Showing posts with label budaya. Show all posts
Showing posts with label budaya. Show all posts

Thursday, May 2, 2013

:: KLiBF 2013 ::


Assalamualaikum wbt..

Waaahh...cuti Hari Pekerja aritu isteri saya ajak pergi ke Kuala Lumpur International Book Fair 2013 bertempat di PWTC ... pada mulanya mcm malas nk pergi sebabnya 1 Mei dah tentu super ramai manusia masa tu sbb cuti umum..tp disebabkan nk jaga hati dan perasaan isteri..pergi lah kami ke sana..tp dengan syarat, bawa kereta dia yg jenis gear automatik sebab nak mengelakkan kaki saya keletihan andainya ada traffif jam..hehehe

Tahun 2011 adalah tahun pertama saya menjejakkan kaki ke Pesta Buku tersebut dan sekaligus menjejakkan kaki ke PWTC...muahahaha...nmpak sgt tak pernah singgah sana..masa tu bawa budak sekolah saya lawatan ke Pesta Buku..anjuran PSS Sekolah..aku tumpang sekaki...masa tu tak beli buku sangat pun..seingat aku, aku beli komik anime! hahaha

Tahun 2012 ke sana pun disebabkan ada lawatan juga...kali ni lawatan guru-guru KAFA Daerah PD yg buat lawatan ke Rumah Pengasih berdekatan dengan PWTC...lepas lawatan tu semua cikgu nk ke Pesta Buku tu..tp kali ni mcm tak puas sikit sbb masa terhad...2 jam je dia bagi...kali ni aku beli buku berjudul 'Biografi Agung Rasulullah saw' bernilai RM59 after discount.. dan masa ni aku tak sangka sungguh aku berpeluang  jumpa kawan baru aku yg selama ni aku jadi stalker facebooknya...muahahaha..tapi masa tu tengok org je dulu...belum jadi kawan lagi...

Tahun 2013 ni pulak aku memborong sakan dengan isteri...isteri aku lagi la plk...dia stuck dekat booth buku yg pertama je dekat 15 minit...haaaissh...aku tak pasti dia beli berapa buah buku...tapi kali ni aku memang bebas untuk membeli buku...aku cuma kluarkan duit di mesin atm RM100 je dulu..daripada situ aku dapat la beberapa buah buku..dan tambahan sebuah lagi pakai duit isteri aku dan aku sempat melanggan sebuah majalah kegemaran aku bernilai RM86.00 setahun...ini pakai kad terus.hehehe..

Antara bahan bacaan aku ada buku cerita, buku motivasi, buku agama, buku latihan untuk kegunaan mengajar di sekolah dan 2 buah buku tulisan Jerry D.Grey ...

Harapannya, semoga semua buku ni habis dibaca sebelum tibanya KLiBF 2014...hahaha

Antara buku-buku yang berjaya dibeli... (oh ya..Buku berjudul "Jangan Berhenti Berlari itu adalah hadiah daripada Sis Aznil n Bro Azwan sefamily...)


Friday, April 8, 2011

:: Medan; Episod : Lake Toba ::

Assalamualaikum wbt..

Hari Kedua di Medan, kami ke Lake Toba...perjalanan mengambil masa 3jam lebih..kami bertolak atau check out dari hotel jam 6.oo pagi..waktu malaysia jam 7.00pagi...masa tu pekerja hotel dah siap2kan breakfast kami utk dibungkus..

Pemandu kami, Mahmud seorang yang simple..dah kawen n perokok..dia bawa Toyota Avanza yang kami sewa sebanyak Rp750,000 utk tempoh dari jam 6pagi sehingga jam 11malam..

Dalam perjalanan ni baru aku perasan jalan kt sini banyak yang teruk..maksud aku, tak rata, berlubang dan mcm2 lagi..pastu mcm biasa driver dia kt sini sangat mahir..kadang potong kereta di hadapan pun agak menakutkan..tak caya, tanya Afif..hahaha..btw, hari ke dua ni nmpak biasa sikit takdelah takut sangat mcm semalam semasa menaiki becak..


Di Lake Toba sampai je jam sepuluh lebih..Mahmud tolong kami dapatkan bot...tp dia pun satu hal..tak bawa berbincang...dia ingat kitaorg ni org kaya gamaknya...dia pegi tempah bot laju utk 2 orang...saket je hati aku ni..sewa bot utk ke Pulau Samosir berharga Rp600,000..padahal selain tu ada je perkhidmatan lain utk ke pulau tu..mcm bot feri yg agak lambat..tapi standard la..jalan2 makan angin nk laju2 buat apa..

Pastu nak tak nak terpaksa kami naik bot laju tu 2 org...si Mahmud ni tumpang sekali...mula2 dia bawa kami tengok batu tergantung..utk makluman kami naik bot tu tak pakai safety jacket..risau je aku..dah la driver bot tu bawa bot tu mcm nk berlumba..nama pun bot laju ye tak..nasib baik tak mabuk..


Sampai di Pulau Samosir yang mana didiami oleh orang Batak Toba..nak masuk kene bayar sorang Rp1000...kali ni si Mahmud yang bayarkan..setakat Rp1000 boleh lah..lepas tu orang yg sambut kami tu..dia perkenalkan tempat2 yang perlu dilawati..lepas dia kata "Yuk, saya tolong bawa kesana.." aku pun laju je kata "Yuk." tak pikir panjang..

Mula2 kami dibawa ke Rumah Tradisional Orang Batak..kat situ ada model anak raja zaman dulu kala iaitu Sigale-Gale.. Katanya...

