Thursday, May 2, 2013

:: KLiBF 2013 ::


Assalamualaikum wbt..

Waaahh...cuti Hari Pekerja aritu isteri saya ajak pergi ke Kuala Lumpur International Book Fair 2013 bertempat di PWTC ... pada mulanya mcm malas nk pergi sebabnya 1 Mei dah tentu super ramai manusia masa tu sbb cuti umum..tp disebabkan nk jaga hati dan perasaan isteri..pergi lah kami ke sana..tp dengan syarat, bawa kereta dia yg jenis gear automatik sebab nak mengelakkan kaki saya keletihan andainya ada traffif jam..hehehe

Tahun 2011 adalah tahun pertama saya menjejakkan kaki ke Pesta Buku tersebut dan sekaligus menjejakkan kaki ke PWTC...muahahaha...nmpak sgt tak pernah singgah sana..masa tu bawa budak sekolah saya lawatan ke Pesta Buku..anjuran PSS Sekolah..aku tumpang sekaki...masa tu tak beli buku sangat pun..seingat aku, aku beli komik anime! hahaha

Tahun 2012 ke sana pun disebabkan ada lawatan juga...kali ni lawatan guru-guru KAFA Daerah PD yg buat lawatan ke Rumah Pengasih berdekatan dengan PWTC...lepas lawatan tu semua cikgu nk ke Pesta Buku tu..tp kali ni mcm tak puas sikit sbb masa terhad...2 jam je dia bagi...kali ni aku beli buku berjudul 'Biografi Agung Rasulullah saw' bernilai RM59 after discount.. dan masa ni aku tak sangka sungguh aku berpeluang  jumpa kawan baru aku yg selama ni aku jadi stalker facebooknya...muahahaha..tapi masa tu tengok org je dulu...belum jadi kawan lagi...

Tahun 2013 ni pulak aku memborong sakan dengan isteri...isteri aku lagi la plk...dia stuck dekat booth buku yg pertama je dekat 15 minit...haaaissh...aku tak pasti dia beli berapa buah buku...tapi kali ni aku memang bebas untuk membeli buku...aku cuma kluarkan duit di mesin atm RM100 je dulu..daripada situ aku dapat la beberapa buah buku..dan tambahan sebuah lagi pakai duit isteri aku dan aku sempat melanggan sebuah majalah kegemaran aku bernilai RM86.00 setahun...ini pakai kad terus.hehehe..

Antara bahan bacaan aku ada buku cerita, buku motivasi, buku agama, buku latihan untuk kegunaan mengajar di sekolah dan 2 buah buku tulisan Jerry D.Grey ...

Harapannya, semoga semua buku ni habis dibaca sebelum tibanya KLiBF 2014...hahaha

Antara buku-buku yang berjaya dibeli... (oh ya..Buku berjudul "Jangan Berhenti Berlari itu adalah hadiah daripada Sis Aznil n Bro Azwan sefamily...)


Tuesday, April 23, 2013

:: Tak Sangka .. ::


Assalamualaikum wbt...

Akhirnya kat sini juga la tempat yg aku terpaksa luahkan...

Sangat tak disangka-sangka...Pada mula aku menceburi bidang pendidikan ni sbg cikgu a.k.a ustaz aku masih lagi dalam proses mengenal sistem pendidikan ni..Selang tahun depannya, dasar sistem pendidikan negara diubah sesuai dengan peredaran zaman katanya...

Jadi, seperti biasa dasar pendidikan dirombak..dulu dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) and now dah diubah secara berperingkat iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) .. tak perlu la aku ceritakan apa yg berubah..kang panjang plk kang..

Tapi kat sini apabila adanya sistem baru..maka adalah pakar dalam bidang tersebut...maka, dari tahun ke tahun lahirlah beberapa orang Jurulatih Utama dlm bidang atau subjek tertentu..mereka ni dilatih supaya dapat menguasai sistem tersebut dan menjadi rujukan kepada cikgu-cikgu yg lain..

Ya...! Dulu aku adalah menyimpan impian untuk menjadi Jurulatih Utama (JU) KSSR dalam subjek Bahasa Arab memandangkan itu adalah opsyen aku..tp kau ingat baru dua tahun jadi cikgu boleh terus jadi JU??..jangan harap..banyak lagi senior aku yg lebih layak...

Pada mulanya, nama aku dah disebut utk dicalonkan pada tahun depan (2011) apabila geng-geng JU ni buat penilaian terhadap presentation cikgu-cikgu yang menghadiri kursus persediaan mengajar dlm KSSR..so, diaorg tgh presentation aku mcm mantap..siap buat lagu bagai..(padahal masa tu terpaksa..)

Impian utk menjadi JU masih ada..memandangkan aku tahu bahawa atas JU ada satu lagi tittle yang lebih pakar iaitu Jurulatih Utama Eksekutif (JUE)..ni JU utk peringkat Kebangsaan...kira mmg sape yg jadi JUE ni mmg super pakar la dlm bidang/subjek tu...Kalau JU ni shj setakat peringkat negeri je...nampakkan??

Jadi, minggu lepas aku dapat surat utk menghadiri Kursus 1Murid 1Sukan di Johor Bahru..

Rupanya, kursus ini untuk melantik cikgu-cikgu yang hadir dan dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing untuk menjadi Jurulatih Utama Modul Sukan 1Murid 1Sukan...dan kursus ini adalah untuk modul sukan ragbi..

Hadooooi...aku harap jadi JU lain...dapat JU lain...dan ini adalah Jurulatih Utama Negeri Sembilan..dan aku dipertanggungjawabkan untuk Daerah Port Dickson...

Aku tak tahu nk cakap mcmana bila sampai rumah lepas abis kursus aku baca balik sijil yg diaorg bagi ...ayat last sekali tu berbunyi;

" ..... dan dilantik sebagai Jurulatih Utama Modul Sukan Ragbi"



Wednesday, January 2, 2013

:: Welcome back to school ::

Assalamualaikum wbt..

Aha! ... harini hari pertama sekolah dibuka selepas bercuti sebulan setengah! diulangi sebulan setengah! hahaha

Tapi cecikgu ni takde lah complete sebulan setengah tu bercuti..mcm aku aritu seminggu cuti still kene datang sekolah masukkan keputusan exam budak ke dalam fail peribadi mereka..kemudian seminggu sebelum kelas bermula meeting bermeetingan di sekolah...dengan slot LDP lagi la...tak cukup sehari meeting..bawa sampai ke hari hari berikutnya...pastu dengan pendaftaran pelajar lagi..

Harini aku bertugas sebenarnya...Kalau ikutkan Program Guru Penyayang masih berjalan mcm biasa..apa ada kt program ni??...ha salah satunya sambut kedatangan murid kat pintu pagar..tak cukup dengan tuh wish la kt diaorang..

"Selamat Datang ke sekolah..."
"Tahniah, kerana anda hadir ke sekolah hari ini.."
"Belajar rajin-rajin..." dsb...

Korang agak aku buat tak??...jeng jeng jeng...

Tapi last year aku ada je buat masa bertugas time balik..masih tuh ingat lagi ayat aku..

"Jalan baik-baik, jalan lari...nampak longkang kang elak.." hahaha...intonasi dengan penuh dedikasi dan sopan santun okkk... hahahaha

Harini..sekolah memang sesesak sesaknya...super sesak...beberapa announcement dibuat suruh parent alihkan kereta yg menghalang kereta cikgu pagi nk balik...parent ni kekadang sesuka hati diaorg je nk parking mana pun..asalkan diaorg senang..sekolah aku ni ada 5 pintu masuk termasuk pintu masuk utama..Guard ada sorang...aku pun pening..nasib baik aku g sekolah jalan kaki je...utk makluman murid tahun 1 yg berdaftar tahun ni seramai 268 orang... :)

Time rehat aku lalu kantin sbb nk g surau nk solat..time tu rasa sesak sangat budak berlari2...bersimpang siur diaorg berlari..ada sekali tuh sorang budak tahun satu ni tegur aku..dia nk tanya sesuatu..katanyaaa

"Acik, dewan kat mana...?"

Ngaaaaaaaa...hahahaha..ACIK??..tergelak besar kawan aku dengar..

Time balik macam biasa la...kes budak2 tak jumpa mak bapak diaorang ni memang ramai...cikgu bertugas jangan harap la dapat balik awal...aku tadi dekat nk pukul 7 baru sampai rumah..nasib la...nama pun cikgu kaaaaaan..hahaha

P.S ; Tahun ni aku tak ajar year one lagi...semua kelas year three...hehehe..best2!



