Assalamualaikum wbt..
Pertamanya saya nk memohon maaf jika entry saya kali ni ada kesilapan dan mohon segala kesilapan dan kesalahan dapat diperbetulkan.
Saya cuma nak berkongsi sedikit pandangan dan juga teguran. mungkin boleh diambil iktibar bersama. sepanjang pengamatan saya di masjid semasa solat terawih masih ada lagi segelintir imam yg kurang betul di dalam bacaan al Fatihah nya..
Nampak mcm senang, tetapi kalau benda senang yang diambil remeh mungkin akan mengundang kesalahan..
Antara kesalahan yg sering mendapat perhatian saya adalah dari segi lahjah..hehe..antaranya:
1. bila membaca "...iyya kana' budu wa iyya ka.." ada yang tidak membunyikan shaddah pada kalimah "iyya.." tetapi dibaca "iya.."
2. sambungan dari ayat tersebut pada hujungnya "nasta'een.."..kesalahan bila pembaca membacakan kalimah tersebut dengan "nasto'een.." huruf ta bertukar menjadi to..
3. sama juga dengan ayat seterusnya pada hujungnya "mustaqeem.." tetapi ada juga yg membaca "mustoqeem.." huruf ta bertukar menjadi to..kadang2 huruf to yg dibaca tidak begitu tebal..
4. ayat seterusnya pada awalnya pula dibaca "sirotol lazi na an 'amta.." ayat yg mengubah hurus sod di awal kalimah menjadi huruf sin..
tu jer lah kot...
minta maaf yer kalau sebenarnya penulisan saya sebenarnya yang salah..pembaca boleh rujuk pada yang pakar..saya bukan al hafiz..harap maklum yer..
Tetapi ada juga dikalangan kawan sekolah saya yang al Hafiz..pembaca boleh rujuk mereka..antaranya :
Dan kalau nk yang lagi otai..ni dia Ustaz Imran, ustaz saya semasa di Maahad Ahmadi.
Anda juga mungkin boleh bertanya pada dia ni lg sorang..tapi jangan salahkan saya jika dia reject soalan anda, sebab sekarang dia tgh sibuk menghafal 8 juzuk al Quran..dia kawan baik yg saya maksudkan ialah..Khairil
Ok lah itu sahaja..segala yang baik dari Allah swt dan yg buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri...wa Allahu ta'ala a'lam..
p.s : Entry ini tiada kaitan dengan kes2 kematian..harap maklum.