Dulu ada sorang raja ni dia ada sorang anak lelaki namanya Sigale-Gale..dia..lepas tu anak dia sakit n mati...si raja ni berdukacita..lama gak la..datang sorang dukun a.k.a bomoh dia kata cuab bawa la patung ala2 model anak raja nih...dan masa zaman tu orang dulu percaya kepada ilmu ghaib..so, dia masukkan roh anak raja tu dalam badan patung tu dan patung tu menari2 macam anak raja dulu..so, raja tu tu pun suka dan sihat lepas tgk patung tu seakan-akan anaknya Sigale-Gale.. alkisah.. kalau korang bergambar kt patung tu kene bayar Rp8000 yer..

(Mahmud, aku n Afif)

Lepas tu kami dibawa ke salah satu rumah contoh orang batak..dalam ni kami diterangkan kaitan Orang Batak dengan Cicak, 3 Unsur Warna iaitu Merah pekat, Hitam dan Putih serta Payudara...tak larat nak citer..mmg panjang...lepas tuh si pakcik yg rajen sgt menerangkan kepada kami tuh suh kami cuba pakaian Raja Batak tu...kami pun cuba dalam paksa..siap dia suh aku tanggal baju utk rasa feel sebenar..tak kuasa aku..mcm biasa, sebelum beredar dia suh la sedekah berapa yang patut...ciss, aku pun letak la dlm tabung tu Rp2000..dah tu je yg ada n paling kecik..

(rumah tradisional tengok tu ada cicak, payudara n rumah dicat warna merah pekat, hitam n putih)

Tempat terkahir pulak..kami dibawa ke Makam atau kubur Raja orang batak...kalau tak silap ada beberapa kbur kt situ..dan dikatakan, 2 raja terawal tidak mempunyai agama..dan kubur diaorg pun batu jer..sehinggalah raja yang ketiga dan keempat sudah beragama..tanda mereka beragama, kubur mereka ada tanda salib..diceritakan juga kat kubur raja kedua tuh ada patung kecik..patung tu adalah panglima perang raja zaman tuh..dan namanya kalau tak silap Syeikh Ahmad gitu lah rasanya..dia beragama Islam...oleh sebab tu juga, raja tu n orang batak juga sebagai menghormati agama Islam mereka tidak makan Khinzir..atau apa yang diharamkan Islam dia pun dia tak buat..al kisah..kat sini dia suh sedekah lagi...Afif telah mengeluarkan Rp5000 sebab itu je duit kecik yang dia ada..hahaha

(mangkuk makan raja yang katanya anti-basi dan anti-racun)

Lepas tu dia suh shopping kt situ...huh, dah duit pun kurang nk shopping mendernya...jadi terus jalan balik ke jeti..masa tu, pakcik yang rajen menerangkan sume tuh kata upah setiap tempat yang diterangkan adalah Rp100,000 dan 3 tempat yang dia terangkan bermakna Rp300,000..dan selepas diskaun dapatlah Rp200,000..haram jadah betol..kalau dia ckp awal2 yang ada upah takde aku minta khidmat dia...dan sebenarnya mmg takde kitaorg suh dia ikut n terangkan sumer tu der..haish~

Balik semula ke dataran menaiki bot laju yang menakutkan itu..kami ambil angin dulu..angin kuat dan sedikit sejuk..bergambar bagai...posing sini..posing sana..hahaha..kalau ikutkan jadual kami sebenarnya nk bertolak balik dan 7malam...tapi kami balik jam 3petang sbb dah tak tau nk g mana..tapi kami sampai jam 9malam..


Malam ni kami tido hotel murah jer..bilik sempit, air cond panas, takde tingkap,bilik air takde sabun, selimut takde, breakfast kene bayar.nasib baik murah....nk jimat katakan...


Sekian utk hari kedua di Medan...hari ni tak berapa suka sangat..huhuhu


Monday, February 21, 2011

:: Ilmu Hisab ::

Assalamualaikum wbt..

Korang tahu tak, adakalanya matematik dipanggil ilmu hisab..kenapa??..aku pun tak tahu apa yg dihisapnya..mungkin ilmu hisab ni diambil dari Bahasa Arab..iaitu ilmu kira-kira..sebab 'Hisab' jika diterjemahan ke bahasa Melayu adalah kira-kira atau hitung...jadi aku rasa ya, dari situ diambilnya perkataan Ilmu Hisab..

Sekarang, zaman dah berubah..ditukarnya plk kepada Subjek Matematik..dan lepas tuh pulak, sekarang dah tak panggil lagi subjek atau madah atau matapelajaran..sekarang dah ditukar iaitu Disiplin Ilmu...<-memetik kata-kata Guru Besar aku semasa mesyuarat yg lepas..

Aku sangat suka belajar matematik..sangat suka.mungkin sebab iainya menyelesaikan masalah..hehe..jangan tak percaya, dari UPSR, PMR dan SPM..Math aku 'A' ok...hahaha..astagfirullah..

Ada sebab kenapa aku agak terer ckit dlm Math..banyak sebab sebenarnya..tapi yang nak dikongsi kat sini satu jer..pengalaman kannn..

Dulu masa aku sekolah rendah, kebetulan pak busu aku masa tu cikgu praktikum..dan dia plk boleh dapat mengajar dan berpraktikum kt sekolah aku..dia ajar aku PS (sekarang PSV) n PJK..tapi kt rumah dia guru math aku...semalam mesti menghafal satu sifir n sebelum tidur tasmi' kt dia..atau pergi baca depan dia..tak hafal, hukuman dia dia akan tarik sideburn aku..sakit dowh~..melalak pun tak guna, mak aku wat pekak je masa tuh..mak mesti la nak aku jd pandai kan..

Lepas tu, setiap malam juga dia akan bekalkan aku dengan soalan2 Math..sangat banyak..kene buat tiap2 malam..kalau dia check salah..mampos aku kene....