Saturday, December 15, 2012

:: Ho Chi Minh City :: Day 1

Assalamualaikum wbt n Halluuuuu...

Alhamdulillah...ya Rabbanaaa...bersawang blog ni rupanya...hahaha...

Harini secara officialnya aku dan orang rumah pergi ber'honeymoon' ... yekeee dah ada orang rumah baru..hahaha...dah dekat hampir 2 bulan kot..

Tak merancang pun nk ke mana2...tp tetiba aritu masa start cuti sekolah terpesona dgn promosi pergi ke Ho Chi Minh di Vietnam ni...apa lagi sapu je la..apa pun sbnarnya pakej ni 4 hari 3 malam...tpi kami terpaksa la memendekkan percutian ni kepada 3 hari 2 malam sahaja disebabkan isteri aku ada meeting di sekolahnya keesokkan hari...

Mula2 hangin gak...tp nk buat mcmana..dah dia kata tak boleh nk excuse...redha je la..so, kitaorg akan balik awal dr group yg kami ikut ni..

So far, ok la...berlepas agak lewat tadi dari KLIA dengan pesawat MH766..yg buat lewat tu adalah disebabkan kitaorg..hahahaha...dah la lewat check in..berjalan santai je nk pergi ke boarding gate..hahaha..orang last yang masuk...flight penuh...apa pun condition flight sangat tip top..dapat flight MAS yang baru..ok la..

Ikut jadual sebenarnya sampai2 je terus berjalan..tapi disebabkan plan asal berubah..terpaksa ubah masa flight..jadi sampai la malam..check in hotel n tido...Hotel ok...taraf 3 bintang ikut sini...tapi rasanya kalau kt Malaysia taraf 4 bintang kot..

Tourist guide kata esok ada wake up call jam 4 pagi...ambikk! tapi kalau ikutkan waktu KL jam 5 pagi..kira ok la tuh..

Selamat malam..jumpa lagi!

P.S : Group trip aku ni ramai pakcik n makcik ... nasib baik ada kawan yg kenal ikut sekali group ni...ok la takde la boring.


Wednesday, September 26, 2012

:: Musibah ::


Assalamualaikum wbt..

Kelmarin aku dah dapat kelulusan kat boss aku (Guru Besar) utk bercuti selama 5 hari..(lama kan?)..sbnarnya 5 hari tu termasuk Sabtu dan Ahad..aku apply Khamis, Jumaat dan Isnin...Kalau ikutkan law betul2..cikgu ni tak boleh nk apply cuti berturut..cth, Khamis dan Jumaat..Selasa dan Rabu..haa..mcm tu lah..kene amik single day..melainkan emergency atau mc..

Tapi semua tu ikut budi bicara GB masing2...so far, boss aku ni sangaaaaaaat sporting dan bertimbang rasa.Masa nk jumpa dia tu aku tgk dia tgh berbincang dgn GPKs aku pasal program hujung minggu ni..kan sekolah aku tuan rumah peringkat daerah...so, aku rileks je dulu kt kaunter depan..agak2 dia dah free baru la aku jumpa..

Alhamdulillah...dia tanya ckit2 lps tu sign terus...masa aku serahkan borang pada kerani dia sempat berseloroh "Dila, kalau Adam ni minta cuti lagi hari Selasa tu..kau call cikgu.." aku pun jawab balik la.."Eh, Selasa tu saya dah start kursus dah cikgu.." muahahaha..

Tadi ada meeting utk Kejohanan Olahraraga sekolah..boss tak datang...GPK Hem aku sebut semalam dia baru balik dr buat rawatan susulan kt hospital..dr segi dia ckp tu dia langsung tak ckp bnda2 yg tak elok lepas tuh..tp gpk hem aku bgtahu hospital suruh dia buat rawatan susulan kat Hospital Seremban..korang bayangkan dia seboleh2 taknak cerita musibah apa yg akan dia hadapi hari kemudian..tp kita yg cerdik pandai ni dpt la fikir kalau dah sampai kene transfer ke Seremban...agak mendukacitakan lah...

Dia ada jugak ckp..dia penat...seriously, boss aku sangat baik n ceria orangnya..kalau Hari Guru tu..dia siap main sesama dgn kitaorg lagi..kira sangat sempoi n sporting la..tpi bila dengar cerita mcm ni..dia tak sihat..rasa sangat sayu...

al Kisahnya..haritu dia collapse dalam pejabat dia..serangan jantung..hampir stroke setengah badan..so, sejak dari tu la kesihatan dia ni menjadi tanda tanya..hari tu masa TV3 datang pun sekejap je dduk kt dataran meraikan tetamu..lepas tu terus masuk pejabat dia..kesian sgt tau...dari seorang yg ceria mcm tu..tapi bila depan staff2 yang lain...dia tak pernah plk tunjuk dia ni tengah sakit..i salute u lah cikgu!

Kedua...ni cerita pasal adik ipar ada sorang ustazah kat sekolah aku ni..adik iparnya pun sama..collapse sebab heart attack!..tekanan darah rendah...nk jadikan cerita..adik ustazah ni dgn husband dia yg sakit tu ada buka gerai roti canai kat area depan sekolah aku..roti canai dia sangat sedap..dan service pun ok..kira ramai la yg membeli utk sarapan..

Tapi bila ustazah ni cerita adik iparnya dah mcm takde harapan..aku jadi sayu jugak..ye lah..adiknya perempuan..nk sara hidup lepas ni mcmana..doktor suggest pada family supaya tak meninggalkan pesakit ni..memang betullah doktor ni bukan Tuhan..jadi kita amik sebagai persediaan je atas dasar ilmu seorang doktor.ustazah tu pun dah berulang alik ke hospital je skrg sbb temankan adiknya yg menjaga husband dia..

Untuk kedua2 insan dan Hamba Allah yang aku ceritakan ni...marilah kita sama2 berdoa agar kesihatan mereka kembali sempurna seperti biasa..insyaAllah.. Ameen.


Sunday, September 16, 2012

:: Tak Sampai Sebulan Daah ::


Assalamualaikum wbt..

Adoi hai...busy memanjang je aku ni sampai dah lupa nk update blog..bnyak sungguh entry yang aku skip kan..dengan hari raya, open house semua bagai laa..ckp pasal open house..rasanya start sekolah aritu smpai la Khamis yg lepas...aku asyik mencekik kt rumah org...hahaha..al maklum cecikgu kt sekolah aku ada 104 orang...so, kalau sehari sebuah rumah...mcmana??..padahal raya sebulan jer...aku dgn member aku yg bebujang dan yg ada husband tapi PJJ ni...plan la hari ni ke rumah siapa...esok rumah siapa..lusa ke rumah siapa..smpai ada yg menjemput siap ckp "nnti kitaorg check jadual kitaorg dulu..." gituh!

Tapi yang paling aku nk share adalah persiapan aku menjelang 5 Oktober ni...arghh..

Tak sampai sebulan je lagi...barang hantaran dah hampir setel..tggl sesikit je lagi...bertambah ssh nk jumpa plk minggu depan ada sekolah ganti...next week lagi satu tu plk sekolah aku plk jadi tuan rumah perkhemahan peringkat daerah...aku siap sound awal-awal dekat Ketua Panatia aku..."Kak, saya dah dekat ni kalau minta bekerja setakat hari Jumaat je lah..Sabtu Ahad..saya nk uruskan perkahwinan saya.." cewahh..mengalahkan Guru Besar aku ni..

Goodies utk tetamu...ermm..dah serahkan pada pengilang..tempah dah..tinggal nak ambil je lagi...tapi goodies utk si kecil tu yg tabah tu...memandangkan masa aku beli kad kahwin tu ada free kotak goodies...so, aku guna tu jer..tapi nk memasang tu kotak tu sgt leceh..nasib baik la anak jiran aku tu sudi menolong..hehe

Khemah dah tempah..baju pengantin n pelamin dah tempah..cuma tak buat fitting lagi...aritu org tu call dia kata nnti dia akan bgtahu balik..pelamin pun tak decide nk guna mana..pelamin tu utk bergambar sahaja..hehe..

Perarakan masuk pengantin nnti aku gunakan khidmat pelajar2 tahfiz dkt tempat aku ni utk memukul gendang sambil berselawat...aritu aku tgk ada jiran aku buat mcm tu...sejuk pulak mata memandang..lagipun Uwan aku tak berapa prefer sgt kompang2 bagai ni since ayah aku meninggal..aku pun tak tahu kenapa..malas nk tanya..

