al quran dan terus belajar quran sampai bila2 .. bestnya bila dapat lihat anak2 murid daripada taktau apa2 jadi pandai baca quran ....Alhamdulillah .

Lamanya tak pegi bercuti di PD, makcik teringin nak ke menginap di Legend PD yang ada glass floor dalam chalet ... taktau bila dapat ke sana .

::alifdalmim:: said...

Mak Cik,

Tips kalo nk dduk hotel di PD biarlah yg atas Batu4 ke atas..sbb kalo yg bawah2 tuh sumer pantai dia tak best..tp The Legend tu sblah je dgn Glory..mmg lawa dan rate semalam pun lawa gak..hehehe

semoga impian mak cik tercapai..try la ajak pak cik ke PD..hehe

Eazy Izzuddin said...

x bes cuti da abes
huhu
xD

kak ween said...

awat adam x ajak family singgah umah kak ween. huhu

::alifdalmim:: said...

Eazy : tu la pasal zy..nk tggu bulan depan la plk..hehe


Kak Aween : kak aween tak jemput dtg pun..heheh..kak aween, reject Glory!..tak best!.