Thursday, May 2, 2013

:: KLiBF 2013 ::


Assalamualaikum wbt..

Waaahh...cuti Hari Pekerja aritu isteri saya ajak pergi ke Kuala Lumpur International Book Fair 2013 bertempat di PWTC ... pada mulanya mcm malas nk pergi sebabnya 1 Mei dah tentu super ramai manusia masa tu sbb cuti umum..tp disebabkan nk jaga hati dan perasaan isteri..pergi lah kami ke sana..tp dengan syarat, bawa kereta dia yg jenis gear automatik sebab nak mengelakkan kaki saya keletihan andainya ada traffif jam..hehehe

Tahun 2011 adalah tahun pertama saya menjejakkan kaki ke Pesta Buku tersebut dan sekaligus menjejakkan kaki ke PWTC...muahahaha...nmpak sgt tak pernah singgah sana..masa tu bawa budak sekolah saya lawatan ke Pesta Buku..anjuran PSS Sekolah..aku tumpang sekaki...masa tu tak beli buku sangat pun..seingat aku, aku beli komik anime! hahaha

Tahun 2012 ke sana pun disebabkan ada lawatan juga...kali ni lawatan guru-guru KAFA Daerah PD yg buat lawatan ke Rumah Pengasih berdekatan dengan PWTC...lepas lawatan tu semua cikgu nk ke Pesta Buku tu..tp kali ni mcm tak puas sikit sbb masa terhad...2 jam je dia bagi...kali ni aku beli buku berjudul 'Biografi Agung Rasulullah saw' bernilai RM59 after discount.. dan masa ni aku tak sangka sungguh aku berpeluang  jumpa kawan baru aku yg selama ni aku jadi stalker facebooknya...muahahaha..tapi masa tu tengok org je dulu...belum jadi kawan lagi...

Tahun 2013 ni pulak aku memborong sakan dengan isteri...isteri aku lagi la plk...dia stuck dekat booth buku yg pertama je dekat 15 minit...haaaissh...aku tak pasti dia beli berapa buah buku...tapi kali ni aku memang bebas untuk membeli buku...aku cuma kluarkan duit di mesin atm RM100 je dulu..daripada situ aku dapat la beberapa buah buku..dan tambahan sebuah lagi pakai duit isteri aku dan aku sempat melanggan sebuah majalah kegemaran aku bernilai RM86.00 setahun...ini pakai kad terus.hehehe..

Antara bahan bacaan aku ada buku cerita, buku motivasi, buku agama, buku latihan untuk kegunaan mengajar di sekolah dan 2 buah buku tulisan Jerry D.Grey ...

Harapannya, semoga semua buku ni habis dibaca sebelum tibanya KLiBF 2014...hahaha

Antara buku-buku yang berjaya dibeli... (oh ya..Buku berjudul "Jangan Berhenti Berlari itu adalah hadiah daripada Sis Aznil n Bro Azwan sefamily...)


Tuesday, April 23, 2013

:: Tak Sangka .. ::


Assalamualaikum wbt...

Akhirnya kat sini juga la tempat yg aku terpaksa luahkan...

Sangat tak disangka-sangka...Pada mula aku menceburi bidang pendidikan ni sbg cikgu a.k.a ustaz aku masih lagi dalam proses mengenal sistem pendidikan ni..Selang tahun depannya, dasar sistem pendidikan negara diubah sesuai dengan peredaran zaman katanya...

Jadi, seperti biasa dasar pendidikan dirombak..dulu dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) and now dah diubah secara berperingkat iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) .. tak perlu la aku ceritakan apa yg berubah..kang panjang plk kang..

Tapi kat sini apabila adanya sistem baru..maka adalah pakar dalam bidang tersebut...maka, dari tahun ke tahun lahirlah beberapa orang Jurulatih Utama dlm bidang atau subjek tertentu..mereka ni dilatih supaya dapat menguasai sistem tersebut dan menjadi rujukan kepada cikgu-cikgu yg lain..

Ya...! Dulu aku adalah menyimpan impian untuk menjadi Jurulatih Utama (JU) KSSR dalam subjek Bahasa Arab memandangkan itu adalah opsyen aku..tp kau ingat baru dua tahun jadi cikgu boleh terus jadi JU??..jangan harap..banyak lagi senior aku yg lebih layak...