Deejay...?! dah..! aku amik kawan aku masa sekolah menengah dulu...melihat kepakaran dia mengendalikan majlis..agak happening...cuma aku ada la demand beberapa syarat..no karaoke n no lagu2 yg tak kene dgn selera aku..aku lg prefer nasyid kot...sbb biar la org yg nak makan tu berselera ckit..muahahaha..

Cakap pasal karaoke...Sabtu lepas aku pergi kenduri kawen kawan aku yg deejay ni...kt kenduri dia ni ada karaoke..ada la sorang Mak Cik ni...dia nyanyi..super 'sedap' ... aku pun tak tahu la samada mak cik ni perasan ke tak...masalahnya org2 yg tgh makan tu ramai yg dok mengata..aku tersenyum smbil sepak2 kaki kawan aku yg dduk sebelah..hehehe..

Oh ya...last week pergi Matta Fair kat PWTC...kononnya nk survey tempat honeymoon..tp hmmm..bawa balik flyers jer...banyak sgt pilihan sampai tak tahu nk pilih mana satu...org ramai tanya.. "adik nak ke mana??" kitaorg jawab "Ntah...tak tahu nk g mana.."

Last! .... minggu lepas masa aku bertugas jaga exam UPSR...pejabat call aku..kerani tanya..."Ust nnti cuti kahwin sampai bila...?" "Ermm...saya rasa mcm nk ambil Khamis, Jumaat dan Isnin..." "Ooo..elok la tuh sebab ada surat sampai pasal kursus pendedahan KSSR B.Arab tahun 3..hari Selasa sampai Jumaat..lps Ustaz masuk sekolah balik..nnti masuk sekolah amik surat atas meja yer." "Ok..." dalam hati menyesal plk tak ambil cuti sampai Selasa...silibus tak abis lagi..dah kene pergi kursus...boring!

Ok...jadi utk rakan2 bloggers ni...saya dengan penuh rasa rendah diri dan berbangga utk menjemput kalian hadir ke Majlis Perkahwinan saya nanti pada 7 Oktober 2012 (Ahad)..pm sy utk dapatkan kad..nnti saya pos..k?!


Jemput datang semua...!!

Thursday, August 2, 2012

:: Dari Sebuah Dompet ::

Assalamualaikum wbt..

Entah macamana la pulak malam ni aku teringat kesah lama...hahaha..

Cerita ni pasal aku, anak murid aku dan keluarga angkat..hehehe...kalau dikenang aku pun tak terfikir boleh jadi sampai macamni..

Kisah bermula bila aku buat latihan Dikir Barat Bahasa Arab..aku buat pemilihan..biasa la ramai yang nak masuk tapi aku kene tapis sebab bukan semua budak boleh tepuk sesama, boleh ikut irama muzik dan sebagainya..

Ada la sorang budak ni..dia beriya sangat nk masuk...tp tak menepati ciri-ciri yang aku nak..so, terpaksa la tolak.ntah mcmana dia pun sangat2 nak masuk..aku ingat nk amik balik la dia..tp dia plk pergi masuk bhgn Tilawah al Quran..so, sebagai penghargaan aku bg la satu dompet percuma bilamana aku beli KFC Combo tu dapat percuma. Dah tu je aku ada..aku nk pakai mcm tak sesuai sbb mmg utk budak2..

Esoknya..aku dpat call dari pejabat ada parent call tanya pasal beg duit tu..parent dia nk sahkan yang betul ke aku yg bagi beg duit tu sebab risau anak dia guna nama aku je..padahal dia curi mana ntah beg duit tu. So, aku pun call balik ibu budak tu dan terangkan balik apa yg terjadi..

Dari situ la antara aku dan family budak tu saling berhubungan..pada pendapat aku..ada sesetangah parent yg suka kacau cikgu bila dpt no phone cikgu..tp mak ayah budak ni takde la mcm tuh..sebenarnya, pada mulanya aku takde la kenal mana pun family budak tuh..tp mak ayah dia mmg orang yang baik2...cara dia didik anak2 dia pun mmg aku berkenan..

Dan anak2 dia plk kat sekolah bukannya budak2 yang nakal..kira takde lah rekod disiplin..sejuk mata memandang..lebih kurang mcm tuh..

Bermula dari aku jemput family tu datang rumah berbuka pada Ramadhan tahun 2009..masa tu aku agak kelam kabut sbb tak expect apa2..punya la gelabah pergi bazaar beli lauk pauk..tapi rupa2 nya ibu budak tu yang aku panggil Kak Nor dan ayahnya Abg Ismail dah siap2 bekalan dari rumah..diaorg pun faham, aku ni bujang dan sekolah petang.mana ada masa nk prepare semua tuh..masa berbuka tuh, aku langsung tak jamah lauk pauk aku beli..sebabnya mi sup dan kuih muih yang diaorg bawa tu sedap..

Lepas tu..mula kitaorg start ziarah menziarah..setiap kali raya mesti ziarah rumah tuh..kebetulan Kak Nor ni jaga anak cikgu yg mengajar kt sekolah aku..cikgu tu sendiri ckp, Kak Nor ni jaga anak dia mcm anak dia sendiri..paling terharu Kak Nor ni takde anak perempuan..bila dia jaga anak cikgu sekolah aku tuh.dia siap susukan sekali budak tuh..kiranya jadi mcm ibu susuan la..

Setiap kali bila lama tak jumpa mesti Kak Nor ni ajak datang rumah..tunang aku pun dah pergi rumah diaorg..Kak Nor dgn Abg Ismail ni siap pesan kt aku..kalau kt sekolah kalau anak2 dia buat nakal ke, apa ke..marah je..kalau patut rotan, rotan je....green light tu! hahaha.. Anak2 nya kalau dengar aku nk dtg rumah mesti tak sabar..semacam excited jer..lagi2 yang sulong tu..asyik tanya Kak Nor, bila Ustaz Adam nk sampai.. :) .. Masa dia bersunat, aku hadiahkan buku kt dia..bukan main seronok lagi..sampai tak kasi adik2 dia yg lain baca..hahaha

Sehingga la tahun lepas, bila Abg Ismail ni dah nak bersara dah..diaorg plan utk balik kampung di Batu Pahat. agak sedih jugak bila kehilangan orang baik mcm tu. sejak dari tu mmg la tak jumpa diaorg..dan baru haritu aku kirim kad raya pada anak2 nya..

Aku senang sangat dapat berkenalan dengan keluarga mcm ni..kan tadi aku ckp akak ni dgn abg ni takde anak perempuan lagi kan?..sebelum diaorg balik ke Johor, kebetulan akak ni tengah sarat mengandung..dan bila bersalin je aku dapat tahu diaorg dapat anak perempuan..suka aku!

Untuk Abg Ismail, Kak Nor dan anak2... Luqman Hakim, Amir Hamzah, Eiman Hafiz, Amar Zakuan dan Baby Girl...Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya..

Ni adalah gambar terakhir kami sebelum keluarga ni balik ke Johor..sorang lagi takde Amar Zaquan..dah tido..


Saturday, July 21, 2012

:: Ramadhan di Rumah Baru ::

Assalamualaikum..

Wah, tahun ni aku berpuasa di rumah baru...tercapai gak hajat nk berpindah kat rumah baru sebelum start puasa..cuma ada sikit2 lagi barang yg belum diangkat..semuanya kecik2 je..mcm buku-buku lama..bnyak jgk buku2 kt rumah tuh..(baca belum tentu lagi..huhu)..

Ok dulu aku janji nk update gmbar rumah kan??..minta maaf la..skrg ada kt kampung, camera tinggal kt rumah PD...nnti2 aku update..minta maaf lagi sekali..

Tahun lepas puasa ada teman..teman serumah dgn cikgu praktikum. Naif Mustakim dan Ah Hong..tahun ni nmpaknya keseorangan la aku sbb takde cikgu praktikum kt sekolah aku...apa pun tak boleh...nasib baik la rumah baru ni, atas bawah n tepi rumah aku ni berpenghuni...cikgu yg dah berkeluarga, so takde lah sunyi sebab kadang2 bila diaorg mengetuk2, menggoreng2 kt dapur, sampai kt rumah aku...

Tahun ni jugak caterer sekolah aku tu tak buka kedai...so, mmg aku kene keluar lah nmpaknya kalau nk berbuka...kalau tak mcm tahun lepas, dia masak kt kantin sekolah sebelum bawa ke bazaar..so, sempat la aku menapow lauk...tahun ni, katanya nk rehat...mmg tak buka kedai...nasib lah badaaaan..