Pernah sekali tuh..dia ni selalunya tiap2 petang akan kluar main tenis...aku pergi senyap2 menyelinap masuk bilik dia..dan carik soalan Math yang akan dia bagi kt aku malam nanti..puas aku carik..last2 jumpa gak..2 helai siot penuh dgn soalan Math..

Aku amik dan aku sorokkan..kalau tak silap aku buang rasanya...hahaha..malamnya aku dengan senang hati la study kt meja belajar aku...tup2..dia bagi jugak soalan Math kt aku...dia buat balik!!..aku pun rasa mcm sia2 je keje aku petang tadi..

Korang nak tahu, sejak aku masuk form 4..aku tak pernah lulus subjek Math..entah kenapa bengap sangat aku masa tuh..hatta ke form 5 sekali pun...tapi kalau dah suka, aku akan buat apa shj..so, b4 trial aku study sungguh..dan masa result trial aku dpt la B4..n masa exam betul2..aku sgt yakin..masa tu terdetik..kenapa la aku tak study betul2 dulu..menyesal kemudian tiada gunanya..hehehe

Mungkin itu salah satu sebab dari banyak lagi sebab2...smpai skrg aku masih lagi minat dgn subjek Math..hatta kalau budak dtg study kt rumah aku, aku ajar diaorg Math dulu dr subjek2 yg lain..

Al Kisahhh...~ sekian...


Tuesday, November 23, 2010

:: Poor Service ::

Assalamualaikum wbt...

Hari ni ada taklimat dan sedikit rehearsal utk konvo esok di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya Precint 3..alar yg depan Palace of Justice tu <-- cewah..bdget tahu..padahal 3 hari sebelum da g survey tmpt dulu..hahaha..

Punya la beriya aku bertolak awal dr rumah sebab pandaftaran pukul 8...tup2 dan smpai baru diaorg ckp taklimat pukul 11.30pagi...nasib baik lah suasana kt situ bukan mcm kt PD...haha..

Selepas taklimat dan rehearsal td aku terus ke penginapan aku..da masuk barang sumer then bergerak ke Souq berdekatan dengan Masjid Putra Precint 1..makan nasi kandar~ punya la lama aku tak mkn nasi kandar..td habis licin aku sapu..sedikit info tambahan, aku siap amik nasi mak aku lagi..hahaha

Selepas bergambar bagai kt situ sebab tmpat tu sangat cantek ye tuan2 dan puan2..kami ke Alamanda yg dah dekat kt situ..sebab apa, nk beli swimming suit sedara aku nih...haishh..~ sempat la juga aku menyambar topi yg beharga RM15..hahaha..

Masa nk balik, kami sempat tapau KFC utk santapan makan malam..sepupu aku ni perasan kt Suggestion Box diaorg..banyak borang yg bertanda service diaorg 'Poor' ... mula2 aku kata..biarlah, ada aku kesah..mungkin org saje je tuh..

Bila da sampai kt tmpat penginapan..dengan lapar selepas berendam dlm air, nk mkn la ayam2 KFC yg da mula nk sejuk tuh...tup2..tisu takde, paket cili sos haram satu pun takde...da la beli yg mini bucket tuh...hilang selera nk mkn takde sos..

Ye, service KFC Alamanda mmg poor..dah la aku smpai tadi senyum pun tidak..susah sgt ke nk senyum..kalau penat, jgn keje KFC..hahaha..

If ada la staf diaorg terbaca entry ni, tolong la amik iktibar..ikut aku td nk je call KFC tu semula..tp memandangkan da penat sgt..let go je la bnda mcm tu..tp aku bayar sekali dgn service charge..hahaha..

Menanti esok...konvo~ yippiee...semoga semua berjalan dengan lancar, InsyaAllah..ameen~


Wednesday, October 20, 2010

:: Nenek Moyang ::


Assalamualaikum wbt..

Musim sibuk kembali lagi..

Sekarang da nak akhir tahun ni makin banyak pula aktiviti yang akan dan bakal berlangsung..last week, Perkhemahan Perdanan Unit Beruniform SKTK..this week pulak Kem Bestari Solat...next week plk ada Perkhemahan Unit Pengawas..minggu depannya pulak akan ke Perak selama beberapa hari..dan minggu selepasnya pulak ada lawatan guru-guru ke Langkawi..lepas tu cuti sekolah akhir tahun pun bermula...yabedabeduu...

Memandangkan sekarang ni budak tengah menjalani Peperiksaan Akhir Tahun, so paper Bahasa Arab adalah paper pertama sekali dan dibuat awal seminggu sebab nak mengelakkan guru-guru yang menanda paper berkenaan lambat menghantar markah kepada guru kelas..al maklum tenaga pengajar tak ckup..huhu

Tadi tengah syok2 menanda kertas kelas 2 Arif...aku perasan la ada sorang budak ni dia tulis nama dia SUPER PENUH! .. ye, ada bukti..sila la tengok..mcm2 la gelagat budak2 ni jawab exam..ada yg tulis nama pendek, nama terbalik la..tp ini yang paling best...hahaha..layann~



Izzat Izzuddin bin Ahmad bin Hamdan bin Haji Lunduk

:D

Saturday, August 21, 2010

:: al Fatihah.. ::

Assalamualaikum wbt..

Pertamanya saya nk memohon maaf jika entry saya kali ni ada kesilapan dan mohon segala kesilapan dan kesalahan dapat diperbetulkan.

Saya cuma nak berkongsi sedikit pandangan dan juga teguran. mungkin boleh diambil iktibar bersama. sepanjang pengamatan saya di masjid semasa solat terawih masih ada lagi segelintir imam yg kurang betul di dalam bacaan al Fatihah nya..

