Monday, February 21, 2011

:: Ilmu Hisab ::

Assalamualaikum wbt..

Korang tahu tak, adakalanya matematik dipanggil ilmu hisab..kenapa??..aku pun tak tahu apa yg dihisapnya..mungkin ilmu hisab ni diambil dari Bahasa Arab..iaitu ilmu kira-kira..sebab 'Hisab' jika diterjemahan ke bahasa Melayu adalah kira-kira atau hitung...jadi aku rasa ya, dari situ diambilnya perkataan Ilmu Hisab..

Sekarang, zaman dah berubah..ditukarnya plk kepada Subjek Matematik..dan lepas tuh pulak, sekarang dah tak panggil lagi subjek atau madah atau matapelajaran..sekarang dah ditukar iaitu Disiplin Ilmu...<-memetik kata-kata Guru Besar aku semasa mesyuarat yg lepas..

Aku sangat suka belajar matematik..sangat suka.mungkin sebab iainya menyelesaikan masalah..hehe..jangan tak percaya, dari UPSR, PMR dan SPM..Math aku 'A' ok...hahaha..astagfirullah..

Ada sebab kenapa aku agak terer ckit dlm Math..banyak sebab sebenarnya..tapi yang nak dikongsi kat sini satu jer..pengalaman kannn..

Dulu masa aku sekolah rendah, kebetulan pak busu aku masa tu cikgu praktikum..dan dia plk boleh dapat mengajar dan berpraktikum kt sekolah aku..dia ajar aku PS (sekarang PSV) n PJK..tapi kt rumah dia guru math aku...semalam mesti menghafal satu sifir n sebelum tidur tasmi' kt dia..atau pergi baca depan dia..tak hafal, hukuman dia dia akan tarik sideburn aku..sakit dowh~..melalak pun tak guna, mak aku wat pekak je masa tuh..mak mesti la nak aku jd pandai kan..

Lepas tu, setiap malam juga dia akan bekalkan aku dengan soalan2 Math..sangat banyak..kene buat tiap2 malam..kalau dia check salah..mampos aku kene....

Pernah sekali tuh..dia ni selalunya tiap2 petang akan kluar main tenis...aku pergi senyap2 menyelinap masuk bilik dia..dan carik soalan Math yang akan dia bagi kt aku malam nanti..puas aku carik..last2 jumpa gak..2 helai siot penuh dgn soalan Math..

Aku amik dan aku sorokkan..kalau tak silap aku buang rasanya...hahaha..malamnya aku dengan senang hati la study kt meja belajar aku...tup2..dia bagi jugak soalan Math kt aku...dia buat balik!!..aku pun rasa mcm sia2 je keje aku petang tadi..

Korang nak tahu, sejak aku masuk form 4..aku tak pernah lulus subjek Math..entah kenapa bengap sangat aku masa tuh..hatta ke form 5 sekali pun...tapi kalau dah suka, aku akan buat apa shj..so, b4 trial aku study sungguh..dan masa result trial aku dpt la B4..n masa exam betul2..aku sgt yakin..masa tu terdetik..kenapa la aku tak study betul2 dulu..menyesal kemudian tiada gunanya..hehehe

Mungkin itu salah satu sebab dari banyak lagi sebab2...smpai skrg aku masih lagi minat dgn subjek Math..hatta kalau budak dtg study kt rumah aku, aku ajar diaorg Math dulu dr subjek2 yg lain..

Al Kisahhh...~ sekian...


9 comments:

deaf-angel said...

maths.. ni semua cerita lama la eh..

pasal maths
- aku pernah berhenti sekolah, lepas dah tak sekolah baru bilang parents aku haha
- aku jugak repeat student

tapi pasal maths jugak, aku tahu kira duit hahaha

azlinhasim said...

banyak formula2 math yang akak dah lupa ... kena study balik sebab nak ajar anak2... betul lar... kalau ajar anak2 ni...subjek math akan diberi keutamaan.

::alifdalmim:: said...

Bro.Deaf-Angel,

sy dengar sistem pendidikan dekat Spore lagi strict kan??..1 lg, silibus math dkt sana lagi cepat dr msia..kan?

------

Kak Azlin,

sama la sy kak..tp buku nota masa SPM dulu ada je lagi.hehe..org nmpak skrg biar tak pandai BM,BI tp kalau Math power giler mmg org salute..hehehe

ruffey said...
This comment has been removed by the author.
ruffey said...

eheheee
math ni, kalo yg label dia modern maths ok la.
kalo yg ada perkataan 'add', jadi addmath tu, memang surrender.
form 4 aku slalu fail je, kalo markah stakat angka tunggal (7, 9, even 0) tu perkara biasa.
tapi kalo mod-maths aku rasa takyah belajar pun leh score A, sbb basic dia +-x/ je.

subjek aku ska? Rehat kot. haha

hairilAfif said...

suka math?
jom amek engineering ;)

::alifdalmim:: said...

Ruff,

aku tak penah belajar add-math..sbb aku spm dulu sastera..tapi ada gak rasa jeles dgn mereka2 yg dpt belajar add math..susah n mencabar kn..

Rehat??..no comment~ haha

----------

Afif,

dah terlambat~ haha

hairilAfif said...

amek M. (Eng.) la..
berbaloi2...
haha!

::alifdalmim:: said...

hahaha..

tidak akan dipertimbangkan..sy masih setia pada bidang pendidikan..mayb amik M (Edu) kot..hahaha