Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

:: BIlamana ::

Assalamualaikum wbt..

Bilamana tiba-tiba selera makan aku hilang..

Bilamana aku makan, tapi tak rasa apa-apa..

Bilamana kerja yg perlu diselesaikan segera, tiba-tiba aku blur..

Bilamana mata asyik memandang jam..

Bilamana hati ini geram dan saket..

Bilamana aku rasa mcm nk tido saje..

Bilamana aku rasa ttba nk carik kawan berbual...



itu bermakna hati ni risau dan fikiran tgh runsing...



Wednesday, December 1, 2010

:: Review : Palm Garden Hotel, IOI Resort ::

Assalamualaikum wbt..

Bersempena dengan majlis konvokesyenku yg lepas, aku sempat la berpeluang utk beristirehat dkt Putrajaya nun..oleh kerana jadual rehearsal dgn majlis sebenar agak dekat..jadi, aku malas nk ulang alik..so, aku pun amik keputusan utk tido hotel je..lagipun bila lagi nk bawa mak aku jenjalan kan..

ok..Palm Garden Hotel ni terletak di IOI Resort, Putrajaya..aku rasa dkt luar Putrajaya..kira nk masuk ke Putrajaya tu amatlah dekat..correct me if i'm wrong..dia punya signboard pun senang nk jumpa n tak mungkin akan sesat, melainkan korang sedikit rabun atau careless masa memandu..

Masa check in bermula jam 1400 iaitu pkul 2ptg..kebetulan aku abis rehearsal dlm pkul 1.30ptg, so aku terus ke hotel utk check in..masa check in aku guna cash ye tuan2 dan puan2..sbb aku takde kredit kad..haha..urusan check in sangat smooth dan lancar..takde gangguan.menunggu pun tak lama..cuma nk tunggu printed bill tu lambat..officer dia sendiri mengaku gitu..

Diaorang bagi aku bilik 017..ground floor.senang n aku amat suka sbb ada pintu belakang..n kitaorg tak perlu tunggu lif nk turun naik..

Condition bilik :

Room type : Heliconia Room..ada 2 katil single..dilengkapi dengan settee, TV dengan lebih kurang 9 channel, takde Astro ye..tapi ada channel movie, CNN n sport. kira ok..ada working desk corner dan tea n coffee making facilities..oh, iron n iron board pun ada..

Pada pandangan mata kasar aku, bilik tu ok la..mcm bilik2 kt hotel lain jugak..apa beza pun ntah lah..toilet pun lebih kurang jer..takde yg istimewa..yg istimewa setiap peralatan dah ada sticker how to use n warning!...hahaha..

Tapi bilik yg kami dapat tu, masa tu tetiba langsir dia yg 3 lapis tu ttba jatuh..bila aku wat report, terus dia punya bhgn technician betulkan..kejap jer..da ok...tp kualiti dia kurang sbb dia tanggalkan langsir pertama yg agak nipis..it's ok..kira cekap la jugak diaorg buat kerja.

Hotel Facilities :

Ada swimming pool, court tennis, court squash, pool table, gymnasium, meeting room, bilik mainan budak2, bilik menonton...tp semua berbayar ye tuan2 dan puan2..except mcm swimming pool, court tenning tu sekali n gymnasium...yg lain kalau tak silap ada charge yg dikenakan..

Breakfast :

Super duper banyak menu dihidangkan...menu yg berat pun banyak..nasi lemak kukus, bubur, meehoon, nasi goreng, kuih muih, fresh omelet from the pan..haha, roti canai, fresh fruits bla bla bla bla bla ...mmg banyak la..minuman pun bnyak choice dlm 5 gitu..tak gemok aku dibuatnya..tp aku amik sikit2 jer..nk merasa semua..haha..mmg 5 star aku bagi kt sini..

Satu lagi waitress dia sangat polite n friendly..asyik senyum jer..aku yg tgk dok mengunyah makanan ni pun dia senyum..ke, muka aku nmpk cute masa tgh makan??..hahaha

Check Out :

Ni ada rasa marah sikit..since aku bayar guna cash, so ada la pulangan duit aku sebab aku bayar deposit dlm RM350..so, i think n i suggest la lain kali diaorg patut detailkan bill..aku bkn berkira sgt..sbb aku dapat bill yg print error..so, aku rasa sangsi la dgn information pada bil tuh..

