Hari ni aku betul2 bersemangat plk nk tulis entry ni..
Aku yakin isu nih masih lagi hangat diperkatakan disegenap Malaysia..smpaikan menjadi ‘Frontpage’ bg sesetengah surat kabar kt msia..
Secara terus terang, aku berpihak kepada Majlis Fatwa Kebangsaan. Pendirian ini tidak ada kene mengena dengan politik, perkauman malah penghinaan kepada sesiapa pun. Ini adalah pendirian peribadi selaku seorang Muslim.
Sebelum aku rungkai lebih lanjut, I want to let us know..what is YOGA??
“Yoga merupakan disiplin-disiplin fizikal dan mental tradisional yang berasal dari India; matlamat yang dicapai disiplin-disiplin ini; dan salah satu dari enam fahaman ortodoks (astika) dalam falsafah Hindu.- Wikipedia”
kebetulan hari ni bila aku pergi kerja, aku sempat la amik free newspaper yg diedarkan kat lobi. Tajuk dia adalah :
“Yoga fatwa on hold; Council of Rulers must approve edict before implementation” - The Sun; Telling it as it is (November 25, 2008)
Aku ni bukan la nak menderhaka kepada Majlis Raja-Raja tapi seeloknya perkara sebegini mestilah dihakimi oleh mereka yang lebih layak dan lebih arif. Yang dimaksudkan lebih layak dan lebih arif tuh adalah Majlis Fatwa Kebangsaan yang mana ahli-ahlinya terdiri daripada mereka-mereka yang lebih arif mengenai hal ehwal agama Islam.
Isu ni sebenarnya da lama diperkatakan dikalangan masyarakat melayu di Jordan khususnya di Mu’tah. Kalo tak silap aku masa aku di tahun satu atau dua..mcm tu la..bila salah seorang siswa dr Indonesia menganjurkan program Senaman Yoga ni. Ada la segelintir siswa Malaysia ni ikut dgn alas an yang pelbagai. Dan ada juga yang menentang terutama pihak persatuan dgn alasan yg tersendiri. Aku adalah dikalangan mereka yg tak menentang dan tak juga menyetujui..sbb aku tak de alasan yg kukuh dan perkara raisi (utama) aku tak join sbb aku tak minat n malas…hahaha
Setakat yg aku baca hanya negeri Melaka saja yg akan mewartakan fatwa tersebut pada Disember ini. Perak dan Selangor masih belum dapat mewartakan di negeri masing2 fatwa ini sehingga diperkenan Sultan negeri masing2. Negeri lain..masih tak de cerita..tak tahu perkembangan terbaru.
Bagi mereka yang membantah dan tidak bersetuju dengan perkara ini, sepatutnya mereka mesti tahu bahawa ahli majlis fatwa kebangsaan bukan sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa. Fatwa ni pulak “merupakan suatu pendapat keagamaan pada hukum Islam yang dikeluarkan oleh seorang ulama. Media Barat selalu tersalah guna istilah ini untuk bermaksud sesebuah hukum Islam yang menjatuhkan hukuman mati terhadap seseorang yang dianggap kafir atau seorang yang mengkufuri Tuhan, sedangkan maksud sebenar istilah ini adalah lebih luas” -Wikipedia
(Bersemangat tol mak cik ni - Gambar Hiasan)
(Huiiyoo..muka dia series menahan sakit di kaki - Gambar Hiasan)
Mereka yg layak mengeluarkan fatwa ni pulak mengeluarkan fatwa bersandarkan kepada sumber2 hukum yang disepakati di dlm agama Islam (bukan Hindu, Kristian mahupun Buddha) iaitu Al Quran, As Sunnah, Ijmak dan Qias.
Allah juga befirman di dalam Surah al Anbiya’ ayat ke-7 iaitu :
{فَسْأَلُوْا أَهْلَ اْلذَّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ}
- mafhumnya, bertanyalah kepada ahli zikir sekiranya kamu tidak mengetahui
Ahli Zikir yang dinyatakan diatas ada perbezaan pendapat oleh ulamak. Antaranya :
Tafsiran yang pertama oleh Ibnu Zaid : “Ahli Quran yang mengetahui selok belok mengenainya”
Tafsiran kedua oleh Suffian : "Ahli Kitab iaitu Taurath dan Injil"
(Sumber : Kitab Al Jami’ li Ahkam al Quran, Al Qurtubi)
Pembacaan yang lanjut boleh la rujuk pada ulasan Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim, Ahli Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Utusan.
sekian...wassalam..
