Monday, April 26, 2010

:: Superpenat ::

Assalamualaikum wbt..

Al kisah..semalam dpt tugasan hantar budak sekolah ke pertandingan MTAQ peringkat negeri..bertempat di SMK Bukit Jalor..perjalan dari Port Dickson lebih kurang 90km...majlis bermula pkul 8.30 dan pendaftaran peserta pkul 7.30 pagi..dan kami bertolak dari PD pukul 5.30 pagi..huarrghhh..ngantok!..aku kluar rumah nk amik budak kat kompleks penginapan KPM pkul 4.30 pagi..

Kontinjen PD (guru pengiring dan peserta) dan ready da..asalnya aku tak drive kereta aku sbb mcm terlebih kereta jer..tgk2 ada satu kereta ustaz tu tayar pancit plk..so, kene la bawa kete aku...aku ok saje..

Result : Kontinjen PD sorang wakil negeri ke kebangsaan dan 2 orang lagi tempat ke-2...itu sek rendah..sek men nampaknya pulang tgn kosong..eh, ada dpt sijil...

Sampai kt rumah semalam pukul 5.45 petang...terus tido...smpai la maghrib..lps mark paper ujian budak...tak setel2 lagi..

-------------

Pagi ni buka email...dpt email dr sorang peg. HEP...dia bagi dateline hantar maklumat yg dia nak a.s.a.p seblum khamis...yg aku hangen...budak2 lain sorang pun tak bagi maklumat diaorg kt aku lagi...so, aku la kene sms diaorg sorang2...yg berbalas hanya la 3 org..yg lain harammm..

Bukan apa...pegawai tu kata..kalau tak de maklumat tu..maka tiadalah interview oleh SPP utk DG41..ikutkan hati nk je hntar mana mklumat yg da lengkap..yg tak lengkap tuh mereka pepandai sendiri la..tp tu la..hati ni bukan la sekejam itu...haha

Luahan perasaan : aku bukan ketua unit...tp aku pun tak taw mcmana pegawai tu boleh minta tlg aku carikan maklumat bdk lain..aku tak kisah..aku boleh buat..mslhnya..budak lain sungguh payah nak bg kerjasama..diaorg ni mcm pahat...sekali ketuk..sekali berbunyi...kalau tak berketuk..hermm..haram nak berbunyi...tp ada je yg tak ketuk pun berbunyi...hahaha..sape ketuk??aku pun tak tahu...


Friday, April 23, 2010

:: Kerja Kosong ::

Assalamualaikum wbt..

Aku bukan la pemalas..tp hampir menjadi pemalas..hahaha..minggu ni da berakhirnya minggu ujian utk bebudak nih..dan mula cecikgu ni sibuk dan lagi menyibukkan diri mereka dengan kertas test budak utk ditanda..(wah..amat panjang ayat aku)

Seperti biasa..aku (dan cikgu subjek B.Arab yg lain) kene la menanda kertas ujian budak2 ni lebih dr sepuluh kelas...kali ni aku akan tanda 12 buah kelas..tabahhh!

Bila masuk bilik guru td..tgk atas meja buku aktiviti budak pun tak abis mark lagi..ditambah lagi dengan kertas ujian budak ni..lps tu buat analisa markah..cikgu kelas pulak kene buat headcount..

Budak2 lagi la kesian..asyik exam jer..tp kalau tak exam..takkan berusik buku-buku diaorg tu..esok ada sekolah ganti..minggu ni cuti sehari jer..nasib badan...hahaha

Point aku kat sini...bukan kerja kosong atau tawaran kerja utk menanda kertas ujian budak2 aku..tp aku nk ckp..Sape kata keje cikgu ni senang???


P.S : aku geram giler td kat Haiqal Luqfi...sebabnya sifir dua pun tak hafal lagi..


Tuesday, April 20, 2010

:: Aku Tak Kira.. ::


Assalamualaikum wbt..

Aku tak kira...aku nk cakap jugak..

arini aku berjaya basuh baju aku sendiri....unbelievable!! ;D

tu je aku nk cakap..