Bila aku call balik hotel, aku kata kenapa bila aku calculate balik semula mcm short lebih kurang RM30++...aku baca kan balik info pada bill..dan ada error kt situ..nak tau officer yg angkat call tu ckp apa??

"eh, sepatutnya dekat government tax tu 10% ..."

aku jawab "oh..kat situ tak tulis pun..dia tulis RM .00 jer"

"tapi semua service ada government tax.."

"ye itu saya tahu..tapi kenapa tak tulis kat dalam bil saya nih.."

"itu mungkin printed error.."

"oh..ok la kalau mcm tu..sy cuma nk confirmkan aje..but, if u nak i faks kan bill ni sy boleh jer.."

"ok..boleh"

korang tahu tak..apa yang aku rasa kurang sangat...dia sikit pun tak cakap "MINTA MAAF" atau "SORRY"...padahal mistake tu dari pihak diaorg..

n you know what, since aku fakskan bil tu hingga la nih..diaorg never n ever make a phone call to me..ye lah, mungkin utk respond balik kesilapan 'printed error' diaorg tu..

..............

takde mood nk letak gambar..hahaha..

but, overall hotel ni ok...tak perlu pandang pada kecacatan yg sedikit berbanding kebaikan yg banyak..so, sy suggestkan juga anda untuk menginap di hotel nih..

thank you.






Wednesday, November 24, 2010

:: Konvokesyen IPG KPM 2010 ::

Assalamualaikum wbt..

AWAS!! : entry ini sangat panjang!

Alhamdulillah~

Sangat berpuas hati dan sangat gembira pada hari ni bila sekali lagi dapat naik atas pentas untuk menerima scroll sijil..kali ni adalah Diploma Pendidikan..

Pada tahun 2008 bulan Jun adalah kali pertama masuk ke konvokesyen untuk amik scroll Ijazah Sarjana Muda di Universiti Mu'tah, Jordan. untuk menyingkap kisah silam itu sila la rajin2 kan jari tu klik di sini..eh, sini..

Terasa bertuah sangat bila dapat rasa majlis konvokesyen di Malaysia..dulu kt Jordan..tersangat berbeza..di Jordan ni dia buat ala2 mcm kt US sana..open..tengah2 padang...tapi kt Malaysia penuh dengan protokol..

Sidang untuk kampus aku adalah sidang yang terakhir iaitu sidang ke-4..start pukul 2ptg dan abis dalam pukul 5 ptg..pheww...letih duduk~

Memandangkan kampus aku adalah kampus pertama yg akan dipanggil naik, maka aku adalah org ke-7 yang akan naik pentas dan aku dduk betul2 di barisan hadapan..dan berhadapan dengan kamera!..tak senang dduk aku dan member yg lain..camera tu asyik focus kt kitaorg jer..da la ada screen besar kt depan dewan..dduk tegak je la tadi..hahaha..

ok..layan kan aje gambar2 yg sempat di tangkap ni..hehe..khas untuk Bro. Deaf Angel~ :D


Tersenyum lebar aku...hahaha..puas simpan setahun setengah senyuman mcm nih..

Sijil Diploma Pendidikan aku..

Ingatkan dapat 1 jer...sekali dapat 2 daa...terima kasih~

Ni dia Hafiz, kawan sehati sejiwa masa di kampus..susah senang sesama..dia sgt cerdik~

Aus, kalau dia ckp dlm dewan atau auditorium..tak pakai mic pun tak per..

My big family to-be ...


P.S : i would like to thanks :

1. My mother, Puan Mariah bte Ibrahim..atas sokongan dan keprihatinan beliau sepanjang setahun setengah ni..dan ni lah hasilnya! love u mom~

2. Para pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban..tak kira dari jabatan mana sekalipun..terima kasih di atas kesudian mereka yg sanggup mencurahkan ilmu..khas buat pensyarah di Jabatan Pengajian Islam dan Moral..

3. Kawan sekuliah selama setahun setengah ni..susah senang bersama dengan elaun yang cukup2 makan ni..tapi bila tarikh kene masuk kuliah kene gak dtg..tak mengenal erti cuti panjang..now we are free right?..hehe..harapnya kita berkawan sehingga jasad di kandung badan insyaAllah..khas untuk rakan2 di Unit Bahasa Arab..

