Thursday, September 22, 2011

:: Hati Yang Panas ::

Assalamualaikum wbt...

Pagi Rabu yang lepas aku tak ke sekolah mengajar..sebabnya aku diarahkan ke Jelebu utk menghadiri Kursus Pemantapan Sahsiah dan Integriti Guru Pend. Islam JPNS...sesat barat aku carik tempat kursus tu sbb aku mmg dah lama sangat2 tak pergi Jelebu..bertempat di Pusat Pemantapan Aqidah JAKIM. Kursus selama 2 hari..memang meletihkan..

Baliknya aku singgah kampung.kononnya dah dekat, padahal jauh gak sebenarnya..sbb dah lama tak balik kampung..dlm perjalanan tu aku nk singgah kt pekan K.Pilah sbb nk beli tikar getah utk melengkapkan tikar getah kt rumah PD tu..aku mmg dah aim satu kedai tuh sbb agak murah jgk la..harga paling murah RM6.80 pastu dia bg diskaun lagi RM6.00 dan masa aku bayar dia bagi RM5.80..kira ok la kan..tapi itu dulu!

Semalam masa aku pegi yg jaga kedai tu org lain..aku pun masuk dan terus ckp nk beli tilar getah..staff kedai tuh dgn tak senyum, tak pandang muka aku..tunjuk kat dalam..aku pun terus pegi kt corak tikar getah yg aku beli dulu..aku tnya dia, berapa harga ni..

"RM6.00.."
"tak dpt RM5.80 ke kak?"
"tak..itu last tuh.."
"oh..bukan apa dulu sy beli boleh dpt RM5.80.."
"tak..mmg harga last dia RM6.00" sikit pun tak senyum..dia sambung lagi "dulu beli 3 meter kan?"
"itu masa yg raya..lepas tuh sy beli lagi sekali corak yg sama nih 15meter.."
minah tu diam.nmpkanya dia ingt lagi kali pertama aku dtg kedai tuh..kuat gak ingatan dia.aku pun on je la harga 6 ringgit tu..

Kali ni aku beli lagi 10meter..dipendekkan cerita, masa bayar tuh aku terus bayar RM60..ngam2..lepas tuh dia kata

"Dulu beli dengan siapa dpt RM5.80"
"ermm..mana sy tahu tapi akk tuh dia pakai gaun.." (dlm hati aku tambah, lagi cantik lagi sopan, lagi mesra dari kau)
sekali lagi tak senyum,dah la tak senyum tak pandang muka plk tuh, dia pulangkan aku RM2.maknanya aku berjaya la dpt harga semeter RM5.80..

aku pun senyum la..terima kasih. pastu aku tanya..

"eh, boleh ke ni?.."
"ikutkan tak boleh..tapi tak pe lah..amik je lah.." terus dia blah tanpa menoleh dgn tak ckp terima kasih ke belakang sbb ada sorang lg customer..

aku pun nk beredar..pastu aku teringat ceramah2 masa kursus yg aku pergi tuh..andainya RM2 baki tu bukan hak aku, dan dia tak redha...mati aku!..terus aku patah balik masuk kedai tuh aku ckp agak jerit ckit sbb minah tu kt belakang (sbnrnya aku emo gak masa tuh)..

"Kak, kalau tak boleh amik la balik RM2 nih..sy tak kisah pun.." setakat RM2 pun nk berkira dgn customer..

Kelam kabut dia kata "eh, tak payah..amik lah.."

"Tak per...sy tak nak..sy letak duit ni atas meja.." aku letak duit tu dan terus blah..saket gak hati aku masa tuh..tapi aku sabar jer..

Sebenarnya..

1. Aku sikit pun tak kisah dia letak harga RM6.00 tuh..setakat 20 sen je pun bezanya..malah, masa dia kata tak boleh tuh aku senyap je tanda aku on je dgn harga tuh..

