Saturday, May 26, 2012

:: Cuti Dipendekkan ::


Assalamualaikum wbt..

Eh, dashboard blogspot aku dah baru laaa...punya la lama tak masukkan entry baru..baru tahu..hehehe..

Berkenaan dengan cuti aku dipendekkan...ye, memang betul..sepatutnya semua murid dan guru diberikan cuti selama 2 minggu bermula 26hb yang lepas sehingga 10 Jun akan datang..

Tetapi, aku telah dipilih utk menjadi salah seorang pegawai teknikal utk Kejohanan Ragbi MSSM 2012..kebetulan peringkat kebangsaan ni buat kt Negeri Sembilan..so, mmg ramailah guru-guru yang terpaksa memendekkan cuti mereka..hehehe

Spt yang Pengarah Jbtn Pelajaran Negeri sebut..kalau boleh dia nk acara yang berlangsung tu spt Olimpik di Beijing..maksudnya takde kesalahan dan kecacatan yang berlaku..semua smooth je kalau tgk kat tv tu..acara perasmian penutup tu ok jer..bendera, muzik, nyanyian..semua ok..mcm tu lah diibaratkannya..

Tetapi aku masih lagi beruntung sebab aku akan mendaftar sbg pegawai scra rasminya pada 1 Jun nnti..kira ada la masa dlm kurang dr 5 hari bercuti..tp disebabkan aku juga salah seorang guru pengiring kpd sorang student aku yg terpilih ke kebangsaan, aku kene la jgak jenguk menjenguk budak2 yg dalam latihan pusat tu..kene g amik, hantar dia balik nanti..

Bagi cikgu yg terlibat dalam dlm kontinjen negeri dan juga pelajar yg akan mewakili negeri, mereka hanya bercuti selama  sehari setengah iaitu pada 1 Jun sehingga 3 Jun iaitu selesai tamat latihan pusat sebelum mendaftar masuk ke kejohanan sebenar..kesian kan mereka...tapi tak per..bekorban utk negeri tercinta..

Sebenarnya ini adalah kali pertama aku dilantik menjadi pegawai teknikal...sebelum ni langsung tak pernah..mungkin ini kuota aku sbg Pengerusi Teknik Sukan Ragbi Daerah PD..hmmm..aku ok jer..hehehe..semasa taklimat pegawai teknikal haritu di sekolah sukan negeri..diaorang bgtahu apa tugas PT..aku pun ada jgk la isitilah 2 tak faham..hahaha..

Asalnya aku rasa mcm boleh ke aku buat..sbb aku bukan opsyen PJ dan minor aku pun bukan PJ..tetapi memandangkan coach ragbi under 18 tu adalah seorang ustaz di Sek Dato' Abd Razak...so, aku rasa kalau dia boleh buat sesuai yg diluar bidang tugas dia..kenapa aku tak boleh kan..

Lagipun aku bukan budak sukan...tapi bila diberi peluang mcmni rasa mcm teruja dan ada feel a little bit excited..hehehehe...terima kasih..

So, utk tempoh 5 hari sebelum masuk semula ke training camp 1 Jun ni...nilah tempoh utk aku setelkan beberapa hal berkaitan dengan urusan perkahwinan aku..berkaitan kad (tinggal nk confirmkan design n cetak), tempah baju nikah, confirmkan baju bersanding, pelamin utk bergambar, khemah catering..dan mcm2 hal lagi..so, kene planning yg terbaik utk cuti sekolah kali ni...

btw, tunang aku dah start perli...asyik2 ragbi..ragbi..ragbi...hehehe..nk buat mcmana..dah terjebak dengan sukan nih...sabar je lah.. :)

p.s : Selamat bercuti kepada semua guru di luar sana yang sedang menikmati 2 minggu cuti mereka.. :)


Saturday, April 14, 2012

:: al Zilzal a.k.a Earthquake a.k.a Gempa Bumi ::

Assalamualaikum wbt..

11 April 2012..sekali lagi kita dikejutkan dengan gempa bumi di Acheh sekuat 8.9 ... dan amaran Tsunami pun dikeluarkan oleh beberapa negara termasuk Malaysia..masa kejadian ni cuti umum sempena pertabalan DYMM SPB Yang Dipertuan Agong...so, aku amik kesempatan ni pergi bercuti ke Melaka..PD - Melaka bukan jauh sgt pun...sejam dah sampai..