4. Rakan-rakan guru di SK Telok Kemang..di ats keprihatinan anda selama setahun setengah saya menjadi guru pelatih..terutama rakan2 cikgu j-QAF, GPI dan guru-guru tahun 1 yang teramat baik hati dan sangat memahami..

5. Ahnaf Hilmi bin Mohd Arif..di atas kesanggupan dia datang ke Putrajaya dari Port Dickson semata2 untuk meraikan majlis kami ni dan untuk bersuka ria dengan camera dia yg sangat canggih itu...thanks nap~

6. dan semua yang banyak membantu secara langsung dan tidak..rakan2 bloggers yg banyak memberi nasihat..jazakaAllahu khairan kathira~

P.S.S : asalnya nk wish thanks kt anap jer..tetiba lak teringat kt yg lenlain..hehe


Thursday, September 9, 2010

:: Dulu, Kini dan Selamanya ::

Assalamualaikum wbt..

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin..

Kullu 'am wa antum bikhair..


Tahun ni raya mcm biasa jer..persiapan pun mcm biasa..al maklum kurang berduit tahun nih..bak kata org, ukur baju kat badan sendiri..kalau kurang berduit tu buat2 la cara org yg kurang duitnya..hehe

Ye, ini pengakuan ekslusif yer..baju raya tahun ni adalah daripada baju raya tahun lps dan kepunyaan abang aku..dan abang aku pula da pakai raya sebelumnya..bermakna, baju raya 3 tahun lepas..still nampak ok..pakai je la.. :D

Moment yang paling happy sekali masa raya tahun ni bila kami adik beradik dapat berkumpul..rasanya sejak aku balik dari Jordan mmg tak de langsung peluang nk raya bersama2..so, diz year bila da dapat tuh..dah tentu la kami sempat bergambar...ini lah hasilnya..

Korang layan gambar ni..aku nak pi sambung makan kuih raya..Assalamualaikum~


Gambar raya masa zaman dulu kala..tahun 1998 rasanya..yg dduk tu adalah atok dan wan aku..


Gambar raya tahun 2010..Adik beradik with my mother..

Gambar keluarga besar aku..raya tahun 2010..akak aku da beranak pinak n my mother da dpt cucu da..


Salam Aidilfitri dari,

Monday, May 3, 2010

:: Mesin Tunang ::

Assalamualaikum wbt..

Malam kelmarin..aku menyifatkan mimpi yang aku alami adalah sangat funny dan merapu..korang boleh kata mimpi tu mainan tidur la..apa ke..itu ke..ini ke..itu pada pendapat masing2..cuma aku nk share mimpi aku je..

Sabtu yang lepas..sepupu aku tunang..Fairuz dgn tunang dia..dia adalah salah sorang dari kalangan sedara mara dan sepupu sepapat aku yang sudah bertunang..antara batch kami yg lahir 1986 ni yg ada seramai 5 orang..dia org ke-3..org pertama dan kedua juga perempuan iaitu Fizah dan juga Kak Yie..jadi tinggal la aku dan juga teruna sorang lagi iaitu Man..

Aku asyik dok pkir2..ish..mcmana la aku nnti..risau nyer la..nk kene sedia itu..sedia ini..kluar duit utk itu..kluar duit utk ini..ditambah plk dengan sedara mara yang lain asyik dok tnya.."kau bila lagi..?".. speechless..huhu

Asyik dok pkir tuh..terbawa2 ke dalam mimpi aku..

Aku rasa macam nak tunang la..so, aku pun pergi la ke satu mesin pengimbas tuh..dia scan badan aku..pastu mcm dia loading nak tunggu status DAH TUNANG..

Aku rasa ishh..apsal lambat ni..ke dia tak dpt scan kod bar ni..aku pun pergi la gerak2 kan badan aku supaya alat pengimbas tuh dpt scan apa yg dia nak scan..pastu mcm scan kat shopping tu..pastu baru la laju dia loading...

Dalam beberapa saat je..da successfully engaged...fuh..da berjaya..siap dia kata "Sila masukkan kad Bonuslink anda utk mendapatkan point"..hahahaha..giler ke hape.aku pun tercari2 mana satu lubang nk masukkan kad ni..sbb bnyak sgt tmpt cucuk kad..last da jumpa nak tahu berjaya atau tidak..berbunyi kad tu seperti dicetak..aku masih ingt bunyi cetakkan print dia mcm bunyi mesin Autopay kt Jusco..lepas tu da setel..