2. Dia yg patut jaga hati customer...bukan aku yg kene jaga perasaan dia..mcm la kt situ ada 1 je kedai mcm tuh..

3. Kalau RM2 tu sebenarnya hak aku mcmana??...

Hati aku agak panas jugak dpt beli kt kedai mcm tuh...sebelum ni staff yg lain ok jer..saket dowh hati aku...pastu smpai rumah aku bawa tido..baru lega..hehehe..lepas ni lengkap la rumah aku yg cantik tuh..hehe


P.S : lepas sehari kursus ni berakhir, aku dpt tahu aku kene pergi satu lagi kursus pemantapan jati diri di Langkawi selama 5 hari..tabah~


Saturday, September 3, 2011

:: Raya Dulu, Kini..::



Assalamualaikum wbt..

Salam Hari Raya, Minal Aidil wal Faizin..

Raya tahun ni agak biasa shj..sebabnya tak ramai yg balik kampung..2 orang akak aku tak balik, masing2 beraya di rumah mertua mereka..maka tinggallah 2 orang bujang kat kampung ni menolong emak. Ditambah plk mak cik aku yg kt Spore tu tak balik (dia ni nadi kt rumah kampung tu...kalau dia ada mak aku agak senang jgk lah..ada org yg membantu) lagi la mcm sunyi jer..

Raya Pertama dan Kedua aku tak kemana sgt pun..beraya rumah saudara mara yg agak dekat shj..belah arwah ayah dan belah mak aku shj..yg lain dduk rumah tolong mak aku prepare segala bagai utk tetamu dtg..itu la tugas aku dan abang aku...masuk raya keempat dan so on..aku berjalan sakan dgn abang aku...balik tgh malam~ ngeee..

Pagi raya tahun ni..aku buat sedikit perubahan..lepas tahlil dekat surau aku terus ke kubur arwah ayah..bersih apa yg patut n sedekah bacaan Yaasin..alone~ abang aku solat raya kat masjid.kalau tak tu lepas tahlil aku makan dulu..tp mcm lambat jer..terdetik gak kt hati aku masa tuh..what will happen if my father still alive..? hmm..

Percaya atau tak..kt facebook aku tak letakkan gambar raya pun..sebab apa..aku bgtahu kemudian di akhir entry kali nih..hehehe..

Acara bersama dengan family..kami sedara mara ke Melaka main bowling..2 hari berturut2...melampau! hahaha..tapi itu lah sukan family aku..yg boleh mengeratkan hubungan sesama saudara..keputusan dia??..aku??..hehehe..kalau bukan dlm ranking 1,2,3 jgn panggil aku Adam la! cettt~

Semalam, aku keluar beraya dengan kawan2..tahun ni tak ramai pun..knp?..entah lah..mayb masing2 dah ada family besar masing2 kot..dah ada anak bagai..tinggallah kami yg bujang ni berjalan sesama..program pertama, kami ke A Famosa Water World, Melaka..mandi manda smpai kecut..lepas tuh ke Banda Hilir dan terus ke Gemencheh.

Masa di Gemencheh, kami sempat lalu depan sekolah lama kami..Maahad Ahmadi..teringat je zaman bersekolah dulu...kawan aku si Fadhil ada gak ckp dia mcm tak percaya dulu kami boleh survive selama 6 tahun dduk kt situ..dengan takde air..kadang2 cecah 2 minggu..mandi sungai lah..tumpang masjid la..mcm2 laa..

Nak balik, sempat menyinggah ke Tampin, sekali lagi lalu kt depan Pondok Asahan..tempah kami tinggal dan belajar dulu..skrg dah takde apa dah...semua pondok dah dirobohkan sbb pengasasnya dah meninggal dunia..

Berbalik kepada soalan knp tiada gambar raya tahun nih..?