Tahun ni jugak first time aku berpuasa sambil mengajar pagi dan petang....adooooi tabahlah...Isnin, Selasa dan Rabu mcm biasa aku akan start mengajar 7.30 pagi sampai la 5.30 petang...cuma hari Khamis masuk sekolah jam 12 tengahari dan Jumaat jam 2.30 petang..tengah berdebar ni...esok mcmana la...larat ke tidak..hish..berdebar aku...

Ok laaah..banyak plk nk diceritakan...terima kasih la pada kak Zila yg telah memberi cadangan utk update blog selepas Subuh nih...

Selamat berpuasa bagi semua umat Islam di atas muka bumi ini...Ramadhan Kareem.~


Thursday, July 12, 2012

::Pindah Rumah ::


Assalamualaikum wbt..

Hye semua...saya sibuk pindah masuk rumah baru sekarang...baru selesai..tp ada sikit2 lagi urusan angkat2 barang yg kecil-kecilan..

Penat mengecat satu rumah..dah lah tersalah beli cat yang mahal...tapi ada hikmah..cat tu la yg cantik, senang nk dicat dan bertahan utk beberapa dinding yg besar..(siap cat dinding dapur lagi...)

Selesai je abis mengecat, angkat barang dari rumah lama...esoknya tu start demam..smpai sekarang...fuhh..seksanya..dah lah batuk..nk bernafas pun susah..

Betullah orang ckp..kita akan rasa nikmat sihat tu bila kita sakit...hmmm...mcm aku lagi la plk..dah la kene mengajar..mmg mencabar dgn suara yg hampir tiada...dpt mc pun doktor bg sehari je..mmg aku berdoa betul sblum pg sekolah supaya dicepatkan sembuh sbb nk keselesaan semasa mengajar..

ok..nnti aku update lain pasal rumah baru...Sebelum dan Selepas....jeng jeng jengggg...


Saturday, May 26, 2012

:: Cuti Dipendekkan ::


Assalamualaikum wbt..

Eh, dashboard blogspot aku dah baru laaa...punya la lama tak masukkan entry baru..baru tahu..hehehe..

Berkenaan dengan cuti aku dipendekkan...ye, memang betul..sepatutnya semua murid dan guru diberikan cuti selama 2 minggu bermula 26hb yang lepas sehingga 10 Jun akan datang..

Tetapi, aku telah dipilih utk menjadi salah seorang pegawai teknikal utk Kejohanan Ragbi MSSM 2012..kebetulan peringkat kebangsaan ni buat kt Negeri Sembilan..so, mmg ramailah guru-guru yang terpaksa memendekkan cuti mereka..hehehe

Spt yang Pengarah Jbtn Pelajaran Negeri sebut..kalau boleh dia nk acara yang berlangsung tu spt Olimpik di Beijing..maksudnya takde kesalahan dan kecacatan yang berlaku..semua smooth je kalau tgk kat tv tu..acara perasmian penutup tu ok jer..bendera, muzik, nyanyian..semua ok..mcm tu lah diibaratkannya..

Tetapi aku masih lagi beruntung sebab aku akan mendaftar sbg pegawai scra rasminya pada 1 Jun nnti..kira ada la masa dlm kurang dr 5 hari bercuti..tp disebabkan aku juga salah seorang guru pengiring kpd sorang student aku yg terpilih ke kebangsaan, aku kene la jgak jenguk menjenguk budak2 yg dalam latihan pusat tu..kene g amik, hantar dia balik nanti..

Bagi cikgu yg terlibat dalam dlm kontinjen negeri dan juga pelajar yg akan mewakili negeri, mereka hanya bercuti selama  sehari setengah iaitu pada 1 Jun sehingga 3 Jun iaitu selesai tamat latihan pusat sebelum mendaftar masuk ke kejohanan sebenar..kesian kan mereka...tapi tak per..bekorban utk negeri tercinta..

Sebenarnya ini adalah kali pertama aku dilantik menjadi pegawai teknikal...sebelum ni langsung tak pernah..mungkin ini kuota aku sbg Pengerusi Teknik Sukan Ragbi Daerah PD..hmmm..aku ok jer..hehehe..semasa taklimat pegawai teknikal haritu di sekolah sukan negeri..diaorang bgtahu apa tugas PT..aku pun ada jgk la isitilah 2 tak faham..hahaha..

Asalnya aku rasa mcm boleh ke aku buat..sbb aku bukan opsyen PJ dan minor aku pun bukan PJ..tetapi memandangkan coach ragbi under 18 tu adalah seorang ustaz di Sek Dato' Abd Razak...so, aku rasa kalau dia boleh buat sesuai yg diluar bidang tugas dia..kenapa aku tak boleh kan..

Lagipun aku bukan budak sukan...tapi bila diberi peluang mcmni rasa mcm teruja dan ada feel a little bit excited..hehehehe...terima kasih..

So, utk tempoh 5 hari sebelum masuk semula ke training camp 1 Jun ni...nilah tempoh utk aku setelkan beberapa hal berkaitan dengan urusan perkahwinan aku..berkaitan kad (tinggal nk confirmkan design n cetak), tempah baju nikah, confirmkan baju bersanding, pelamin utk bergambar, khemah catering..dan mcm2 hal lagi..so, kene planning yg terbaik utk cuti sekolah kali ni...

btw, tunang aku dah start perli...asyik2 ragbi..ragbi..ragbi...hehehe..nk buat mcmana..dah terjebak dengan sukan nih...sabar je lah.. :)

p.s : Selamat bercuti kepada semua guru di luar sana yang sedang menikmati 2 minggu cuti mereka.. :)


Saturday, April 14, 2012

:: al Zilzal a.k.a Earthquake a.k.a Gempa Bumi ::

Assalamualaikum wbt..

11 April 2012..sekali lagi kita dikejutkan dengan gempa bumi di Acheh sekuat 8.9 ... dan amaran Tsunami pun dikeluarkan oleh beberapa negara termasuk Malaysia..masa kejadian ni cuti umum sempena pertabalan DYMM SPB Yang Dipertuan Agong...so, aku amik kesempatan ni pergi bercuti ke Melaka..PD - Melaka bukan jauh sgt pun...sejam dah sampai..

Plan asal nk tgk wayang dgn kawan...asalnya nk tgk Titanic 3D..tp cancel sbb lmbt smpai..so, tgk la filem melayu..lepas abis tgk wayang kawan aku yg sama dduk PD msg kt aku..katanya gini la lebih kurang..

"weh, kau kt mana tu?.risau plk aku bila dinasihati menjauhi persisir pantai.." aku pun mcm pelik..kejadahnya budak ni..kene halau tak bg mandi kt pantai..tp ada gak rasa mcm tak sedap hati..terus call..

Loor...rupanya masa aku tgh tgk wayang tuh berita pasal gempa bumi kt Acheh da pun tersebar..so, warga PD yg kebanyakkan rumahnya di persisir pantai dinasihatkan menjauhi kawasan tersebut..

Tp aku pkir takde la serius sgt..sbb masa dlm kereta nk balik PD radio plk ada berita terkini pasal ni..tak sebut pun kwsn n.sembilan ni turut terjejas..lepas tu bertalu2 msg dr kengkawan masuk inbox hp aku..bgtahu hal yg sama..

Menambah kecuakkan aku...nk balik PD ni kene lalu persisir pantai Melaka..hahaha..n mak kpd kawan aku plk call suruh terus balik..tak payah singgah memana..masa dah nk smpai PD kawan aku call..bgtahu semua pljr Kolej Uniti yg letaknya kt tepi pantai tuh dah dipindahkan keluar..sama jgk dgn ada sebuah sekolah agama nih..semua budak asrama dibenarkan pulang serta merta..kebanyakkan budak2 Politeknik semua dah cabut pergi Seremban..kira masa tu malam kt tempat aku lengang n sunyi jer..hehe

Kawan aku call..dia tanya aku nk pergi mana..aku jawab..dduk rumah je la..pelik dia sbb rumah aku dengan pantai sangatlah dekat...buka tingkap mmg nmpak laut laa..tp aku pkir sbb aku dduk tingkat 4 dan kawasan kuaters guru tu plk mmg betul2 atas bukit..ikut teori aku mcm selamat la jgk kot..mengikut teori manusia, tsunami dijangka tiba di PD jam 2 pagi waktu tempatan..kau bayangkan cuak tak cuak masa tuh...tp tgk berita pukul 10 kebnyakan amaran tsunami ditarik balik...so, Alhamdulillah..nyenyak jgk la aku tido...

