Thursday, March 31, 2011

:: Medan; Episod : Horas!! What a scary flight ::

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah...yeehaa...seperti yang telah dirancang sejak setahun yang lalu, aku akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke bumi Medan, Indonesia bersama rakan taulan..mcm ramai je yg pergi padahal 2 orang jer..haha

Perjalanan ni dah dirancang dgn rakan blogger aku yang tak pernah bersua muka sehingga lah kami sama2 merancang utk jenjalan ke Medan..asalnya kami nak ke Koh Samui..tp seat penuh..last2 aku dengan Afif amik keputusan ke Medan..

Menaiki flight Firefly adalah satu pengalaman yang baru..ye lah, sebelum ni naik Boeing dengan Airbus je..ni dpt merasa naik ATR-72 berenjin kipas turbo..kau ado??..haha..bertolak jam 1.00 petang tapi flight kami delay setengah jam sebab masalah flight dari Singapore lambat sampai...


Flight berlepas dengan teruk sekali...aku tak pernah rsa takut dan gayat sebelum ni..tp naik flight ni amat menakutkan..mungkin di Subang keadaan berangin..keadaan jadi ok sehinggalah lampu seat-belt dipadamkan...dalam flight aku da mula rasa mabuk sebb masa take-off tadi flight bergoyang2...tak berani nk makan kek coklat yang disajikan..

Cabin crew Firefly yang bertugas masa tu salah seorangnya sangat tak peramah..dia boleh marah pax atas kesalahn yang tak delah besar sgt pun..minta tlg letak beg je pun..padahal bukan semua org penah naik flight sblum nih..aku pun naik geram..dah la tak senyum..period kot..huhuhu

Masa landing teramat teruk..semua dlm flight dah cemas...pilot mcm lost control..kejap ke kanan, kejap ke kiri...menakutkan..

Kesesakkan kt luar terminal ni sedikit menghilangkan rasa takut dlm flight tadi..huhu

Keluar saja terminal Bandara Polonia Airport, Medan..kami tunggu shuttle hotel yang dijangka menjemput kami...tapi haramm..last2 naik teksi juga kami ke hotel..Rp40,000 upahnya..malam yang pertama ni kami menginap di Madani Hotel..hotel yang berlandaskan syariah...muzik latar yang dimainkan kt dlm hotel pun lagu2 nasyid..sejuk hati nih...


Lepas check in, kami rilek kejap then decide nak jalan mana dulu..untuk pertamanya kami ke Masjid Raya al Mash'un yang berada betul2 depan hotel kami menginap ni...masjid ni dibuka oleh Sultan yang pertama dulu..kalau tak silap Sultan Deli..senibina masjid ni menarik..simple tapi nampak lawa..


Kemudian, kami ke Istana Maimoon...kt sini nak masuk istana ni kene sedekah...tp masa aku letak Rp1000..pak cik tu kata..ni baru 70sen pak..amboi!..nk sedekah kena atas seringgit ke??..dalam istana ni takdelah bnyak sangat bnda menarik pun..info pun banyak dah pudar n kene conteng..

Selepas itu, kami berjalan kaki lagi ke Tirtanadi Water Tower..ianya dibina pada tahun 1901 dan sekrang aku rasa ianya diletakkan bersebelahan dengan pejabat air daerah..


Agak dah petang ckit kami berjalan ke Thamrin Plaza..shopping mall kt ctu..nak makan malam..kat situ ada fodd court yang agak moden..kt luar mcm kampung jer..kat dlm mall mcm kt KL...amat berbeza...terkejut kami~

Nama food court yang agak popular tu adalah d'Loft food court..kami makan Nasi Ayam Penyet asli indonesia..dengan sayur asem..


Balik ke hotel kami menaiki Becak...huhuhu..dengan suasana jalan kt Medan yang super duper sesak..agak menakutkan jugak la..tapi sumer ni pengalaman...best!!

Monday, March 14, 2011

:: Kertas Litmus ::


Assalamualaikum wbt...

Yeay...da cuti sekolah!..tapi tak apa pun nak buat...arituh masa hari Jumaat ending sebelum cuti bermula, kami (tapi sebenarnya aku je) dikejutkan dengan pemantauan dari pihak Jabatan Pelajaran NS akan datang masa buka sekolah nnti..

Kau bayangkan orang datang memantau punca dia kau!..ye, aku!..aku malas nk besar2 kan hal nih..isu dalaman sekolah..tp yang penting aku percaya pihak pentadbir sekolah akan back up aku nnti..huwaaaaa..nk nangis~ GB, tolong saya! ada dua isu..tp aku ni berkait dgn isu kedua..nnti aku akan ulas kemudian..

Cuma apa yang aku nk ckp kt sini..orang 'kita' ni mmg terkenal dgn hasad dengki dan tak boleh tgk orang lain senang..noktah~

----------

Oh, dah tersimpang jauh dari topik asal...nk citer nih..pasal kertas litmus..alah kertas yg boleh tukar2 warna tu..ingatkan?..kita belajar masa sekolah rendah..

Kadang2 aku dan kita rasa ada something yg kita terlepas atau tertinggal akan memberi effect pada kita sampai hari ni...contohnya, disebabkan ada sekali tu, kita terlepas flight, smpai arini kita tak dpt smbung belajar kt luar negara...itu contoh jer..mcm2 la lagi..

Aku pernah rasa situasi mcm tuh..ianya berkenaan dgn kertas litmus..masa aku sekolah rendah dulu, mak aku cukup tak berkenan dan ckup pantang kalau aku tak pergi sekolah..kau bayangkan, mak aku sanggup tarik aku tunggu bas sekolah (sambila aku menangis2..malu!) sebabnya aku tak nak ke sekolah..tp pengecualian diberi if aku sakit or demam atau sebab yang boleh diterima akal la..

Ada satu hari ni...subjek sains..aku tak datang sekolah...dan waktu tuh cikgu sains aku ajar tajuk pasal kertas litmus ni la..bila tukar warna jadi apa..bila kena ni tukar jadi apa..dan point dia skrg aku tak dtg sekolah masa tuh...pendek kata, aku terlepas sesi pengajaran dan pembelajaran pasal kertas litmus tuh..dan effect dia, sampai sekarang haram aku tak tak tahu pasal kertas litmus tu..hahahaha..

Aku agak jeles jugak bila member2 lain tahu pasal tuh..bukan aku tak follow up lepas tuh..tp rasa rugi sangat tak dapat dengar face to face dari mulut cikgu ke telinga pelajarnya sendiri...hurmm..menyesal kemudian tiada gunanya..

Moral of the story, jangan la sesekali anak murid aku yang disayangi tuh cuba utk skip kelas atau sengaja tak dtg kelas..paling aku menyampah alasan tak dtg kelas balik kampung!..mcm tak menyempat2 nk cuti sekolah..kalau balik kampung ada hal2 kematian ke, boleh terima la lagi..ni cuti start ari Sabtu, hari Jumaat diaorg dah cuti..

Sekarang baru aku faham kenapa la doktor2 lecturer aku masa kt Jordan dlu ckup hangin bila ada budak tak dtg kelas..situasi aku sekarang, jangan harap aku nk ulang balik apa aku ajar dlm kelas yang lepas..pandai2 korang la..berdikari sikit..except yang dtg pada aku tanya mcmana..

P.S : kehadiran Jumaat yang lepas sangat mendukacitakan..sebagai balasan cikgu akan bercuti 28 dan 29 ni yer...yabedabedooo~