Jawapannya: Aku pakai baju raya 7 tahun lepas!..masih elok lagi what!..dan baju tu student aku dah muak tengok sbb kalau ada event kt sekolah, aku akn pakai baju tuh..tapi so far, takde orang yg tahu itu baju dulu-dulu..haha...lagipun diz year tak ramai family aku yg balik..so, simpan utk next year pulak..hehe

tak per..tolak raya kat Jordan dulu, kira baju raya ni baru 3 Tahun la..


p.s : Takziah utk keluarga Jurukamera BERNAMATv yg terkorban semasa bertugas di Somalia..hiba jugak aku tgk..anak2 masih kecil lagi..kesian sungguh..al Fatihah~





Saturday, August 27, 2011

:: Tiada Lagi Dah ::


Assalamualaikum wbt..

Tiada lagi dah..

1.Peneman makan malam..
2.Bising2 dekat rumah..
3.Berebut bilik air dan toilet..
4.Berebut mesin basuh..
5.Tengok tv bersama-sama..
6.Mengulas laporan sukan bersama-sama..
7.Bunyi hair dryer..
8.Kelibat orang bersolat sunat tahajud di ruang tamu..
9.Selipar yg bersepah-sepah kt depan pintu..
10.Yg nak tolong buang sampah..
11.Orang yg sanggup turun hantar brg yg tertinggal di tngkt 4
12.Dan lain lain lagi..

ini semua gara-gara housemate aku yg merupakan cikgu praktikum dah abis tempoh berpraktikum kt sekolah aku..skrg tinggal lah aku sensorang balik semula..sunyi la lps ni.

Cakap sorang2,nyanyi sorang2, tgk tv sorang2, kemas rumah sorang2, pergi pasar malam sorang2...

Dulu masa diaorg nk masuk terdetik gak kt hati aku ni "yeay..lepas ni boleh la tgk citer hantu malam2..." tapi sepanjang 2 bulan diaorg dduk umah aku..kat tv satu pun tak de tayangkan citer hantu malam2..harem toi..ni agaknya channel Citra lps raya baru la nk tayangkan balik citer2 seram ni..

*Lupa plk aku nk bergambar kenangan dgn diaorg..hmm..

Saturday, July 30, 2011

:: Perbarisan ATM-PDRM dan Hujan Ribut ::

Assalamualaikum wbt..

(Entry ni mungkin panjang berjela...bagi yg tak minat membaca boleh klik pangkah kat atas sana)

Tempat : Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA)
Tarikh : 30 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi - 2.00 ptg
Pelatih Konstabel Polis : 984 orang
Pelatih Parajurit Muda : 2107 orang

Bayangkan kalau sorang pelatih bawa datang paling kurang 3 org ahli keluarga..jadi berapa penonton semuanya?..tp aku nmpk mcm lebih 3 je..yg dtg penuh satu van pun ada..belum tambah yg datang saje2 mcm aku nih...

Sebenarnya mcm 2 entry aku sebelum ni aku ada ceritakan betapa aku excited dpt tgk tentera ni buat rehearsal perbarisan tamat latihan..semalam adalah yg betul2 punya..kebetulan seorang rakan cikgu dekat sekolah aku tuh suami dia Kapten dan dduk di dalam kawasan kuaters kem tentera..so, dia pelawa aku pergi tgk sbb dia pun agak excited nak pergi..

Kelebihan aku nih...aku parking kereta dekat Hotel Selasa Beach Resort dan dia datang ambil..sbb kereta dia ada sticker kem..so, mmg ada priority utk masuk kawasan kem bawa kete..aku kluar rumah pukul 7 pagi..punya excited nak tgk yg betul2..PM, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Besar, KPN, Panglima Tentera turun..so, paham2 la keadaan jalan mcmana..ya Rabbanaa...jem teruk!

