Saturday, July 30, 2011

:: Perbarisan ATM-PDRM dan Hujan Ribut ::

Assalamualaikum wbt..

(Entry ni mungkin panjang berjela...bagi yg tak minat membaca boleh klik pangkah kat atas sana)

Tempat : Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA)
Tarikh : 30 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi - 2.00 ptg
Pelatih Konstabel Polis : 984 orang
Pelatih Parajurit Muda : 2107 orang

Bayangkan kalau sorang pelatih bawa datang paling kurang 3 org ahli keluarga..jadi berapa penonton semuanya?..tp aku nmpk mcm lebih 3 je..yg dtg penuh satu van pun ada..belum tambah yg datang saje2 mcm aku nih...

Sebenarnya mcm 2 entry aku sebelum ni aku ada ceritakan betapa aku excited dpt tgk tentera ni buat rehearsal perbarisan tamat latihan..semalam adalah yg betul2 punya..kebetulan seorang rakan cikgu dekat sekolah aku tuh suami dia Kapten dan dduk di dalam kawasan kuaters kem tentera..so, dia pelawa aku pergi tgk sbb dia pun agak excited nak pergi..

Kelebihan aku nih...aku parking kereta dekat Hotel Selasa Beach Resort dan dia datang ambil..sbb kereta dia ada sticker kem..so, mmg ada priority utk masuk kawasan kem bawa kete..aku kluar rumah pukul 7 pagi..punya excited nak tgk yg betul2..PM, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Besar, KPN, Panglima Tentera turun..so, paham2 la keadaan jalan mcmana..ya Rabbanaa...jem teruk!

Nak dijadikan cerita, pagi tu agak dah mcm nk mendung...aku ingtkan aku dtg pkul 7 ada lagi seat tmpt duduk..rupanya...berpuluh ribu org dah datang dulu dari aku...so, kene la berdiri..sejak jam 7pagi..VIP pertama yg smpai lebih kurang jam 8 lebih..sampai la VIP yg terakhir iaitu PM dtg naik helikopter jam 9pagi..harem jadah penat aku 2 jam berdiri..(itu aku, parajurit muda dgn konstabel polis pelatih yg dr tadi berdiri tegak kt tgh2 dataran tu mcmana la plk)...

PM datang, terus naik Jeep PDRM buat pemeriksaan barisan...masa tuh dah start mendung yg nmpak dgn jelas..masing2 risau kalau tetiba hujan lebat..nasib baik PM berucap kejap jer..lepas dia abis semua dan tentera dan polis buat kawad keluar baris..terus hujan rintik2 dulu..

Pada asalnya aku mcm nak balik terus..tapi diaorg wat pameran plk...pameran tu nmpak mcm gah plk tuh..terus melencong kt bahagian pameran...ada kenderaan pertahanan terbaru PDRM, ATM dan Bomba..baru smpai booth yang pertama booth PDRM (saper nak bayar sama boleh la masa tu)..dah start hujan...nasib baik aku ada bawa surat kabar lama. asalnya nk buat alas tmpt dduk td...itu la aku jadikan payung..tp aku gerak jugak dari booth ke booth walaupun hujan lebat...

Tidak dijangka, sampai je booth ke-3 last hujan punya lebat, selebat lebatnya...angin kuat, sekuat kuatnya..aku pun stay je la kat bhgn khemah Kor Armor Jurutera Diraja (lebih kurang mcm tu la bunyinya..) dari situ boleh tgk keadaan td ok berubah ttba angin kuat giler..aku risau khemah tu melayang jer..kasut aku jangan ckp la..habis basah lencun...air plk dah start bertakung..

Satu perkara yg merisaukan aku lg, kipas berpusing...hahaha..bukan apa aku risau nnti kipas tu tercabut lepas tuh ada plk 'bnda lain' yg tercabut kang..nasib baik la ada sorang askar ni perasan dia suh swtich off lampu dengan kipas..barang2 pameran diaorg terpaksa kemas masuk beg, sbb angin kuat lepas tu air bertakung..org ramai dah start bergerak sbb diarahkan kalau boleh pergi cari tempat berlindung yang lagi selamat...aku plk "haaaa..." mulut dah ternganga..nk pergi mana?

Sampai klimaks aku rasa mcm dah nk tercabut dah khemah tuh..angin super kuat, habis tercabut papan pameran askar tuh..aku plk dok tolong pegang papan yg lagi satu..nasib baik ada sorang askar yg aku rasa mcm senior gak kt situ arahkan anak2 buah dia pegang tiang khemah..