OK...cerita pasal gempa bumi ni...kali pertama ku rasa gempa bumi ni adalah masa aku kt Jordan..citer dia simple..masa tu musim sejuk..dan malam sangat panjang..dan kalau tak silap aku masa tuh aku dgn beberapa org bdk Malaysia nih pergi ke cyber cafe..al maklum..zaman aku dulu bdk melayu tuh takde lagi pasang internet kt rumah masing2..mahal nk mampos masa tuh..

So, masa tgh syok2 update Friendster..(masa tuh zaman kegemilangan Friendster) .. tetiba meja komputer aku tuh bergegar..dlm hati aku ckp "saper plk naik tangga ni tak reti naik perlahan2.." masa tu cyber cafe tu tingkat 1 atas kedai..

Yg peliknya lama plk tuh..tp masa tuh masing2 mcm takde perasaan jer..padahal masa tuh dengan meja, dengan komputer semua dah bergegar..tetiba ada sorang Arab ni naik dgn tergesa2..dia ckp "Ya Shabab...zilzal..zilzal...!!...yaAllah...inzil..inzil.." Arab ni pelik sbb bdk2 Melayu boleh stay takde perasaan..dia kata.."Weh budak2...gempa bumi laa!!...cepat turunn!" lebih kurang mcm tuh laa...

Bila kami turun jer..rupanya kami tgk semua org dah ada tepi2 jalan..keluar bangunan...rupanya yg bergegar td adalah gempa bumi..semua dah ready kluar dr premis masing2..yg kami ni mana la pernah rasa gempa bumi tuh mcmana...tu sbb mcm takde perasaan jer..hahaha..

Masa tuh bila budak melayu lain berkumpul semua sibuk cerita pasal kejadian nih..korang tahu kalau org ckp gegaran berlaku selama beberapa minit mcm 2 ke 3 minit itu sangaaaaat lamaa!..ini kan plk 5 minit...mana bangunan tak runtuh..seriau aku bila kenang balik..Nauzubillahi min zalik..syukur lah negara kita jarang ditimpa kejadian mcm tuh..

Tuesday, March 27, 2012

:: Pantun Cecikgu ::

Assalamualaikum wbt..

Saje je nk releasekan tension ni..td ada training rugbi..Khamis ni ada friendly match...saket jiwa aku dgn bebudak ni..

Ni aku nk bgtahu...aritu aku ada la tengok ada sampul surat dari seorang cikgu ni kepada seorang lagi cikgu...dkt sampul tu ada la sekerat pantun yg berbunyi..


"Pecah Kaca Pecah Gelas,
Sudah Baca Sila Masuk ke Kelas!"


hahaha...nampak sangat pantun cecikgu kan??!


Monday, March 26, 2012

:: Bapak ::

Assalamualaikum wbt..

Saje je nk kongsi cerita ni...berlaku dalam kelas tadi..kebetulan budak tak ramai td sbb harini meeting PIBG, so parent ramai tak hantar anak2 dia dtg sekolah..ok tak pelah..tapi antara yg dtg tadi ialah salah sorang anak murid aku..Ieman..

Kebetulan, aku tgk budak ramai dah siap latihan yg aku bagi..so, aku pun rasa mcm sempat je nk tanda buku latihan diaorang..aku panggil nama Ieman..budak dia tembam, berisi sikit, cute..bila sengih sebiji mcm kakak dia sengih..kira sejuk la muka memandang..perangai pulak baik2 jer..

Aku selak..selak...selak lagi muka surat yg belum bertanda...mak aihh..rupanya sejak awal tahun dia nih tak pernah hantar buku latihan (yg cikgu dia plk tak check) ... dia pun mcm terperanjat la sbb takde satu helai muka surat pun yg dah bertanda..

Korang perasan tak skrg ni budak2 zaman la nih..suka ckp "Bapakk lak aii..." "Bapak besar badan dia.." "Bapaakk busuk lah bau sampah nih.." perasan tak?? kira kalimah BAPAK nih merujuk kepada sesuatu yg mcm 'waaahhhhh' gitu lah..terkejut sikit la..

Secara spontan kalimah tersebut kluar dr mulut si Ieman nih dgn tak sengaja depan aku..tp tak abis lagi dia ckp..

"Bap...." tak habis nk dia nk ckp..

"Bapak!..bapak sape?..sape??.." aku plk menyoal..

Eiman td yg da mcm takut..tersengih2 dan berkata.."Bapak saya.."

Hahahahaha...ok fine aku gelak..sbb mcm spontaneous sgt kejadian tu...

(carik gambar Eiman ni dlm laptop..kot2 ada la tertangkap gmbr dia..malangnya tiada..)

Sunday, March 25, 2012

:: Sedihnya..semoga berjumpa lagi Z610i ::

Assalamualaikum wbt..

Handset saya hilang. sedihnya...dah banyak jasa handset tuh..walaupun ada rasa nk tukar tp berat hati lagi sbb handset tu orang yang bagi..hadiah katanya.

Apa yg istimewa handset tu bg sy??

1. Orang yg hadiahkan.
2. Banyak phone number kengkawan n sedara mara dlm tuh
3. Banyak mklumat yg sangat2 penting dlm tu
4. Phone tu dibeli di Jordan. Dah tentu la kt keypad dia ada tulisan arab.
5. Saya dah pakai dr tahun 2007-2012

Lagi2 pulak lepas ni nk contact orang susahhhhh~

Entah lah sedih plk bila dikenang. Password utk buka phone tu di'create' oleh si pemberi telefon..selepas phone hilang, sy cuba call tp nombor da tak aktive..laju betul dia buka simkad sy.

Kalau dia masukkan balik simkad sy atau simkad org yg mengambil phone tu..phone tu still tak boleh di 'on' kan kerana dilindungi dengan password (tak tahu la kot org yg mengambil tuh boleh godam password tu..sbb biasa yg mencuri ni org yg bangang.) so..tak guna dia amik..sbb phone tu tak boleh dibuka selepas di'shutdown'kan...

Walaupun casing hp tuh dah calar balar...itulah uniknya handset sy..huwaaaaaa..

Kepada si pengambil..terima kasih dan semoga anda diberi hidayah olehNya suatu hari nanti dan kita jumpa di akhirat kelak..ameen.






Saturday, February 4, 2012

:: Penang!! Bukit Bendera dan Nasi Kandar ::

Assalamualaikum wbt..

sambung balik..

sesampai je kami kt Stesen Butterworth tu, kami masih dekat dlm tren..sbb tak tahu dah sampai..sehingga la pegawai KTMB dtg ketuk katil masing2..menyatakan, dah sampai dah!..haha..terus semua bingkas bangun.

Sebelum bertolak ke Terminal Feri, kitaorg solat subuh dulu kt situ..apa yg aku tak puas hati..toilet kt sana..dah la berbayar 30 sen..tp hampir semua toilet rosak! pastu dengan bau..hilang selera aku nk terkucil..bayar tu takde masalah..tp servis dia tuh..dgn kotor mcm tak berjaga..

dr stesen keretapi nk ke terminal feri jalan kaki je..dekat sgt...tp penat gak la sbb turun naik tangga..bayaran feri??.. RM1.2o shj..kalau berkenderaan tu tak pasti plk..masa kitaorg naik tu tak ramai lagi sbb sesudah subuh kami naik feri..jd awal pagi org tak ramai..plk tuh mungkin time cuti..tak sesibuk masa org bekerja..

Keadaan feri dia sangat ok..bersih..sangat berpatutan dengan harga tambang tuh...lepas tu open air plk tuh..lagi la nyaman..sampai shj di bhgn pulau..kalau tak silap aku nama tmpt tu Pengakalan Tun Raja Uda..kitaorg bersarapan dulu sementara nk tunggu kereta sewa kami sampai..masa tu mmg lapar habis...tp minum air je dulu sbab menu kt kedai tuh mcm tak menyelerakan je..lgpun banyak kedai tak buka lagi..

Kereta sewa kami; Wira Aeroback manual..utk 2 hari RM170..ok tak??..bg aku ok je kot..sbb kongsi la kan..

Destinasi pertama adalah Bukit Bendera! dengan tak tukar baju bagai..kami yakin je pergi bukit bendera..disebabkan kami ni antara org terawal pergi sana..manusia tak ramai lagi..pastu udara pun mcm nyaman je..sbb awal pagi dlm jam 9 pagi mcm tuh..

