Assalamualaikum wbt..
AWAS!! : entry ini sangat panjang!
Alhamdulillah~
Sangat berpuas hati dan sangat gembira pada hari ni bila sekali lagi dapat naik atas pentas untuk menerima scroll sijil..kali ni adalah Diploma Pendidikan..
Pada tahun 2008 bulan Jun adalah kali pertama masuk ke konvokesyen untuk amik scroll Ijazah Sarjana Muda di Universiti Mu'tah, Jordan. untuk menyingkap kisah silam itu sila la rajin2 kan jari tu klik di sini..eh, sini..
Terasa bertuah sangat bila dapat rasa majlis konvokesyen di Malaysia..dulu kt Jordan..tersangat berbeza..di Jordan ni dia buat ala2 mcm kt US sana..open..tengah2 padang...tapi kt Malaysia penuh dengan protokol..
Sidang untuk kampus aku adalah sidang yang terakhir iaitu sidang ke-4..start pukul 2ptg dan abis dalam pukul 5 ptg..pheww...letih duduk~
Memandangkan kampus aku adalah kampus pertama yg akan dipanggil naik, maka aku adalah org ke-7 yang akan naik pentas dan aku dduk betul2 di barisan hadapan..dan berhadapan dengan kamera!..tak senang dduk aku dan member yg lain..camera tu asyik focus kt kitaorg jer..da la ada screen besar kt depan dewan..dduk tegak je la tadi..hahaha..
ok..layan kan aje gambar2 yg sempat di tangkap ni..hehe..khas untuk Bro. Deaf Angel~ :D
Tersenyum lebar aku...hahaha..puas simpan setahun setengah senyuman mcm nih..
Sijil Diploma Pendidikan aku..
Ingatkan dapat 1 jer...sekali dapat 2 daa...terima kasih~
Ni dia Hafiz, kawan sehati sejiwa masa di kampus..susah senang sesama..dia sgt cerdik~
Aus, kalau dia ckp dlm dewan atau auditorium..tak pakai mic pun tak per..
My big family to-be ...
P.S : i would like to thanks :
1. My mother, Puan Mariah bte Ibrahim..atas sokongan dan keprihatinan beliau sepanjang setahun setengah ni..dan ni lah hasilnya! love u mom~
2. Para pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban..tak kira dari jabatan mana sekalipun..terima kasih di atas kesudian mereka yg sanggup mencurahkan ilmu..khas buat pensyarah di Jabatan Pengajian Islam dan Moral..
3. Kawan sekuliah selama setahun setengah ni..susah senang bersama dengan elaun yang cukup2 makan ni..tapi bila tarikh kene masuk kuliah kene gak dtg..tak mengenal erti cuti panjang..now we are free right?..hehe..harapnya kita berkawan sehingga jasad di kandung badan insyaAllah..khas untuk rakan2 di Unit Bahasa Arab..
4. Rakan-rakan guru di SK Telok Kemang..di ats keprihatinan anda selama setahun setengah saya menjadi guru pelatih..terutama rakan2 cikgu j-QAF, GPI dan guru-guru tahun 1 yang teramat baik hati dan sangat memahami..
5. Ahnaf Hilmi bin Mohd Arif..di atas kesanggupan dia datang ke Putrajaya dari Port Dickson semata2 untuk meraikan majlis kami ni dan untuk bersuka ria dengan camera dia yg sangat canggih itu...thanks nap~
6. dan semua yang banyak membantu secara langsung dan tidak..rakan2 bloggers yg banyak memberi nasihat..jazakaAllahu khairan kathira~
P.S.S : asalnya nk wish thanks kt anap jer..tetiba lak teringat kt yg lenlain..hehe