Lepas je proses pertunangan tu..aku baru la terpkir.."Eh, ni family belum tahu lagi ni aku da bertunang..mcmana ea.." lepas tu aku tak ingat dan dah merapu tahap gaban..


Siapakah gadis yang ku idam..


Monday, March 22, 2010

:: Siapa Sangka ::

Assalamualaikum wbt.

pagi td dlm pkul 7 lebih dpt phone call dr lecturer aku..

"Adam, jgn lupa yer..kamu ada satu lagi subjek major yg nk kene tgk.."

"ok.."

"Ustazah ingat nak dtg arini la..jd suruh semua sedia yer"

"Hari ni saya mc..sy cuti..demam"

"Ye ke..bila kenenya?"

"Malam tadi.."

"Kalau mcm tu..hari Rabu ni ustazah nk dtg..bgtahu yang lain yer.."

"ok"

------------

Yer..siapa sangka aku dpt mc arini..dari semalam lagi sbnarnya aku da rasa badan aku ni rasa tak sedap semacam..tp disebabkan dah berjanji dgn Walie dan Nawawi nk pergi kenduri kawen abg said dgn kak reha..so, kuatkan semangat..

lepas tuh berkejar ke KLIA plk amik akak aku sefamily yg baru balik bercuti dr Bali..da la salah masuk jalan..nk u turn bukan main jauh lagi..kepala aku ni sakit bukan main lagi..last2, aku auruh abg ipar aku bawa kete..

sampai Shah Alam..aku tido smpai maghrib..masa tuh diaorg tak tahu aku sakit kepala..aku saje senyapkan sbbnya aku malas nk bg diaorg risau..sbbnya, malam tu kene balik ke NS juga..lps makan malam..terus balik kampung..dengan kepala ni super sakit dan bdan da start rasa panas..

Lagi tension lepas exit Nilai nk masuk h.way seremban..jam teruk..2 tempat accident..makin sakit kepala aku..dengan hujan tak berhenti2..kepala ni da makin sakit..

Sampai je kt rumah..terus masuk bilik tido..tapi sekejap2 terjaga..sbb kepala ni sakit berdenyut2..rasa mcm nk tarik je rambut nih..pusing kepala arah sini salah..pusing arah situ pun salah..last2, lps je mak aku hantar anak buah aku ke sekolah..aku terus minta dia hntr ke klinik..

finally, i got mc today...biarpun happy..tp cukup menyeksakan..


Saturday, March 6, 2010

:: Songs of the year ::

Assalamualaikum wbt..

Sejak anak buah aku si Syukriah bersekolah...makin banyak ilmu dia dapat..mula2 je tak nak g sekolah..da sampai sekolah dia la heroin kt sana..huhu

Actually, tahun ni 1st year dia bersekolah...mula2 dulu mak aku, akak aku ngn abg ipar aku dok pkir nk hantar tadika mana la dia tu..mslah nyer pengangkutan jer..sbbnya kalo buleh nk ada org dtg n hantar kan..sbb mak aku tak boleh drive..n aku plk tak de kt rumah..

so, lastly mereka hantar ke PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) kt kg aku tuh..sbb cikgunyer boleh amik n hantar dia sekali..mula2 nyer aku ada feel sdikit tak setuju la..tp aku tak luahkan pun..sbbnya tgk pada insfrastruktur tadika tuh..erm..sumer ok je sbnrnya..mls la nk ulas lelebih..

tp bila pkir2 balik..itu anak org..anak akak aku..takkan la aku plk memandai2 nk decide dia nk g sekolah mana..

tapikan sejak dia da berbulan ke tadika tuh..asal aku balik kg jer..ada je lagu2 ilmiah yg dia dok sibuk nyanyi dkt aku..n u know what..aku wat ala2 ego jual mahal tak nak tanya "blaja apa kt sekolah.." "nyanyi la lagi lagu tuh" ...hahahaha..sbb aku taw kalo aku tnya n suh dia nyanyi lagi dia tak nak nyanyi..konon malu..chett..

ni antara lirik yg aku ingat :

"Anak-anak nabi ada 7 org..
3 laki-laki..4 perempuan..
Qasim
Abuah <-- sbnrnya Abdullah..tp dia pelet.
Berahim <- refer to Ibrahim
Patimah <- Fatimah
Ummu Salamah
Zainab
Siti orang kaya <- Siti Roqaiyah"

mau aku tak tergelak...tp mula2 tuh boleh tahan la..tp bila dia dok syok sorang2 nyanyi terbahak2 aku gelak..

lirik yang lain..