Korang tahu cable car (cable car ke??) Bukit Bendera tuh dah baru..?..yg the latest ni siap ada aircond, pastu super laju..bayangkan naik bukit setinggi tuh sangat laju...pastu sangat selesa...aku tak dpt bayangkan betapa hebatnya benda alah tuh..org masa tu tak ramai, so takde la nk berebut pun..cuma masa nk turun tu je aku berebut ckit sbb nk dduk depan..nk feel tgk live cable car tuh turun..sgt amazing! .. bayaran??..utk rakyat Malaysia yg ada MyKad hanya RM8 shj naik dan turun..kalau ada student card plk RM4 shj..so, kalau yg student tu bawa je la student kad masing2 time nk berjalan..banyak faedahnya.

kt puncak bukit ni kami sewa golf cart utk berjalan..satu golf cart tuh RM30 siap driver dan tourist guide..boleh naik sehingga 6 org..share2 lah duit tuh..dibawa berjalan sehingga 4km pergi dan balik sambil diterangkan tmpat2 yg istimewa, boleh bergambar kalau nk..tp kene ckp la..mmg memuaskan hati..lama gak kami kat atas sana..bila nk turun tengok org ramai dah start ramai..

Sampai shj kt kaki bukit..tetiba rasa lapar...apalagi..carik nasi kandar laa...pada mulanya nk pergi Nasi Kandar Beratur..memandangkan masing2 penat (dlm tren tak tido lena) semua tido dlm kereta kecuali kawan aku yg drive..pepandai la ada GPS..hahaha..dgn harapan sampai2 terus makan..malangnya, kedai tu rupanya buka pukul 10mlm!!.. ada ke org makan nasi kandar memalam mcm nih?..jawapannya akan dtg...

Search kt google dan website Tourisme Penang, ada satu lagi kedai yg okkk laaa..iaitu Nasi Kandar Line Clear..drpd yg ditunjuk da ramai artis dan selebriti dtg mkn situ..try je lah..jenuh gak nk carik kedai tuh sbb dia mcm buat kt tgh2 lorong kedai..tp kalau mulut kau berat nk bertanya mmg payah la nk jumpa..

Masa sampai tuh, orgyg beratur tak ramai sgt..mmg senang la..meja pun senang nk dpt..bg aku, part paling best adalah ayam goreng dia...wallaweehh..sedapnya..kene plk dgn kuah kari tuh..marvelous! aku paling awal makan dan aku paling last selesai..hahaha..

Dah kenyang kami carik hotel yg kami dah book..agak jauh dr bandar Georgetown (padan la murah) tp berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang dan Queensbay Mall..iaitu The Krystal Suites..

yeay..dah sampai Stesen Keretapi Butterworth (sementara)





Tak ingat dah tong surat ni sejak tahun berapa..kalau tak silap 1800an..

Ada masjid kat puncak Bukit Bendera .. (Kuil pun ada jugak)

Perhatian : Dalam gambar ni, yg mengandung hanya seorang shj..tq.

Kan aku dah ckp..baru feel..~


Ni tren lama yg masih ada tp sudah tidak digunakan.

Selisih dengan tren baru..ingat dah takde scene selisih2 nih..ada lagi..baru la namanya Bukit Bendera.

Nice right??.. :)


Wednesday, January 25, 2012

:: Penang!! Transportation Pergi (KTMB) ::

Assalamualaikum wbt...

Cuti Tahun Baru Cina yg lepas aku dgn member telah berkesempatan bercuti di Pulau Pinang..rasa mcm balik kampung dah masa tuh..yelah, naik public transport (KTM dan AirAsia) dan org yg sibuk balik kampung, aku pun tumpang sekaki jugak..

Aku nk ulas pepanjang sebenarnya mcm boring sbb gambar tak upload lagi..jadi aku buat point2 je..ok??..

Dari Sban - KL = KTM Komuter 9.20mlm
KL - Butterworth = KTM Antarabandar 11.35mlm


1. Korang nk tahu disebalik percutian kali ni, boleh kata semuanya takdir dan nasib!..

2. Cadangan awal, dr Seremban ke KL Sentral kitaorg nk naik ETS memandangkan tren tu laju, selesa..tp disebabkan aku terlewat sampai (kelas aku abis jam 6.20ptg) so, melepas naik ETS..

3. Terpaksa naik komuter dan bersesak2 dgn penumpang lain termasuk student hostel yg nk balik kmpung..scra tak sengaja, aku lupa tinggalkan kunci kereta pada adik member aku nih..padahal tren dah nk smpai nih..kalau terlepas komuter ni jawabnya...mmg tak pergi Penang la aku..

4. Sementara nk tunggu adik member aku smpai amik kunci, tren dah sampai...aku dah berpeluh walaupun masa tuh nk hujan..tapi dengan izin Allah ntah mcmana, tren tu ada la sedikit kerosakan (paham2 je lah komuter zaman skrg nih) .. so, lmbt la bertolak..betul2 adik member aku smpai dan aku berkejar masuk tren...tren pun jalann..fuhhh~

5. Aku lupa yg komuter ni lembap bila org ramai..perjalanan nk ke KL Sentral makan masa sejam setengah..dah la aku tak Solat Isya' lagi..sampai2 je KL Sentral aku tawakkal terus g solat dulu walapun jam masa tuh dah pukul 11 (waktu sbnar bertolak)..sbnarnya aku dah paham sgt dgn KTM ni...tak penah punctual!..tren kami delayed..sempat la aku makan seketol ayam KFC..

6. Ni pun kebetulan...kami mmg da rancng nk beli KFC kt KL Sentral..tp tak perasan kalau pukul 10 lebih smpai sana confirm kedai dah tutup..nasib baik la parent org rumah kawan aku ni dtg KL Sentral sbb nk hantar anak kesayangannya naik keretapi..so, minta tlg la ayah dia yg baik tuh belikan dulu..bukan sekotak..tapi 6 kotak!!

6. Ok..bab ni aku puji...secara keseluruhan coach tren kami naik tuh memuaskan.. katil bersih, toilet wangi n bersih dan langsir yg cantik.kecuali satu jer..majoriti pintu antara coach tu yg rosak..ada pintu yg auto tapi rosak..ada yg manual tp takde sign suh tutup semula lps buka.tren malam, org nk tido tapi bunyi bising akibat pintu tak tutup rapat tu sangaaaaaaaaaat mengganggu org lain..terutama aku..

7. Skrg tren tuh takde dah cafe yg ada meja makan sumer..hanya ada cafe yg jual shj..menu pun tak banyak..tak mcm dulu..mungkin keretapi malam takde sape nk beli..semua pkir nk tido jer..(tp aku laparrr...tak mkn mlm lg..seketol ayam mana cukup) :D

8. Amazingly .. tren kami tiba awal di destinasi..sepatutnya dlm tiket pukul 6.30 pagi..tp kami sampai betul masa azan subuh waktu Butterworth..rasa mcm dirahmati plk..haha..sampai2 je disambut dgn azan..kalau tak silap masa tuh jam dlm pukul 6.15 pagi..dah la delayed..smpai awal pulak tu..tp kawan aku ckp lps dr bukit mertajam tuh..tren tu mcm bawa laju jer..naik risau dia..tp aku rasa pilot keretapi tu saket perut kot..muahahaha..

Next...kita borak pasal naik Feri pulak!



p.s: sorry takde gambar sbb dkt stesen tu sgt kelam kabut..sampai naik rimas aku dibuatnya.kecuali satu ni je..tu pun org rumah kawan aku yg tlg ambilkan..

p.s.s : ok aku da perasan no.6 ada 2x...aku malas nk betulkan balik..biaq p la.. eh! :D


Thursday, January 5, 2012

:: Awal Sesi Persekolahan 2012 ::

Assalamualaikum wbt..

Minta maaf la kepada semua reader tegar blog ni (ada ke??..haha) sebab dah lama tak update blog nih...

Ok..sempena awal tahun ni mcm biasalah, kesibukan sedikit disebabkan oleh awal sesi persekolahan..masa pendaftaran murid hujung tahun lepas, aku diminta menggantikan sorang cikgu ni yg bersalin..so, aku kene la kutip duit buku dan menguruskan kelas..aku dah biasa buat kerja nih..

Tapi yang tak disangka, aku diminta menggantikan cikgu ni sebagai guru kelas sampai la dia masuk sekolah setelah dia abis cuti bersalin 90 hari...itu aku tak biasa...hehehe..

1st sekolah...

