Monday, April 26, 2010

:: Superpenat ::

Assalamualaikum wbt..

Al kisah..semalam dpt tugasan hantar budak sekolah ke pertandingan MTAQ peringkat negeri..bertempat di SMK Bukit Jalor..perjalan dari Port Dickson lebih kurang 90km...majlis bermula pkul 8.30 dan pendaftaran peserta pkul 7.30 pagi..dan kami bertolak dari PD pukul 5.30 pagi..huarrghhh..ngantok!..aku kluar rumah nk amik budak kat kompleks penginapan KPM pkul 4.30 pagi..

Kontinjen PD (guru pengiring dan peserta) dan ready da..asalnya aku tak drive kereta aku sbb mcm terlebih kereta jer..tgk2 ada satu kereta ustaz tu tayar pancit plk..so, kene la bawa kete aku...aku ok saje..

Result : Kontinjen PD sorang wakil negeri ke kebangsaan dan 2 orang lagi tempat ke-2...itu sek rendah..sek men nampaknya pulang tgn kosong..eh, ada dpt sijil...

Sampai kt rumah semalam pukul 5.45 petang...terus tido...smpai la maghrib..lps mark paper ujian budak...tak setel2 lagi..

-------------

Pagi ni buka email...dpt email dr sorang peg. HEP...dia bagi dateline hantar maklumat yg dia nak a.s.a.p seblum khamis...yg aku hangen...budak2 lain sorang pun tak bagi maklumat diaorg kt aku lagi...so, aku la kene sms diaorg sorang2...yg berbalas hanya la 3 org..yg lain harammm..

Bukan apa...pegawai tu kata..kalau tak de maklumat tu..maka tiadalah interview oleh SPP utk DG41..ikutkan hati nk je hntar mana mklumat yg da lengkap..yg tak lengkap tuh mereka pepandai sendiri la..tp tu la..hati ni bukan la sekejam itu...haha

Luahan perasaan : aku bukan ketua unit...tp aku pun tak taw mcmana pegawai tu boleh minta tlg aku carikan maklumat bdk lain..aku tak kisah..aku boleh buat..mslhnya..budak lain sungguh payah nak bg kerjasama..diaorg ni mcm pahat...sekali ketuk..sekali berbunyi...kalau tak berketuk..hermm..haram nak berbunyi...tp ada je yg tak ketuk pun berbunyi...hahaha..sape ketuk??aku pun tak tahu...


Friday, April 23, 2010

:: Kerja Kosong ::

Assalamualaikum wbt..

Aku bukan la pemalas..tp hampir menjadi pemalas..hahaha..minggu ni da berakhirnya minggu ujian utk bebudak nih..dan mula cecikgu ni sibuk dan lagi menyibukkan diri mereka dengan kertas test budak utk ditanda..(wah..amat panjang ayat aku)

Seperti biasa..aku (dan cikgu subjek B.Arab yg lain) kene la menanda kertas ujian budak2 ni lebih dr sepuluh kelas...kali ni aku akan tanda 12 buah kelas..tabahhh!

Bila masuk bilik guru td..tgk atas meja buku aktiviti budak pun tak abis mark lagi..ditambah lagi dengan kertas ujian budak ni..lps tu buat analisa markah..cikgu kelas pulak kene buat headcount..

Budak2 lagi la kesian..asyik exam jer..tp kalau tak exam..takkan berusik buku-buku diaorg tu..esok ada sekolah ganti..minggu ni cuti sehari jer..nasib badan...hahaha

Point aku kat sini...bukan kerja kosong atau tawaran kerja utk menanda kertas ujian budak2 aku..tp aku nk ckp..Sape kata keje cikgu ni senang???


P.S : aku geram giler td kat Haiqal Luqfi...sebabnya sifir dua pun tak hafal lagi..


Tuesday, April 20, 2010

:: Aku Tak Kira.. ::


Assalamualaikum wbt..

Aku tak kira...aku nk cakap jugak..

arini aku berjaya basuh baju aku sendiri....unbelievable!! ;D

tu je aku nk cakap..


Sunday, April 18, 2010

:: Tak Disangka ::

Assalamualaikum wbt..

Aku tak tahu nk ckp apa..cuma aku betul2 rasa kehilangan..terutamanya kpd housemate aku dari Sabahan yg da balik ke maktab selepas abis praktikum..sunyi sudah rumahku..

Lepas tu, rumah depan aku yg juda da kluar..pun sama jugak, cikgu2 praktikum..tingkat 4 tu kini aku je yg ada..sunyi+bosan...

