Wednesday, September 29, 2010

:: Kebabommm ::

Assalamualaikum wbt..

Arini 1st day masuk sekolah lps 2 hari bekursus..nampak kann..baru jd guru tetap da kene g kursus..hahaha..

Hari ni cikgu2 sekolah mcm digemparkan oleh kes sepasang pelajar perempuan kembar yang melecur muka dan beberapa anggota badan mereka..pasal apa??..pasal gas kat rumah meletop..kebabommm~

Si kakak yang datang semalam dengan muka kesan melecur mmg memeranjatkan cikgu dan cikgi..mana taknya..tak sangka boleh jadi mcm nih..kejadian berlaku masa seminggu sebelum raya..da tentu budak ni beraya kat hospital..aduh.kesian..

Arini dia datang lagi..kali ni bawa album gmbar sebelum kejadian dan masa kt hospital dan muka yg da nk hampir sembuh..Si adik pula tak dtg sekolah sebab si kakak kata si adik malu nk g sekolah dgn muka mcm tuh..

Semua cikgu tak tahu langsung kejadian ni..bapa dia dtg sekolah masa sekolah buka arituh kata diaorg masuk hospital..tapi tak ckp langsung sebab apa..so, kebetulan masa tu budak tahun satu cuti panjang..mmg cikgu2 ni tak syak apa2..arini dia dtg sekolah terus dpt perhatian GPK's dan GB..

Sumpah! Kesian tgk dia..muka melecur..kulit lengan mengelupas kesan melecur..merah!..tadi ada la cikgu ni bagi duit raya..dan aku sempat pesan kat si Kakak bg semangat sikit, jangan malu dtg sekolah nnti tak belajar mcmana nk pandai..aku kata suh si adik datang sekolah, nanti ustaz bg duit raya..kesian sungguh..

Arini masuk kelas si kakak..aku dduk sebelah dia..tapi tak sanggup nk tengok muka dia..kesian..kecik2 da kene macam tuh..semoga diaorang tabah la menempuh ujian mcm ni..ameen~


p.s : tadi nk tangkap gambar kesan melecur tuh..tapi tak tertekan butang 'capture' ...

p.s.s : terus teringatkan iklan kt tv yg budak perempuan Palestin tu menangis meraung2 bila tangan dia kene sapu ubat sebab melecur..sadisss..


Wednesday, September 22, 2010

:: Medan ::

Assalamualaikum wbt..


Saya dapat flight voucher..

i think n i choose Medan is the right destination to go..ada persoalan..


"Ada apa kat Medan ea??" any idea(s)??



Saturday, September 18, 2010

:: Sangat Cool ::

Assalamualaikum wbt..

Malam tadi, tayar kereta member aku ni bocor sebab terlanggar batu simen kt h.way..pukul 11 malam lebih..

Jadi, aku dengan semangat ke'cool'an pergi la tlg tukar tayar...tapi anda semua perlu ingat, watak saya hanya mengangkat tayar yg bocor ke dlm bonet kereta shj..bab2 pusing memusing alat2 menukar tayar tu member2 yg lain..

Tapi, kejadian mlm td takde lah mcm panic sgt..mayb sebab konvoi 2 buah kereta n problem dpt disetelkan cpt...cool ha?

Btw, Alhamdulillah takde sebarang kejadian tak diingini berlaku even sampai rumah pkul 2.30 pagi..


Thursday, September 9, 2010

:: Dulu, Kini dan Selamanya ::

Assalamualaikum wbt..

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin..

Kullu 'am wa antum bikhair..


Tahun ni raya mcm biasa jer..persiapan pun mcm biasa..al maklum kurang berduit tahun nih..bak kata org, ukur baju kat badan sendiri..kalau kurang berduit tu buat2 la cara org yg kurang duitnya..hehe

Ye, ini pengakuan ekslusif yer..baju raya tahun ni adalah daripada baju raya tahun lps dan kepunyaan abang aku..dan abang aku pula da pakai raya sebelumnya..bermakna, baju raya 3 tahun lepas..still nampak ok..pakai je la.. :D

Moment yang paling happy sekali masa raya tahun ni bila kami adik beradik dapat berkumpul..rasanya sejak aku balik dari Jordan mmg tak de langsung peluang nk raya bersama2..so, diz year bila da dapat tuh..dah tentu la kami sempat bergambar...ini lah hasilnya..

Korang layan gambar ni..aku nak pi sambung makan kuih raya..Assalamualaikum~


Gambar raya masa zaman dulu kala..tahun 1998 rasanya..yg dduk tu adalah atok dan wan aku..


Gambar raya tahun 2010..Adik beradik with my mother..

Gambar keluarga besar aku..raya tahun 2010..akak aku da beranak pinak n my mother da dpt cucu da..


Salam Aidilfitri dari,

Sunday, September 5, 2010

:: Dapat Sudah Akhirnya ::

Assalamualaikum wbt..

Akhirnya, surat yang ditunggu2 telah sampai..

Kini saya ditawarkan terus untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41

Saya agak busy dengan urusan penerimaan tawaran ini.harap maklum.

Terima kasih.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI maaf zahir dan batin~


Thursday, September 2, 2010

:: Takde Zouq Langsung ::

Assalamualaikum wbt..

Cuma catatan ringkas dari saya...saya langsung takde mood atau feeling utk sambut merdeka pada tahun nih..malam merdeka saya dicemari oleh bunyi bising mat2 motor yang teramat kurang ajar dan biadap dan dalam erti kata lain selfish!

Bukan satu dua malah berpuluh2 mat2 motor buat kacau di kawasan perumahan saya..ya, memang betul kawasan perumahan saya adalah kawasan awam dan berhampiran dengan kawasan pelancongan tetapi kalau ikut logik akal..kenapa la mesti kau nk memekak dengan bunyi ekzos motor buruk kau tuh dari tengah malam sehingga pukul 6.30pagi..

Ya, saya ulangi lagi sekali dari jam 12.00 tengah malam sehingga 6.30 pagi..

Saya tak tahu bila masa diaorg bersahur..dan harapnya mereka masih tetap berpuasa esok harinya..insyaAllah...

Bila direnung2 kembali mereka ni ke yang akan mewarisi negara satu hari nanti??..kesian mak bapak diaorang..

Apa pun, saya tetap ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53 utk seluruh rakyat Malaysia di mana jua anda berada...