Showing posts with label Murid-Murid. Show all posts
Showing posts with label Murid-Murid. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

:: Welcome back to school ::

Assalamualaikum wbt..

Aha! ... harini hari pertama sekolah dibuka selepas bercuti sebulan setengah! diulangi sebulan setengah! hahaha

Tapi cecikgu ni takde lah complete sebulan setengah tu bercuti..mcm aku aritu seminggu cuti still kene datang sekolah masukkan keputusan exam budak ke dalam fail peribadi mereka..kemudian seminggu sebelum kelas bermula meeting bermeetingan di sekolah...dengan slot LDP lagi la...tak cukup sehari meeting..bawa sampai ke hari hari berikutnya...pastu dengan pendaftaran pelajar lagi..

Harini aku bertugas sebenarnya...Kalau ikutkan Program Guru Penyayang masih berjalan mcm biasa..apa ada kt program ni??...ha salah satunya sambut kedatangan murid kat pintu pagar..tak cukup dengan tuh wish la kt diaorang..

"Selamat Datang ke sekolah..."
"Tahniah, kerana anda hadir ke sekolah hari ini.."
"Belajar rajin-rajin..." dsb...

Korang agak aku buat tak??...jeng jeng jeng...

Tapi last year aku ada je buat masa bertugas time balik..masih tuh ingat lagi ayat aku..

"Jalan baik-baik, jalan lari...nampak longkang kang elak.." hahaha...intonasi dengan penuh dedikasi dan sopan santun okkk... hahahaha

Harini..sekolah memang sesesak sesaknya...super sesak...beberapa announcement dibuat suruh parent alihkan kereta yg menghalang kereta cikgu pagi nk balik...parent ni kekadang sesuka hati diaorg je nk parking mana pun..asalkan diaorg senang..sekolah aku ni ada 5 pintu masuk termasuk pintu masuk utama..Guard ada sorang...aku pun pening..nasib baik aku g sekolah jalan kaki je...utk makluman murid tahun 1 yg berdaftar tahun ni seramai 268 orang... :)

Time rehat aku lalu kantin sbb nk g surau nk solat..time tu rasa sesak sangat budak berlari2...bersimpang siur diaorg berlari..ada sekali tuh sorang budak tahun satu ni tegur aku..dia nk tanya sesuatu..katanyaaa

"Acik, dewan kat mana...?"

Ngaaaaaaaa...hahahaha..ACIK??..tergelak besar kawan aku dengar..

Time balik macam biasa la...kes budak2 tak jumpa mak bapak diaorang ni memang ramai...cikgu bertugas jangan harap la dapat balik awal...aku tadi dekat nk pukul 7 baru sampai rumah..nasib la...nama pun cikgu kaaaaaan..hahaha

P.S ; Tahun ni aku tak ajar year one lagi...semua kelas year three...hehehe..best2!



Sunday, September 16, 2012

:: Tak Sampai Sebulan Daah ::


Assalamualaikum wbt..

Adoi hai...busy memanjang je aku ni sampai dah lupa nk update blog..bnyak sungguh entry yang aku skip kan..dengan hari raya, open house semua bagai laa..ckp pasal open house..rasanya start sekolah aritu smpai la Khamis yg lepas...aku asyik mencekik kt rumah org...hahaha..al maklum cecikgu kt sekolah aku ada 104 orang...so, kalau sehari sebuah rumah...mcmana??..padahal raya sebulan jer...aku dgn member aku yg bebujang dan yg ada husband tapi PJJ ni...plan la hari ni ke rumah siapa...esok rumah siapa..lusa ke rumah siapa..smpai ada yg menjemput siap ckp "nnti kitaorg check jadual kitaorg dulu..." gituh!

Tapi yang paling aku nk share adalah persiapan aku menjelang 5 Oktober ni...arghh..

Tak sampai sebulan je lagi...barang hantaran dah hampir setel..tggl sesikit je lagi...bertambah ssh nk jumpa plk minggu depan ada sekolah ganti...next week lagi satu tu plk sekolah aku plk jadi tuan rumah perkhemahan peringkat daerah...aku siap sound awal-awal dekat Ketua Panatia aku..."Kak, saya dah dekat ni kalau minta bekerja setakat hari Jumaat je lah..Sabtu Ahad..saya nk uruskan perkahwinan saya.." cewahh..mengalahkan Guru Besar aku ni..

Goodies utk tetamu...ermm..dah serahkan pada pengilang..tempah dah..tinggal nak ambil je lagi...tapi goodies utk si kecil tu yg tabah tu...memandangkan masa aku beli kad kahwin tu ada free kotak goodies...so, aku guna tu jer..tapi nk memasang tu kotak tu sgt leceh..nasib baik la anak jiran aku tu sudi menolong..hehe

Khemah dah tempah..baju pengantin n pelamin dah tempah..cuma tak buat fitting lagi...aritu org tu call dia kata nnti dia akan bgtahu balik..pelamin pun tak decide nk guna mana..pelamin tu utk bergambar sahaja..hehe..

Perarakan masuk pengantin nnti aku gunakan khidmat pelajar2 tahfiz dkt tempat aku ni utk memukul gendang sambil berselawat...aritu aku tgk ada jiran aku buat mcm tu...sejuk pulak mata memandang..lagipun Uwan aku tak berapa prefer sgt kompang2 bagai ni since ayah aku meninggal..aku pun tak tahu kenapa..malas nk tanya..

Deejay...?! dah..! aku amik kawan aku masa sekolah menengah dulu...melihat kepakaran dia mengendalikan majlis..agak happening...cuma aku ada la demand beberapa syarat..no karaoke n no lagu2 yg tak kene dgn selera aku..aku lg prefer nasyid kot...sbb biar la org yg nak makan tu berselera ckit..muahahaha..

Cakap pasal karaoke...Sabtu lepas aku pergi kenduri kawen kawan aku yg deejay ni...kt kenduri dia ni ada karaoke..ada la sorang Mak Cik ni...dia nyanyi..super 'sedap' ... aku pun tak tahu la samada mak cik ni perasan ke tak...masalahnya org2 yg tgh makan tu ramai yg dok mengata..aku tersenyum smbil sepak2 kaki kawan aku yg dduk sebelah..hehehe..

Oh ya...last week pergi Matta Fair kat PWTC...kononnya nk survey tempat honeymoon..tp hmmm..bawa balik flyers jer...banyak sgt pilihan sampai tak tahu nk pilih mana satu...org ramai tanya.. "adik nak ke mana??" kitaorg jawab "Ntah...tak tahu nk g mana.."

Last! .... minggu lepas masa aku bertugas jaga exam UPSR...pejabat call aku..kerani tanya..."Ust nnti cuti kahwin sampai bila...?" "Ermm...saya rasa mcm nk ambil Khamis, Jumaat dan Isnin..." "Ooo..elok la tuh sebab ada surat sampai pasal kursus pendedahan KSSR B.Arab tahun 3..hari Selasa sampai Jumaat..lps Ustaz masuk sekolah balik..nnti masuk sekolah amik surat atas meja yer." "Ok..." dalam hati menyesal plk tak ambil cuti sampai Selasa...silibus tak abis lagi..dah kene pergi kursus...boring!

Ok...jadi utk rakan2 bloggers ni...saya dengan penuh rasa rendah diri dan berbangga utk menjemput kalian hadir ke Majlis Perkahwinan saya nanti pada 7 Oktober 2012 (Ahad)..pm sy utk dapatkan kad..nnti saya pos..k?!


Jemput datang semua...!!

Thursday, August 2, 2012

:: Dari Sebuah Dompet ::

Assalamualaikum wbt..

Entah macamana la pulak malam ni aku teringat kesah lama...hahaha..

Cerita ni pasal aku, anak murid aku dan keluarga angkat..hehehe...kalau dikenang aku pun tak terfikir boleh jadi sampai macamni..

Kisah bermula bila aku buat latihan Dikir Barat Bahasa Arab..aku buat pemilihan..biasa la ramai yang nak masuk tapi aku kene tapis sebab bukan semua budak boleh tepuk sesama, boleh ikut irama muzik dan sebagainya..

Ada la sorang budak ni..dia beriya sangat nk masuk...tp tak menepati ciri-ciri yang aku nak..so, terpaksa la tolak.ntah mcmana dia pun sangat2 nak masuk..aku ingat nk amik balik la dia..tp dia plk pergi masuk bhgn Tilawah al Quran..so, sebagai penghargaan aku bg la satu dompet percuma bilamana aku beli KFC Combo tu dapat percuma. Dah tu je aku ada..aku nk pakai mcm tak sesuai sbb mmg utk budak2..