"Ketam jalan senget2
Itik jalan baris2..
Katak jalan lompat2..

bla bla bla bla...." tak ingat da..

Lirik yg lain..

"Hidung gajah panjang..
Telinga besar macam kipas..
bla bla bla..." tak ingat

sbnrnya sumer lagu2 tu ada unsur ilmiah diselitkan tapi dia suka nyanyi tak abes..kadang2 geram plk aku dgr mcm tak puas nk dgr smpai abis..nk nyanyi sendiri tak tahu lirik..hahaha

minggu ni...aku balik kg dia da hafal anggota badan dlm bahasa arab..maun nya aku tak bangga..aku soal satu2..dia dpt jawab..kalo diikutkan itu silibus bahasa arab tahun 2 kt sek rendah..tp PASTI da ajar dlu da..see??..bagus kan..so, wan aku penah kata "Don't judge the book by it's cover" srkg aku happy dia blaja kt sana..

and the most song dia suka nyanyi..lagu Raihan yang the first album tu..

"Asyhadu alla ilaha illa Allah..wa ash hadu anna muhammadarasullulah.." walaupun dia nyanyi berterabur..n pelet2 ckit..tp i'm still happy for her..




Sunday, February 21, 2010

:: Dari RM40 naik ke RM190 ::

Assalamualaikum wbt..

Last week..lps bercuti bersama family kt PD..masa drive kereta kt h.way rasa mcm tak best semacam jer..sbb ada mslh pada tayar kereta..

So, diz week after cuti..niat nk g wat balancing tayar..kalo wat balancing dah tentu la kene wat alignment <-- tak tahu la aku eja betul ke tak ni..kalo wat perkara2 mcm ni tak banyak yg kene..

kebetulan masa buat tu aku pergi ngn Myvi ada sorang cikgu tuh..dia pun nk buat jgk..tokey kedai kata..kalo Myvi RM30 jer..tp kalo Waja RM40...ok la tuh..lg pun masa tuh ari Jumaat mls nk carik kedai lain..

masa dok tggu dia buat tuh..kami ni beborak la pasal 'kemahalan' sportrim2 tayar kt kedai tuh..smpai cecah ribu2...sekali mechanic tu panggil aku..dia kata 2 tayar aku tak leh wat balancing..haduuii aii..sbbnya sportrim tayar aku kemek...dia kata nak tak nak kete tukar juga..

gila??..mahal tuh...tp dia kata dia suh trade in je sportrim tuh..alang2 da smpai tuh buat je la...kang tak buat kang lagik teruk plk..baru la teringat yg aku ada terlanggar lubang...salah satu kt depan Balai Polis Teluk Kemang..for your information...Jalan Pantai sepanjang batu 6 bawa ke Pasir Panjang memang teruk..jalan kampung lagi cantik!..nama je pusat pelancongan..huh!..marah nih..

lps diaorg tukar 2 sportrim baru...diaorg wat test drive..balik ke bengkel smula..diaorg buka but depan kete..dlm hati aku..apa lagi tak kene nih..masalah kt fius power steering kereta...begitu menyakitkan hati ini..duit lagi..

dia kata tak baiki skrg pun tak per..tp bg aku da alang2 smpai tuh..buat je la..so, lps tukar sumer tuh baru la selesa ckit memandu..skrg jumpa je lubang kt tgh2 jln mesti nk elak..lagi2 jalan kt Taman Politeknik n Taman Intan..pihak berkuasa tempatan ni senyap je...nasib baik la aku da kluar dr taman tuh..ngeh3..

aku ni nak tunggu kerja pembentungan kt sepanjang Jalan Pantai selesai..kalo tak turap balik jalan tu baik2 mcm sedia kala..siap la..aku wat aduan kt Biro Pengaduan Awam..series!


p.s : td ada jamuan makan tghari kt rumah Pak Busu..ramai gak sedara mara yg dtg..makan nasi ayam beramai2..lps tuh tgh Avatar..kebetulan plk rumah Pak Busu ada set home theater..apa lagi..mcm tgk kt dlm panggung la..huhuhuhu


Syukriah dan Pak Cik nya Eiman...lps makan masing2 mengantuk..terus tido..


Sunday, December 6, 2009

:: Dengki Tapi Baik ::

Salam 'alaik..

very fast update again..

td g temankan mak nk shopping barang dapur kt Giant Tampin..

kebetulan plk anak buah aku cbuk nk mengikut..mak aku mls nk bawa sbb leceh..nk itu..nk ini..sblum naik kete yelah janji..tak nak beli itu..tak nak beli ini..ok..bawa kan saje..

smpai kt Giant je..mula2 nk masuk shopping dia da nmpak permainan bdk yg masuk 50sen pastu boleh berbunyi tuh..melekat kt c2..puas la mak aku ckp cpt la..cpt la..ikut aku td da tarik je tgn dia..

masa tgh shopping.."mama..mana bola kita.." alasan nk beli yg lain..cett..

"dlm kete td..saper suh tgglkan.." kata mak aku..

tgh beli barang..sekali mak aku nk belikan coco crunch...dia nmpak yg ada hmpir similar to coco crunch..coco apa ntah...mentang2 ada Hello Kittie..apa lg aku jek la mak aku..kata beli economy pack coco crunch tu dpt percuma mangkuk..

tp anak buah aku ttp nk yg ada Hello Kittie tuh..padahal cuma gmbr kt kotak jer..dia nk nangis..tak kira nk itu jgk..kitaorg blah dr situ..dia still pegang tuh..tak dgr ckp pnya bdk..smpai dkt counter..aku pakat dgn cashier tu..suh dia ckp kt anak buah aku..

"dik..kotak tu tak dijual ea.." hahahaha

akhirnya..tak jd beli coco apa ke benda td...lps g Giant..singgah plk kt Tampin Shopping sbb nk beli drypers anak buah aku tuh...aku ke bhgn stationery..al maklum nk beli mounting board, kertas warna dan gunting utk assignment..

smntara mak aku ke bhgn bdk2...anak buah aku nmpak cekak rambut..nk beli cekak rambut..tp aku ckp kt mak aku..jgn layan jer..

turun tngkat bawah..mak aku beli plk susu Anlene..masa nk bayar dia nmpak plk mainan make up apa kejadahnya ntah..terus merengek nk make up..nk make up..tp kitaorg still bo layan..kalo makin dilayan makin menjadi..

smpai dlm kete menangis nk make up..nk make up..nk make up...jgn dilayan..pastu da nk dkt smpai rumah dia complain gini "kita tak de pun beli apa2.." "sape suh ikut" aku jawab dlu..

nmpak mcm kejam...nmpak hakikatnya itu sumer membazir..kalo dia minta beli pensil ke..kertas ke..buku ke..mkanan ke..aku belikan..ini mainan..bukan tak beli..pagi td masa g pasar..dia ikut jgk..cbuk minta kt mak aku "nk beli kotak..nk beli kotak.."

then mak aku belikan..ding dong ke..tora aman ntah...tak smpai mlm...ntah mana la pergi nya permainan dlm tuh..bkn dia nk jaga..lps main..buang bersepah2..mana aku tak hangin..membazir jer..

oh ya...td aku tampar pipi dia..kejam kan?? tp aku bkn sesuka hati tampar...bnyk kali dia ckp bnda2 yg tak senonoh...asal nk nangis..nk marah sebut bnda tuh...aku geram..aku tampar 2 kali td..biar sakit..tp sbnr nya tak kuat..saje je nk amik simpati...

actually..aku suka cara pak busu aku didik anak dia...malam2 hari sekolah b4 tido wat latihan kerja sekolah..siap dia bimbing...wan aku kata anak dia yg si Emir tuh pun ckp yg bukan2..dia letak cili ke hape ntah kt mulut tuh...semoga mereka2 mengambil iktibar dr kesan pedas tuh..

p.s: aku pernah dgr n nmpak kak Ju..salah sorang rakan guru aku kt sek..b4 dia lepok blkng bdk tuh..dia bc Bismillah..ok what??..

ini Syukriah..aku blnje dia makan KFC suatu ketika dahulu..hehehe..baik kan aku?? ;p