Pada mulanya, nama aku dah disebut utk dicalonkan pada tahun depan (2011) apabila geng-geng JU ni buat penilaian terhadap presentation cikgu-cikgu yang menghadiri kursus persediaan mengajar dlm KSSR..so, diaorg tgh presentation aku mcm mantap..siap buat lagu bagai..(padahal masa tu terpaksa..)

Impian utk menjadi JU masih ada..memandangkan aku tahu bahawa atas JU ada satu lagi tittle yang lebih pakar iaitu Jurulatih Utama Eksekutif (JUE)..ni JU utk peringkat Kebangsaan...kira mmg sape yg jadi JUE ni mmg super pakar la dlm bidang/subjek tu...Kalau JU ni shj setakat peringkat negeri je...nampakkan??

Jadi, minggu lepas aku dapat surat utk menghadiri Kursus 1Murid 1Sukan di Johor Bahru..

Rupanya, kursus ini untuk melantik cikgu-cikgu yang hadir dan dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing untuk menjadi Jurulatih Utama Modul Sukan 1Murid 1Sukan...dan kursus ini adalah untuk modul sukan ragbi..

Hadooooi...aku harap jadi JU lain...dapat JU lain...dan ini adalah Jurulatih Utama Negeri Sembilan..dan aku dipertanggungjawabkan untuk Daerah Port Dickson...

Aku tak tahu nk cakap mcmana bila sampai rumah lepas abis kursus aku baca balik sijil yg diaorg bagi ...ayat last sekali tu berbunyi;

" ..... dan dilantik sebagai Jurulatih Utama Modul Sukan Ragbi"



Wednesday, January 2, 2013

:: Welcome back to school ::

Assalamualaikum wbt..

Aha! ... harini hari pertama sekolah dibuka selepas bercuti sebulan setengah! diulangi sebulan setengah! hahaha

Tapi cecikgu ni takde lah complete sebulan setengah tu bercuti..mcm aku aritu seminggu cuti still kene datang sekolah masukkan keputusan exam budak ke dalam fail peribadi mereka..kemudian seminggu sebelum kelas bermula meeting bermeetingan di sekolah...dengan slot LDP lagi la...tak cukup sehari meeting..bawa sampai ke hari hari berikutnya...pastu dengan pendaftaran pelajar lagi..

Harini aku bertugas sebenarnya...Kalau ikutkan Program Guru Penyayang masih berjalan mcm biasa..apa ada kt program ni??...ha salah satunya sambut kedatangan murid kat pintu pagar..tak cukup dengan tuh wish la kt diaorang..

"Selamat Datang ke sekolah..."
"Tahniah, kerana anda hadir ke sekolah hari ini.."
"Belajar rajin-rajin..." dsb...

Korang agak aku buat tak??...jeng jeng jeng...

Tapi last year aku ada je buat masa bertugas time balik..masih tuh ingat lagi ayat aku..

"Jalan baik-baik, jalan lari...nampak longkang kang elak.." hahaha...intonasi dengan penuh dedikasi dan sopan santun okkk... hahahaha

Harini..sekolah memang sesesak sesaknya...super sesak...beberapa announcement dibuat suruh parent alihkan kereta yg menghalang kereta cikgu pagi nk balik...parent ni kekadang sesuka hati diaorg je nk parking mana pun..asalkan diaorg senang..sekolah aku ni ada 5 pintu masuk termasuk pintu masuk utama..Guard ada sorang...aku pun pening..nasib baik aku g sekolah jalan kaki je...utk makluman murid tahun 1 yg berdaftar tahun ni seramai 268 orang... :)

Time rehat aku lalu kantin sbb nk g surau nk solat..time tu rasa sesak sangat budak berlari2...bersimpang siur diaorg berlari..ada sekali tuh sorang budak tahun satu ni tegur aku..dia nk tanya sesuatu..katanyaaa

"Acik, dewan kat mana...?"

Ngaaaaaaaa...hahahaha..ACIK??..tergelak besar kawan aku dengar..

Time balik macam biasa la...kes budak2 tak jumpa mak bapak diaorang ni memang ramai...cikgu bertugas jangan harap la dapat balik awal...aku tadi dekat nk pukul 7 baru sampai rumah..nasib la...nama pun cikgu kaaaaaan..hahaha

P.S ; Tahun ni aku tak ajar year one lagi...semua kelas year three...hehehe..best2!