Friday, April 8, 2011

:: Medan; Episod : Lake Toba ::

Assalamualaikum wbt..

Hari Kedua di Medan, kami ke Lake Toba...perjalanan mengambil masa 3jam lebih..kami bertolak atau check out dari hotel jam 6.oo pagi..waktu malaysia jam 7.00pagi...masa tu pekerja hotel dah siap2kan breakfast kami utk dibungkus..

Pemandu kami, Mahmud seorang yang simple..dah kawen n perokok..dia bawa Toyota Avanza yang kami sewa sebanyak Rp750,000 utk tempoh dari jam 6pagi sehingga jam 11malam..

Dalam perjalanan ni baru aku perasan jalan kt sini banyak yang teruk..maksud aku, tak rata, berlubang dan mcm2 lagi..pastu mcm biasa driver dia kt sini sangat mahir..kadang potong kereta di hadapan pun agak menakutkan..tak caya, tanya Afif..hahaha..btw, hari ke dua ni nmpak biasa sikit takdelah takut sangat mcm semalam semasa menaiki becak..


Di Lake Toba sampai je jam sepuluh lebih..Mahmud tolong kami dapatkan bot...tp dia pun satu hal..tak bawa berbincang...dia ingat kitaorg ni org kaya gamaknya...dia pegi tempah bot laju utk 2 orang...saket je hati aku ni..sewa bot utk ke Pulau Samosir berharga Rp600,000..padahal selain tu ada je perkhidmatan lain utk ke pulau tu..mcm bot feri yg agak lambat..tapi standard la..jalan2 makan angin nk laju2 buat apa..

Pastu nak tak nak terpaksa kami naik bot laju tu 2 org...si Mahmud ni tumpang sekali...mula2 dia bawa kami tengok batu tergantung..utk makluman kami naik bot tu tak pakai safety jacket..risau je aku..dah la driver bot tu bawa bot tu mcm nk berlumba..nama pun bot laju ye tak..nasib baik tak mabuk..


Sampai di Pulau Samosir yang mana didiami oleh orang Batak Toba..nak masuk kene bayar sorang Rp1000...kali ni si Mahmud yang bayarkan..setakat Rp1000 boleh lah..lepas tu orang yg sambut kami tu..dia perkenalkan tempat2 yang perlu dilawati..lepas dia kata "Yuk, saya tolong bawa kesana.." aku pun laju je kata "Yuk." tak pikir panjang..

Mula2 kami dibawa ke Rumah Tradisional Orang Batak..kat situ ada model anak raja zaman dulu kala iaitu Sigale-Gale.. Katanya...

Dulu ada sorang raja ni dia ada sorang anak lelaki namanya Sigale-Gale..dia..lepas tu anak dia sakit n mati...si raja ni berdukacita..lama gak la..datang sorang dukun a.k.a bomoh dia kata cuab bawa la patung ala2 model anak raja nih...dan masa zaman tu orang dulu percaya kepada ilmu ghaib..so, dia masukkan roh anak raja tu dalam badan patung tu dan patung tu menari2 macam anak raja dulu..so, raja tu tu pun suka dan sihat lepas tgk patung tu seakan-akan anaknya Sigale-Gale.. alkisah.. kalau korang bergambar kt patung tu kene bayar Rp8000 yer..

(Mahmud, aku n Afif)

Lepas tu kami dibawa ke salah satu rumah contoh orang batak..dalam ni kami diterangkan kaitan Orang Batak dengan Cicak, 3 Unsur Warna iaitu Merah pekat, Hitam dan Putih serta Payudara...tak larat nak citer..mmg panjang...lepas tuh si pakcik yg rajen sgt menerangkan kepada kami tuh suh kami cuba pakaian Raja Batak tu...kami pun cuba dalam paksa..siap dia suh aku tanggal baju utk rasa feel sebenar..tak kuasa aku..mcm biasa, sebelum beredar dia suh la sedekah berapa yang patut...ciss, aku pun letak la dlm tabung tu Rp2000..dah tu je yg ada n paling kecik..

(rumah tradisional tengok tu ada cicak, payudara n rumah dicat warna merah pekat, hitam n putih)

Tempat terkahir pulak..kami dibawa ke Makam atau kubur Raja orang batak...kalau tak silap ada beberapa kbur kt situ..dan dikatakan, 2 raja terawal tidak mempunyai agama..dan kubur diaorg pun batu jer..sehinggalah raja yang ketiga dan keempat sudah beragama..tanda mereka beragama, kubur mereka ada tanda salib..diceritakan juga kat kubur raja kedua tuh ada patung kecik..patung tu adalah panglima perang raja zaman tuh..dan namanya kalau tak silap Syeikh Ahmad gitu lah rasanya..dia beragama Islam...oleh sebab tu juga, raja tu n orang batak juga sebagai menghormati agama Islam mereka tidak makan Khinzir..atau apa yang diharamkan Islam dia pun dia tak buat..al kisah..kat sini dia suh sedekah lagi...Afif telah mengeluarkan Rp5000 sebab itu je duit kecik yang dia ada..hahaha

(mangkuk makan raja yang katanya anti-basi dan anti-racun)

Lepas tu dia suh shopping kt situ...huh, dah duit pun kurang nk shopping mendernya...jadi terus jalan balik ke jeti..masa tu, pakcik yang rajen menerangkan sume tuh kata upah setiap tempat yang diterangkan adalah Rp100,000 dan 3 tempat yang dia terangkan bermakna Rp300,000..dan selepas diskaun dapatlah Rp200,000..haram jadah betol..kalau dia ckp awal2 yang ada upah takde aku minta khidmat dia...dan sebenarnya mmg takde kitaorg suh dia ikut n terangkan sumer tu der..haish~

Balik semula ke dataran menaiki bot laju yang menakutkan itu..kami ambil angin dulu..angin kuat dan sedikit sejuk..bergambar bagai...posing sini..posing sana..hahaha..kalau ikutkan jadual kami sebenarnya nk bertolak balik dan 7malam...tapi kami balik jam 3petang sbb dah tak tau nk g mana..tapi kami sampai jam 9malam..


Malam ni kami tido hotel murah jer..bilik sempit, air cond panas, takde tingkap,bilik air takde sabun, selimut takde, breakfast kene bayar.nasib baik murah....nk jimat katakan...


Sekian utk hari kedua di Medan...hari ni tak berapa suka sangat..huhuhu


6 comments:

djambu puadovich said...

sangkut ah kau kene tipu dgn batak. hahaha

eh, 1st? haha :P

Ren said...

wah ada gak travelogue di Medan! Tahniah..best baca!nanti leh aku buat rujukan kalo nk kesana.

s a L o m a said...

sebijik macam aku kena bila pi bandung tempohari..taktik yg sama jugak digunakan. kasi servis dulu,harga kemudian. kita ingatkan free tau! kerja diorang nak duitttttttttttttttttttt jek. servis cam harem. tayik betoi

::alifdalmim:: said...

djambu,

hahaha..mmg weh,saket giler hati aku..

eh, mcm ramai je yg akan komen nnti..haha

----------

Janggel,

hehehe..u inspired me.. :)

----------

Sis Saloma,

Ingatkan orang batak kt Medan je buat gitu..kt bandung pun sama ke?..mmg buat keje sikit nk duit..saket je hati..

deaf-angel said...

topik kena bookmark sapa tau aku dapat gi sana lak nanti

beb, aku suka betul tengok foto ko golek2 ngan bunga2 putih tu

::alifdalmim:: said...

yeay!!..

akhirnya, commenter yg ditunggu2 sdah masuk..hehehe..

hahaha..gambar tu kawan aku yg bg idea..katanya bunga tu lawa..aku pun mcm ala2 hindustan plk masa tuh..huhu