Yang aku tak smpai hati tengok ada budak nih nyenyak je tido bapak dia pegang..nasib baik ada sorang askar nih bagi baju hujan tentera selimutkan..n then dia suh hantar ke tempat yg lagi selamat..masa tu aku terbayang satu kejadian kat Melaka yg mana ribut melanda kawasan peniaga Bazaar Ramadhan..khemah ditiup angin setinggi lampu jalan, paling sedih ada yg terkorban..

Lebih sejam lepas tuh bila dah start hujan dan angin dah reda masing terus keluar khemah..mcm semut!berpusu2 cari jalan keluar..rupanya kat kawasan dlm Pusasda tu je hampir sepuluh pokok besar yang tumbang..melintang jalan..aku pun mcm tak percaya..tp bnda dah berlaku..

Balik rumah..aku tnya housemate aku, kt area Batu 8 Telok Kemang aman damai jer..hujan renyai2 jer..rupanya hujan ribut tu berlaku area Batu 4 n Bagan Pinang shj..ramalan aku la..Semuanya Allah yang tentukan..

Sampai je aku kt kampung, aku tgk berita rupanya kat luar Pusasda lagi hebat teruknya, pokok tumbang atas kenderaan, ada yg terbunuh, bumbung tempat dduk org kenamaan plk melayang..kubah menara masjid melayang, pokok2 tumbang melintang jalan, jalan bertambah sesak, khemah di padang runtuh dan beterbangan (itu yg khemah besar, bayangkan khemah peniaga2 nih plk mcmana kesannya...)

Istighfar banyak2..semua ni Allah yang tentukan, mungkin memberi makna sesuatu..jadi ambillah pengajaran kepada sesiapa yang berkenaan..

Nak tengok gambar??...Jom! Tapi tak banyak (aku terfikir mcmana la diorg sempat merakam video lagi)

Dah macam semut dah...super duper ramai manusia kat sini...mesti parent masing2 bangga anak jadi wira dan wirawati negara..

PM melambai pada hadirin yang hadir..

Sebahagian Parajurit Muda...

Sebahagian Konstabel Muda...

Sebahagian Parajurit Wanita Muda...

Tuan ni adalah ayah kepada salah sorang student aku kt sekolah...

Upacara membaca ikrar taat setia..

Band Pancaragam gabungan ATM dan PDRM..mantap!

Kawasan Pameran..sangat menarik..pameran dia mmg best!..cuma rezeki je takde nk tengok lama2..

Kawasan dataran asrama pelatih yang dah mula ditakungi air..selepas hujan ribut.

Ingatkan satu je yg tumbang...rupanya banyak lagi pokok besar yang tumbang melintang jalan..

>>>

Ada lagi gambar pasal kejadian ribut nih...korang boleh seacrh dekat google atau yahoo dengan keyword 'Hujan Ribut di Port Dickson'...

Semua kuasa di tangan Allah...sama-sama ambil pengajaran dan iktibar..Alhamdulillah kereta aku selamat~

6 comments:

deaf-angel said...

nasib baik tak tiba2 hujan lebat masa semua kat parade square...

Anonymous said...

Terima kasih atas coretan menarik ni cikgu.Abg ni keje kat pd berulanf dr Sbn dekat 15 tahun.Terasa nak bawa anak 6 tahun tengok tamat latihan tentera /polis hari tu tapi tak jadi-pegi keja sorang.Masa ribut tu kat tempat keja bt 5,nasib baik tak jadi bawa anak.Semangat nk tengok tu ada sebab every year lalu masa tamat latihan memang menarik

::alifdalmim:: said...

bro. angel,

tu la pasal..nasib baik PM pendekkan ucapan dia..betul2 diaorg kluar baris..terus hujan.

-------

Salam,

Saya juga mcm tu..excited nak tengok..snggup bangun awal.sesudah subuh sy gerak dr rumah..nasib baik abg tak bw anak2 masa kejadian tuh..sy pun risau juga masa tuh..mcm2 kemungkinan boleh berlaku..tapi tak pe..tahun depan bulan 2 ada lgi diaorg tamat latihan..ada rezeki boleh pergi tengok lagi.

djambu puadovich said...

ustaz! selamat berposa!

::alifdalmim:: said...

Doktor Muda! lama tak dengar kabar berita..selamat berpuasa~

djambu puadovich said...

skrg sambung belaja, minal mahdi ila lahdi. hehehe :P