Saturday, January 8, 2011

:: Saya Terpaksa dan Belum Perfect Lagi ::

Assalamualaikum wbt..

Persoalan selama ini (lebih kurang seminggu) akhirnya terjawab juga dalam Mesyuarat Panatia semalam..mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Panatia dan disaksikan oleh Guru Besar..sebelum GB beredar ke mesyuarat yg lain, aku sempat bertanya mengenai kedudukan Subjek Bahasa Arab..akhirnya saya terpaksa melepaskan beberapa murid sy demi kebaikan mereka..

---saya tak nak ulas lanjut..sedih beb!---

Oh..dlm meeting dlm, kami (guru-guru jqaf) ni dihentam baekk punya oleh ada hamba Allah sorang tu...how dare u!

Telinga aku ni merah je menahan sakit dek kata2 dia..padahal, fakta yang diberikan sangat tidak tepat!...

Biar aku jelaskan kat sini...murid2 yang diambil oleh guru2 jqaf ni adalah dikalangan murid2 yang lemah..diulangi sekali lagi..murid2 yang lemah!..so, apa kau expect dr diaorg..nk bc jawi??..bc pun tak boleh lagi..inikan nk tulis..bc Quran??..Iqra' pun ada lagi yg baru bc iqra' 2, 3..nk terus bc Quran??..

Yang baki dr yg lemah ni dah tentu la budak2 yg ada harapan..so, tak le selemah bdk2 yg lemah nih..ish..saketnya hati aku..! apa masalah dia ea??..

Aku tak kisah dia nk kritik,masalahnya kritikan dia tak membina...dah tu kritikan dia mengangkat diri dia jer...dialah terbaik, cara pengajaran dialah terbaik dan paling cemerlang..dia tak tahu ke, guru2 jqaf ni kalau dilihat dr segi lain, membantu dia dlm kelas..bermakna, dia amik n ajar budak2 pandai dan kitaorg ni ajar budak2 lemah!..

Aku ni kalau nk bongkarkan rahsia dia anytime je dpn GB aritu..biar GB tahu mcmana perangai dia sbnarnya...tp aku pkir aku senyap dulu..tgk dlu mcmana dengan tahun nih..

Satu fakta lagi aku nk betulkan, budak2 kt kuaters tu majoriti mengaji dengan aku, dan ada juga yg sesetengahnya mengaji dgn Ustzh Hasni...i am wondering, dia kata 'budak2 berderet mengaji dgn dia' sumer dia ajr cara tu..siapakah gerangan budak2 tu??...

Sabar je lah aku dgn perangai dia...InsyaAllah kebenaran akan terbukti nnti..kau tunggu!


p.s : dalam mengenang aku seorang guru yang agak baru juga...tp dlm meeting mana aku rasa aku tak puas hati..aku tanya jer~ hahaha




3 comments:

s a L o m a said...

'cikgu berlagak' tu,ajar mengaji, tapi riak nya!!isk

cikgu adam.anggap je orang yang riak rasa dia sentiasa je hebat,sebenarnya lemah dan dengki tengok keupayaan orang lain.kasihan!

::alifdalmim:: said...

Sis,i agreed!...baru terfikir;

"orang yang riak rasa dia sentiasa je hebat,sebenarnya lemah dan dengki tengok keupayaan orang lain."

thanks!

deaf-angel said...

sabar je la..
cikgu or guru ni semua kan, sampai tua bangka, sampai dah meninggal dunia pun, ko boleh jumpa anak2 murid dorang tulis kat facebook, kat internet , doakan untuk guru2 dorang.

ni la satu untung jadi guru / ustaz etc