Nampak mcm senang, tetapi kalau benda senang yang diambil remeh mungkin akan mengundang kesalahan..

Antara kesalahan yg sering mendapat perhatian saya adalah dari segi lahjah..hehe..antaranya:

1. bila membaca "...iyya kana' budu wa iyya ka.." ada yang tidak membunyikan shaddah pada kalimah "iyya.." tetapi dibaca "iya.."

2. sambungan dari ayat tersebut pada hujungnya "nasta'een.."..kesalahan bila pembaca membacakan kalimah tersebut dengan "nasto'een.." huruf ta bertukar menjadi to..

3. sama juga dengan ayat seterusnya pada hujungnya "mustaqeem.." tetapi ada juga yg membaca "mustoqeem.." huruf ta bertukar menjadi to..kadang2 huruf to yg dibaca tidak begitu tebal..

4. ayat seterusnya pada awalnya pula dibaca "sirotol lazi na an 'amta.." ayat yg mengubah hurus sod di awal kalimah menjadi huruf sin..

tu jer lah kot...

minta maaf yer kalau sebenarnya penulisan saya sebenarnya yang salah..pembaca boleh rujuk pada yang pakar..saya bukan al hafiz..harap maklum yer..

Tetapi ada juga dikalangan kawan sekolah saya yang al Hafiz..pembaca boleh rujuk mereka..antaranya :





Dan kalau nk yang lagi otai..ni dia Ustaz Imran, ustaz saya semasa di Maahad Ahmadi.

Anda juga mungkin boleh bertanya pada dia ni lg sorang..tapi jangan salahkan saya jika dia reject soalan anda, sebab sekarang dia tgh sibuk menghafal 8 juzuk al Quran..dia kawan baik yg saya maksudkan ialah..Khairil

Ok lah itu sahaja..segala yang baik dari Allah swt dan yg buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri...wa Allahu ta'ala a'lam..


p.s : Entry ini tiada kaitan dengan kes2 kematian..harap maklum.


Friday, August 6, 2010

:: Ya, Mereka Kawan Saya ::

Assalamualaikum wbt..

Minta maaf sebab jarang update, sebabnya line Streamyx Zone kt rumah kejap2 ada, kejap2 takde..eh, pembetulan takde nyer sangat lama..Alhamdulillah internet free sbb itu ihsan MPPD dan kebetulan plk coverage nya smpai ke rumah sy..hehe..

Dah seminggu da mengajar di sekolah baru..ada certain part sy ckup tak puas hati..tp ada juga yg sy puas hati..tp saya tetap kene mengajar sebab saya da janji dengan puan pengetua utk tidak membiarkan masa bdak2 ni dibuang mcm tuh even mereka suka buang masa dengan ponteng kelas.

Seminggu ni memang penat..balik sekolah pkul 6.30 petang dan sy sampai rumah 7.30 malam kalau jalan jam pkul 8.00malam..mood sy bila smpai di rumah mmg down..minta maaf yer kpd yg belajar mengaji dgn sy..terpaksa strict ckit bila mengajar..

Apa yang saya cuba saya sampaikan kat sini..seminggu ini juga setiap malam saya ditemani oleh anak murid saya yg belajar subjek tertentu dgn saya..sebab mereka nk trial upsr..mereka sangat baik dan rapat dgn saya..ketika sy penat lps mengajar, mereka urut belakang sy..ketika sy penat marah2 mereka ketika mengajar, mereka dtg bawakan air oren utk saya.

Ya, saya mmg garang ketika mengajar..dan Alhamdulillah mereka ni 'makan saman' bila sy marah mereka..dan saya paling suka bila mereka bertanya "Ustaz, tolong ajar nk buat soalan ni mcmana..tak paham lar.." dan kalimah yg popular mereka sebut bila saya mengeluh sebab mereka cuai adalah "Ibadallah..." dan "Ittaqullah.."...saya suka bila mereka sebut mcm tuh..smpaikan saya pun da jadi terikut2 sebutan tu..

Mereka juga yg offer kpd saya utk ikut mereka ke Kalumpang Resort hujung tahun ni sempena lawatan pelajar Tahun 6 padahal saya bukan guru Tahun 6..saya bercita-cita tinggi utk melihat mereka berjaya dlm UPSR ni..bkn mereka shj malah semua yg akan menduduki UPSR tahun ni..

One of them, tghari tadi masa tggu nk g solat Jumaat dia kluarkan kertas result exam.."Ustaz, BM Penulisan saya dpt A (83)..terer tak?" dan yg sorang lagi.."BM kelas sy tak dpt result lagi..tp Math saya lulus.." dia yg selama di tahun 6 ni tak pernah lulus Math..semoga dia ikut jejak langkah aku masa SPM dlu..hahaha..

Ya, mereka kawan saya..dan mereka yg saya maksudkan adalah..

Syahir dan Aswad...my best buddies..

Saya tak kisah berkawan dengan mereka walaupun mereka 12 tahun lebih muda dari saya selagi mana mereka menghormati saya sbg seorang guru mereka..


Monday, April 26, 2010

:: Superpenat ::

Assalamualaikum wbt..

Al kisah..semalam dpt tugasan hantar budak sekolah ke pertandingan MTAQ peringkat negeri..bertempat di SMK Bukit Jalor..perjalan dari Port Dickson lebih kurang 90km...majlis bermula pkul 8.30 dan pendaftaran peserta pkul 7.30 pagi..dan kami bertolak dari PD pukul 5.30 pagi..huarrghhh..ngantok!..aku kluar rumah nk amik budak kat kompleks penginapan KPM pkul 4.30 pagi..

