Wednesday, April 13, 2011

:: Medan; Episod : The Amazing Race ::

Assalamualaikum wbt..

Horey...hari ketiga di Medan ni agak challenging ckit..hahaha..disebabkan malam tadi kitaorg tido kat hotel yang tidak mempunyai tingkap..jadi kami tak tahu la matahari dah naik ke belum (padahal mcm tak boleh agak dgn tgk jam) ... walaupun mlm tadi merungut bilik tu panas, tapi kalau dah tido..last2 bersarapn pukul 9.30 pagi..30 minit lagi sebelum cafe breakfast ditutup.

Selepas je b.fast, kami berjalan ke destinasi pertama iaitu Muzium Tradisional Sumatera Barat...perjalanan ni kami seratus peratus guna map yang aku amik kt airport dulu..dah nak hancur dah map tuh tetiap hari dok belek..sampai dekat muzium, penjaga kaunter tiket tu kata, muzium tutup hari tuh..ye keee...penat tu berjalan..baru tahu~

TIPS : Muzium kat Indonesia tutup pada setiap hari Isnin~

Selepas tu dengan hampa, kami berjalan lagi ke tempat menarik berdekatan situ iaitu taman berdekatan dengan Stadium Medan..kalau tak silap..kat situ redup la ckit..even, cuaca mendung panas..tp dduk rehat2 kat situ best gak..


Semasa nak balik ke hotel utk check out, kami jumpa ada satu tempat menarik iaitu Monumen Pejuang Nasional iaitu Raja Sisingamangaraja berdekatan dengan Pasaraya Marayama..sempat gak kami masuk mall tuh..window shopping..masa tu ada sale 50% batik Indonesia..


Selepas tu, sebelum kami ke hotel, kami sempat masuk ke Perpustakaan Daerah diaorang..ada banyak sebab..satu nak tinjau2 mcmnana keadaan dlm perpustakaan kt sana..kedua, nk amik rasa sejuk sircond dlm perpustakaan tuh..hahaha..tp, ada takde aircond same je panas nyer..haha


Lepas tu ada masa lagi sebelum masa check out kt hotel, kami bersolat Zohor di Masjid Raya..kat cni ada orang yg jaga selipar jemaah masjid..aku mula2 ingtkan dia nk tanya apa..rupanya dia suh amik wudhuk dulu...ok la, lps amik wudhuk, dia bg kupon letak selipar..kupon tu nombor je..sbab dia nk susun nnti senang nk kluar masjid nnti terus cekau jer..lps bergambar sedikit suasana dalam masjid dan bersolat zohor, kami bergegas ke hotel..masa nk amik selipar tuh..rupanya kene bayar!..hadoii aii..mcm ibaranya nk masuk masjid pun kene bayar..kami tak tahu harga dia..si Afif bgi Rp20,000..tp dia geleng..Afif dah pandang aku..aku pun terkejut..ye lah, sbb masa tu dia tunjuk 2 jari..mcm tanda lagi Rp20,000 lagi sbb 2 orang sama dengan Rp40,000 la..mahal tuh..letak selipar jer pun..kami dah terpinga2 sbb mamat tu tak dia suara dia sengau ckit..tp ada la sorang pak cik tuh terangkan kat kami.."Dia mahu Rp2000 sahaja..dia tiada duit bakinya" kami pun "OOooo..." hahaha..


Lepas check out hotel, kami beralih ke Hotel Madani semula...lepas check in dah bersiap bagai..pkul 2 petangnya kami start berjalan lagi..fuhhh~

Mula, kami merancang utk ke Standard Chartered Bank..apa yang menarik kt sini, dia gunakan bangunan lama yg masih kekal..tapi cari punya cari kami tak jumpa..guna GPRS pun tak jumpa gak..lama giler berjalan..3 4 kali pusing..tapi hampa~


Kami teruskan berjalan ke Tokong Buddha tertua di Medan..tak ingat namanya..gambar pun tak dan nak amik..sebab??..depan tempat tuh ada 2 ekor anjing...hahaha..kami ni agak 'berani' ckit jumpa anjing ni...hahaha...

Lepas tinjau ckit2, kami berjalan lagi..masih menggunakan map yg sedia ada..kali ni ke Immanuel Church..tak masuk pun, sekadar bergambar dan melihat jer...gereja ni adalah gereja yang tertua di Medan..agak kecil sedikit tapi masih dijaga rapi..


Seterusnya, berhadapan dengan gereja tuh adalah Masjid Agung, Medan..masjid ni masa kami sampai diaorg tgh wat preparation utk sambutan Ihtifal al Quran yang akan berlansung kt masjid tuh..agak besar masjid tuh..ada menara yg tinggi, dan taska Islam..dia punya orang2 kat situ pun peramah..


