Wednesday, February 10, 2010

:: Masuk ni dah kali kedua.. ::

Assalamualaikum wbt.

Masa taip tajuk ni tgh membayangkan satu perkara jer..ttba dpt ilham plk..bhawa tajuk ni ni kene dgn situasi lagi satu..

kita mulakan dengan kes 'observe mengobserve'..

Pensyarah aku da datang ke sekolah aku sebanyak 4 kali termasuk esok, insyaAllah..dan baru sekali dia menyelia aku dlm kelas..yg lain2 diaa selia cikgu lain dan sesi perbincangan..dalam pada tu dua kali aku buat preparation yg dasyat tp dpt call "saya tak jadi datang.." dan dua kali aku tak prepare sungguh2 dan dia call "saya rasa arini sy boleh dtg..jadi sedia ye" nk ckp apa pun tak boleh lg da..

last week dia observe aku subjek Major aku iaitu Bahasa Arab..menggelabah aku berkomplot dgn bdk2 ni..antara komplot2 aku dgn bdk2 ni :

1. kalo nk jawab angkat tangan
2. jangan bising
3. kalo baca tu kuat2
4. jangan tido!

antara ancaman olok2 aku kt bdk2 ni ialah aku kata.."Nanti ada guru besar sekolah lain nk dtg tgk kamu blaja mcmna..kalo kamu main2..bising main2 dgn kawan..nnti dia amik nama kamu bg kt gb sek ni.." hahaha..padahal 'GB' yg dimaksudkan tu nk tgk aku mengajar..kehkehkeh..masa tu dlm hati ni dia mcm ada satu feeling bak org puteh kata 'evil laugh' hahaha ;D

komen2 pensyarah tu biarlah aku je yg tahu..

---------------

kes kedua adalah kencing!..

td kt kelas 1 Elit..masa tgh syok mark buku latihan bdak..ada la yg jerit "Ustaz..dia kencing.." mana tak saket hati aku..baru je td aku bg dia kluar g toilet..

"Nape awak kencing dalam kelas..kan td sy da bagi kamu pergi tandas.." nada nk marah..tp cool..sbb dia da nangis..

"td saya da pergi tandas..lps tu tak jadi kencing sbb ada kawan saya tipu saya dia kata dia nk teman tapi tak de.."

"laaa...dia tak de..kamu kencing je la..knp nk takut..bukan ada hantu" cewahhh..ust yg berckp tu mcm berani sangat jer..

so, kene la aku pergi cari sluar spare..nasib baik ada...kene la bawa dia g toilet tukarkan sluar dia..cett..hancing!

last week masa kelas aku jugak..ada sorang bdk pompuan terkencing dlm kelas aku..

"ustaz...sy nk g tandas nk terkencing.."

"ok..pergi cepat.."

"tapi tak tahan da terkeluar.." sambil dia terkepit2..

aku da tahu nk ckp apa lagi da...bdk pompuan plk tuh..so, kene la panggil cikgu kls dia..


p.s : td masa minta seluar spare kt cikgu Fazliaton, aku tanya dia dlu.. "kak, muka sy ni..muka kencing ke??" tergelak besar dia..

p.s.s : sekolah rendah mmg kene sediakan seluar / kain sekolah yg lebih dan berlainan saiz utk kegunaan masa2 kecemasan spt di atas.. ;p


6 comments:

Ahmad Nordinie said...

hehe..
baguslah ustaz ni..

silversarina said...

Budak2 tu sayang kat ustaz dia yang baik hati, tak pe adam , banyak pahala dapat ... ingat dulu masa makcik buat praktikal , hari yang beria-ia buat persediaan, penyelia tak datang , tup-tup hari yang memang nak try guna buku teks dia datang dan mulalah komen entah apa2 , makcik cakap direct kat dia " You should have come yesterday , I perpared a lot " ... pandai melawan sebab hati dah geram ..hahaha.

Ren said...

Wah naseb bek ada seluar spare bagai kan.. ako sokong kalo sekolah2 rendah ada seluar@kain spare!

hIDUP CIKGU aDAM!!

Anonymous said...

cute gile budak tu adam. tahniah la untuk ko..-cik yara

djambu puadovich said...

kalo ramai2 terberak/terkencing dlm kelas, skola ada cukup seluar/kain ke? hehe :P

azlinhasim said...

suka dgn statemnt...muka sy ni muka kencing ke.... part tu akak gelak besar...hahahaha