Kontinjen PD (guru pengiring dan peserta) dan ready da..asalnya aku tak drive kereta aku sbb mcm terlebih kereta jer..tgk2 ada satu kereta ustaz tu tayar pancit plk..so, kene la bawa kete aku...aku ok saje..

Result : Kontinjen PD sorang wakil negeri ke kebangsaan dan 2 orang lagi tempat ke-2...itu sek rendah..sek men nampaknya pulang tgn kosong..eh, ada dpt sijil...

Sampai kt rumah semalam pukul 5.45 petang...terus tido...smpai la maghrib..lps mark paper ujian budak...tak setel2 lagi..

-------------

Pagi ni buka email...dpt email dr sorang peg. HEP...dia bagi dateline hantar maklumat yg dia nak a.s.a.p seblum khamis...yg aku hangen...budak2 lain sorang pun tak bagi maklumat diaorg kt aku lagi...so, aku la kene sms diaorg sorang2...yg berbalas hanya la 3 org..yg lain harammm..

Bukan apa...pegawai tu kata..kalau tak de maklumat tu..maka tiadalah interview oleh SPP utk DG41..ikutkan hati nk je hntar mana mklumat yg da lengkap..yg tak lengkap tuh mereka pepandai sendiri la..tp tu la..hati ni bukan la sekejam itu...haha

Luahan perasaan : aku bukan ketua unit...tp aku pun tak taw mcmana pegawai tu boleh minta tlg aku carikan maklumat bdk lain..aku tak kisah..aku boleh buat..mslhnya..budak lain sungguh payah nak bg kerjasama..diaorg ni mcm pahat...sekali ketuk..sekali berbunyi...kalau tak berketuk..hermm..haram nak berbunyi...tp ada je yg tak ketuk pun berbunyi...hahaha..sape ketuk??aku pun tak tahu...


Friday, April 16, 2010

:: Terima Kasih Cikgu ::

Assalamualaikum wbt..

Walaupun hari guru lambat lagi..tapi aku still mcm nk ucap awal jugak..tadi minta route map ke Melaka dr jiran rumah bawah yg keje sbg Polis Trafik..so..lps tu beborak la..lama gak la..sejam lebih amik kau..

antara isu2 yg kami borakkan adalah perihal cikgu2 nih..

Btw, aku nk ucapkan jutaan terima kasih banyak2 kepada semua warga pendidik yg pernah mengajar aku..antaranya :

1. SK Undang Johor (1991-1998);

Kalau nk dilistkan mmg aku tak terdaya..tp antara yg aku ingat Cikgu Zahawiyah..dia pernah lempang aku..sumpah sakit dan berdama gak la..sbbnya aku tak bawa buluh utk buat tabung buluh..pastu, Pn. Azlida..dia pernah campak buku tulis English aku sbb huruf 'i' tidak bertitik kt atas tuh..itu antara yg aku ingat..

ya, masa tu mmg aku hangin..tapi hari aku berterima kasih sbbnya kerana jasa mereka yg buatkan aku menjadi manusia..

2. SM Ren. Agama Gemencheh (1999-2001)

kini sekolah ni telah pupus di muka bumi nih..Tapi jasa cikgu2 mmg bernilai..antaranya pemilihan aku sbg salah seorang ajk penerangan utk model reka cipta subjek KH membuatkan aku masa PMR dapat A..yahooo!!

Lpas tu my mentor..Arwah Ustaz Hamzah..dia ni la yg paling bnyak mendidik aku..menjadi insan berguna, mengenal agama dsb..dia la yg paling banyak merotan aku..sumpah dia rotan mmg sakit..suh berlari tawaf satu musolla beberapa kali disebabkan bangun subuh lambat..

Skrang aku nk ucapkan berbanyak terima kasih kerana tak jemu mendidik aku..tq!

3. Maahad Ahmadi (2002-2004)

sekolah ni lagi la..paling banyak berjasa...semua cikgu la..nk mention satu2 rasa panjang plk..tp antara yg diingati adalah cikgu Math..cikgu Yunos..amik masa tambahan utk kelas Ekonomi Asas..seawal jam 7 pagi..

dan paling ngeri adaah bila kene denda tak dpt jawab soalan Sains oleh cikgu Kamarul Hafiz..dendanya adalah dia bg cium stoking kasut dia..aku rasa masa tu hampir satu kelas kene..Tp..Alhamdulillah, berkat tak melawan, dan tak berdendam dgn cikgu Sains aku A2..dan subjek Sains adalah subjek paling tinggi peratus peningkatan..bangga!hehehe

-------

Point aku kat sini nk bgtahu..mak aku tak penah masuk campur urusan cikgu2 aku mengajar..sbbnya mak aku tahu cikgu buat semua tu nk memastikan kejayaan aku..dan Alhamdulillah skrg inilah hasilnya..

Berbanding ibu bapa sekarang yang mudah sgt melatah dlm perkara yg remeh..anak tak buat kerja, cikgu jgk yg salah..anak main dlm kelas waktu rehat..pastu tercedera..cikgu jg yang dipersalahkan..anak tak bawa buku..cikgu jg kene marah..padahal anak dia yg patut kene marah..

Tak dinafikan ada cikgu yg bertindak luar batasan..tp ibu bapa kene pandai kontrol emosi...jgn terus serang cikgu..

Aku bukan nak back-up cikgu..tp aku nk org pandang tinggi pada martabat cikgu..bukan utk disanjung disembah ke hape..tp ckup la menghormati..kita ada budi bahasa..so, gunakan la sebaiknya...

Ini betul --> tak ramai ibu bapa yg jumpa cikgu ucap terima kasih bila anak berjaya masa akhir tahun..dapat je hadiah, tangkap gambar sana..tangkap gambar sini..tak sempat makan, terus balik..