Nak dijadikan cerita, pagi tu agak dah mcm nk mendung...aku ingtkan aku dtg pkul 7 ada lagi seat tmpt duduk..rupanya...berpuluh ribu org dah datang dulu dari aku...so, kene la berdiri..sejak jam 7pagi..VIP pertama yg smpai lebih kurang jam 8 lebih..sampai la VIP yg terakhir iaitu PM dtg naik helikopter jam 9pagi..harem jadah penat aku 2 jam berdiri..(itu aku, parajurit muda dgn konstabel polis pelatih yg dr tadi berdiri tegak kt tgh2 dataran tu mcmana la plk)...

PM datang, terus naik Jeep PDRM buat pemeriksaan barisan...masa tuh dah start mendung yg nmpak dgn jelas..masing2 risau kalau tetiba hujan lebat..nasib baik PM berucap kejap jer..lepas dia abis semua dan tentera dan polis buat kawad keluar baris..terus hujan rintik2 dulu..

Pada asalnya aku mcm nak balik terus..tapi diaorg wat pameran plk...pameran tu nmpak mcm gah plk tuh..terus melencong kt bahagian pameran...ada kenderaan pertahanan terbaru PDRM, ATM dan Bomba..baru smpai booth yang pertama booth PDRM (saper nak bayar sama boleh la masa tu)..dah start hujan...nasib baik aku ada bawa surat kabar lama. asalnya nk buat alas tmpt dduk td...itu la aku jadikan payung..tp aku gerak jugak dari booth ke booth walaupun hujan lebat...

Tidak dijangka, sampai je booth ke-3 last hujan punya lebat, selebat lebatnya...angin kuat, sekuat kuatnya..aku pun stay je la kat bhgn khemah Kor Armor Jurutera Diraja (lebih kurang mcm tu la bunyinya..) dari situ boleh tgk keadaan td ok berubah ttba angin kuat giler..aku risau khemah tu melayang jer..kasut aku jangan ckp la..habis basah lencun...air plk dah start bertakung..

Satu perkara yg merisaukan aku lg, kipas berpusing...hahaha..bukan apa aku risau nnti kipas tu tercabut lepas tuh ada plk 'bnda lain' yg tercabut kang..nasib baik la ada sorang askar ni perasan dia suh swtich off lampu dengan kipas..barang2 pameran diaorg terpaksa kemas masuk beg, sbb angin kuat lepas tu air bertakung..org ramai dah start bergerak sbb diarahkan kalau boleh pergi cari tempat berlindung yang lagi selamat...aku plk "haaaa..." mulut dah ternganga..nk pergi mana?

Sampai klimaks aku rasa mcm dah nk tercabut dah khemah tuh..angin super kuat, habis tercabut papan pameran askar tuh..aku plk dok tolong pegang papan yg lagi satu..nasib baik ada sorang askar yg aku rasa mcm senior gak kt situ arahkan anak2 buah dia pegang tiang khemah..

Yang aku tak smpai hati tengok ada budak nih nyenyak je tido bapak dia pegang..nasib baik ada sorang askar nih bagi baju hujan tentera selimutkan..n then dia suh hantar ke tempat yg lagi selamat..masa tu aku terbayang satu kejadian kat Melaka yg mana ribut melanda kawasan peniaga Bazaar Ramadhan..khemah ditiup angin setinggi lampu jalan, paling sedih ada yg terkorban..

Lebih sejam lepas tuh bila dah start hujan dan angin dah reda masing terus keluar khemah..mcm semut!berpusu2 cari jalan keluar..rupanya kat kawasan dlm Pusasda tu je hampir sepuluh pokok besar yang tumbang..melintang jalan..aku pun mcm tak percaya..tp bnda dah berlaku..

Balik rumah..aku tnya housemate aku, kt area Batu 8 Telok Kemang aman damai jer..hujan renyai2 jer..rupanya hujan ribut tu berlaku area Batu 4 n Bagan Pinang shj..ramalan aku la..Semuanya Allah yang tentukan..