(p/s - emo nyer aku...hehehe)
12 comments:
aku juga menyokong dan berpihak 100% kpd majlis fatwa krn mengharamkan senaman yoga ini.
pelik juga, mengapa ramai org melayu tergila-gila nak buat senaman yoga ni. apa la yg best sangat? kan sebaik-baik senaman adalah solat. apasal tak solat je. huhu..
p/s: apa aku merepek ni. ahakz!
http://www.azizwan.com"
Azizwan..
itu bukan merepek..that's the truth!
dlm solat tu sendiri bnyk kelebihan..cuma jgn niatkan solat tuh sbg nk bersenam..niatkan soalt utk beribadah kpd Allah..
pelik tol manusia akhir zaman ni..
~aku pun pelik gak..hahaha
sebenarnye sblom halim bce ape itu yoga pun dah leh agak sebb ape diharamkan, klu kite ikut dalil ade myatakan sekiranya kite menyerupai sesuatu kaum (agama), maka kita dari kalangan mereka..
btol x dalil ni ust adam??
pe yg nk cakapnye di sini, ade pihak pertikaikan npe ngn yoga, tai chi x bising plak..
sebb bg halim yoga sendiri adelah gerak geri smacam upacara ritual atau keagamaan hindu..(bertepatan dgn dalil d atas)..klu skadaar taichi yg cm seni mpertahankan diri memang le xsalah..dan klu nk pertikaikan dngn bsanding plak, itu adalah budaya hidu, bukan upacara agama..itulah serba sedikit..bg adam..follow la blog halim..
amalhijazz
erm..panjangnyer ko komen..tp betul la apa yg ko cuba nk smpaikan tuh..
~~aku da tgk da blog ko..siap komen2 lagi~~
hehehe
owh...
yes, kita nieh mmg ilmu agama tak tinggi but Rasullullah pun dah bgtau .. berkawan la dengan org2 alim ulama .. dptkan ilmu daripada mereka ini .. so, kalau dah alim ulama dah tetapkan benda2 mcm nieh haram, terima aje laa .. napa nak pertikaikan semua .. kpd dorang nieh semua jgnlah sesuka hati bantah hukum agama, tak pasal2 plak tergelincir agama .. nauzubillah ..
aku tak tinggal solat 5waktu...
janggel : hmmm
kak yatie : betul..betul..betul..suka betul lawan perintah Tuhan diaorg2 ni...
anap : ermm, ada org wat tuduhan palsu kt ko ke??..ckp ko solat kurang 5 waktu sehari??isyh2..tak patut!..hihihi
ishh..kali pertama wat blog n kali prtama komen kt blog org ni...
ish2...isu yg abg adam bwk ni lebih kepada hak utk diberi kuasa pd mane2 pihak yg berhak dalam menentukan samada halal or haram yoga tu..
Tanggapan pertama bila sy bc artikel abg adam ni,sy pikirkan abg adam mahu elaborate tntg kaedah senaman yoga yg haram dari sudut apa scara terperinci..
hehe..
salam perkenalan..
lawatlah ke blog saya..
http://www.asrinarrator.blogspot.com
sy bru jer wat malam td..jd xde isu terbaru lg...
asri : selamat ber'bloging'...dan selama menulis..erm..actually kalo nk tahu lebih lanjut senaman yoga yg mcmner yg diharamkan boleh la rujuk pada mereka yg tahu..
aku tahu..tpi kurang arif..lebih baik aku tak bgtahu dr aku bgtahu bnda yg aku tak tahu..nnti lebih teruk kesannya kalo kenyataan aku salah..huhuhu
~~apa yg aku merepek ni pun aku tak tahu~~
nak komen tapi bab agama agak kurang.
tapi aku cuba.
yoga.
diharamkan kerana ia ada berkaitan dengan agama hindu.
tetapi yoga itu juga merupakan disiplin2 fizikal.
seperti yang ko terangkan.
mungkin bagi aku tidak salah jika kita mengamalkan yoga selagi ia tidak membatasi hukum syarak.
bermakna pengamalan disiplin fizikal bukan sehingga amalan rohani.
entahlah.
biarkan mereka yang berkuasa menentukannya.
aku masih lagi cetek pengetahuan.
keputusan majlis fatwa mengenai isu penkid menjadi bahan sindiran mereka yang tidak mengetahui apa2.
for non-muslim better you learn what 'fatwa' can best describe.
http://www.youtube.com/watch?v=ufgJWGmax-A
Post a Comment