Esoknya..aku dpat call dari pejabat ada parent call tanya pasal beg duit tu..parent dia nk sahkan yang betul ke aku yg bagi beg duit tu sebab risau anak dia guna nama aku je..padahal dia curi mana ntah beg duit tu. So, aku pun call balik ibu budak tu dan terangkan balik apa yg terjadi..

Dari situ la antara aku dan family budak tu saling berhubungan..pada pendapat aku..ada sesetangah parent yg suka kacau cikgu bila dpt no phone cikgu..tp mak ayah budak ni takde la mcm tuh..sebenarnya, pada mulanya aku takde la kenal mana pun family budak tuh..tp mak ayah dia mmg orang yang baik2...cara dia didik anak2 dia pun mmg aku berkenan..

Dan anak2 dia plk kat sekolah bukannya budak2 yang nakal..kira takde lah rekod disiplin..sejuk mata memandang..lebih kurang mcm tuh..

Bermula dari aku jemput family tu datang rumah berbuka pada Ramadhan tahun 2009..masa tu aku agak kelam kabut sbb tak expect apa2..punya la gelabah pergi bazaar beli lauk pauk..tapi rupa2 nya ibu budak tu yang aku panggil Kak Nor dan ayahnya Abg Ismail dah siap2 bekalan dari rumah..diaorg pun faham, aku ni bujang dan sekolah petang.mana ada masa nk prepare semua tuh..masa berbuka tuh, aku langsung tak jamah lauk pauk aku beli..sebabnya mi sup dan kuih muih yang diaorg bawa tu sedap..

Lepas tu..mula kitaorg start ziarah menziarah..setiap kali raya mesti ziarah rumah tuh..kebetulan Kak Nor ni jaga anak cikgu yg mengajar kt sekolah aku..cikgu tu sendiri ckp, Kak Nor ni jaga anak dia mcm anak dia sendiri..paling terharu Kak Nor ni takde anak perempuan..bila dia jaga anak cikgu sekolah aku tuh.dia siap susukan sekali budak tuh..kiranya jadi mcm ibu susuan la..

Setiap kali bila lama tak jumpa mesti Kak Nor ni ajak datang rumah..tunang aku pun dah pergi rumah diaorg..Kak Nor dgn Abg Ismail ni siap pesan kt aku..kalau kt sekolah kalau anak2 dia buat nakal ke, apa ke..marah je..kalau patut rotan, rotan je....green light tu! hahaha.. Anak2 nya kalau dengar aku nk dtg rumah mesti tak sabar..semacam excited jer..lagi2 yang sulong tu..asyik tanya Kak Nor, bila Ustaz Adam nk sampai.. :) .. Masa dia bersunat, aku hadiahkan buku kt dia..bukan main seronok lagi..sampai tak kasi adik2 dia yg lain baca..hahaha

Sehingga la tahun lepas, bila Abg Ismail ni dah nak bersara dah..diaorg plan utk balik kampung di Batu Pahat. agak sedih jugak bila kehilangan orang baik mcm tu. sejak dari tu mmg la tak jumpa diaorg..dan baru haritu aku kirim kad raya pada anak2 nya..

Aku senang sangat dapat berkenalan dengan keluarga mcm ni..kan tadi aku ckp akak ni dgn abg ni takde anak perempuan lagi kan?..sebelum diaorg balik ke Johor, kebetulan akak ni tengah sarat mengandung..dan bila bersalin je aku dapat tahu diaorg dapat anak perempuan..suka aku!

Untuk Abg Ismail, Kak Nor dan anak2... Luqman Hakim, Amir Hamzah, Eiman Hafiz, Amar Zakuan dan Baby Girl...Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya..

Ni adalah gambar terakhir kami sebelum keluarga ni balik ke Johor..sorang lagi takde Amar Zaquan..dah tido..


Saturday, May 26, 2012

:: Cuti Dipendekkan ::


Assalamualaikum wbt..

Eh, dashboard blogspot aku dah baru laaa...punya la lama tak masukkan entry baru..baru tahu..hehehe..

Berkenaan dengan cuti aku dipendekkan...ye, memang betul..sepatutnya semua murid dan guru diberikan cuti selama 2 minggu bermula 26hb yang lepas sehingga 10 Jun akan datang..

Tetapi, aku telah dipilih utk menjadi salah seorang pegawai teknikal utk Kejohanan Ragbi MSSM 2012..kebetulan peringkat kebangsaan ni buat kt Negeri Sembilan..so, mmg ramailah guru-guru yang terpaksa memendekkan cuti mereka..hehehe

Spt yang Pengarah Jbtn Pelajaran Negeri sebut..kalau boleh dia nk acara yang berlangsung tu spt Olimpik di Beijing..maksudnya takde kesalahan dan kecacatan yang berlaku..semua smooth je kalau tgk kat tv tu..acara perasmian penutup tu ok jer..bendera, muzik, nyanyian..semua ok..mcm tu lah diibaratkannya..

Tetapi aku masih lagi beruntung sebab aku akan mendaftar sbg pegawai scra rasminya pada 1 Jun nnti..kira ada la masa dlm kurang dr 5 hari bercuti..tp disebabkan aku juga salah seorang guru pengiring kpd sorang student aku yg terpilih ke kebangsaan, aku kene la jgak jenguk menjenguk budak2 yg dalam latihan pusat tu..kene g amik, hantar dia balik nanti..

Bagi cikgu yg terlibat dalam dlm kontinjen negeri dan juga pelajar yg akan mewakili negeri, mereka hanya bercuti selama  sehari setengah iaitu pada 1 Jun sehingga 3 Jun iaitu selesai tamat latihan pusat sebelum mendaftar masuk ke kejohanan sebenar..kesian kan mereka...tapi tak per..bekorban utk negeri tercinta..

Sebenarnya ini adalah kali pertama aku dilantik menjadi pegawai teknikal...sebelum ni langsung tak pernah..mungkin ini kuota aku sbg Pengerusi Teknik Sukan Ragbi Daerah PD..hmmm..aku ok jer..hehehe..semasa taklimat pegawai teknikal haritu di sekolah sukan negeri..diaorang bgtahu apa tugas PT..aku pun ada jgk la isitilah 2 tak faham..hahaha..

Asalnya aku rasa mcm boleh ke aku buat..sbb aku bukan opsyen PJ dan minor aku pun bukan PJ..tetapi memandangkan coach ragbi under 18 tu adalah seorang ustaz di Sek Dato' Abd Razak...so, aku rasa kalau dia boleh buat sesuai yg diluar bidang tugas dia..kenapa aku tak boleh kan..

Lagipun aku bukan budak sukan...tapi bila diberi peluang mcmni rasa mcm teruja dan ada feel a little bit excited..hehehehe...terima kasih..

So, utk tempoh 5 hari sebelum masuk semula ke training camp 1 Jun ni...nilah tempoh utk aku setelkan beberapa hal berkaitan dengan urusan perkahwinan aku..berkaitan kad (tinggal nk confirmkan design n cetak), tempah baju nikah, confirmkan baju bersanding, pelamin utk bergambar, khemah catering..dan mcm2 hal lagi..so, kene planning yg terbaik utk cuti sekolah kali ni...

btw, tunang aku dah start perli...asyik2 ragbi..ragbi..ragbi...hehehe..nk buat mcmana..dah terjebak dengan sukan nih...sabar je lah.. :)

p.s : Selamat bercuti kepada semua guru di luar sana yang sedang menikmati 2 minggu cuti mereka.. :)


Monday, March 26, 2012

:: Bapak ::

Assalamualaikum wbt..

Saje je nk kongsi cerita ni...berlaku dalam kelas tadi..kebetulan budak tak ramai td sbb harini meeting PIBG, so parent ramai tak hantar anak2 dia dtg sekolah..ok tak pelah..tapi antara yg dtg tadi ialah salah sorang anak murid aku..Ieman..

Kebetulan, aku tgk budak ramai dah siap latihan yg aku bagi..so, aku pun rasa mcm sempat je nk tanda buku latihan diaorang..aku panggil nama Ieman..budak dia tembam, berisi sikit, cute..bila sengih sebiji mcm kakak dia sengih..kira sejuk la muka memandang..perangai pulak baik2 jer..