Sampai je aku kt kampung, aku tgk berita rupanya kat luar Pusasda lagi hebat teruknya, pokok tumbang atas kenderaan, ada yg terbunuh, bumbung tempat dduk org kenamaan plk melayang..kubah menara masjid melayang, pokok2 tumbang melintang jalan, jalan bertambah sesak, khemah di padang runtuh dan beterbangan (itu yg khemah besar, bayangkan khemah peniaga2 nih plk mcmana kesannya...)

Istighfar banyak2..semua ni Allah yang tentukan, mungkin memberi makna sesuatu..jadi ambillah pengajaran kepada sesiapa yang berkenaan..

Nak tengok gambar??...Jom! Tapi tak banyak (aku terfikir mcmana la diorg sempat merakam video lagi)

Dah macam semut dah...super duper ramai manusia kat sini...mesti parent masing2 bangga anak jadi wira dan wirawati negara..

PM melambai pada hadirin yang hadir..

Sebahagian Parajurit Muda...

Sebahagian Konstabel Muda...

Sebahagian Parajurit Wanita Muda...

Tuan ni adalah ayah kepada salah sorang student aku kt sekolah...

Upacara membaca ikrar taat setia..

Band Pancaragam gabungan ATM dan PDRM..mantap!

Kawasan Pameran..sangat menarik..pameran dia mmg best!..cuma rezeki je takde nk tengok lama2..

Kawasan dataran asrama pelatih yang dah mula ditakungi air..selepas hujan ribut.

Ingatkan satu je yg tumbang...rupanya banyak lagi pokok besar yang tumbang melintang jalan..

>>>

Ada lagi gambar pasal kejadian ribut nih...korang boleh seacrh dekat google atau yahoo dengan keyword 'Hujan Ribut di Port Dickson'...

Semua kuasa di tangan Allah...sama-sama ambil pengajaran dan iktibar..Alhamdulillah kereta aku selamat~

Sunday, July 24, 2011

:: Tak Puas Hati..Dengarlah Rintihan Hati Ini ::

Assalamualaikum wbt..

Khamis yang sudah, baru je selesai Majlis Semaian Wahyu peringkat daerah Port Dickson..mcm yang aku perkatakan pada entry yg lepas apa yang ada kt dlm majlis ni adalah salah satunya pertandingan Dikir Barat Bahasa Arab..

Secara konklusinya sekolah aku menang 3 acara dari 8 acara dipertandingkan..antaranya;

1. Johan Kalam Jamaie (Chorus Speaking B.Arab)
2. Naib Johan Kuiz Tahap 2
3. Tempat Ketiga Dikir Barat Bahasa Arab

Kat sini aku nk menyatakan ketidakpuasan hati aku pada jemaah hakim..mungkin ada orang kata aku tak puas hati sbb sekolah aku tak menang..BUKAN sama sekali.aku cuma hendak memperjuangkan hak budak2 yang selayaknya menang walaupun bukan dari sekolah aku.

Sehari selepas pertandingan rupanya kawan2 aku dari sekolah lain juga masih bercakap pasal keputusan jemaah hakim..banyak kelemahan yang perlu penganjur dan jemaah hakim ni perbaiki..ya, mereka juga manusia tak lari dari membuat kesalahan tapi mereka boleh mengelak dan berusaha utk tidak membuat kesalahan dan berlaku adil.

Aku nak menyentuh pasal acara Dikir Barat B. Arab sebab aku yang melatih budak2 nih..secara jujur, aku ckp nak buat lirik dia aku ambil masa dekat 2 bulan..kalau ada latihan petang tu atau esoknya dah tentu pkul 1-2 pagi baru aku tdo sbb risau dgn latihan budak2 nih..sampai hari pertandingan, aku tawakkal jer..aku tak dapat join diaorg sbb aku hakim acara lain.