Btw, terima kasih kepada ibu bapa yang masih menghormati cikgu2..kene ingat cikgu kt sekolah nk jaga beratus org budak..tp ibu bapa kt rumah hanya jaga paling ramai mungkin 10 org anak..situasi itu berbeza..

Minta maaf..sekadar meluahkan perasaan dan kekaguman aku pada cikgu2 aku dulu..

Aku, memang kuat membebel..


Thursday, February 25, 2010

:: Rindu Pada Tempat Itu ::

Assalamualaikum wbt..

Dikala hati ini tengah remuk berkecai di atas berita tadi..aku cuba menggumbirakan hati ini dengan meluahkan di sini..cuba mengingati kembali kenangan manis yang boleh membuat hati ini tersenyum kembali..

Last two days..masa tgh menunggu jam 11 utk ke sekolah sempat la menonton tv..channel Astro Oasis je yg best time tuh..teringat kembali kenangan dolu2..

Masa aku berkesempatan belajar kt Jordan dlu..masa cuti sem kedua di tahun satu aku sempat la buat ibadah Umrah..sesuatu yang aku tak mengjangkakan..Alhamdulillah..negara pertama ku lawat selepas Jordan adalah KSA [Kingdom of Saudi Arabia]..perasaan??..sumpah, Tuhan je yg tahu masa tuh..

Perjalanan utk ke sana..kami menaiki bas..sepatutnya kami sempat solat Jumaat di Masjid Nabawi..tapi tak de rezeki..kami hanya bersolat di boarder kastam n imigresen KSA..bas kami antara yg terawal sampai di boarder tu dan bas kami bas terakhir yg bertolak..bukan rezeki kami..nak buat mcmana..

Takde ketenangan melainkan dduk di sana..tak fikir apa2 masalah..yg ingat hanya utk beribadah..aku ni bkan la baik sangat atau alim..tp kalo korang da smpai sana..takkan nk solat dalam bilik juga..haish..rugi beb!..solat 5 waktu wajib di Masjidil Haram..

Oh ya..the best part is..teman seperibadahan ketika itu..ialah Shahyidin aka Din Kitol..ngeh3..dia la kawan aku..nk g memana dengan dia je la..al maklum..kt tempat org kena la ada teman..

Seingat aku..msa kat sana..boleh kata setiap kali lepas asar..otw nk balik ke bilik hotel kami mesti singgah beli aiskrim kt sebelah area pasar Kuching..tak tahu knp org melayu gelar ctu area pasar kuching..aiskrim tu memang best..series!..dan kami kalo nk masuk ke Masjidil Haram..tak penah masuk ikut pintu lain kecuali melalui Bab as Salam..

makan malam kami kene carik sendiri..tp kt sana makanan mmg murah nk compare dgn rate dgn Jordan la..plk tu ada Asian Food..lagi la terliur kami..tp makan kami ialah Broasted..mknan ni lebih kurang mcm ayam goreng ada fries ckit..pastu sos...ala2 mcm KFC..seekor bahagian ayam tu dlm 10 Riyal Saudi..nk kata masa tu kami berkira2 sgt..siap kutip duit sorang ckit..padahal bila kami pkir2 balik..bila convert ke Dinar Jordan baru 2 Dinar!! hahaha

Air Zamzam mmg senang sgt2 utk nk dapat kt area2 masjid..siap boleh tapau bawa balik bilik hotel..rasanya kami tak de la beli air mineral kt sana..tpi beli air tebu tu ada..bnyk kali...minuman kegemaran adalah air zamzam..sedapnya tak boleh digambarkan!..

Berjubah kat sana plk bukan la sesuatu yg pelik..ingat lagi pegi masuk shopping complex kt Hilton Hotel dgn Din..kami pakai jubah jer..kalo kt mesia buat mcm tuh..sure org pandang2..

Korang penah dgr atau ingat tak kisah masa Nabi Muhammad dan pengikutnya dipulaukan oleh org Mekah??..kalo ada yg nk beli barang keperluan kt pasar..pengikut nabi akan dipulaukan...ehemm2..aku da smpai kt pasar tuh..ngeh3..tapi tak dpt la the real scene kan..cuma da tgk suasana dia ckit2 tu jadi la..

You know what..th best is..bila kita pandai ckp arab ni..pastu pegi plk tmpt org lain..mcm g Umrah ni..nk jenjalan sendiri tuh kira tak de la takut sgt..sbb da boleh ckp arab ckit2..satu lagi Gua Hira'..tmpt tu betul2 muat utk sorang..n takde la besar sgt..tp melihat dgn mata kepala sendiri tmpt Nabi Muhammad menerima wahyu pertama adalah kenangan terhebat!

Banyak lagi kalo nak diikutkan...mana mungkin pengalaman hampir seminggu lebih tu ceritanya pendek ni jer..hehehe..kalo ada rezeki rasa nk ke sana lagi..

bersepah kan??..bilik org bujang dgn camera zaman batu..

Gua Hira' setelah direnovate sendiri oleh Pak Arab..

Berdiri di Jabal Uhud, Madinah

Antara kawan2 lain yg turut serta..dapat cenderahati lagi..


Makan tengahari dgn Din..cuaca panas kering..

Ok tak kepalaku selepas tahalul..tak pandai buat cukur licin..[tak pandai ke, tak nak..]


Din, Syei n aku..di Masjid Dzul Hulaifah Bir Ali..perhentian sebelum masuk ke Mekah..kt sini org tmpt pasang niat dan berihram bg mereka yg datang dari Madinah..


ohhh..i really miss this azaming place..


p.s : my dear friend (Fadhil)... i wish you all the best and have a great time in UK..see you next year..