Aku selak..selak...selak lagi muka surat yg belum bertanda...mak aihh..rupanya sejak awal tahun dia nih tak pernah hantar buku latihan (yg cikgu dia plk tak check) ... dia pun mcm terperanjat la sbb takde satu helai muka surat pun yg dah bertanda..

Korang perasan tak skrg ni budak2 zaman la nih..suka ckp "Bapakk lak aii..." "Bapak besar badan dia.." "Bapaakk busuk lah bau sampah nih.." perasan tak?? kira kalimah BAPAK nih merujuk kepada sesuatu yg mcm 'waaahhhhh' gitu lah..terkejut sikit la..

Secara spontan kalimah tersebut kluar dr mulut si Ieman nih dgn tak sengaja depan aku..tp tak abis lagi dia ckp..

"Bap...." tak habis nk dia nk ckp..

"Bapak!..bapak sape?..sape??.." aku plk menyoal..

Eiman td yg da mcm takut..tersengih2 dan berkata.."Bapak saya.."

Hahahahaha...ok fine aku gelak..sbb mcm spontaneous sgt kejadian tu...

(carik gambar Eiman ni dlm laptop..kot2 ada la tertangkap gmbr dia..malangnya tiada..)

Thursday, January 5, 2012

:: Awal Sesi Persekolahan 2012 ::

Assalamualaikum wbt..

Minta maaf la kepada semua reader tegar blog ni (ada ke??..haha) sebab dah lama tak update blog nih...

Ok..sempena awal tahun ni mcm biasalah, kesibukan sedikit disebabkan oleh awal sesi persekolahan..masa pendaftaran murid hujung tahun lepas, aku diminta menggantikan sorang cikgu ni yg bersalin..so, aku kene la kutip duit buku dan menguruskan kelas..aku dah biasa buat kerja nih..

Tapi yang tak disangka, aku diminta menggantikan cikgu ni sebagai guru kelas sampai la dia masuk sekolah setelah dia abis cuti bersalin 90 hari...itu aku tak biasa...hehehe..

1st sekolah...

Seperti biasa, aku diserang oleh ibu bapa yang datang nk membayar duit buku lagi..mungkin hari tu tak sempat nk bayar, so, byr masa hari persekolahan..ada juga yg datang menyerahkan borang maklumat murid..sumpah aku kelam kabut masa nih..! Aku tak pernah jadi guru kelas..

So far masa tuh..semua parent ok...no demanding..kalau ada pun tanya bab2 yg tak berat...except sorang bapak budak nih datang dgn muka garang bdget best..nk tunjuk bagus la kononnya dia lah bapak terhebat di alaf ini dekat parent2 yg lain..nada dan intonasi serta lagak soalan dia tanya kt aku buat aku saket hati..aku respect segala soalan2 dia..tp biarlah bertanya secara bersopan dan beradab dan menghormati aku sbg cikgu mcmana aku aku hormat dia bapak kpd anak murid aku..

Ada ke dia tanya kenapa kelas anak dia kt tingkat atas sekali..tanya la pentadbir knp letak situ..abis takkan la nk bagi budak year one dduk kelas kt atas sekali..kalau semua nk kelas dekat tingkat 1 dan 2..mana la semuat bangunan nih...last2 aku suh dia tanya masa meeting PIBG nnti...kalau aku jadi GB, nak je aku jawab tanya arkitek JKR atau KPM...sabar je la aku masa tuh..

Macam biasa, hari pertama dan kedua ni setelkan buku teks n buku aktiviti budak2 nih..agih2 dulu serta dapatkan jadual waktu diaorg,amik attendance, amik perlatan belajar dr pejabat dan itu dan ini...semua aku kene buat..baru la aku tahu azab jadi guru kelas nih..hahaha..

Yang buat keadaan jadi kelam kabut adalah aku tak mengajar langsung kelas nih...ditambah pulak aku langsung takde mengajar dekat kelas yg bersamaan dengan blok tersebut (Blok D) .. membuatkan aku agak kepenatan kelas ni tingkat 4 .. dan aku terpaksa naik tingkat 4 Blok B dan pergi pulak tingkat 4 Blok D semata2 nk amik kedatangan serta uruskan borang maklumat murid...

Harini..kelas aku semua dekat tingkat atas sekali..tingkat 3 Blok B, tingkat 4 Blok C dan tingkat 4 Blok D...aku rasa tak turun gak berat badan aku tak tahu lah..

Ada lagi seminggu je lagi sebelum guru kelas yg sebenar masuk mengakar seperti biasa...lepas tu aku akan serahkan seratus peratus kt dia..maka tamatlah amanah dan tanggunjawab aku kat kelas tersebut..

Biasalah aku cikgu citer pasal sekolah la awal2 musim persekolahan nih...terima kasih la kerana sudi membaca luahan hati aku nih...hehehe...sekian wassalam.

Thursday, October 27, 2011

:: Tadaaaaa!!...Tukar Opsyen ::

(Entry ni panjang...tapi best utk dibaca..aku mengambil masa 3 hari utk menaip..tak caya..baca lah!)

Assalamualaikum wbt...

Semalam masa aku ke pejabat sekolah..untuk sign kedatangan, ada note yg kerani aku selitkan kat situ..bermakna ada surat utk perhatian cikgu2 nih..kat situ aku tengok ada 2 nama aku..selalu tak pernah lak ada smpai 2..kadang2 takde langsung.

Ada 2 surat utk perhatian aku...satu aku kene jadi guru pengiring utk Majlis Khatam al Quran Perdana peringkat negeri kt Seremban..Katanya nk buat yg terbesar..dianggarkan mencecah 12,000 orang..tak tahu la angka rasmi berapa..

Tapi setakat yg aku pergi aritu boleh tahan gak ramainya...

Surat kedua utk perhatian dan tindakan selanjutnya oleh aku ni agak menakutkan aku..iaitu aku dipanggil utk menghadiri kursus..aku rasa sebelum ni aku dah citer kot. iaitu Kursus Kejurulatihan Ragbi Peringkat MSSMNS..

Hadoii...korang tahukan aku ni pegang ragbi pun jarang..amat jarang..haha..sejarahnya bermula begini..

Nama aku tercicir dalam senarai guru pembimbing aktiviti Sukan dan Permainan sekolah..so, aku diberi pilihan nk masuk mana..aku minta la Tenpin Bowling..dah itu je sukan aku minat (dan agak teror jgk laaa..)haha..selang beberapa lps tuh..aku diberitahu aku ditukarkan ke sukan Ragbi..tension gak aku masa tuh..yelah, aku mana reti main ragbi..aku masa tu aku ni cikgu baru..mana la berani nk lawan..taat je la..terima.

Tak lama lepas tu, aku diminta utk jadi guru pengiring merangkap pengurus pasukan (sebenarnya takde la hundred percent aku mengurus) utk MSSMNS 2010..masa tulah aku agak excited sbb benda ni tak pernah aku buat..

Dalam tahun yang sama, sekolah bgtahu Pjbt Pelajaran Daerah mewajibkan budak year 3 pun masuk Ko-Ku..so, nk tak nak aku kene la ajar bdk2 year 3 ni teori utk bermain ragbi..budak2 ni nmpak mcm aku ni pro..padahal sebelum tu puas la aku buat research kt internet n library..siap pinjam buku Ragbi kt library UIA..hahaha..dari situ la timbul minat..sebab dah tahu sikit kan..

Boleh kata aku ni jadi pemerhati utk sukan ragbi selama 2 tahun..dan 3 kali perlawanan MSSMNS..masa tu aku tengok jer...kadang2 ada gak tanya budak2 nih..apa maksud istilah itu..istilah ini..kenapa mcm tu..kenapa mcm ni...walaupun masa tanya aku buat macho dan ego ckit..hahaha...

So, jurulatih sebenar utk team sekolah aku tu..seorang cikgu pra sekolah..cikgu Hairul..dalam masa yg sama dia dah banyak kali ckp kt aku yg dia tgh apply utk pindah sekolah..rasa nya dah dpt dah..tinggal sekolah tu belum buka secara rasmi je lagi..sekolah baru..dia jgk banyak kali bg hint kt aku kalau dia pindah aku la kene jd coach utk buat satu lagi team lepas nih..hmmm..GPK Ko-Ku aku pun ada ckp bnda yg sama...Tahun ni aku dah diberitahu awal..pasal kursus tuh..mula2 aku suka giler..sebab aku mmg minat try benda pelik aku tak pernah buat..

Zaman sekolah rendah dulu mana la minat bersukan nih..aku still ingat masa zaman aku Prasekolah cikgu suh buat terbang mcm burung terbang..aku je yg agak segan nak buat..dah la taknak buat..siap kutuk budak lain "apa la..tak malu ke diaorang ni..ntah apa2 la diaorg buat.." bolehhh???..hahaha...ada je aku masuk utk selection bola baling...tp tak terpilih.

Zaman sekolah menengah..sekolah aku mana ada PJ!..sekolah agama la katakan..5 tahun tu aku tak bersenam..dok berpeluh sbb berjalan (dan kadang2 berlari) nk ke kelas...waktu petang time riadah aku bersidai kat tembok asrama skodeng orang mahupun bergossip..atau menggangu junior yg sedang bersiap utk ke dewan selera..mungkin juga aktiviti ni aku lakukan bersama Khairil~

Zaman univ plk..ada je sukan...tp bola je la memanjang nyer...aku bukan pandai sgt main bola..ada gak aku masuk pertandingan bola..dan team aku ni team underdog je la..kalau tak silap aku jadi goal keeper...bolos??..jangan cerita!..at least aku berani..haha


yer..goal keeper itu adalah aku!..jgn tak percaya..ada gaya kan??

Goaaaaalllll......No comment..aku tak sengaja..ada orang cbuk tngkap gambar aku..haha

Sejak dah masuk alam perguruan ni..macam2 sukan aku buat..dari melontar peluru hinggalah lompat jauh..bukan buat apa..nk suh budak buat cikgu kene la bg teori dulu..pastu buat contoh..biasanya masa nk dekat sukan sekolah..

Ok..berbalik kepada ragbi tadi..sebenarnya aku suka je dipilih utk pergi kursus tuh..tapi yg membuatkan aku risau n agak cuak banyak bila aku bc isi kandungan surat tu yg berbunyi..

"Guru yang dicalonkan ini adalah guru yang bakal menjadi jurulatih di peringkat sekolah, peringkat MSS Daerah, dan juga peringkat negeri (MSSNS)"

Tak ke aku risau!..aku harap kursus ni aku dpt la menimba ilmu sebanyak yang mungkin..eeeaiii..cuak lak aku.

Aritu diaorang (coach2 ragbi yg dah lama ni la) ckp "eh, bagus la..kito pun dah lamo takdo ustaz yg jd jurulatih ragbi ni kan.." yer lah tuh...lps ni boleh la aku tukar opsyen minor aku...PJK!

Terima kasih kerana membaca...salam hormat dari Coach Adam~ hehehe


Sunday, October 16, 2011

:: Minggu Sukan ::

Assalamualaikum wbt..

Weekend ni free..eh, lupa! pagi Sabtu tu still ada program kt sekolah..Kem Bestari Solat year two..so, kene gak dtg sekolah.takper..kejap je..

Korang tahu dah hampir 4 minggu aku tak dpt masuk kelas yg berada di hari Khamis..sbbnya penuh dgn aktiviti luar.dan ari Khamis juga kelas aku penuh..bg aku rugi..sbb tak dpt kejar silibus subjek.dah plk minggu ni student aku dah start final exam..aku mmg terkejar2 sgt minggu ni sbb nk abiskan silibus.penat!

Khamis lepas, aku hantar budak team ragbi sekolah aku utk MSSMNS under 11..bertempat di Jelebu..nk ke sini jalan dia lebih kurang mcm dekat jalan Bukit Putus yg lama..cuma besar ckit. tp corner2 tu still ada..pergi 3 buah kereta dan rata2 budak2 ni muntah dlm kete...nasib baik kereta aku takde yg muntah..kalau tak nayer jer..

As usual, sekolah aku tak pernah Johan..hahaha...paling tinggi pun Naib Johan Cup..kira Cup tu mcm division satu la..haritu mmg dah nk menang dah..leading 12-10..aku ni terhentak2 kaki aku supaya reff cpt bunyi wisel penamat..mana taknya..mmg dah nak abis dah..

Tapi nk buat mcmana..dah takdir..dkt2 last minit tu la diaorg ni dok main kt kwsan try team sekolah aku..dup dap jantung aku masa tuh.last minit team lawan dpt buat try 5 mata..reff terus bunyi wisel penamat..aku tgk reff pun geleng kepala masa tuh..mana taknya..5 mata try penamat..itu namanya tuah!..aku je tak bertuah..final result sekolah aku kalah 12-15..

Aku dikhabarkan utk pergi menghadiri Kursus Kejurulatihan Ragbi MSSMNS bulan depan..korang cayer tak??aku ni tak pernah pegang bola ragbi pun tak pernah..jgn ckp main..lontar bola ragbi pun tak pernah!..setakat ajar teori je boleh la...aku risau laaaaa...confirm lps ni aku kene buat team ragbi sendiri memandang cikgu merangkap coach ragbi sekolah aku tu dah nk pindah...huaaaa..

Ada gak cikgu2 nih ckp.."Kau pandai ke main ragbi Dam??.." aku yakin jer jawab "Ish, tengok tangan la..." hahaha...hmmm...bila sebut perkara nih terus otak aku blur nk tulis apa lagi...lagi2 plk Ragbi adalah sukan berwatak sekolah aku..bermaksud permainan yg diberi perhatian dgn serius oleh pihak sekolah...bayangkan bertanding mesti ada medal bawa balik..mcmana kalau aku handle jgn ckp tak masuk final, quarter final pun tak sempat..apa aku nk jawab?..tolongg...

-out of ideas-

Semangat tu..mcm main tangkap2 bola plk..

Ni nama dia scrump...aku pun baru tahun lepas tahu..hehe

Tumpang sekaki...terima kasih sbb bg sy medal~



Sunday, October 9, 2011

:: Dari Langkawi ke Melaka Part 2 ::

Assalamualaikum...

Masuk bab jalan-jalan yang kedua..dah sedia?..ok jom!

Selepas berkursus (kursus lagi...) kt Langkawi tuh..aku dijemput..(cewah, tak nak kalah!..) oleh cecikgu Pra Sekolah utk join diaorang bw kekanak tu berjalan ke Melaka..disebabkan tak ramai cecikgu lelaki yg ikut..so, cecikgu lelaki bujang ni dipelawa la..

Ye lah..kalau dah org ajak berjalan free..mau kau nk tolak?..aku setuju jer..tp dgn syarat kena la jaga budak2..no worries..small matter..

Masa taklimat sebelum bertolak, aku pun dapat la 3 orang kanak2 nih sebagai anak angkat aku..secara tak langsung aku menjadi 'bapa segera' hari tuh...teruja gak..tetiba je dpt anak..hahaha...mana2 pergi mesti dgn bebudak ni..apa2 masalah pun akulah sasarannya..pendek kata jgn la berenggang nnti..

Destinasi pertama ke Zoo Melaka...al kisah sebenarnya aku pun da berpuluh tahun tak masuk zoo..kira aku ni tumpang sekaki jgk la..agak excited tp aku control la dpn bbdak...satu persediaan kalau kau orang kt luar sana bawa bdk jenjalan..kau kene buat2 tahu..walaupun tak tahu..pepandai la cari jawapan yg logik..sbb aku banyak kali ditanya..

"Itu apa..." "kenapa dia tido.." "dia makan apa..?"

Satu soalan yg aku rasa aku dah malas nk jawab sgt ada budak nih tanya.."Cikgu, gajah nih makan apa.." terang2 gajah tuh tengah mkn rumput atau tebu masa tuh..dia tanya lagi..aku jawab "dia makan orang!" hahaha..

Kat zoo memang sgt la meletihkan...cecikgu nih dah letih..tp bebudak nih aku tak tahu la diaorg ni minum air tonik apa agaknya..tak reti penat!...kemudian kami je Planeterium MITC..

Aku agak tak percaya kt Melaka ada muzium angkasa lepas mcm tuh...mmg cantik..tapi bila kau bawa budak nih aku tak dpt bc habis2..bdk2 kan cpt boring..pastu ada dia kesah saper naik ke angkasa, spaceship tu diperbuat oleh apa dsb...aku plk main kejar2 dgn diaorg...dpt plk sorang bdk aku jaga tuh hyper plk..tabah~

Ada jugak dia buat tayangan mengenai angkasa lepas..dlm dewan teater yg agak lain dari yg lain..kerusinya berbaring sbb tayanganya kt siling atas tuh...perghh...sebijik mcm kt angkasa lepas...tp disebabkan kerusinya berbaring, aircond plk tuh...ditambah dengan kepenatan kt zoo tadi..aku terlelap..ke, mmg sengaja aku lelap...hahaha..

Destinasi terakhir adalah Menara Taming Sari kt Banda Hilir..time ni super ramai manusia nak naik..ni pun kali pertama dlm sejarah hidup aku naik menara...ye kali pertama..even KL Tower pun aku tak penah naik lagi..KLCC?..setakat Suria KLCC tu penah la..

Dalam bas masa nk balik semua budak tertido..dah budak2..kalau dpt tido, nk kejut bangun mmg susah..dpt plk ada 2 orang budak ni super susah nk kejut bila dah smpai sekolah..cek2..rupanya budak jagaan aku...hmmm..puas la aku kejut..lagi digerakkan badan dia..lagi keras dia peluk badan dia..tinggalkan dlm bas kang aku jugak yg parah..

Lawatan kali ni memang penat...budak2 ni je tak reti penat..tp aku enjoy sbb tempat2 yg dilawati tu semua aku tak pernah n dah lama tak pergi...tp biasalah bawa budak..aku agak lapar jugak aritu...smpai je sekolah aku terus ajak kawan aku makan malam...lapar beb bawa budak jenjalan.

P.S : utk Aiman, Afham dan Shamsul..kita jumpa tahun depan...ni, bapak angkat korang akan ajar korang tahun depan...siaplah..jgn cuba nk main kejar2 dgn cikgu~ hahahaha

Turun je bas terus capture muka anak jagaan aku..takut kalau hilang senang nk carik dah cam muka.haha

Ini dia anak angkat aku...Aiman, Shamsul n Afham the hyper..hihihi

Cecikgu dengan tema baju warna Purple..sebab warna pra sekolah aku...budak2 senang nk cam n carik cikgu dia nnti..

Ready nk masuk Zoo Melaka...Bas 1 dan Bas 2..


Dalam Menara Taming Sari yang boleh berputar tuh...agak excited aku masa nih..




Thursday, September 22, 2011

:: Hati Yang Panas ::

Assalamualaikum wbt...

Pagi Rabu yang lepas aku tak ke sekolah mengajar..sebabnya aku diarahkan ke Jelebu utk menghadiri Kursus Pemantapan Sahsiah dan Integriti Guru Pend. Islam JPNS...sesat barat aku carik tempat kursus tu sbb aku mmg dah lama sangat2 tak pergi Jelebu..bertempat di Pusat Pemantapan Aqidah JAKIM. Kursus selama 2 hari..memang meletihkan..

Baliknya aku singgah kampung.kononnya dah dekat, padahal jauh gak sebenarnya..sbb dah lama tak balik kampung..dlm perjalanan tu aku nk singgah kt pekan K.Pilah sbb nk beli tikar getah utk melengkapkan tikar getah kt rumah PD tu..aku mmg dah aim satu kedai tuh sbb agak murah jgk la..harga paling murah RM6.80 pastu dia bg diskaun lagi RM6.00 dan masa aku bayar dia bagi RM5.80..kira ok la kan..tapi itu dulu!

Semalam masa aku pegi yg jaga kedai tu org lain..aku pun masuk dan terus ckp nk beli tilar getah..staff kedai tuh dgn tak senyum, tak pandang muka aku..tunjuk kat dalam..aku pun terus pegi kt corak tikar getah yg aku beli dulu..aku tnya dia, berapa harga ni..

"RM6.00.."
"tak dpt RM5.80 ke kak?"
"tak..itu last tuh.."
"oh..bukan apa dulu sy beli boleh dpt RM5.80.."
"tak..mmg harga last dia RM6.00" sikit pun tak senyum..dia sambung lagi "dulu beli 3 meter kan?"
"itu masa yg raya..lepas tuh sy beli lagi sekali corak yg sama nih 15meter.."
minah tu diam.nmpkanya dia ingt lagi kali pertama aku dtg kedai tuh..kuat gak ingatan dia.aku pun on je la harga 6 ringgit tu..

Kali ni aku beli lagi 10meter..dipendekkan cerita, masa bayar tuh aku terus bayar RM60..ngam2..lepas tuh dia kata

"Dulu beli dengan siapa dpt RM5.80"
"ermm..mana sy tahu tapi akk tuh dia pakai gaun.." (dlm hati aku tambah, lagi cantik lagi sopan, lagi mesra dari kau)
sekali lagi tak senyum,dah la tak senyum tak pandang muka plk tuh, dia pulangkan aku RM2.maknanya aku berjaya la dpt harga semeter RM5.80..

aku pun senyum la..terima kasih. pastu aku tanya..

"eh, boleh ke ni?.."
"ikutkan tak boleh..tapi tak pe lah..amik je lah.." terus dia blah tanpa menoleh dgn tak ckp terima kasih ke belakang sbb ada sorang lg customer..

aku pun nk beredar..pastu aku teringat ceramah2 masa kursus yg aku pergi tuh..andainya RM2 baki tu bukan hak aku, dan dia tak redha...mati aku!..terus aku patah balik masuk kedai tuh aku ckp agak jerit ckit sbb minah tu kt belakang (sbnrnya aku emo gak masa tuh)..

"Kak, kalau tak boleh amik la balik RM2 nih..sy tak kisah pun.." setakat RM2 pun nk berkira dgn customer..

Kelam kabut dia kata "eh, tak payah..amik lah.."

"Tak per...sy tak nak..sy letak duit ni atas meja.." aku letak duit tu dan terus blah..saket gak hati aku masa tuh..tapi aku sabar jer..

Sebenarnya..

1. Aku sikit pun tak kisah dia letak harga RM6.00 tuh..setakat 20 sen je pun bezanya..malah, masa dia kata tak boleh tuh aku senyap je tanda aku on je dgn harga tuh..

2. Dia yg patut jaga hati customer...bukan aku yg kene jaga perasaan dia..mcm la kt situ ada 1 je kedai mcm tuh..

3. Kalau RM2 tu sebenarnya hak aku mcmana??...

Hati aku agak panas jugak dpt beli kt kedai mcm tuh...sebelum ni staff yg lain ok jer..saket dowh hati aku...pastu smpai rumah aku bawa tido..baru lega..hehehe..lepas ni lengkap la rumah aku yg cantik tuh..hehe


P.S : lepas sehari kursus ni berakhir, aku dpt tahu aku kene pergi satu lagi kursus pemantapan jati diri di Langkawi selama 5 hari..tabah~


Sunday, July 24, 2011

:: Tak Puas Hati..Dengarlah Rintihan Hati Ini ::

Assalamualaikum wbt..

Khamis yang sudah, baru je selesai Majlis Semaian Wahyu peringkat daerah Port Dickson..mcm yang aku perkatakan pada entry yg lepas apa yang ada kt dlm majlis ni adalah salah satunya pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab..

Secara konklusinya sekolah aku menang 3 acara dari 8 acara dipertandingkan..antaranya;

1. Johan Kalam Jamaie (Chorus Speaking B.Arab)
2. Naib Johan Kuiz Tahap 2
3. Tempat Ketiga Dikir Barat Bahasa Arab

Kat sini aku nk menyatakan ketidakpuasan hati aku pada jemaah hakim..mungkin ada orang kata aku tak puas hati sbb sekolah aku tak menang..BUKAN sama sekali.aku cuma hendak memperjuangkan hak budak2 yang selayaknya menang walaupun bukan dari sekolah aku.

Sehari selepas pertandingan rupanya kawan2 aku dari sekolah lain juga masih bercakap pasal keputusan jemaah hakim..banyak kelemahan yang perlu penganjur dan jemaah hakim ni perbaiki..ya, mereka juga manusia tak lari dari membuat kesalahan tapi mereka boleh mengelak dan berusaha utk tidak membuat kesalahan dan berlaku adil.

Aku nak menyentuh pasal acara Dikir Barat B. Arab sebab aku yang melatih budak2 nih..secara jujur, aku ckp nak buat lirik dia aku ambil masa dekat 2 bulan..kalau ada latihan petang tu atau esoknya dah tentu pkul 1-2 pagi baru aku tdo sbb risau dgn latihan budak2 nih..sampai hari pertandingan, aku tawakkal jer..aku tak dapat join diaorg sbb aku hakim acara lain.

Yer, kalau diaorang Johan tahun lepas..mmg aku akui sebab persembahan mereka mantap, tukang karut pun ok..berbeza dgn sekolah aku dan tmpt ke-2..tapi bukan tahun nih.

Kenapa aku mempertikaikan sekolah yg Johan tu tahun ni??sebabnya..

1. Diaorang guna lirik yang lama..tak berubah langsung..aku siap dah hafal bentuk persembahan dia.gaya persembahan pun sama cuma berubah pergerakan diaorg tak serata, tak sama mcm yg thun 2009.(sedangkan aku gunakan lirik baru)

2. Tukang karut diaorng membosankan!..malah ada lagi tukang karut dari sekolah lain yg lebih baik..sekadar menggoyangkan tangan mcm 'Usop Wilcha' (tukang karut sekolah aku lagi happening)

3. Masa persembahan Juara, tukang karut lupa lirik, percussion leka lupa masuk muzik.berkali2 tukang bunyi gong pukul gong tu.nk bgtahu kt si pemukul gendang..itulah persembahan JOHAN!

Kesimpulan yg aku dapat buat, salah satu sebab kenapa daerah Port Dickson tak boleh menyerlah masa peringkat negeri adalah sebab keputusan jemaah hakim yang dah muktamad.

Malah masih ada acara dimana Ketua Hakim semasa menjemput peserta tampil dengan menyebut nama sekolah..ini boleh menimbulkan 'bias' a.k.a berat sebelah sbb terdapat hakim di kalangan sekolah tersebut...

Aku juga perhatikan kebanyakan peserta yang mengambil hadiah tempat pertama semuanya memakai baju sekolah yang mempunyai logo sekolah melambangkan sekolah masing2..aku ada pengalaman tahun lepas yang mana peserta lelaki bercerita sekolah aku pakai uniform sekolah masa pertandingan..hakim ulas, dia boleh dapat no.1 tapi disebabkan dia pakai baju sekolah so, markah banyak kene tolak kt situ..itu aku redha sbb itulah sebetulnya.

Dulu masa meeting dikatanya aku ni mcm first time jadi hakim...tp sekarang aku rasa mcm diaorg pulak yg first time jadi hakim!..masa acara nk bermula takde taklimat ringkas oleh ketua hakim.i mean, berapa minit loceng akan dibunyikan, peraturan lain dsb..aku pun layankan aje..malas dah!

Cadangan aku utk tahun depan.

1. Hakim utk acara yg berbentuk format seperti chorus speaking dan dikir barat seeloknya terdapat hakim yang pakar dalam bidang muzik dan bukannya hakim yang buat2 pandai..biarlah hakim tu seeloknya dari guru sekolah menengah atau daerah lain atau guru sekolah rendah yang betul2 opsyen mereka..

2. Segala peraturan dan perubahan peraturan yg dibincangkan oleh hakim mestilah ada hitam putih dan diedarkan kepada sekolah yang bertanding acara tersebut. supaya jelas, takde kekeliruan dan tiada timbul ketidakpuasan hati selepas itu.

3. Hakim mesti adil!..aku rasa terdapat hakim yang membocorkan soalan kepada sekolah mereka..aku perhatikan ada peserta yang dah siap2 tandakan muka surat pada al Quran..sebab senang nk mencari dan dah tahu soalan mana satu..semasa menggubal soalan, hanya hakim sahaja yang tahu..sedangkan masa mesyuarat mereka dah tanda tangan aku janji hakim.

Kadang2 aku agak malu sebab kebanyak orang yang berperangai mcm ni kebnyak ustaz dan ustazah yang belajar agama dengan mendalam..tidak dinafikan, bukan semua mcm tuh, tapi kerana nila setitik habis susu sebelanga..

Kalau PPD Port Dickson terbaca ni...saya berharap satu perubahan bakal dilaksanakan pada tahun depan..jika, tidak sia2 sahaja program tersebut dijalankan..

Sekian, wassalam.

Tuesday, April 26, 2011

:: Macam-Macam Hal ::

Assalamualaikum wbt..

Ini adalah work list aku dalam masa terdekat ni sehingga penghujung bulan Mei..

1. Lawatan PSS ke PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa - 25 April (dah selesai!)

2. Mesyurat Perlaksanaan Semaian Wahyu peringkat sekolah - 26 April

3. Majlis Perpisahan GPK 1, peringkat sekolah - 28 April

4. Majlis Perpisahan GPK 1, anjuran KKS, Bayu Beach Resort - 29 April

5. Kenduri Kahwin Staf sekolah - 30 April

6. Program 'Jom Terjah Seberang Tambak' - 31 April dan 1 Mei

7. Latihan pasukan Dikir Barat B.Arab sekolah - bermula 3 Mei

8. Temujanji dengan Wanija Honda, service kereta - 7 Mei

9. Ujian Lisan Bahasa Arab - 9 hingga 20 Mei

10. Peperiksaan Pertengahan Tahun (B.Arab) - 12 Mei

11. Peperiksaan Pertengahan Tahun (Jawi) - 13 Mei

12. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah - TBA

13. Kejohanan Ragbi MSSMNS - TBA

14. Peperiksaan Pertengahan Tahun (Subjek lain) - 23 hingga 26 Mei

15. Mark kertas peperiksaan budak2

16. Majlis Semaian Wahyu Peringkat Daerah - TBA



Urghhhh....~ boleh tak lepas tu nk g holiday..? :)


Monday, March 14, 2011

:: Kertas Litmus ::


Assalamualaikum wbt...

Yeay...da cuti sekolah!..tapi tak apa pun nak buat...arituh masa hari Jumaat ending sebelum cuti bermula, kami (tapi sebenarnya aku je) dikejutkan dengan pemantauan dari pihak Jabatan Pelajaran NS akan datang masa buka sekolah nnti..

Kau bayangkan orang datang memantau punca dia kau!..ye, aku!..aku malas nk besar2 kan hal nih..isu dalaman sekolah..tp yang penting aku percaya pihak pentadbir sekolah akan back up aku nnti..huwaaaaa..nk nangis~ GB, tolong saya! ada dua isu..tp aku ni berkait dgn isu kedua..nnti aku akan ulas kemudian..

Cuma apa yang aku nk ckp kt sini..orang 'kita' ni mmg terkenal dgn hasad dengki dan tak boleh tgk orang lain senang..noktah~

----------

Oh, dah tersimpang jauh dari topik asal...nk citer nih..pasal kertas litmus..alah kertas yg boleh tukar2 warna tu..ingatkan?..kita belajar masa sekolah rendah..

Kadang2 aku dan kita rasa ada something yg kita terlepas atau tertinggal akan memberi effect pada kita sampai hari ni...contohnya, disebabkan ada sekali tu, kita terlepas flight, smpai arini kita tak dpt smbung belajar kt luar negara...itu contoh jer..mcm2 la lagi..

Aku pernah rasa situasi mcm tuh..ianya berkenaan dgn kertas litmus..masa aku sekolah rendah dulu, mak aku cukup tak berkenan dan ckup pantang kalau aku tak pergi sekolah..kau bayangkan, mak aku sanggup tarik aku tunggu bas sekolah (sambila aku menangis2..malu!) sebabnya aku tak nak ke sekolah..tp pengecualian diberi if aku sakit or demam atau sebab yang boleh diterima akal la..

Ada satu hari ni...subjek sains..aku tak datang sekolah...dan waktu tuh cikgu sains aku ajar tajuk pasal kertas litmus ni la..bila tukar warna jadi apa..bila kena ni tukar jadi apa..dan point dia skrg aku tak dtg sekolah masa tuh...pendek kata, aku terlepas sesi pengajaran dan pembelajaran pasal kertas litmus tuh..dan effect dia, sampai sekarang haram aku tak tak tahu pasal kertas litmus tu..hahahaha..

Aku agak jeles jugak bila member2 lain tahu pasal tuh..bukan aku tak follow up lepas tuh..tp rasa rugi sangat tak dapat dengar face to face dari mulut cikgu ke telinga pelajarnya sendiri...hurmm..menyesal kemudian tiada gunanya..

Moral of the story, jangan la sesekali anak murid aku yang disayangi tuh cuba utk skip kelas atau sengaja tak dtg kelas..paling aku menyampah alasan tak dtg kelas balik kampung!..mcm tak menyempat2 nk cuti sekolah..kalau balik kampung ada hal2 kematian ke, boleh terima la lagi..ni cuti start ari Sabtu, hari Jumaat diaorg dah cuti..

Sekarang baru aku faham kenapa la doktor2 lecturer aku masa kt Jordan dlu ckup hangin bila ada budak tak dtg kelas..situasi aku sekarang, jangan harap aku nk ulang balik apa aku ajar dlm kelas yang lepas..pandai2 korang la..berdikari sikit..except yang dtg pada aku tanya mcmana..

P.S : kehadiran Jumaat yang lepas sangat mendukacitakan..sebagai balasan cikgu akan bercuti 28 dan 29 ni yer...yabedabedooo~


Friday, February 18, 2011

:: Pemulihan Khas ::

Assalamualaikum wbt..

Tadi petang, aku dengan Farhan, Wan dan Syamil ke pasar malam lepas abis sekolah..biasa lah, nk kejar nasi minyak kt pasar malam tuh..best giler!..tiap2 minggu beli nasi minyak..tak payah nk tunggu kenduri kawen kawan2 nih de..hahaha

Lepas membeli tadi terserempak dengan sorang ex-student aku..puas aku pikir nama dia semula..tapi budak tu asyik terpandang2 kami nih..nk tersengeh2 tapi tak tersengeh2..dia dengan adik dan bapak dia..last2, baru ingat nama dia Fara Asyikin..

Dulu dia bersekolah kt sekolah aku..n aku ni salah sorang cikgu dia..apa yg istimewa dia nih..dia adalah kanak2 istimewa..tp bukan cacat..dia hyper dan senang ckp dia budak pemulihan..

Teringat lagi masa awal tahun dulu dia Tahun 1...cikgu2 ni tak boleh lambat masuk kelas dia sbb takut dia terlepas..dan pintu kelas mesti sentiasa ditutup..sebab takut dia lari keluar..kang merayap ntah g mana..budak2 kelas dia pun dah tahu dah..kalau pintu terbuka je ada yang tolong tutupkan..

Hobi dia adalah mengasah pensel..kadang2 pensel org lain pun dia asah...abis sharpener budak ni dia tibai..satu lagi pergi toilet..itu jgn ckp la..tak bagi kang, takut dia terkucil dalam kelas..masalah plk..

Dia ni boleh kata suka diberi kerja..guru kelas dia dulu bg kerja kt dia..tugas dia tiap2 hari 5 minit b4 balik dia akan kumpulkan bekas2 tong sampah kecik yg atas meja budak2 guna utk asah pensel hantar ke bilik guru...dia dah tahu da..jarum pendek tunjuk nombor 6 jarum panjang nombor 2..dia start la mengumpul benda2 tu...

Dah lama tuh..agak2 dalam bulan 3 kalau dia kluar pun dah tak kisah dah..sebab dah tahu dia gi mana...ada 3 tempat, satu ke toilet..kalau tak ke toilet dia g asah pensel kt tong sampah besar depan kelas lain dan tiga pergi kelas lain jalan2 makan angin...

Dia ni kalau time assembly, dia dduk depan...tapi jgn la korang expect dia akan dduk diam2..dia suka bangun, jalan depan tapak perhimpunan..terjerit2 cikgu2 nih..hahaha

Lepas cuti sekolah dia dipindahkan ke sekolah lain yang ada kelas pemulihan khas..khas utk budak2 mcm dia..erm..da berpisah...tapi tadi masa jumpa, aku kagum juga sebab aku yakin dia masih kenal kt aku lagi..cuma mungkin dia lupa nama aku...lama gak dia pandang2 tadi..

Kagum, budak mcm tu still kenal cikgu dia..ada je budak yg normal masuk kelas biasa..jumpa memana pun haram nk tegur!..at least senyum la kalau segan pun..



Wednesday, February 2, 2011

:: Nak Buat Itu, Nak Buat Ini ::

Assalamualaikum wbt..

Bagi yang menyambut perayaan tahun baru cina, sy ucapkan Selamat Tahun Baru!..

Malam ni saya rasa bersemangat plk nak buat kerja..ntah la, da masuk cuti baru sibuk nak buat kerja..bukan apa, kt sekolah pun ada gak kerja..smpai nk buat kerja lain tu pun susah ckit..lagi2 plk awal tahun ni sangat dan super busy..

Dengan latihan sukan, sambutan program maulidur Rasul, meeting panatia dsb..

Cakap pasal sekolah nih, selain aku ditugaskan untuk membantu melatih budak Ragbi, aku jugak kene latih team Dikir Barat Arab sekolah..masalah skrg lirik tak siap lagi, budak pun takde lagi..padahal budak2 ni super excited dok tnya aku bila nak buat dikir barat..

Skrg plk aku tgh excited nak tubuhkan team nasyid sekolah...tp kali ni nak cuba buat perubahan dgn melatih team nasyid versi English...dah dpt respond baik dr guru English sekolah..skrg nk tggu green light dr Ketua Panatia plk..hehehe..

Tak cukup dgn tuh, aku tgh bersemangat nk buat kertas kerja utk buat penjenamaan semula surau sekolah..memandangkan sekolah aku ada 2 surau, satu surau baru dan satu lagi surau lama yang baru direnovate..so, bnyak kelengkapan tak de..so, CC sekolah dah bg green light suh buat kertas kerja utk mohon peruntukan, tinggal jari aku ni je nk buat ke tak..

Kalau ikutkan aku ni mcm dah merampas kuasa s/u panatia plk..tp aku bkn mcm tuh..sekadar membantu jer...bak kata GPK KoKu aku, guru agama ni bukan shj kene jd aktif, malah proakftif...hehehe..

Aku takde masalah utk membantu selagi mana aku mampu~

Oh yer, baru2 ni aku jgk mula berazam utk menghidupkan balik perpustakaan tu atau dgn kata lebih tepat, lebih menggalakkan murid membaca..so, now aku da mula buat kelas dalam library..lebih kurang 10-15 minit diperuntukan untuk membaca...alah lagipun bukan setiap kelas aku kene buat mcm tu..kene bijak lah, kalau aku rasa kelas tu dah abis silibus diaorg, so no need nk kejar2...kene la jgk bg diaorg rileks b4 masuk new topik kan..

Lagipun budak2 ni masuk library tu mcm masuk taman tema plk happynya..al maklum, jarang masuk~

hah, betapa banyak kerja nk buat...tu lah, bila semangat dtg sumer nak buat..hahaha..yg penting kene pandai uruskan diri sendiri..

Prof. Dr Izi Hj Ali kata (aku dgr dlm radio) sbnarnya bukan tugas kita menguruskan masa, sbb masa tu Allah yg uruskan..kita kene pandai uruskan diri kita dengan masa..hehehe..lebih kurang mcm tu la maksud dia..

Selamat Beramallll...


Tuesday, January 11, 2011

:: 3 Tekun ::

Assalamualaikum wbt..

Kaifa hal lukum???

3 Tekun adalah kelas paling hujung sekali dlm aliran diaorang..3 Tekun kelas ke 8 dari 8 buah kelas..so, kau boleh expect mcmana budaknya..itu tak penting, yg penting semangat diaorg nk belajar..tapi kadang2 hangen jugak bila diaorg tak bw buku..

Dipendekkan cerita..ni kisah baru berlaku semalam..seorang murid aku ni kecik2 jer, nama dia Fadhley Ikmal..gigi kt depan takde..tak berapa hyper active sgt..cuma kelakar tu ada lah jugak..hahaha..tengah syok2 series mengajar nih..aku guide diaorg buat latihan..

Aku : ok, tgk dkt gambar tu..dia tgk bersihkan apa?? (leher)

Murid : leher...

Aku : mcamana nk sebut leher dlm bahasa arab?? (aku bg klu..)

Murid : 'unuqun ...

Aku : pandai~ ..ok skrg tulis dkt tempat kosong tuh..mcmana nak tulis??..ok PERGI BALIK dekat muka surat 3 ... tgk mcmana dia tulis..

Fadhley Ikmal : PERGI BALIK?? ...

Aku : (speechless) dong!


Glosari :

Pergi balik versi aku : refer, rujuk semula

Pergi balik versi dia : balik rumah!


Saturday, January 8, 2011

:: Saya Terpaksa dan Belum Perfect Lagi ::

Assalamualaikum wbt..

Persoalan selama ini (lebih kurang seminggu) akhirnya terjawab juga dalam Mesyuarat Panatia semalam..mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Panatia dan disaksikan oleh Guru Besar..sebelum GB beredar ke mesyuarat yg lain, aku sempat bertanya mengenai kedudukan Subjek Bahasa Arab..akhirnya saya terpaksa melepaskan beberapa murid sy demi kebaikan mereka..

---saya tak nak ulas lanjut..sedih beb!---

Oh..dlm meeting dlm, kami (guru-guru jqaf) ni dihentam baekk punya oleh ada hamba Allah sorang tu...how dare u!

Telinga aku ni merah je menahan sakit dek kata2 dia..padahal, fakta yang diberikan sangat tidak tepat!...

Biar aku jelaskan kat sini...murid2 yang diambil oleh guru2 jqaf ni adalah dikalangan murid2 yang lemah..diulangi sekali lagi..murid2 yang lemah!..so, apa kau expect dr diaorg..nk bc jawi??..bc pun tak boleh lagi..inikan nk tulis..bc Quran??..Iqra' pun ada lagi yg baru bc iqra' 2, 3..nk terus bc Quran??..

Yang baki dr yg lemah ni dah tentu la budak2 yg ada harapan..so, tak le selemah bdk2 yg lemah nih..ish..saketnya hati aku..! apa masalah dia ea??..

Aku tak kisah dia nk kritik,masalahnya kritikan dia tak membina...dah tu kritikan dia mengangkat diri dia jer...dialah terbaik, cara pengajaran dialah terbaik dan paling cemerlang..dia tak tahu ke, guru2 jqaf ni kalau dilihat dr segi lain, membantu dia dlm kelas..bermakna, dia amik n ajar budak2 pandai dan kitaorg ni ajar budak2 lemah!..

Aku ni kalau nk bongkarkan rahsia dia anytime je dpn GB aritu..biar GB tahu mcmana perangai dia sbnarnya...tp aku pkir aku senyap dulu..tgk dlu mcmana dengan tahun nih..

Satu fakta lagi aku nk betulkan, budak2 kt kuaters tu majoriti mengaji dengan aku, dan ada juga yg sesetengahnya mengaji dgn Ustzh Hasni...i am wondering, dia kata 'budak2 berderet mengaji dgn dia' sumer dia ajr cara tu..siapakah gerangan budak2 tu??...

Sabar je lah aku dgn perangai dia...InsyaAllah kebenaran akan terbukti nnti..kau tunggu!


p.s : dalam mengenang aku seorang guru yang agak baru juga...tp dlm meeting mana aku rasa aku tak puas hati..aku tanya jer~ hahaha




Friday, January 7, 2011

:: Dah Lama Tak Membebel ::

Assalamualaikum wbt..

Dah seminggu kelas bermula..btw, minggu ni tak masuk lagi kelas year one sbb diaorg masih lg dlm minggu transisi..so, hanya menyibuk kan diri dengan kelas year 2 dan year 3 shj..

Actually, diaorg ni dah pun setahun atau dua tahun di sekolah rendah..pengalaman pun ok..so, aku pun takde la nk sorok apa2..n bg permulaan ni aku cuba mengelakkan utk tersenyum di permulaan kelas..

Kecuali...ye, kecuali kelas 3 Elit!..aku btul2 da tak mampu nk menahan senyum aku bila aku tgk muka Danish Hakim..hahaha..still teringat lagi bila dia menangis and aku tanya kenapa menangis?...dia jwb "Haiqal dgn budak2 lain panggil sy halusss je.." haha..kebtulan rambut dia potong pendek masa tu..al maklum anak askar~

Parent dia terpaksa tolak tawaran sekolah utk jadikan dia pengawas..bila aku tanya kenapa, dia kata mak dia tak bg jadi pengawas sebab nnti budget lari...ok make sense~

Agak boring sbnarnya bila belajar petang ni, lagi2 belajar bahasa tanpa aktiviti yg menyoronokkan...memang la mula2 tu aku masuk tanpa senyum..agak2 da setengah jam baru la aku try buat2 fun..hahaha..kadang2 aku pun mcm tak percaya aku boleh buat kelakar mcm tuh..hahaha..so nak tak nak, kene la aku create lagu aku sendiri..tone jgn citer, mmg larik giler...aku rasa aku boleh jd penulis lirik la...huhu~

Tadi dalam kelas, aku rasa mcm kagum sgt bila budak ternganga bila aku bagi fakta sains yang agak memeranjatkan mereka...hahaha..ok ckup! tak boleh diceritakan disini...hahaha


p.s : budget bulan ni lari...adoi aiii...mcmana nk buat ni ha~


Saturday, January 1, 2011

:: Aku dan Moral ::

Assalamualaikum wbt..

Selamat menyambut tahun baru 2011...mcmana??tahun baru mesti la semangat baru kan..hehe..ckp pasal baru ni, cabaran pun sumer cabaran baru..tak kira la cabaran baru atau lama..life must go on..

Hari Khamis lepas, aku hadir ke mesyuarat guru kali pertama utk tahun 2011...agak mendebarkan. sebabnya semua task baru2 belaka..dpt jumpa cikgu baru..hehe..terasa mcm diri ni dah super senior plk kt sekolah tuh..hahaha

Actually, lps meeting tu kami ni diberi jadual waktu kelas (kalau yg jadi guru kelas la) dan jadual waktu persendirian..ni yg dinanti2 kan..sebabnya last year aku minta utk ajar year 3..sebab nak bawa budak..i mean budak2 year 3 2011 ni adalah budak2 yang aku ajar sejak diaorg dr year 1 lagi..so, bila kita dpt tgk pencapaian diaorg tu rasa mcm baru tahu mcmana prestasi kita mengajar...

Ok, dapat je jadual waktu, penyelaras tahun 3 yang bagi kt aku..yeay!!..bermakna aku dpt ajar la kesemua kelas year 3 sebanyak 8 buah kelas..lepas tu penyelaras tahun 1 plk bg aku jadual..alamak, aku still kene mengajar year 1..tp hanya 1 kelas je..dan dlm tu ada jugak kelas year 2 sebanyak 4 kelas kalau tak silap..ambik kau...dr year 1 smpai year 3 aku kene ajar..tapi kesemuanya mengikut opsyen aku..iaitu Bahasa Arab..

Tapi hanya year 1 tu aje aku kene ajar Pendidikan Moral ye tuan2 dan puan2..mcm tak percaya..sbb bkn opsyen aku..bila tnya penyelaras..dia confirmkan aku kene ajar moral..hahaha..new challenge! tak terlintas langsung kt fikiran aku aku kene ajar selain dr subjek B.Arab atau P.Agama Islam...sekali dpt P.Moral..

Sebenarnya, aku tak prepare apa pun..dgn silibus subjek tu tak tahu lagi..buku latihan diaorg pun aku tak tahu mcmana..sukatan pelajaran pun tak tahu mcmana..so, Isnin ni da nk kene mengajar dah..bermakna esok nk kene prepare semuanya..harap semuanya berjalan dengan lancar..ameen..

Oklah..ada emergency case nih...nk out dulu..challow bethe...Salam~



Thursday, December 23, 2010

:: Indah-Indah Belaka Part 2 ::

Assalamualaikum wbt...

Hairi Afiq ... muka takde perasaan..haha

Haiqal Luqfi dan Danial Hakim ... 2011 ni diaorg jd pengawas sekolah..

Nur Sherina ... da pindah sekolah..ada juga kenangan..

Aku lupa nama budak sorang nih...ya Rabbanaa..nakal yg amat~

Husmanita ...

Zafran ketawa tak boleh tahan..si Saiful Azim plk suka mengusik dia..

Azim ... mempunyai kembar bernama Azam..

Izzairil Afifi..boleh tido dimana sahaja..asal ngantuk~

Afiq ... ingat lg bila nampak aku dia g nyorok bawah meja masa tlg mak dia jaga kedai jual kuih di Bazar Ramadhan ..hahaha

Say Cheese ~

Ami Hamzah yg cerdik dan Danish Hakem Shah

ok..yg ni aku confius, samada Arif Azhad atau Aqil Azhad..sbb kembar seiras~

Fitrianie Selmie ... malu2~


Aiman dan Syeznur Fairuz Athira ...


Pesanan saya : didik dan jaga betul2 anak2 anda..supaya kelak menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat~