Sunday, July 24, 2011

:: Tak Puas Hati..Dengarlah Rintihan Hati Ini ::

Assalamualaikum wbt..

Khamis yang sudah, baru je selesai Majlis Semaian Wahyu peringkat daerah Port Dickson..mcm yang aku perkatakan pada entry yg lepas apa yang ada kt dlm majlis ni adalah salah satunya pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab..

Secara konklusinya sekolah aku menang 3 acara dari 8 acara dipertandingkan..antaranya;

1. Johan Kalam Jamaie (Chorus Speaking B.Arab)
2. Naib Johan Kuiz Tahap 2
3. Tempat Ketiga Dikir Barat Bahasa Arab

Kat sini aku nk menyatakan ketidakpuasan hati aku pada jemaah hakim..mungkin ada orang kata aku tak puas hati sbb sekolah aku tak menang..BUKAN sama sekali.aku cuma hendak memperjuangkan hak budak2 yang selayaknya menang walaupun bukan dari sekolah aku.

Sehari selepas pertandingan rupanya kawan2 aku dari sekolah lain juga masih bercakap pasal keputusan jemaah hakim..banyak kelemahan yang perlu penganjur dan jemaah hakim ni perbaiki..ya, mereka juga manusia tak lari dari membuat kesalahan tapi mereka boleh mengelak dan berusaha utk tidak membuat kesalahan dan berlaku adil.

Aku nak menyentuh pasal acara Dikir Barat B. Arab sebab aku yang melatih budak2 nih..secara jujur, aku ckp nak buat lirik dia aku ambil masa dekat 2 bulan..kalau ada latihan petang tu atau esoknya dah tentu pkul 1-2 pagi baru aku tdo sbb risau dgn latihan budak2 nih..sampai hari pertandingan, aku tawakkal jer..aku tak dapat join diaorg sbb aku hakim acara lain.

Yer, kalau diaorang Johan tahun lepas..mmg aku akui sebab persembahan mereka mantap, tukang karut pun ok..berbeza dgn sekolah aku dan tmpt ke-2..tapi bukan tahun nih.

Kenapa aku mempertikaikan sekolah yg Johan tu tahun ni??sebabnya..

1. Diaorang guna lirik yang lama..tak berubah langsung..aku siap dah hafal bentuk persembahan dia.gaya persembahan pun sama cuma berubah pergerakan diaorg tak serata, tak sama mcm yg thun 2009.(sedangkan aku gunakan lirik baru)

2. Tukang karut diaorng membosankan!..malah ada lagi tukang karut dari sekolah lain yg lebih baik..sekadar menggoyangkan tangan mcm 'Usop Wilcha' (tukang karut sekolah aku lagi happening)

3. Masa persembahan Juara, tukang karut lupa lirik, percussion leka lupa masuk muzik.berkali2 tukang bunyi gong pukul gong tu.nk bgtahu kt si pemukul gendang..itulah persembahan JOHAN!

Kesimpulan yg aku dapat buat, salah satu sebab kenapa daerah Port Dickson tak boleh menyerlah masa peringkat negeri adalah sebab keputusan jemaah hakim yang dah muktamad.

Malah masih ada acara dimana Ketua Hakim semasa menjemput peserta tampil dengan menyebut nama sekolah..ini boleh menimbulkan 'bias' a.k.a berat sebelah sbb terdapat hakim di kalangan sekolah tersebut...

Aku juga perhatikan kebanyakan peserta yang mengambil hadiah tempat pertama semuanya memakai baju sekolah yang mempunyai logo sekolah melambangkan sekolah masing2..aku ada pengalaman tahun lepas yang mana peserta lelaki bercerita sekolah aku pakai uniform sekolah masa pertandingan..hakim ulas, dia boleh dapat no.1 tapi disebabkan dia pakai baju sekolah so, markah banyak kene tolak kt situ..itu aku redha sbb itulah sebetulnya.

Dulu masa meeting dikatanya aku ni mcm first time jadi hakim...tp sekarang aku rasa mcm diaorg pulak yg first time jadi hakim!..masa acara nk bermula takde taklimat ringkas oleh ketua hakim.i mean, berapa minit loceng akan dibunyikan, peraturan lain dsb..aku pun layankan aje..malas dah!

Cadangan aku utk tahun depan.

1. Hakim utk acara yg berbentuk format seperti chorus speaking dan dikir barat seeloknya terdapat hakim yang pakar dalam bidang muzik dan bukannya hakim yang buat2 pandai..biarlah hakim tu seeloknya dari guru sekolah menengah atau daerah lain atau guru sekolah rendah yang betul2 opsyen mereka..

2. Segala peraturan dan perubahan peraturan yg dibincangkan oleh hakim mestilah ada hitam putih dan diedarkan kepada sekolah yang bertanding acara tersebut. supaya jelas, takde kekeliruan dan tiada timbul ketidakpuasan hati selepas itu.

3. Hakim mesti adil!..aku rasa terdapat hakim yang membocorkan soalan kepada sekolah mereka..aku perhatikan ada peserta yang dah siap2 tandakan muka surat pada al Quran..sebab senang nk mencari dan dah tahu soalan mana satu..semasa menggubal soalan, hanya hakim sahaja yang tahu..sedangkan masa mesyuarat mereka dah tanda tangan aku janji hakim.

Kadang2 aku agak malu sebab kebanyak orang yang berperangai mcm ni kebnyak ustaz dan ustazah yang belajar agama dengan mendalam..tidak dinafikan, bukan semua mcm tuh, tapi kerana nila setitik habis susu sebelanga..

Kalau PPD Port Dickson terbaca ni...saya berharap satu perubahan bakal dilaksanakan pada tahun depan..jika, tidak sia2 sahaja program tersebut dijalankan..

Sekian, wassalam.

6 comments:

Ren said...

huaaa bestnyer. tahniah untu sekolah ko adam.:)

deaf-angel said...

jangan cakap orang tua, budak2 pun paham kalo ada keputusan bias atau berat sebelah..

nasib baik ko dam...kalo aku dah pergi kat pengadil hakim tu semua..

aku pekik " refereee kayu!! referee kayu !! "

cam kat stadium ramai2.

EnhafF WajDi said...

dah kalah dah la..hahaha

::alifdalmim:: said...

Janggel,

herm..terima kasih..tp aku still tak puas hati..hahaha

-----

Bro. angel, :)

betul!..alamak mcm kt stadium??..

-----

Enhaff,

eh, Asri..lama tak dengar cerita..teringat dulu kisah kau ajar aku syarahan bahasa inggeris dan sbb kau aku dpt no.2!..suka2!

no.2 dari 2 org peserta! TQ

Andik Siti Hadijah said...

Salam tuan,ana pun pernah mengalami nasib yang sama macam sekolah tuan,1 tahun tidak menyertai pertandingan.Pemilihan hakim yang kurang tepat.
Tak tahu nak kata apa..PEMILIHAN HAKIM PERLU TEPAT!-Kalau hakim tiap-tiap tahun sama seperti tahun sebelumnya...alamat..keputusannya macam tulah!

::alifdalmim:: said...

setuju...lagi sy tak puas hati takde meeting post mortem utk jemaah hakim dijalankan...hasilnya..tengok la berapa bnyak daerah sy menang utk negeri baru2 nih..sbnarnya bnyak bnda perlu dibaiki..perlu ditegur, salah satu cara melalui muzakarah..tapi stkt nih masih belum ada muzakarah hakim dijalankan selepas pertandingan.