Sunday, April 18, 2010

:: Tak Disangka ::

Assalamualaikum wbt..

Aku tak tahu nk ckp apa..cuma aku betul2 rasa kehilangan..terutamanya kpd housemate aku dari Sabahan yg da balik ke maktab selepas abis praktikum..sunyi sudah rumahku..

Lepas tu, rumah depan aku yg juda da kluar..pun sama jugak, cikgu2 praktikum..tingkat 4 tu kini aku je yg ada..sunyi+bosan...

Ditambah pula dengan kawan2 a.k.a junior aku masa sek pondok dulu yg semalam tido rumah aku selepas berjalan2 seharian di Melaka...hampir sepuluh tahun tak jumpa..bila jumpa rasa bersyukur sangat..tak tahu nak ckp apa..dan sudah tentu perbualan kami panjang berjela..

Adam yg lonely~ huhuhu ;D


Friday, April 16, 2010

:: Terima Kasih Cikgu ::

Assalamualaikum wbt..

Walaupun hari guru lambat lagi..tapi aku still mcm nk ucap awal jugak..tadi minta route map ke Melaka dr jiran rumah bawah yg keje sbg Polis Trafik..so..lps tu beborak la..lama gak la..sejam lebih amik kau..

antara isu2 yg kami borakkan adalah perihal cikgu2 nih..

Btw, aku nk ucapkan jutaan terima kasih banyak2 kepada semua warga pendidik yg pernah mengajar aku..antaranya :

1. SK Undang Johor (1991-1998);

Kalau nk dilistkan mmg aku tak terdaya..tp antara yg aku ingat Cikgu Zahawiyah..dia pernah lempang aku..sumpah sakit dan berdama gak la..sbbnya aku tak bawa buluh utk buat tabung buluh..pastu, Pn. Azlida..dia pernah campak buku tulis English aku sbb huruf 'i' tidak bertitik kt atas tuh..itu antara yg aku ingat..

ya, masa tu mmg aku hangin..tapi hari aku berterima kasih sbbnya kerana jasa mereka yg buatkan aku menjadi manusia..

2. SM Ren. Agama Gemencheh (1999-2001)

kini sekolah ni telah pupus di muka bumi nih..Tapi jasa cikgu2 mmg bernilai..antaranya pemilihan aku sbg salah seorang ajk penerangan utk model reka cipta subjek KH membuatkan aku masa PMR dapat A..yahooo!!

Lpas tu my mentor..Arwah Ustaz Hamzah..dia ni la yg paling bnyak mendidik aku..menjadi insan berguna, mengenal agama dsb..dia la yg paling banyak merotan aku..sumpah dia rotan mmg sakit..suh berlari tawaf satu musolla beberapa kali disebabkan bangun subuh lambat..

Skrang aku nk ucapkan berbanyak terima kasih kerana tak jemu mendidik aku..tq!

3. Maahad Ahmadi (2002-2004)

sekolah ni lagi la..paling banyak berjasa...semua cikgu la..nk mention satu2 rasa panjang plk..tp antara yg diingati adalah cikgu Math..cikgu Yunos..amik masa tambahan utk kelas Ekonomi Asas..seawal jam 7 pagi..

dan paling ngeri adaah bila kene denda tak dpt jawab soalan Sains oleh cikgu Kamarul Hafiz..dendanya adalah dia bg cium stoking kasut dia..aku rasa masa tu hampir satu kelas kene..Tp..Alhamdulillah, berkat tak melawan, dan tak berdendam dgn cikgu Sains aku A2..dan subjek Sains adalah subjek paling tinggi peratus peningkatan..bangga!hehehe

-------

Point aku kat sini nk bgtahu..mak aku tak penah masuk campur urusan cikgu2 aku mengajar..sbbnya mak aku tahu cikgu buat semua tu nk memastikan kejayaan aku..dan Alhamdulillah skrg inilah hasilnya..