Plan asal nk tgk wayang dgn kawan...asalnya nk tgk Titanic 3D..tp cancel sbb lmbt smpai..so, tgk la filem melayu..lepas abis tgk wayang kawan aku yg sama dduk PD msg kt aku..katanya gini la lebih kurang..

"weh, kau kt mana tu?.risau plk aku bila dinasihati menjauhi persisir pantai.." aku pun mcm pelik..kejadahnya budak ni..kene halau tak bg mandi kt pantai..tp ada gak rasa mcm tak sedap hati..terus call..

Loor...rupanya masa aku tgh tgk wayang tuh berita pasal gempa bumi kt Acheh da pun tersebar..so, warga PD yg kebanyakkan rumahnya di persisir pantai dinasihatkan menjauhi kawasan tersebut..

Tp aku pkir takde la serius sgt..sbb masa dlm kereta nk balik PD radio plk ada berita terkini pasal ni..tak sebut pun kwsn n.sembilan ni turut terjejas..lepas tu bertalu2 msg dr kengkawan masuk inbox hp aku..bgtahu hal yg sama..

Menambah kecuakkan aku...nk balik PD ni kene lalu persisir pantai Melaka..hahaha..n mak kpd kawan aku plk call suruh terus balik..tak payah singgah memana..masa dah nk smpai PD kawan aku call..bgtahu semua pljr Kolej Uniti yg letaknya kt tepi pantai tuh dah dipindahkan keluar..sama jgk dgn ada sebuah sekolah agama nih..semua budak asrama dibenarkan pulang serta merta..kebanyakkan budak2 Politeknik semua dah cabut pergi Seremban..kira masa tu malam kt tempat aku lengang n sunyi jer..hehe

Kawan aku call..dia tanya aku nk pergi mana..aku jawab..dduk rumah je la..pelik dia sbb rumah aku dengan pantai sangatlah dekat...buka tingkap mmg nmpak laut laa..tp aku pkir sbb aku dduk tingkat 4 dan kawasan kuaters guru tu plk mmg betul2 atas bukit..ikut teori aku mcm selamat la jgk kot..mengikut teori manusia, tsunami dijangka tiba di PD jam 2 pagi waktu tempatan..kau bayangkan cuak tak cuak masa tuh...tp tgk berita pukul 10 kebnyakan amaran tsunami ditarik balik...so, Alhamdulillah..nyenyak jgk la aku tido...

OK...cerita pasal gempa bumi ni...kali pertama ku rasa gempa bumi ni adalah masa aku kt Jordan..citer dia simple..masa tu musim sejuk..dan malam sangat panjang..dan kalau tak silap aku masa tuh aku dgn beberapa org bdk Malaysia nih pergi ke cyber cafe..al maklum..zaman aku dulu bdk melayu tuh takde lagi pasang internet kt rumah masing2..mahal nk mampos masa tuh..

So, masa tgh syok2 update Friendster..(masa tuh zaman kegemilangan Friendster) .. tetiba meja komputer aku tuh bergegar..dlm hati aku ckp "saper plk naik tangga ni tak reti naik perlahan2.." masa tu cyber cafe tu tingkat 1 atas kedai..

Yg peliknya lama plk tuh..tp masa tuh masing2 mcm takde perasaan jer..padahal masa tuh dengan meja, dengan komputer semua dah bergegar..tetiba ada sorang Arab ni naik dgn tergesa2..dia ckp "Ya Shabab...zilzal..zilzal...!!...yaAllah...inzil..inzil.." Arab ni pelik sbb bdk2 Melayu boleh stay takde perasaan..dia kata.."Weh budak2...gempa bumi laa!!...cepat turunn!" lebih kurang mcm tuh laa...

Bila kami turun jer..rupanya kami tgk semua org dah ada tepi2 jalan..keluar bangunan...rupanya yg bergegar td adalah gempa bumi..semua dah ready kluar dr premis masing2..yg kami ni mana la pernah rasa gempa bumi tuh mcmana...tu sbb mcm takde perasaan jer..hahaha..

Masa tuh bila budak melayu lain berkumpul semua sibuk cerita pasal kejadian nih..korang tahu kalau org ckp gegaran berlaku selama beberapa minit mcm 2 ke 3 minit itu sangaaaaat lamaa!..ini kan plk 5 minit...mana bangunan tak runtuh..seriau aku bila kenang balik..Nauzubillahi min zalik..syukur lah negara kita jarang ditimpa kejadian mcm tuh..