Yer, kalau diaorang Johan tahun lepas..mmg aku akui sebab persembahan mereka mantap, tukang karut pun ok..berbeza dgn sekolah aku dan tmpt ke-2..tapi bukan tahun nih.

Kenapa aku mempertikaikan sekolah yg Johan tu tahun ni??sebabnya..

1. Diaorang guna lirik yang lama..tak berubah langsung..aku siap dah hafal bentuk persembahan dia.gaya persembahan pun sama cuma berubah pergerakan diaorg tak serata, tak sama mcm yg thun 2009.(sedangkan aku gunakan lirik baru)

2. Tukang karut diaorng membosankan!..malah ada lagi tukang karut dari sekolah lain yg lebih baik..sekadar menggoyangkan tangan mcm 'Usop Wilcha' (tukang karut sekolah aku lagi happening)

3. Masa persembahan Juara, tukang karut lupa lirik, percussion leka lupa masuk muzik.berkali2 tukang bunyi gong pukul gong tu.nk bgtahu kt si pemukul gendang..itulah persembahan JOHAN!

Kesimpulan yg aku dapat buat, salah satu sebab kenapa daerah Port Dickson tak boleh menyerlah masa peringkat negeri adalah sebab keputusan jemaah hakim yang dah muktamad.

Malah masih ada acara dimana Ketua Hakim semasa menjemput peserta tampil dengan menyebut nama sekolah..ini boleh menimbulkan 'bias' a.k.a berat sebelah sbb terdapat hakim di kalangan sekolah tersebut...

Aku juga perhatikan kebanyakan peserta yang mengambil hadiah tempat pertama semuanya memakai baju sekolah yang mempunyai logo sekolah melambangkan sekolah masing2..aku ada pengalaman tahun lepas yang mana peserta lelaki bercerita sekolah aku pakai uniform sekolah masa pertandingan..hakim ulas, dia boleh dapat no.1 tapi disebabkan dia pakai baju sekolah so, markah banyak kene tolak kt situ..itu aku redha sbb itulah sebetulnya.

Dulu masa meeting dikatanya aku ni mcm first time jadi hakim...tp sekarang aku rasa mcm diaorg pulak yg first time jadi hakim!..masa acara nk bermula takde taklimat ringkas oleh ketua hakim.i mean, berapa minit loceng akan dibunyikan, peraturan lain dsb..aku pun layankan aje..malas dah!

Cadangan aku utk tahun depan.

1. Hakim utk acara yg berbentuk format seperti chorus speaking dan dikir barat seeloknya terdapat hakim yang pakar dalam bidang muzik dan bukannya hakim yang buat2 pandai..biarlah hakim tu seeloknya dari guru sekolah menengah atau daerah lain atau guru sekolah rendah yang betul2 opsyen mereka..

2. Segala peraturan dan perubahan peraturan yg dibincangkan oleh hakim mestilah ada hitam putih dan diedarkan kepada sekolah yang bertanding acara tersebut. supaya jelas, takde kekeliruan dan tiada timbul ketidakpuasan hati selepas itu.

3. Hakim mesti adil!..aku rasa terdapat hakim yang membocorkan soalan kepada sekolah mereka..aku perhatikan ada peserta yang dah siap2 tandakan muka surat pada al Quran..sebab senang nk mencari dan dah tahu soalan mana satu..semasa menggubal soalan, hanya hakim sahaja yang tahu..sedangkan masa mesyuarat mereka dah tanda tangan aku janji hakim.

Kadang2 aku agak malu sebab kebanyak orang yang berperangai mcm ni kebnyak ustaz dan ustazah yang belajar agama dengan mendalam..tidak dinafikan, bukan semua mcm tuh, tapi kerana nila setitik habis susu sebelanga..

Kalau PPD Port Dickson terbaca ni...saya berharap satu perubahan bakal dilaksanakan pada tahun depan..jika, tidak sia2 sahaja program tersebut dijalankan..

Sekian, wassalam.