Berbanding ibu bapa sekarang yang mudah sgt melatah dlm perkara yg remeh..anak tak buat kerja, cikgu jgk yg salah..anak main dlm kelas waktu rehat..pastu tercedera..cikgu jg yang dipersalahkan..anak tak bawa buku..cikgu jg kene marah..padahal anak dia yg patut kene marah..

Tak dinafikan ada cikgu yg bertindak luar batasan..tp ibu bapa kene pandai kontrol emosi...jgn terus serang cikgu..

Aku bukan nak back-up cikgu..tp aku nk org pandang tinggi pada martabat cikgu..bukan utk disanjung disembah ke hape..tp ckup la menghormati..kita ada budi bahasa..so, gunakan la sebaiknya...

Ini betul --> tak ramai ibu bapa yg jumpa cikgu ucap terima kasih bila anak berjaya masa akhir tahun..dapat je hadiah, tangkap gambar sana..tangkap gambar sini..tak sempat makan, terus balik..

Btw, terima kasih kepada ibu bapa yang masih menghormati cikgu2..kene ingat cikgu kt sekolah nk jaga beratus org budak..tp ibu bapa kt rumah hanya jaga paling ramai mungkin 10 org anak..situasi itu berbeza..

Minta maaf..sekadar meluahkan perasaan dan kekaguman aku pada cikgu2 aku dulu..

Aku, memang kuat membebel..


Tuesday, April 13, 2010

:: Gambar Apakah Ini?? ish..ish.. ::

Assalamualaikum wbt..

Cuaca harini..kejap panas..kejap mendung..hujan tak sampai 2 minit..pastu guruh..pastu mcm biasa balik..tekak ni rasa mcm cpt sgt kering..so, dlm kelas tak leh nk jerit2 sgt (saper suh jerit?)..so, masa mengajar td rasa mcm da nk tercekik da..nasib baik ada bdk year 2 lalu depan kelas..minta tlg dia belikan mineral water kt kantin..hehehe..kesian kau jd mangsa..

so, bila kelas da nk tamat..aku bg diaorg latihan..tp harini rajen plk..latihan tu buat sama2..kira aku guide diaorg mcm nk jawab soalan..isu sekarang..aku tak reti melukis..hasilnya ini dia..

Cuba teka..gambar apa yg aku try lukis ni..??

Percubaan pertama...rasa mcm huduh jer..


Aku try sekali lagi..tak de beza..sumpah aku tak reti melukis..

Jawapannya : Seekor Itik..aku cuba ikut gambar ni..nk bg bdk faham..ada iras2 itik tak gmbr aku tuh??


p.s : Baru aku teringat..dlu masa aku pra sekolah..lukisan aku 'C'..


Monday, April 12, 2010

:: 5 Stars Service ::

Assalamualaikum wbt..


Arini Nazir dan pegawai2 dr JPNS dan PPD turun kt sekolah atas urusan lawatan berkelompok..mcm biasa la..kritikan..pujian sumer ada la..baru aku tahu yg sekolah aku tuh..Sekolah Kebangsaan Telok Kemang pernah menjadi johan negeri dan kebangsaan pertandingan keceriaan sekolah suatu ketika dahulu..itu ikut fakta apa yg Timb. Pengarah Pelajaran ckp tadi..

Actually, dia nak jumpa semua cikgu sekolah tuh..dan dibuat secara tak formal..tp disebabkan bilik meeting kitaorg tuh sempit..tak mampu nk memuatkan cecikgus yg seramai 100++ lebih ni..maka buat la kt dewan sekolah yg barhawa dingin suam2 kuku tuh..hahaha

Tak nak ckp panjang..cuma dlm banyak2 ulasan dr pegawai2 tuh..aku cukup kagum dengan bahagian Pra Sekolah (Cikgu Hairul..ini bukan nk bodek yer..tp kenyataan..hehehe)..

