Tuesday, April 23, 2013

:: Tak Sangka .. ::


Assalamualaikum wbt...

Akhirnya kat sini juga la tempat yg aku terpaksa luahkan...

Sangat tak disangka-sangka...Pada mula aku menceburi bidang pendidikan ni sbg cikgu a.k.a ustaz aku masih lagi dalam proses mengenal sistem pendidikan ni..Selang tahun depannya, dasar sistem pendidikan negara diubah sesuai dengan peredaran zaman katanya...

Jadi, seperti biasa dasar pendidikan dirombak..dulu dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) and now dah diubah secara berperingkat iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) .. tak perlu la aku ceritakan apa yg berubah..kang panjang plk kang..

Tapi kat sini apabila adanya sistem baru..maka adalah pakar dalam bidang tersebut...maka, dari tahun ke tahun lahirlah beberapa orang Jurulatih Utama dlm bidang atau subjek tertentu..mereka ni dilatih supaya dapat menguasai sistem tersebut dan menjadi rujukan kepada cikgu-cikgu yg lain..

Ya...! Dulu aku adalah menyimpan impian untuk menjadi Jurulatih Utama (JU) KSSR dalam subjek Bahasa Arab memandangkan itu adalah opsyen aku..tp kau ingat baru dua tahun jadi cikgu boleh terus jadi JU??..jangan harap..banyak lagi senior aku yg lebih layak...

Pada mulanya, nama aku dah disebut utk dicalonkan pada tahun depan (2011) apabila geng-geng JU ni buat penilaian terhadap presentation cikgu-cikgu yang menghadiri kursus persediaan mengajar dlm KSSR..so, diaorg tgh presentation aku mcm mantap..siap buat lagu bagai..(padahal masa tu terpaksa..)

Impian utk menjadi JU masih ada..memandangkan aku tahu bahawa atas JU ada satu lagi tittle yang lebih pakar iaitu Jurulatih Utama Eksekutif (JUE)..ni JU utk peringkat Kebangsaan...kira mmg sape yg jadi JUE ni mmg super pakar la dlm bidang/subjek tu...Kalau JU ni shj setakat peringkat negeri je...nampakkan??

Jadi, minggu lepas aku dapat surat utk menghadiri Kursus 1Murid 1Sukan di Johor Bahru..

Rupanya, kursus ini untuk melantik cikgu-cikgu yang hadir dan dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing untuk menjadi Jurulatih Utama Modul Sukan 1Murid 1Sukan...dan kursus ini adalah untuk modul sukan ragbi..

Hadooooi...aku harap jadi JU lain...dapat JU lain...dan ini adalah Jurulatih Utama Negeri Sembilan..dan aku dipertanggungjawabkan untuk Daerah Port Dickson...

Aku tak tahu nk cakap mcmana bila sampai rumah lepas abis kursus aku baca balik sijil yg diaorg bagi ...ayat last sekali tu berbunyi;

" ..... dan dilantik sebagai Jurulatih Utama Modul Sukan Ragbi"