Friday, May 16, 2008

:: Dilema Negara Arab ::

Salam…

Hari ni aku nak masukkan entry yang berkenaan dengan dunia atau dilema arab..entry ni terlintas di fikiran aku setelah aku menonton klip video para artis negara2 arab..klip ni kalo tak salah aku hanya ditayangkan di channel Cham TV di saluran Nilesat..klip video ni yang aku rasakan boleh dicatatkan sebagai klip video terpanjang di dunia kerana ianya bermain selama hampir SETENGAH JAM…

Apa yang menarik mengenai video ini…ianya menceritakan mengenai dunia arab yang bergolak…memang menyayat hati..antara lirik yang sempat aku tangkap dan fahami adalah >mencintai negara separuh daripada iman< >arab sesama arab adalah bersaudara< >islam dan kritian dan agama lain mencintai perpaduan dan keamanan< dll…

Caya tak caya, video ini mampu membuatkan jiwa aku begitu tersentuh, kesedihan dan secara automatic air mata mengalir…korang boleh gelakkan aku sbb aku menangis..tapi korang yang tak de naluri kemanusiaan serta belas simpati kepada orang lain, lagi2 saudara2 kita sesama Islam di Negara bergolak seperti Lubnan, Iraq dan sudah tentu Palestin akan ketawa dan tersenyum melihat klip video ini...cuba anda bayangkan anda sendiri di tempat mereka..macamane??

Sebelum ini aku adalah seoarng begitu keras hati dan secara berterus terang aku mengutuk dan tak suka melihat arab di zaman sekarang, yelah aku pun dduk kat Negara arab ni da hampir nk masuk tahun yang keempat..aku da lihat macam2 gaya, teramat kurang melihat mereka membela nasib saudara2 mereka sendiri di Negara jiran mereka seperti Palestin dan Iraq.

Aku ambil contoh, baru2 ni ada Pameran Antarabangsa kat U aku..kebetulan meja pameran Negara Malaysia berselahan dengan Negara Palestin…sedih sangat tengok diaorg…ada rasa sedih, ada rasa geram..mcm2 la..

Berbalik kepada klip video tadi…hati aku begitu tersentuh setelah melihat beberapa video mak2, bapak2 menangis, ditendang oleh askar US..bukan setakat lelaki..malah perempuan pun kene jugak…mana la letak hati ngn perasaan diaorg nih…ada juga aku tengok serbuan askar US ke rumah satu family nih..dari bapak dia sampai la ke anak dia disuruh keluar dan mengangkat tangan..mcm org bersalah..hey!!..diz is not ur country>>to US Army!!<<>>banduan ke??<< di penjara Guantanamoa Bay…dasyat sangat…dibogelkan sambil delepaskan anjing kpd mereka, dipijak, ditumbuk, diikat dengan kuat bukan menggunakan gari tetapi tali yang menyakitkan… kehidupan mereka yang tidak aman dan tenteram diselubungi ketakutan apabila menjadi pelarian di Negara sendiri…

Aku juga sempat tengok petang tadi di Al Jazeera segmen “People and Power”…mengisahkan situasi di Iraq…betul kata Ambassador Malaysia di Jordan ni “Mereka hidup di negara sendiri bagaikan di dalam penjara apabila dikelilingi tembok pemisah”…ternyata ikut adalah kebenaran…wartawan yang melaporkan juga di Al Jazeera menunjukkan tembok yang memisahkan iraq kepada dua…

Persoalan nya sekarang sampai bila ianya akan berterusan sebegini dan siapakah punca kepada terjadinya keadaan sebegini…dan siapakah yang harus dipersalahkan??

0 comments: