Assalamualaikum wbt..
Kisah ni sangat menjadi pengajaran kepada aku...2 kali terjadi kat aku dalam tempoh masa yg singkat..urghh~
16 April
Sepatutnya petang ni aku kene a.k.a diwajibkan a.k.a kena paksa menghadiri satu majlis di bandar Port Dickson yang mana menyaksikan kehadiran Perdana Menteri kita kt sana sempena majlis bertemu PM di PD Waterfront..sedikit info mengenai PD Waterfront ni, sebuah projek mega kt PD yang mana dia tambak laut, nak jadikan satu pusat perniagaan eksklusif kt situ..kalau tak silap siap ada taman tema nnti..
ok tapi disebabkan tarikh tu bertembung dengan Pilihanraya Sarawak..so, ditunda ke satu tarikh yg aku pun tak tahu bila..bulan depan katanya..
Ok..alang2 dah cancel ni aku pun merancang utk ke rumah akak aku kt Shah Alam..merancang nk gerak jam 9.30 pagi..tp pagi2 ni hujan pulak..faham2 sama la dah la cuti, hujan pulak tuh...jadi aku bertolak jam 10.20 pagi..
Dalam beg duit aku hanya ada RM20 je..minyak kereta still ada..tp aku rancang mcm ckup2 smpai kt Shah Alam..so, aku terus la ke Highway PD-Sban..kluar tol aku bayar RM3.20...dua pluh sen tu aku amik kt dlm tmpt syiling dlm kete..so, ada la baki dlm RM17..kluar tol, aku dengan secara tak sengaja terisi minyak RM10 dan beli paper Kosmo RM1..tinggal baki duit aku RM6..kalau ni utk tol mmg tak ckup smpai Shah Alam..
Never mind (gaya angkuh ckit) .. hahaha..kat RnR nnti aku kluarkan duit...smpai kt RnR Seremban, aku terus ke stesen minyak..Shell tutup..Allah!!...Terus ke Petronas..ada 2 ATM..satu Maybank, satu lagi Bank Islam...2-2 aku ada akaun kt ctu..kebetulan ATM Maybank dia tgh selenggara..nmpak mcm ada mslah..tp it's ok..aku ada kad Bank Islam..masa nk kluarkan duit tuh kt skrin dia tulis 'System Offline' ... aduh!!
Tanpa pkir panjang, aku beli setin air milo beharga RM2...tinggal baki kt tangan ada RM4..
Aku berenti kt RnR Dengkil...awal2 lagi signboard dia dah padamkan logo ATM machine tu...tp aku kata, takkan la kt stesen minyak pun takde..aku terus ke stesen minyak..ternyata signboard tu tak menipu...mmg tak ada!
Aku da mati kutu..terus pkir mcmana..nk reload Touch n Go guna debit kad, tapi tadi masuk tol aku dah amik tiket..mana boleh..arghh..aku terus call kawan aku kt area Shah Alam sana..nasib baik ada yg boleh tolong..aku pun bertapa lah kejap selama sejam lebih kt RnR mana ntah dekat Galeri Mufors kt Elite Highway tu sementara nk tunggu kawan aku dtg hantar duit...
Moral : lain kali jangan malas2 nk cek duit tu atau senang kata, ambil langkah berjaga2 dahulu..sediakan payung sebelum hujan..
-----
17 April
Mak aku suh ke Tampin Shopping beli barang..antara yang dipesan adalah tepung gandum 4 paket..mak aku kata amik brand 'Kunci'...
Aku ambil bakul dan terus ke bhgn tepung2..lepas amik gula 3 paket..aku tgk ada tepung gandum brand kunci seperti mana yg mak aku ckp..no problem~
Tapi dia letak 2 bahagian, satu dalam kotak tepi rak dan satu lagi dekat rak bawah rak gula..aku pkir, baik amik dekat rak..mana tahu yg tepi rak tuh ada yg dah bocor2 ke apa ke..tanpa pkir panjang seronok je tangan aku ambil tepung tu..
Seperti biasa, petang2 cuti ni budak2 suka main bola kt halaman rumah aku yg dah mcm padang futsal ni..so, tgh seronok tgk budak main2..mak aku sapa;
"Tadi takde ke tepung cap kunci tu.."
"Ada..apa plk takde.."
"Apsal tak amik tuh..."
"Kenapa?..yg tadi tu tepung cap apa..?" aku hairan
"Tu cap sauh.."
"ooo...salah amik la tadi tuh..ingtkan sama je sbb plastik dia nmpak sama warna biru.." kata aku cover malu..
"Padan la mak tgk duit baki td mcm ckit jer.."
urgh...ye ke??..rupanya cap sauh mahal ckit berbanding cap kunci..hahaha
tapi donut yang mak aku buat tadi sedap je..lagi sedap tadi makan panas2, sambil minum teh o..baru ada umphh~
Moral : lain kali buat double checked!!
7 comments:
yang kes ke 2 xperlu double check..
sedap kan??
tapi mahal sket la..
haha!
haha..perlu je sbnarnya..takut mak aku salah erti mana duit2 baki tu pergi..
actually, aku ada je beli roti dan bun tadi.lapar sgt..hahaha..penyebab kedua duit baki ckit..haha
stress sey kalo cam gini.. dah la kat hiway
Bro.deaf,
mati kutu sy masa tu..ada gak rasa mcm nk meminta simpati org lain..tp zaman skrg ni ada ke org nk caya lg?
tepung mahal...memangla sedap!
hahaha
ahahahahahaha selalu la jugak jd kes last minute,adaaaaaaaaa je masalah kat atm ni,pi mana2 pun semua tak boleh pakai.tp selalunya aku ikut instinct.kalau hati rilek,maknanya akan ada bantuan.kira alhamdulillah la.tp kalau hati dah dupdapdupdap lain macam,haaaaaaaa..bersiap sedialah.ahahaha
cap sauh sama cap kunci tu memang nampak nk dekat sama.time tak amik pot pun beza harga tepung ni dulu,bila tersilap amik cap kunci je,adoi..tiba2 rasa cekodok macam tak sedap.tp sekarang kalau tersilap ambik,apa ada hal..telan je cekodok tu..ahahahahah
djambu,
hahaha...ha'ah ea, ak erpkirlah aku~
--------
Sis Saloma,
Masa kejadian tu tak terpkirlah bab2 instinct ni..hahaha..tapi sebelum ni, mak sy guna tepung apa pun saya tak pernah amik tahu..sedap ke, tak sedap ke..balun je..haha
Post a Comment