Kami berjalan lagi...lepas tokong, gereja, masjid dan kali ni ke kuil...pergh..~ seperti biasa, kuil ni adalah kuil hindu tertua di Medan..simple je..mcm kuil yg ada kt negara kita..kat cni juga, majoritinya penduduk beragama hindu..apa yg aku perasan, kt tempat letak kenderaan kt Medan ni..ada tukang jaga parking..maksud aku, kalau ada kereta nk kluar, dia akan tolong kawal kt belakang dan mcm biasa kene la bagi tips..huhu


Selepas ke kuil, kami berjalan lagi ke Jambatan Kebajikan..apa yang menarik jambatan ni adalah..jambatan yang sempoi dan nampak biasa ni pernah diiktiraf oleh UNESCO pada tahun 2003 sbg lambang warisan..kat sini juga memisahkan antara Medan dan Medan Baru..kt cni ada 4 lorang kenderaan sehala yang boleh menjadi 6 lorong pada sesuatu masa..juga kadang2 ada je kenderaan yang jadikan 2 hala..aku pun tak paham...





Cuaca dah mendung ckit...kami berjalan lagi ke Merdeka Walk..sebelum masuk Merdeka Walk kami ke Stesen Keretapi Medan..nak melintas pergi ke bangunan tuh agak menakutkan..jangan korang nk memain masa melintas..sbb kenderaan sgt banyak, laju dan tak ikut lorong..Stesen ni simple jer..tapi boleh kata besar jugak lah..


Lepas bergambar bagai, kami ke Pejabat Pos Medan..bangunan ni lama dah dibina sejak tahun 1901..berada di tengah2 Kota Medan...


Berhadapan dengan pejabat pos ni adalah Central Bank Indonesia, Medan...mayb cawangan dia kot..bangunan baru..cantik pun cantik gak...mcmana aku penat menaip ni, macam tu la aku penat berjalan...dekat2 cni dah nak masuk Maghrib..


Then, kami ke Merdeka Walk..kat cni baru la nmpak mcm KL ckit..sbb apa..ala2 mcm Bukit Bintang..hahaha...tapi kalau dah mcm kt BB, dah tentu la harga mknan kt cni pun setaraf BB jugak la..seharian berjalan, kami hanya makan roti sekeping dan air mineral botol besar kongsi 2 orang...kami teragak juga la nk beli air Fluppy Oren..saje je nk minum air bergula n sejuk..rasa mcm dah lama tak minum air2 mcm tuh...hahaha


Bila tanya kt kedai tuh harga sebtol air oren tuh Rp10,000...mahalnya..~ tapi orang tu baik, dia kata kalau nk murah beli kt mesin air tuh..Rp7000 jer...kami pun berkejar la pergi kt mesin air tuh...masuk2 duit tak boleh..masuk duit, dia kluarkan balik...kemudian ada org kt kedai lain dia kata mari beli kt kedai dia..mula tanya harga..mana la tahu kot mahal .. aku tanya..

"Berapa ni pak?"
"Rp7000 saja"
"Haaa..??..ok, saya beli!" punya la aku excited, orang tu senyum pelik jer..

Masa meneguk air tu, rasa nikmat sangatttt~


Lepas tuh kami bergerak balik hotel..kami singgah kt Thamrin Plaza dulu makan menu yg sama..hari ni diaorg ada diskaun utk semua jenis makanan dan minuman..nk save duit kan...balik ke hotel, kami naik becak..dah tak larat lagi nak berjalan lagi...

Hari ni penuh dengan berjalan..tapi yang bestnya rasa kalau masuk The Amazing Race best nih..ada calon utk menang nih...mana taknya, mana2 kami pegi pun kami guna map jer..fuhh..penat tapi seronok..rasa mcm nk tertanggal dah kaki nih...badan pun dah bersalut dengan debu..hahaha..


7 comments:

Ren said...

Salam..Best baca ini.
Penceritaan yang semakin detail dan menarik! Best best! Terasa macam nak ge je sana

::alifdalmim:: said...

Janggel,
aku belajar dari kau..hehehe..terima kasih banyak2.

Afif, H. said...

update hari ke 4 yg plg bersejarah...

::alifdalmim:: said...

erk..kenapa?

deaf-angel said...

wah kena pelan2 baca

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



TIARA TOURS said...

HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
TAK ADA EXTRA BAYAR.
TAK ADA TIPU – TIPU !!!
HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)

ITINERAY :

DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

DAY 4 : HOTEL – AIRPORT
AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.


SERVICES TERMASUK :
• TRANSPORT
• PEMANDU PELANCONGAN
• HOTEL 3 BINTANG
• BREAKFAST 3X
• MAKAN TENGAH HARI 3X
• DINNER 3X
• SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
• KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
• MINERAL WATER

BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
TIARA TOURS INDONESIA
JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068

TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

NOTE :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL