Assalamualaikum wbt..
Walaupun hari guru lambat lagi..tapi aku still mcm nk ucap awal jugak..tadi minta route map ke Melaka dr jiran rumah bawah yg keje sbg Polis Trafik..so..lps tu beborak la..lama gak la..sejam lebih amik kau..
antara isu2 yg kami borakkan adalah perihal cikgu2 nih..
Btw, aku nk ucapkan jutaan terima kasih banyak2 kepada semua warga pendidik yg pernah mengajar aku..antaranya :
1. SK Undang Johor (1991-1998);
Kalau nk dilistkan mmg aku tak terdaya..tp antara yg aku ingat Cikgu Zahawiyah..dia pernah lempang aku..sumpah sakit dan berdama gak la..sbbnya aku tak bawa buluh utk buat tabung buluh..pastu, Pn. Azlida..dia pernah campak buku tulis English aku sbb huruf 'i' tidak bertitik kt atas tuh..itu antara yg aku ingat..
ya, masa tu mmg aku hangin..tapi hari aku berterima kasih sbbnya kerana jasa mereka yg buatkan aku menjadi manusia..
2. SM Ren. Agama Gemencheh (1999-2001)
kini sekolah ni telah pupus di muka bumi nih..Tapi jasa cikgu2 mmg bernilai..antaranya pemilihan aku sbg salah seorang ajk penerangan utk model reka cipta subjek KH membuatkan aku masa PMR dapat A..yahooo!!
Lpas tu my mentor..Arwah Ustaz Hamzah..dia ni la yg paling bnyak mendidik aku..menjadi insan berguna, mengenal agama dsb..dia la yg paling banyak merotan aku..sumpah dia rotan mmg sakit..suh berlari tawaf satu musolla beberapa kali disebabkan bangun subuh lambat..
Skrang aku nk ucapkan berbanyak terima kasih kerana tak jemu mendidik aku..tq!
3. Maahad Ahmadi (2002-2004)
sekolah ni lagi la..paling banyak berjasa...semua cikgu la..nk mention satu2 rasa panjang plk..tp antara yg diingati adalah cikgu Math..cikgu Yunos..amik masa tambahan utk kelas Ekonomi Asas..seawal jam 7 pagi..
dan paling ngeri adaah bila kene denda tak dpt jawab soalan Sains oleh cikgu Kamarul Hafiz..dendanya adalah dia bg cium stoking kasut dia..aku rasa masa tu hampir satu kelas kene..Tp..Alhamdulillah, berkat tak melawan, dan tak berdendam dgn cikgu Sains aku A2..dan subjek Sains adalah subjek paling tinggi peratus peningkatan..bangga!hehehe
-------
Point aku kat sini nk bgtahu..mak aku tak penah masuk campur urusan cikgu2 aku mengajar..sbbnya mak aku tahu cikgu buat semua tu nk memastikan kejayaan aku..dan Alhamdulillah skrg inilah hasilnya..
Berbanding ibu bapa sekarang yang mudah sgt melatah dlm perkara yg remeh..anak tak buat kerja, cikgu jgk yg salah..anak main dlm kelas waktu rehat..pastu tercedera..cikgu jg yang dipersalahkan..anak tak bawa buku..cikgu jg kene marah..padahal anak dia yg patut kene marah..
Tak dinafikan ada cikgu yg bertindak luar batasan..tp ibu bapa kene pandai kontrol emosi...jgn terus serang cikgu..
Aku bukan nak back-up cikgu..tp aku nk org pandang tinggi pada martabat cikgu..bukan utk disanjung disembah ke hape..tp ckup la menghormati..kita ada budi bahasa..so, gunakan la sebaiknya...
Ini betul --> tak ramai ibu bapa yg jumpa cikgu ucap terima kasih bila anak berjaya masa akhir tahun..dapat je hadiah, tangkap gambar sana..tangkap gambar sini..tak sempat makan, terus balik..
Btw, terima kasih kepada ibu bapa yang masih menghormati cikgu2..kene ingat cikgu kt sekolah nk jaga beratus org budak..tp ibu bapa kt rumah hanya jaga paling ramai mungkin 10 org anak..situasi itu berbeza..
Minta maaf..sekadar meluahkan perasaan dan kekaguman aku pada cikgu2 aku dulu..
Meniti kehidupan sebagai manusia tua
3 months ago
2 comments:
seumur hidup aku belum pernah lagi cium stokin sesape kecuali aku punya..
aku sebaliknya..
Post a Comment