Sunday, February 14, 2010

:: Raja Jahat dan Raja Baik ::

Assalamualaikum wbt..

WARNING : Entry ni panjang berjela..kalo aku boleh sabar si tukang cerita ni menaip kt YM aku..aku harap korang pun boleh bersabar membaca sehingga abes..series..cerita ni penuh dengan kisah teladan..kalo koranag bukan dikalangan mereka2 yang bersabar..so, tutup je blog ni..buka web lain..TQ..


Malam ni aku teruja sgt dgn seorang cyber friend aku ni..nama dia Naza..dia penah berjanji..actually bkn berjanji tp seakan janji la..nk cerita kt aku pasal kisah mcm tajuk kt atas tuh..so..kebtulan aku tgk kt FB aku dia online..terus aku tuntut apa yg dia ckp..so, baca la perbualan kami di YM kt bawah ni..



Naza NaZa: salam aku kepada kau wahai pemikir (manusia)...
Naza NaZa: kisah suatu masa tidak ketahui
Naza NaZa: sebuah kisah untuk taladan dan peringatan buat taulan
alifdalmim: setia membaca
Naza NaZa: di suatu tanah subur ciptaan Allah SWT terletaknya dua kerajaan makmur dan aman atas kehendak dua pihaknya
Naza NaZa: cuma bedanya diperintah oleh dua raja yang berbeda budi dan akhlaknya
Naza NaZa: seorang dipanggil Raja Jeriah
Naza NaZa: seorang digelar Raja alim
Naza NaZa: *Zalimi
Naza NaZa: Raja Jeriah memiliki kekayaan yang banyak
Naza NaZa: begitu juga Raja Zalimi
Naza NaZa: cumanya
Naza NaZa: Raja Zalimi corak pemerintahannya lebih kepada memerah keringat rakyatnya dengan segala perintah paksa dan kejam
Naza NaZa: sehingga rakyat menjadi takut akannya bukan kerana panggilan raja, tetapi di atas kekejamannya yang nyata
Naza NaZa: manakala Raja Jeriah mendapat kekayaan bukan atas paksaan
Naza NaZa: tetapi bantuan ke atas rakyat2nya untuk mencari rezeki halal
Naza NaZa: rakyat miskin tidak mampu bertani diberi tanah dan peralatan bertani
Naza NaZa: yang miskin tidak mampu menjelajah diberi ilmu dan bahtera untuk belayar dan berdagang
Naza NaZa: maka segala rakyat di dalam kerajaan Raja Jeriah tidak ada yang merintih siksa kerana tidak makan
Naza NaZa: semuanya hari dan hari menjamah roti madu kurma tanpa risau
Naza NaZa: maka disebabkan itu
Naza NaZa: Allah SWT senantiasa mahu menguji hamba-hamba-Nya
Naza NaZa: diturunkan-Nya penyakit buat dua raja tersebut
Naza NaZa: penyakit ganjil yang tidak ada penawarnya
Naza NaZa: maka tabib2 dari seluruh sudut budaya datang kepada raja2 tersebut
Naza NaZa: masih tidak ada yang mampu memulihkan kudis yang memakan tubuh raja2 itu
Naza NaZa: sehinggalah datang satu tabib dari utara tujuan asalnya untuk menimba ilmu
Naza NaZa: disebabkan berita khabar istana dilanda kusta kudis yang dahsyat
Naza NaZa: niat ikhlas ilmu untuk digunakan
Naza NaZa: tabib dari utara itu menghulurkan bantuan
Naza NaZa: datang dia kepada raja jeriah dahulu
Naza NaZa: "Tuanku salam patik ingin menghulur akal dan ilmu sedia ada"
Naza NaZa: balas Raja Jeriah "silakan wahai orang bijak. segala bantuanmu tidak sia-sia"
Naza NaZa: "penyakit tuanku hanya ada satu penawarnya, iaitu seekor makhluk terbenam di dasar lautan"
Naza NaZa: "kerajaanku punya kepintaran dalam ilmu lautan dan itu bukan suatu masalah. malah beta sendiri akan turun mencari ikan tersebut"
Naza NaZa: maka khabar penawar itu tiba pula ke pengetahuan raja zalimi
Naza NaZa: lalu dikerah dan diselar tubuh2 nelayan di pelusuk kerajaannya untuk mencari ikan tersebut
Naza NaZa: namun belum sempat para nelayan kerahan raja zalimi menjejakkan kaki di perahu dan bahtera2,
Naza NaZa: berkoyon-koyon ikan benam dasar laut itu timbul bagai bertih masak
Naza NaZa: maka alangkah gembira raja zalimi
Naza NaZa: "tidaklah sesukar mana untuk mencari ikan ajaib ini" kata raja zalimi
Naza NaZa: manakala raja jeriah yang berperahu seorang diri di tengah lautan
Naza NaZa: melabuhkan jaring demi jaring ke dasar laut
Naza NaZa: namun tidak seekor pun yang berjaya ditangkap
Naza NaZa: lalu sampai perahu nelayan mendekati perahu raja jeriah
Naza NaZa: "Tuanku, izinkan patik menghulur kederat patik membantu. tidak tersanggup mata dan hati patik melihat raja yang mulia ini tersiksa dengan sakit sendiri mencari lagi sakit mendatang"
Naza NaZa: selama berdekad-dekad hidup dengan kelembutan, bahasa yang elok dan akhlak yang baik
Naza NaZa: entah mengapa di bawah mentari terik dan sakit kulitnya dimandi dengan peluh bergaram, raja jeriah gagal mengawal sabarnya lantas menghamun semua nelayan2 yang ingin dtg membantu
Naza NaZa: maka berlalulah nelayan2 itu meninggalkan raja jeriah
Naza NaZa: seorang diri dan genap 3 malam terkuburlah raja mulia itu di lautan kerajaannya sendiri
Naza NaZa: jadi adam zurairi, apa pengajaran dan apa yang kau boleh dapat dari cerita ni?
alifdalmim: erm...
alifdalmim: pertama..
alifdalmim: yg aku rasa la kan..
alifdalmim: tak semua yg baik tuh akan selamanya baik..ke, atau semua org ada melakukan kesalahan..
alifdalmim: erm..pengajran kau plk mcmana?
Naza NaZa: ok ada sambungan
alifdalmim: oh ..ok
Naza NaZa: maka nelayan2 yang berjaya mendapat ikan2 ajaib itu membawa berbakul2 ikan tersebut kepada raja zalimi
Naza NaZa: dan duta dari kerajaan jeriah sedih dan berkecil hati melihat nasib baik raja zalimi yg kejam itu
Naza NaZa: maka duta itu berbisik kepada si tabib utara,
Naza NaZa: "lihatlah sebagaimana ketidakadilan dunia. yang kejam terus kejam, yang baik hati dan mulia ditarik kembali. dan kita dibiarkan melihat kekejaman berterusan"
Naza NaZa: mendengar rintihan si duta, si tabib utara cepat2 beristghfar.
Naza NaZa: "astaghfirullah al azim~ ada tujuan mengapa Allah SWT berbuat sedemikian"
Naza NaZa: "tidak terfikir oleh akalku akan segala tujuan Tuhan ya tabib! aku takkan faham"
Naza NaZa: "Allah SWT telah membalas segala amalan kedua-dua raja ini"
Naza NaZa: "dengan menghidupkan yang kejam dan mematikan yang baik?"
Naza NaZa: "ya~ dalam kehidupan raja jeriah tidak ada dosa yang dibuat melainkan memaki nelayan2 nya dengan kata2 kesat di saat2 akhir hidupnya.. maka Allah menghukumnya di dunia ini supaya dia kembali kepada Allah dengan keadaan bersih dari dosa"
Naza NaZa: "manakala di dalam hidup raja zalimi tidak ada amalan baik yang dibuat melainkan memberi tempat tinggal untuk rakyatnya dan Allah telah membalas budi baiknya di bumi ini, dan Maha Suci Allah masih memberi peluang kepadanya masa dan ruang untuk bertaubat..andai masih dengan kekejamannya, maka dia akan pulang kepada Allah dalam keadaan penuh noda dan dosa"
Naza NaZa: jadi bagi aku
Naza NaZa: dalam hidup aku di dunia ni, kalau aku merasa susah, biarlah aku susah siksa macam mana pun
Naza NaZa: tapi tolong jangan aku kembali kepada Allah dengan keadaan siksa dan hina juga
Naza NaZa: sekian