Seperti biasa, aku diserang oleh ibu bapa yang datang nk membayar duit buku lagi..mungkin hari tu tak sempat nk bayar, so, byr masa hari persekolahan..ada juga yg datang menyerahkan borang maklumat murid..sumpah aku kelam kabut masa nih..! Aku tak pernah jadi guru kelas..

So far masa tuh..semua parent ok...no demanding..kalau ada pun tanya bab2 yg tak berat...except sorang bapak budak nih datang dgn muka garang bdget best..nk tunjuk bagus la kononnya dia lah bapak terhebat di alaf ini dekat parent2 yg lain..nada dan intonasi serta lagak soalan dia tanya kt aku buat aku saket hati..aku respect segala soalan2 dia..tp biarlah bertanya secara bersopan dan beradab dan menghormati aku sbg cikgu mcmana aku aku hormat dia bapak kpd anak murid aku..

Ada ke dia tanya kenapa kelas anak dia kt tingkat atas sekali..tanya la pentadbir knp letak situ..abis takkan la nk bagi budak year one dduk kelas kt atas sekali..kalau semua nk kelas dekat tingkat 1 dan 2..mana la semuat bangunan nih...last2 aku suh dia tanya masa meeting PIBG nnti...kalau aku jadi GB, nak je aku jawab tanya arkitek JKR atau KPM...sabar je la aku masa tuh..

Macam biasa, hari pertama dan kedua ni setelkan buku teks n buku aktiviti budak2 nih..agih2 dulu serta dapatkan jadual waktu diaorg,amik attendance, amik perlatan belajar dr pejabat dan itu dan ini...semua aku kene buat..baru la aku tahu azab jadi guru kelas nih..hahaha..

Yang buat keadaan jadi kelam kabut adalah aku tak mengajar langsung kelas nih...ditambah pulak aku langsung takde mengajar dekat kelas yg bersamaan dengan blok tersebut (Blok D) .. membuatkan aku agak kepenatan kelas ni tingkat 4 .. dan aku terpaksa naik tingkat 4 Blok B dan pergi pulak tingkat 4 Blok D semata2 nk amik kedatangan serta uruskan borang maklumat murid...

Harini..kelas aku semua dekat tingkat atas sekali..tingkat 3 Blok B, tingkat 4 Blok C dan tingkat 4 Blok D...aku rasa tak turun gak berat badan aku tak tahu lah..

Ada lagi seminggu je lagi sebelum guru kelas yg sebenar masuk mengakar seperti biasa...lepas tu aku akan serahkan seratus peratus kt dia..maka tamatlah amanah dan tanggunjawab aku kat kelas tersebut..

Biasalah aku cikgu citer pasal sekolah la awal2 musim persekolahan nih...terima kasih la kerana sudi membaca luahan hati aku nih...hehehe...sekian wassalam.

Monday, November 28, 2011

:: Untuk Pertama Kali ::

Assalamualaikum wbt..

Pertama sekali, aku nk bgtahu semua yg aku dah ada broadband sendiri.hahaha..senang nk 'di atas talian' hehehe...haaa...perkara ni first time gak! tp dah sebulan lebih aku subscribe baru la nih nk update blog..huhu

PERTAMA

Setelah merancang dengan ketelitian...untuk pertama kalinya aku pergi ke Malaysia Air Festival di Subang Skypark yang dulu dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Salahudin Abd Aziz Shah...bersempena dengan 100 tahunnya..(nya tu aku tak ingt apa bnda..)hehe..

Semangat punya pasal, smpai nk pergi 2 hari kt sana...tp disebabkan family aku tgh bercuti kt rumah aku, aku terpaksa la pergi hari terkahir..

Yang buat aku sedikit tertekan bila kawan aku dok push2 aku cepat..cepat...pastu bg direction tak lengkap..suh itu suh ini...cepat, cepat...haaa...geram aku.

Sebenarnya diaorg pamerkan pesawat2 kecil jer..yg membuatkan aku takde la teruja sangat..aku nk tgk flight komersial tuh...tp yg buat aku teruja bila diaorg buat pertunjukan udara...syok wooo...bersilang2 diaorg terbang kt atas tuh..

Dah selesai tgk tuh, ada plk lawatan ke Menara Kawalan a.k.a Control Tower...punya la aku excited...gila kau, bukan senang n bukan calang2 orang boleh masuk dlm tuh...nk masuk ke sana siap ada guard tu escort sampai la naik atas...best gak.

Kat dalam tu ada la officer tu dia terang2 kan apa task2 orang itu, orang ini..ini apa fungsi dia ini utk apa..itu utk apa...sangat teruja bila tengok mcm dalam movie tuh..hahaha...diaorg punya sibuk smpai kitaorg naik pun diaorg tak sempat nk jeling ke belakang..tp series, mmg sibuk aku tgk..

Dengan radar kt skrin tuh...aku rasa dah mcm kt dlam tv pulak tuh...sambil diaorg bagi penerangan aku ngn member aku nih pok posing sana..dok posing sini...bergambar sana bergambar sini..al maklum, bukan senang nk naik atas tuh...kebetulan plk ada sorang officer tu keluar kt tepi menara tuh...yg lain pun dok ikut...aku pun ikut sama laaa...hahaha..merasa la berjalan kt luar tingkat 12 menara kawalan tu..

aku kalau bab2 fly-fly ni mmg agak excited ckit..huhu

Kawan aku dok ajak turun...tapi aku spend sejam setengah dalam tu..aku rasa puas bila tengok flight MAS take off dari landasan tuh...huhuhu...dia punya bunyi enjin...sangat mengujakann..

Busy kan??..tolong ignorekan mamat pakai baju oren tuh..aku rasa dia sgt show up masa tu..

Tu diaaaa...speechless dpt tgk tmpt2 mcm nih..hopefully, diaorg tak stress buat kerja2 nih

Aku dah naik..kau hado??


KEDUA

Lepas maghrib, kitaorg setelkan solat kt surau Subang Skypark tuh...kitaorg dok pkir nk pergi mana...puas pkir carik idea...last2 tgk kt tweeter Ultras Malaya bgthu ada game malam ni...terus kitaorg pergi Stadium Nasional Bukit Jalil..

Btw, untuk pertama kalinya bukan bermaksud aku pertama kali masuk stadium, apatah lagi pertama kali tengok perlawanan antarabangsa..sebelum ni aku pernah tgk Chelsea vs Malaysia kt Stadium Shah Alam...

Pertama kali kat sini adalah aku masuk SNBJ tu...pergh aku agak kagum giler tgk stadium besar giler mcm tuh..cantik pun cantik gak...tapi sedihnya ada bhgn atap bumbung tuh dah bocor, so, masa hujan air meleleh ke tempat duduk penonton...kemudian, ada jugak kerusi yang dah patah, rosak..patut diperbaiki...saper la yg jahanamkan..memang tak patut...sound sistem dia sangat canggih...terkesima aku..

Oh, aku tak nak ulas game Malaysia vs Bahrain tuh....sedih wooo...aku penat dah terjerit2 malam tuh...

Apa yg aku patut puji adalah masa lagu kebangsaan negara Bahrain dimainkan..semua penonton berdiri tegak dan senyap sampai la lagu Negaraku dimainkan..malah bertepuk selepas lagu negara Bahrain dimainkan..bukan seperti kejadian yang berlaku di Stadium Gelora Bung Karno tempoh hari yang lepas...kesian sgt tgk sekelumit rakyat kita yg ada kt sana..


Kagum aku dengan stadium ni..1st time masuk la katakann..haha

datang tangan kosong...dengan tak dirancangnya..last2 nk naikkan semangat..beli la bnda alah ni RM2 jer..



Thursday, October 27, 2011

:: Tadaaaaa!!...Tukar Opsyen ::

(Entry ni panjang...tapi best utk dibaca..aku mengambil masa 3 hari utk menaip..tak caya..baca lah!)

Assalamualaikum wbt...

Semalam masa aku ke pejabat sekolah..untuk sign kedatangan, ada note yg kerani aku selitkan kat situ..bermakna ada surat utk perhatian cikgu2 nih..kat situ aku tengok ada 2 nama aku..selalu tak pernah lak ada smpai 2..kadang2 takde langsung.

Ada 2 surat utk perhatian aku...satu aku kene jadi guru pengiring utk Majlis Khatam al Quran Perdana peringkat negeri kt Seremban..Katanya nk buat yg terbesar..dianggarkan mencecah 12,000 orang..tak tahu la angka rasmi berapa..