Ditambah pula dengan kawan2 a.k.a junior aku masa sek pondok dulu yg semalam tido rumah aku selepas berjalan2 seharian di Melaka...hampir sepuluh tahun tak jumpa..bila jumpa rasa bersyukur sangat..tak tahu nak ckp apa..dan sudah tentu perbualan kami panjang berjela..

Adam yg lonely~ huhuhu ;D


Friday, April 16, 2010

:: Terima Kasih Cikgu ::

Assalamualaikum wbt..

Walaupun hari guru lambat lagi..tapi aku still mcm nk ucap awal jugak..tadi minta route map ke Melaka dr jiran rumah bawah yg keje sbg Polis Trafik..so..lps tu beborak la..lama gak la..sejam lebih amik kau..

antara isu2 yg kami borakkan adalah perihal cikgu2 nih..

Btw, aku nk ucapkan jutaan terima kasih banyak2 kepada semua warga pendidik yg pernah mengajar aku..antaranya :

1. SK Undang Johor (1991-1998);

Kalau nk dilistkan mmg aku tak terdaya..tp antara yg aku ingat Cikgu Zahawiyah..dia pernah lempang aku..sumpah sakit dan berdama gak la..sbbnya aku tak bawa buluh utk buat tabung buluh..pastu, Pn. Azlida..dia pernah campak buku tulis English aku sbb huruf 'i' tidak bertitik kt atas tuh..itu antara yg aku ingat..

ya, masa tu mmg aku hangin..tapi hari aku berterima kasih sbbnya kerana jasa mereka yg buatkan aku menjadi manusia..

2. SM Ren. Agama Gemencheh (1999-2001)

kini sekolah ni telah pupus di muka bumi nih..Tapi jasa cikgu2 mmg bernilai..antaranya pemilihan aku sbg salah seorang ajk penerangan utk model reka cipta subjek KH membuatkan aku masa PMR dapat A..yahooo!!

Lpas tu my mentor..Arwah Ustaz Hamzah..dia ni la yg paling bnyak mendidik aku..menjadi insan berguna, mengenal agama dsb..dia la yg paling banyak merotan aku..sumpah dia rotan mmg sakit..suh berlari tawaf satu musolla beberapa kali disebabkan bangun subuh lambat..

Skrang aku nk ucapkan berbanyak terima kasih kerana tak jemu mendidik aku..tq!

3. Maahad Ahmadi (2002-2004)

sekolah ni lagi la..paling banyak berjasa...semua cikgu la..nk mention satu2 rasa panjang plk..tp antara yg diingati adalah cikgu Math..cikgu Yunos..amik masa tambahan utk kelas Ekonomi Asas..seawal jam 7 pagi..

dan paling ngeri adaah bila kene denda tak dpt jawab soalan Sains oleh cikgu Kamarul Hafiz..dendanya adalah dia bg cium stoking kasut dia..aku rasa masa tu hampir satu kelas kene..Tp..Alhamdulillah, berkat tak melawan, dan tak berdendam dgn cikgu Sains aku A2..dan subjek Sains adalah subjek paling tinggi peratus peningkatan..bangga!hehehe

-------

Point aku kat sini nk bgtahu..mak aku tak penah masuk campur urusan cikgu2 aku mengajar..sbbnya mak aku tahu cikgu buat semua tu nk memastikan kejayaan aku..dan Alhamdulillah skrg inilah hasilnya..

Berbanding ibu bapa sekarang yang mudah sgt melatah dlm perkara yg remeh..anak tak buat kerja, cikgu jgk yg salah..anak main dlm kelas waktu rehat..pastu tercedera..cikgu jg yang dipersalahkan..anak tak bawa buku..cikgu jg kene marah..padahal anak dia yg patut kene marah..

Tak dinafikan ada cikgu yg bertindak luar batasan..tp ibu bapa kene pandai kontrol emosi...jgn terus serang cikgu..

Aku bukan nak back-up cikgu..tp aku nk org pandang tinggi pada martabat cikgu..bukan utk disanjung disembah ke hape..tp ckup la menghormati..kita ada budi bahasa..so, gunakan la sebaiknya...

Ini betul --> tak ramai ibu bapa yg jumpa cikgu ucap terima kasih bila anak berjaya masa akhir tahun..dapat je hadiah, tangkap gambar sana..tangkap gambar sini..tak sempat makan, terus balik..

Btw, terima kasih kepada ibu bapa yang masih menghormati cikgu2..kene ingat cikgu kt sekolah nk jaga beratus org budak..tp ibu bapa kt rumah hanya jaga paling ramai mungkin 10 org anak..situasi itu berbeza..

Minta maaf..sekadar meluahkan perasaan dan kekaguman aku pada cikgu2 aku dulu..

Aku, memang kuat membebel..