.
.
.
.
.
.
Last message received on 2/14 at 9:21 PM


>>perbualan seterusnya tak payah la dirakamkan..ehehehe..apa yg aku boleh kata..aku kagum dgn dia..aku kenal dia dr FB n Blog jer..tp dari segi mata kasar aku..tak nampak yg dia boleh bercerita mcm nih..that's why i proud with him..oh ya..dia penah jadi cikgu sementara dulu.hehehe

so, Naza..aku da selesaikan janji aku utk berkongsi dgn semua org..semoga semua org boleh amik iktibar dan tauladan..

Saturday, December 12, 2009

:: Membudayakan Bahasa ::

saje je nk share sesuatu..based on experience aku la jgk..

kenapa ea..sesetangah org (aku tak ckp semua) kurang membudayakan bahasa?..bukan ke bahasa sendiri melambangkan bangsa...cewahh..

tak..mcm ni..aku mksudkan bahasa yg sopan..bahasa yg sopan tuh banyak..cuma aku nk fokuskan and highlight pd kalimah "TOLONG"

dlu aku adalah dalam kalangan setengah mereka yg kurang membudayakan bahasa 'tolong' ni..smpai la masa aku study kt degree aku dlu..salah sorang senior aku (a.said) dia menegur aku sbb tersalah kata..dialog kami lebih kurang mcm ni..

"ermm..a.said amikkan air kt dapur" ni ayat perintah aku..

"adam..tak salah nk menyuruh..tp cuma tambah perkataan tolong..lg cantik" dia menegur

so kt cni ayat tu lagi cantik kalo jd gini :

"a.said..tolong saya amik kan air kt dapur boleh?" how nice!

smpai la skrg..perkataan tu da sebati dgn aku..bila nk minta tolong kt org lain...i prefer utk letak kalimah 'tolong' tu dlm ayat aku..

sbnr nya..kalo kita kt restoren pun mmg praktikal utk digunakan..spt :

"boleh tlg bg sy menu ini..menu itu..?"

jadi jgn hairan knp masa aku blja kt pondok dlu aku senang sgt nk dpt green light utk outing ke tmpt2 yg jauh dr ustaz aku..senang je..guna lah kemahiran berbahasa..hehehe

"ustaz, sy nk minta kebenaran ustaz..sy nk kluar ke Tampin"

satu lagi...aku penah cerita yg aku n ssh nk bg student aku kluar g tandas..takut diaorg melilau ntah ke mana..tp ada sorang dua org yg menggunakan bhasa yg membuatkan hati aku lembut utk bg diaorg kluar..

"cikgu..izinkan sya utk pergi ke tandas" then i said "ok!"

another one...my friend; Kak Sal pun pernah mengkritik sestgh manusia yg membuat demonstrasi jalanan yg tak aman ni...dia mengibaratkan mereka tu mcm org nk minta tolong sesuatu tapi tak taw nk ckp "please..."

any comment and kritikan membina...fal yatafaddhal (maka dipersilakan)