Tuesday, March 27, 2012

:: Pantun Cecikgu ::

Assalamualaikum wbt..

Saje je nk releasekan tension ni..td ada training rugbi..Khamis ni ada friendly match...saket jiwa aku dgn bebudak ni..

Ni aku nk bgtahu...aritu aku ada la tengok ada sampul surat dari seorang cikgu ni kepada seorang lagi cikgu...dkt sampul tu ada la sekerat pantun yg berbunyi..


"Pecah Kaca Pecah Gelas,
Sudah Baca Sila Masuk ke Kelas!"


hahaha...nampak sangat pantun cecikgu kan??!


Monday, March 26, 2012

:: Bapak ::

Assalamualaikum wbt..

Saje je nk kongsi cerita ni...berlaku dalam kelas tadi..kebetulan budak tak ramai td sbb harini meeting PIBG, so parent ramai tak hantar anak2 dia dtg sekolah..ok tak pelah..tapi antara yg dtg tadi ialah salah sorang anak murid aku..Ieman..

Kebetulan, aku tgk budak ramai dah siap latihan yg aku bagi..so, aku pun rasa mcm sempat je nk tanda buku latihan diaorang..aku panggil nama Ieman..budak dia tembam, berisi sikit, cute..bila sengih sebiji mcm kakak dia sengih..kira sejuk la muka memandang..perangai pulak baik2 jer..

Aku selak..selak...selak lagi muka surat yg belum bertanda...mak aihh..rupanya sejak awal tahun dia nih tak pernah hantar buku latihan (yg cikgu dia plk tak check) ... dia pun mcm terperanjat la sbb takde satu helai muka surat pun yg dah bertanda..

Korang perasan tak skrg ni budak2 zaman la nih..suka ckp "Bapakk lak aii..." "Bapak besar badan dia.." "Bapaakk busuk lah bau sampah nih.." perasan tak?? kira kalimah BAPAK nih merujuk kepada sesuatu yg mcm 'waaahhhhh' gitu lah..terkejut sikit la..

Secara spontan kalimah tersebut kluar dr mulut si Ieman nih dgn tak sengaja depan aku..tp tak abis lagi dia ckp..

"Bap...." tak habis nk dia nk ckp..

"Bapak!..bapak sape?..sape??.." aku plk menyoal..

Eiman td yg da mcm takut..tersengih2 dan berkata.."Bapak saya.."

Hahahahaha...ok fine aku gelak..sbb mcm spontaneous sgt kejadian tu...

(carik gambar Eiman ni dlm laptop..kot2 ada la tertangkap gmbr dia..malangnya tiada..)

Sunday, March 25, 2012

:: Sedihnya..semoga berjumpa lagi Z610i ::

Assalamualaikum wbt..

Handset saya hilang. sedihnya...dah banyak jasa handset tuh..walaupun ada rasa nk tukar tp berat hati lagi sbb handset tu orang yang bagi..hadiah katanya.

Apa yg istimewa handset tu bg sy??

1. Orang yg hadiahkan.
2. Banyak phone number kengkawan n sedara mara dlm tuh
3. Banyak mklumat yg sangat2 penting dlm tu
4. Phone tu dibeli di Jordan. Dah tentu la kt keypad dia ada tulisan arab.
5. Saya dah pakai dr tahun 2007-2012

Lagi2 pulak lepas ni nk contact orang susahhhhh~

Entah lah sedih plk bila dikenang. Password utk buka phone tu di'create' oleh si pemberi telefon..selepas phone hilang, sy cuba call tp nombor da tak aktive..laju betul dia buka simkad sy.

Kalau dia masukkan balik simkad sy atau simkad org yg mengambil phone tu..phone tu still tak boleh di 'on' kan kerana dilindungi dengan password (tak tahu la kot org yg mengambil tuh boleh godam password tu..sbb biasa yg mencuri ni org yg bangang.) so..tak guna dia amik..sbb phone tu tak boleh dibuka selepas di'shutdown'kan...

Walaupun casing hp tuh dah calar balar...itulah uniknya handset sy..huwaaaaaa..

Kepada si pengambil..terima kasih dan semoga anda diberi hidayah olehNya suatu hari nanti dan kita jumpa di akhirat kelak..ameen.