Tapi setakat yg aku pergi aritu boleh tahan gak ramainya...

Surat kedua utk perhatian dan tindakan selanjutnya oleh aku ni agak menakutkan aku..iaitu aku dipanggil utk menghadiri kursus..aku rasa sebelum ni aku dah citer kot. iaitu Kursus Kejurulatihan Ragbi Peringkat MSSMNS..

Hadoii...korang tahukan aku ni pegang ragbi pun jarang..amat jarang..haha..sejarahnya bermula begini..

Nama aku tercicir dalam senarai guru pembimbing aktiviti Sukan dan Permainan sekolah..so, aku diberi pilihan nk masuk mana..aku minta la Tenpin Bowling..dah itu je sukan aku minat (dan agak teror jgk laaa..)haha..selang beberapa lps tuh..aku diberitahu aku ditukarkan ke sukan Ragbi..tension gak aku masa tuh..yelah, aku mana reti main ragbi..aku masa tu aku ni cikgu baru..mana la berani nk lawan..taat je la..terima.

Tak lama lepas tu, aku diminta utk jadi guru pengiring merangkap pengurus pasukan (sebenarnya takde la hundred percent aku mengurus) utk MSSMNS 2010..masa tulah aku agak excited sbb benda ni tak pernah aku buat..

Dalam tahun yang sama, sekolah bgtahu Pjbt Pelajaran Daerah mewajibkan budak year 3 pun masuk Ko-Ku..so, nk tak nak aku kene la ajar bdk2 year 3 ni teori utk bermain ragbi..budak2 ni nmpak mcm aku ni pro..padahal sebelum tu puas la aku buat research kt internet n library..siap pinjam buku Ragbi kt library UIA..hahaha..dari situ la timbul minat..sebab dah tahu sikit kan..

Boleh kata aku ni jadi pemerhati utk sukan ragbi selama 2 tahun..dan 3 kali perlawanan MSSMNS..masa tu aku tengok jer...kadang2 ada gak tanya budak2 nih..apa maksud istilah itu..istilah ini..kenapa mcm tu..kenapa mcm ni...walaupun masa tanya aku buat macho dan ego ckit..hahaha...

So, jurulatih sebenar utk team sekolah aku tu..seorang cikgu pra sekolah..cikgu Hairul..dalam masa yg sama dia dah banyak kali ckp kt aku yg dia tgh apply utk pindah sekolah..rasa nya dah dpt dah..tinggal sekolah tu belum buka secara rasmi je lagi..sekolah baru..dia jgk banyak kali bg hint kt aku kalau dia pindah aku la kene jd coach utk buat satu lagi team lepas nih..hmmm..GPK Ko-Ku aku pun ada ckp bnda yg sama...Tahun ni aku dah diberitahu awal..pasal kursus tuh..mula2 aku suka giler..sebab aku mmg minat try benda pelik aku tak pernah buat..

Zaman sekolah rendah dulu mana la minat bersukan nih..aku still ingat masa zaman aku Prasekolah cikgu suh buat terbang mcm burung terbang..aku je yg agak segan nak buat..dah la taknak buat..siap kutuk budak lain "apa la..tak malu ke diaorang ni..ntah apa2 la diaorg buat.." bolehhh???..hahaha...ada je aku masuk utk selection bola baling...tp tak terpilih.

Zaman sekolah menengah..sekolah aku mana ada PJ!..sekolah agama la katakan..5 tahun tu aku tak bersenam..dok berpeluh sbb berjalan (dan kadang2 berlari) nk ke kelas...waktu petang time riadah aku bersidai kat tembok asrama skodeng orang mahupun bergossip..atau menggangu junior yg sedang bersiap utk ke dewan selera..mungkin juga aktiviti ni aku lakukan bersama Khairil~

Zaman univ plk..ada je sukan...tp bola je la memanjang nyer...aku bukan pandai sgt main bola..ada gak aku masuk pertandingan bola..dan team aku ni team underdog je la..kalau tak silap aku jadi goal keeper...bolos??..jangan cerita!..at least aku berani..haha


yer..goal keeper itu adalah aku!..jgn tak percaya..ada gaya kan??

Goaaaaalllll......No comment..aku tak sengaja..ada orang cbuk tngkap gambar aku..haha

Sejak dah masuk alam perguruan ni..macam2 sukan aku buat..dari melontar peluru hinggalah lompat jauh..bukan buat apa..nk suh budak buat cikgu kene la bg teori dulu..pastu buat contoh..biasanya masa nk dekat sukan sekolah..

Ok..berbalik kepada ragbi tadi..sebenarnya aku suka je dipilih utk pergi kursus tuh..tapi yg membuatkan aku risau n agak cuak banyak bila aku bc isi kandungan surat tu yg berbunyi..

"Guru yang dicalonkan ini adalah guru yang bakal menjadi jurulatih di peringkat sekolah, peringkat MSS Daerah, dan juga peringkat negeri (MSSNS)"

Tak ke aku risau!..aku harap kursus ni aku dpt la menimba ilmu sebanyak yang mungkin..eeeaiii..cuak lak aku.

Aritu diaorang (coach2 ragbi yg dah lama ni la) ckp "eh, bagus la..kito pun dah lamo takdo ustaz yg jd jurulatih ragbi ni kan.." yer lah tuh...lps ni boleh la aku tukar opsyen minor aku...PJK!

Terima kasih kerana membaca...salam hormat dari Coach Adam~ hehehe


Sunday, October 16, 2011

:: Minggu Sukan ::

Assalamualaikum wbt..

Weekend ni free..eh, lupa! pagi Sabtu tu still ada program kt sekolah..Kem Bestari Solat year two..so, kene gak dtg sekolah.takper..kejap je..

Korang tahu dah hampir 4 minggu aku tak dpt masuk kelas yg berada di hari Khamis..sbbnya penuh dgn aktiviti luar.dan ari Khamis juga kelas aku penuh..bg aku rugi..sbb tak dpt kejar silibus subjek.dah plk minggu ni student aku dah start final exam..aku mmg terkejar2 sgt minggu ni sbb nk abiskan silibus.penat!

Khamis lepas, aku hantar budak team ragbi sekolah aku utk MSSMNS under 11..bertempat di Jelebu..nk ke sini jalan dia lebih kurang mcm dekat jalan Bukit Putus yg lama..cuma besar ckit. tp corner2 tu still ada..pergi 3 buah kereta dan rata2 budak2 ni muntah dlm kete...nasib baik kereta aku takde yg muntah..kalau tak nayer jer..

As usual, sekolah aku tak pernah Johan..hahaha...paling tinggi pun Naib Johan Cup..kira Cup tu mcm division satu la..haritu mmg dah nk menang dah..leading 12-10..aku ni terhentak2 kaki aku supaya reff cpt bunyi wisel penamat..mana taknya..mmg dah nak abis dah..

Tapi nk buat mcmana..dah takdir..dkt2 last minit tu la diaorg ni dok main kt kwsan try team sekolah aku..dup dap jantung aku masa tuh.last minit team lawan dpt buat try 5 mata..reff terus bunyi wisel penamat..aku tgk reff pun geleng kepala masa tuh..mana taknya..5 mata try penamat..itu namanya tuah!..aku je tak bertuah..final result sekolah aku kalah 12-15..

Aku dikhabarkan utk pergi menghadiri Kursus Kejurulatihan Ragbi MSSMNS bulan depan..korang cayer tak??aku ni tak pernah pegang bola ragbi pun tak pernah..jgn ckp main..lontar bola ragbi pun tak pernah!..setakat ajar teori je boleh la...aku risau laaaaa...confirm lps ni aku kene buat team ragbi sendiri memandang cikgu merangkap coach ragbi sekolah aku tu dah nk pindah...huaaaa..

Ada gak cikgu2 nih ckp.."Kau pandai ke main ragbi Dam??.." aku yakin jer jawab "Ish, tengok tangan la..." hahaha...hmmm...bila sebut perkara nih terus otak aku blur nk tulis apa lagi...lagi2 plk Ragbi adalah sukan berwatak sekolah aku..bermaksud permainan yg diberi perhatian dgn serius oleh pihak sekolah...bayangkan bertanding mesti ada medal bawa balik..mcmana kalau aku handle jgn ckp tak masuk final, quarter final pun tak sempat..apa aku nk jawab?..tolongg...

-out of ideas-

Semangat tu..mcm main tangkap2 bola plk..

Ni nama dia scrump...aku pun baru tahun lepas tahu..hehe

Tumpang sekaki...terima kasih sbb bg sy medal~