Korang ingat..hotel je ke ada 5 stars..flight je ke ada 5 stars mcm Malaysia Airlines tuh..(saje je mention MAS)..Pra Sekolah pun ada 5 stars ok..last year, pra sekolah aku dpt 4 stars..setaraf dengan Penerbangan Emirates..hahaha

Tahun ni tadi..pegawai tu ckp "Saya dah list out sekolah ni (pra sekolah) utk diberi 5 stars.." apa lagi..semua cikgu bertepuk riang gumbira..hehehe..kagum..pra sekolah la antara bahagian yg tak menerima sebarang kritikan..pujian memanjang je tadi..kagum..kagum..

Kalau menjadi kenyataan..pra sekolah SKTK aku setanding dengan Penerbangan Malaysia, Qatar Airways, Hotel The Palace of The Golden Horses dll...hahaha..jgn main2 yer..

Akhir sekali..sekalung tahniah dan penghargaan utk mereka yg bertungkus lumus utk kejayaan ini..

p.s : Get ready utk pemantauan dr KPM minggu depan...arghh..busy~


Saturday, April 10, 2010

:: Terima Kasih ::

Assalamualaikum wbt..

Aku tahu aku masih lagi bergelar guru pelatih..dan aku tahu..aku masih ada final exam Jun ini..dgn induksi, KISSM, BTN dsb sebelum confirm menjadi guru tetap..

Tapi berakhirnya praktikum Khamis lepas da menjadi satu kelegaan bg aku..walaupun Nazir dari JPNS seramai 15 org nk dtg sekolah Isnin ni..lps satu..satu..bukan dua!

Ok..bila berkahirnya praktikum ni terasa satu feel yg amat lega..maka aku kt sini rasa mcm nk wish a lots of Thank You, Terima Kasih, Syukran Jazilan, Arigatou dsb kepada mereka2 yang telah banyak menolong aku dalam menyenangkan urusan aku nih..antaranya :

Cikgu-cikgu j-QAF senior..antaranya Kak Yan, yang sanggup amik 4 masa mengajar aku semata2 nk meringankan beban aku..tak ckup tuh..kertas exam tahun 2 pun dia yg tolong buatkan dan buku lesson plan dia utk rujukan aku..Kak Ira, yg sanggup memberi pinjam fail2 portfolio dia kt aku utk rujukan dan juga harta dia tmpt letak pensil dan semua magic color dia yg da jd mcm aku punya..hahaha..Kak Ju plk yg bg pinjam penebuk berbentuk mcm2 serta fail2 dia..Kak hasni yg tolong menggunting BBM aku utk memudahkan aku..terima kasih bnyk2..

Tak lupa kat cikgu2 lain yg aku banyak menyusahkan mereka dlm meminta-minta kelas mereka..menghuru harakan kelas mereka..spt Kak Rohaiza, Kak Aisyah, Kak Aween dan Kak Ita..

Buat pembakar semangat dan tmpat mengadu nasib..Kak Fazliaton..terima kasih banyak2..

Untuk guru pembimbing yg cool dan sempoi!..Kak Haslinawati..thank you..

Housemate yg memahami aku di ambang praktikum dan tidak kisah meja belajar kt depan tu berselerak dgn barang2 praktikum aku..sorry and thank you..

Rakan sebatch di SKTK..Ustaz Syukri n Kak Liza...mereka yg banyak membantu antara satu sama lain bg menyenangkan kerja masing2..

dan tak lupa utk my beloved mother..atas support kewangan..hehehe..dan memahami kesibukan anakmu ini..thank you n i love you..

terakhir utk GB ku sayang...yg telah meng'rekemen'kan kt lecturer aku utk calon cemerlang dan segala inisiatif GB cemerlangku..En Hamzah..bg memantapkan praktikum ini..dan very understanding..thank you so much!!

and for everybody..SEMUA..yg terlibat secara langsung mahupun tidak..thank you..


p.s : Kalau mcmni la ucapan aku kalau dpt award ABPBH arituh..confirm tahun depan tak naik pentas lgi dpt award..hahahaha


Thursday, April 8, 2010

:: Macam Da Lepas SPM ::

Assalamualaikum wbt..

skrg ni aku rasa baru lps exam SPM..dia punya free tu..rasa mcm nk menjerit..segala penat lelah da tamat..pastu rasa mcm nk wat topik headline kt paper esok..

Balik sekolah td..Kak Jun tegur aku... "aik Adam..jalan mcm tak larat jer.." "ye kak..arini da abis praktikum..." aku rasa mcm soalan aku tu tak kene je ngan soalan..hahahaha..tapi ye..aku mmg penat gila arini..dari pagi tadi seawal jam 9 pagi aku da siap2 wat proses terakhir utk lecturer aku dtg ptg ni..lps tu plk..dapat plk releif lagi..last2 lps klas yg sptutnya terakhir aku..dpt call dari Pemangku Penyelia Petang..

"Adam..minta maaf yer..td Cikgu H***** dia balik sebab sakit perut..jadi boleh tak adam relief kelas dia kt 2I...pkul 5.50-6.20 ni??"

"ok..boleh" takkan aku nak kata "ahh..tade de..suh la org lain.."..gila??aku ni cikgu biasa..Kak yam tu da boleh jadi GB da..hehehehe..terima je lah..lagipun da last period da masa tuh..aku bawa la diaorg ke surau..boleh la aku solat Asar..

Arini sbnarnya aku rasa mcm nk jumpa seseorang..tapi tak terjumpa..ntah sbb apa..

Aku betul2 happy harini sbb da abis praktikum..super happy..tp aku baru teringat yg last assignment aku kene submit hari Sabtu ni...dan aku masih ada final exam Jun ni..tak jadi happy..hahaha..

ok aku nak tido...

Sunday, April 4, 2010

:: Sekadar Gambar 2 ::


Assalamualaikum wbt..

Ini adalah diantara koleksi gambar aku bersama murid-murid kesayangan..tapi kebanyakan mereka ni anak cikgu sbb dduk satu kawasan iaitu di kuaters guru..ngeh3..layan kan aje..

Atas permintaan mereka2 ni yang tak percaya gambar mereka aku upload dlm blog aku..maka, aku buktikan..hahaha..


Sungguh melucukan..mereka ni suka sangat melompat..mcm aku!

Yang menjelirkan lidah tanda protes..aku kata gambar ini untuk 4 orang sahaja..hahaha..

Mereka teringin menjadi Spiderman Malaysia..macam2 perangai budak2 ni..


p.s: terima kasih kepada pelakon2 tersebut ->Shahir, Aswad, Emy, Awi dan Ijoy..


Thursday, April 1, 2010

:: Tak Salah Belajar Benda Yang Baik ::

Assalamualaikum wbt..

Semalam aku ada belajar sesuatu..mungkin juga ada kegunaan untuk aku yang mengajar di sekolah rendah nih..malam tadi tido lambat..sebab saket perut..dok menahan..smbil2 tuh citer di tv membosankan...sekali buka kat Ria..ada Diari AF8..

Layan gak la..tgk perangai masing2..ada yg menangis2 tak tentu pasal la..ntah apa2 la..sekali masa kelas vokal cikgu Siti Hajar tu..ada student ni menangis..cikgu tu pun mcm saiko juga la.."tak per..kamu nangis la..lepas kan..jangan tahan2.."..hahaha..mcm mls melayan je..haha

Tadi..kelas pertama aku kt Satu Cerdik..ada budak baru masuk kelas tuh dr kelas yg lain..ttba je menangis..aku bukan suka sangat bdk menangis tak tentu pasal..tak de sebab ni..malas aku nk melayan..lagi2 tanya2 tak jawab..last2 aku kata gini :

"tak pe lah..kamu nangis la puas2 dulu..lepaskan..jangan tahan..ok yg lain baca doa.."

cewahhh...ayat aku tak tahan...last2..dekat setengah jam gak..dia mengambil masa utk ok..last2..bila da ok..boleh gelak2 plk..

"Ayunie...kamu da ok ke??.." aku tnya bdk yg nangis td..

budak tu malu2..senyum2..tutup muka kt meja..hahahaha..